
Album: Aslirama (1973)
Artis: Sharifah Aini / Kartina Dahari / A.R Ismail / Sanisah Huri / Saloma / Serena Hashim / Kamariah Noor / M Rosila / Ismail Haron
Produser: Kassim Masdor
Arranger: A. J / Reggie Verghese
Kassim Masdor, P.Ramlee dan S.Sudarmaji menjadi nama penting pasaran muzik Melayu Asli. Kelibat mereka dalam produksi album-album yang beredar sekitar 50-an sehingg lewat 70-an memberntuk satu ruang muzik Melayu yang cukup tinggi nilai estetikanya.
Biarpun P.Ramlee antara sosok muzikal yang cukup berpengaruh dengan muzik Jazz, kemasan muziknya tidak langsung meminggirkan elemen Melayu yang cukup kuat di setiap lagu yang terhasil.
“Aslirama” sebuah kompilasi muzik Melayu asli yang menampilkan bukan sahaja lagu-lagu malar segar tetapi persembahan individu penting dalam bidang nyanyian. Menampilkan alunan merdu Saloma, Sharifah Aini, Kartina Dahari shingga penampilan Sanisah Huri juga Kamariah Noor.
Album ini dibuka dengan suara buluh perindu Biduanita Sharifah Aini menerusi lagu “Patah Hati” dalam teks penuh sayu sebuah rasa hati yang ditinggalkan. “Patah Hati” menjadi benchmark penting pasaran muzik Melayu Asli yang cukup syahdu dalam penampilan melodi ikoniknya.
Sebuah lagi lagu yang menampilkan suara meru Biduanita Sharifah Aini di album ini adalah “Halimun Malam” (A. Chalik) lebih lembut membuai rasa. Lenggok asli Sharifah Aini di lagu ini cukup sederhana dalam alunan yang penuh pesona.
Kartina Dahari menerusi “Bunga Melor” mengembalikan nostalgia keindahan melodi ciptaan P.Ramlee ini. Antara lagu klasik Melayu yang cukup indah komposisinya. Pesona vokal Kartina Dahari diteruskan bagi lagu “Jauh Di Mata” karya S. Effendy.
Kamariah Noor menarik perhatian saya dengan suara raw dan nyaringnya di lagu “Timang Banjar” yang dilantun dengan begitu bersahaja dalam menyampaikan teks cerita di lagu ini.
“Aslirama” memberikan satu pengalaman mendengar muzik Melayu Asli yang cukup authentic sekali. Segalanya terhasil dalam satu rakaman langsung dengan kendalian pemuzik bersam ainstrumen tanpa programming yang cukup raw dan rich sekali hasilnya.
Saya duduk mendengar, menghayati “Aslirama” tanpa skip melayani dan memahami pasaran muzik di era tersebut. Melayani bait liriknya yang bercerita dan bergerak seiring latar masa dan masyarakat yang cukup ikonik juga tersendiri.
Persembahan budaya Melayu menerusi penceritaan “Sekapur Sireh”, “Joget Gembira” dan “Kuala Sedeli” contoh yang saya maksudkan dengan perlambangan latar masa dan masyarakat tadi. Sebuah naskhah Melayu Tradisonal yang indah untuk dihayati, difahami dan dihargai. Dengarkan album penuh di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
Tracklist
| A1 | Sharifah Aini– | Patah Hati | 3:24 |
| A2 | Kartina Dahari– | Bunga Melor
Written By – P. Ramlee
|
2:55 |
| A3 | R. Ismail– | Gunung Banang | 2:20 |
| A4 | Sanisah Huri– | Menanti Jodoh
Composed By – Osman Ahmad
Lyrics By – H.M. Rohaizad
|
3:21 |
| A5 | Saloma– | Sekapur Sireh Seulas Pinang
Composed By – P. Ramlee
Lyrics By – Syed Sudarmaji
|
3:07 |
| A6 | Sarena Hashim– | Joget Hitam Manis
Lyrics By – Sarena Hashim
|
3:04 |
| B1 | Sharifah Aini– | Halimun Malam
Written By – A. Chalik
|
3:42 |
| B2 | Tina*– | Jauh di Mata
Written By – S. Effendy
|
3:31 |
| B3 | Saloma– | Kuala Sedeli | 3:33 |
| B4 | M. Rosila– | Ratapan Hati
Written By – Atan Ahmad
|
3:18 |
| B5 | Kamariah Noor– | Timang Banjar | 3:05 |
| B6 | Ismail Haron– | Joget Gembira
Composed By – S. Effendy
Lyrics By – Ismail Haron
|
1:33 |
ARTIKEL BERKAITAN
Revisited Saloma – Bimbang (1969) Who Made It Better In 2020’s?