
Lagu: Cuba Jadi Aku
Persembahan: Nadeera
Komposer / Lirik: Hael Husaini / Iqie Hugh / Nadeera Zaini
Produser: Iqie Hugh
Nadeera melalui satu transisi panjang dalam mengemudi perjalanan bermuziknya. Jalannya tidak mudah tetapi berkat sabar dan minat mendalamnya, “Bukan Lagi Kita” memberi satu breakthrough buat kerjayanya. Setelah itu perjalanannya direstui dan bakatnya semakin diperakui.
Meneruskan satu perjalanan yang bakal lebih panjang pastinya, duet bersama Hael Husaini tahun lalu menambah nilai pada portfolionya. “Peluk” menjadi Balada yang cukup baik bagi menjadi satu kesinambungan buat Nadeera sebelum menanti single solo terbarunya.
“Cuba Jadi Aku” sekali lagi menyaksikan kolaborasi Nadeera bersama Hael dan Iqie Hugh setelah kejaan luar biasa “Bukan Lagi Kita”. Terhasil dalam persembahan Balada yang beremosi pastinya dengan penciptaan melodi yang biasa Hael hasilkan. Menggamit pendengaran dengan sekali dengar dan menyenangkan.
Satu hal yang saya sukakan tentang lagu ini adalah vocie control Nadeera yang semakin baik. Bahagia-bahagian yang sering terdengar bingit dalam nyanyiannya semakin berkurang dan solid. Ia satu perubahan yang baik sebab masalah saya dengan Nadeera adalah nada tingginya yang terlalu nyaring. Dan kali ini kedengaran lebih subtle dan lembut.
Bahagian paling saya suka pada lagu ini adalah pengucapan Nadeera di bahagian awal lewat bait “Berdosakah aku // Aku pilih aku // Bila tenang tenang ku tinggalkan dirimu // Dulu.” Ditafsir dalam sebuah penyampaian yang cukup sederhana, bersahaja tetapi cukup dirasai kecewanya.
Korus lagu ini seperti biasa menjual emosi dan keupayaan vokal Nadeera namun seperti yang saya katakan awal tadi cukup terkawal dan tidak berlebihan. Dan lagu ini berhujung dengan sebuah dinamik yang diperlukan sebuah Balada untuk menjadikan ia lengkap sebagai sebuah peralihan emosi lewat sebuah lagu.
Lagu ini tidak sukar sebenarnya untuk disukai, ia bergerak dalam satu template Pop yang sangat mudah disukai pendengar tempatan. Cuma saya kira di fasa yang sekarang ini Nadeera sudah boleh fikirkan penghasilan sebuah album atau EP kerana melodi begini sebulan dua lagi akan buat saya bosan dan mencari lagu lain pula untuk didengar dan dilayani.
7.2/10
ARTIKEL BERKAITAN