
Album: Sehidup Semusik
Persembahan: Andien
Produser: LaleIlmanNino / Kenny Gabriel / Swugafunk / Daars / Kareem Soenharjo / Kamga / S/EEK / Ali Akbar Sugiri / Dipha Barus
Andien mula saya kenal dan dengar ketika awal 2000 ketika dia meramu kembali “Boy From Ipanema” dengan cara paling classy mentafsir era baru Indo Jazz dengan cukup cemerlang. Lewat album perdananya berjudul “Bisikan Hati” Andien meyakinkan pendengar muzik Indonesia dengan gayanya yang cukup tersendiri.
Setelah itu, satu acuan muzik yang tersendiri diramu sebaiknya. “Kinanti” dan “Gemintang” menjadi satu teraju yang cukup meninggikan standard muzik Indonesia pada tahap berbeza dan sehingga hari ini “Kinanti” yang diedarkan pada tahun 2002 dilihat sebagai sebuah album yang melangkaui zaman. Bersama produser Indra Lesmana, sebuah khazanah muzik tercipta.
Setelah “Gemintang” yang beredar pada tahun 2005, langkah Andien perlahan. Hiatus selama 5 tahun menghadirkan album “Kirana” dengan focus track “Moving On” yang diproduksi dengan kerjasama Nikita Dompas. Namun album ini tidak begitu meninggalkan impak besar buatnya sehingga percubaan baru lewat #Andien (2013) yang juga agak sepi daripada penerimaan besar.
Namun sejujurnya itu menjadi antara album Andien yang saya begitu enjoy dengan penghasilannya. Lagu-lagu seperti “Bernyanyi Untukmu”, “Tak Pernah Pergi” dan “Lembaran Baru” memberi satu dimensi bunyi baru untuk Andien memasuki pasaran Pop dan mencipta momen baru kariernya. Namun dek kerana kebangkitan soloist galau lelaki ketika itu seperti Cakra Khan, Judika, Afgan memperlahankan gerak kerja Andien untuk memuncak.

Pendewasaan Andien sebagai penyanyi beriring statusnya sebagai isteri dan ibu. Fasa ini menghasilkan “Metamorfosa” (2017) sebuah album yang berisi cetera kasih sayang dan kebahagiaan sebagai latar naratif yang disusun lewat keseluruhan album. Ia menjadi antara naskhah Andien yang fun dan Pop untuk saya sebagai pendengarnya menikmati sebahagianya. Lagu seperti “Halo Sayangku”, “Belahan Jantungku”, “Indahnya Dunia” menjadi feel good songs album ini.
“Dan Lalu” (2023) menjadi album paling saya kurang mendengarkan dan kurang gemari. Lagu-lagu di album tersebut membuatkan saya hilang Andien yang saya suka. Terlalu banyak melodi galau. Namun Andien kembali dengan “Sehidup Semusik” yang kembali memnghangatkan hubungan saya dengan muziknya.
It’s a solid ANDIEN ALBUM. Setiap trak di album ini disusun dengan satu naratif, idea dan retrospektif muzik Andien yang saya suka sepanjang kariernya.
“Naksir” (LaleIlmanNino) membuka album ini dengan sangat baik. Melodinya pembukaannya sahaja sudah membuat saya teruja menikmatinya ke hujung lagu. Attitude Andien dan groove dalam produksi muzik LaleIlmanNino menyatu sangat-sangat baik. Korusnya killer utama. Cukup catchy dan mengikat.
“Cosmic Romantic” (Kenny Gabriel / Mohammed Kamga) meneruskan groove yang ada. Lagu begini sememangnya sebati dengan identiti dan kraf muzik Andien. Penulisan liriknya fun and witty. Bait seperti “I’ve got curious by an Aquarius // Cause a ruckus with a Taurus.” menjerat pendengaran dengan mudah. An instant hook.
Album ini turut terisi tiga single yang lebih awal beredar sejak awal tahun seperti “Jatuh Pelan”, “Manusia Favourite” dan “Ujung-Ujung Kamu”. Dalam tiga single ini “Ujung-Ujung Kamu” (Clara Riva) bergerak sebagai naskhah yang mentafsir nada baru Andien. Segar, menyenangkan dan current.
“Nostalgia” (Andien / Daars) mengembalikan pesona Jazz Andien di awal karier bermuziknya. Produksi muzik lagu ini sangat kemas dan baik. Setiap rangkuman bunyi dan instrumentasi dirakam menyatu dan memuaskan pendengaran. Melodinya sebati dengan jiwa Andien, this is another repeat mode buat saya. Andien yang saya rindu benar-benar kembali di lagu ini.
“Nonchalant” (Andien / Noni / Kareem Soenharjo) membuat saya semakin gila akan album ini. Andien menyerap kembali roh di album Kinanti lewat lagu ini. Monolog yang bersambut vokalisasi korus yang cukup harmoni begitu chic and sassy. This is the most fun Indonesian songs yang saya dengar tahun ini. Saya megulang dengar lagu ini dua tiga kali sebelum beralih ke lagu seterusnya di album ini. Sumpah best sangat!
“Sentil Kalau Nakal (Andien / Mohammed Kamga / Iqbal Siregar / Kevin Queency) is another banger. Pop yang dihasilkan meneruskan the fun side of Andien. Ia bergerak seiring sebagai sebuah konsep yang sangat baik. Sebuah kesinambungan muzik yang baik album ini. Saya suka penyampaian Andien yang cukup bersahaja lewat lagu ini namun masih merdu dan berkarakter.
“Jika Nanti Kita Lupa” (Andien / Ali Akbar Sugiri) membuat saya kecanduan. Ia benar-benar mengingatkan saya pada “Gemintang” – Soft Ballad dengan petikan piano lembut dan korus yang sangat menawan. Membaca teks liriknya saja buat saya melayang. “Jika nanti kita lupa ke mana ‘kan pulang // ‘Kan kupancarkan tanda seterang sinar bintang-bintang // Jika suatu saat kita lupa caranya mencinta // Genggamlah tanganmu di hatiku.” Such a poetic phrase. Terlalu indah dan menyenangkan.
Setelah kecewa dengan penghasilan album “Dan Lalu” saya puas mendengarkan keseluruhan album “Sehidup Semusik” kerana ini adalah Andien yang saya kenal dan Andien yang saya sentiasa saya mahu memiliki satu hubungan muzik yang intimate.
Cukup personal sebetulnya untuk saya sebagai pendengar Andien sejak awal dia berkarier dan usai mendengarkan keseluruhan album buat kali pertama, saya mengulang dengar album ini hampir seminggu ini dan masih kecanduan, masih mendengarnya dengan penuh keterujaan.
10/10
Semoga satu hari nanti impian saya mahu menonton live persembahannya akan menjadi kenyataan.
ARTIKEL BERKAITAN