
EP: Ruang
Persembahan: MASDO
Produser: MASDO
Pengalaman saya mendengar MASDO bermula ketika bergelar Editor di aplikasi JOOX sekitar 2016 dulu. Ketika pertama kali mendengar “Bunga” buat saya fikir ia sebuah lagu kugiran Indonesia namun tidak ia naskhah Pop tempatan yang dihasilkan dengan satu sound berbeza dengan apa yang kita ada ketika itu. Sejak itu “Bunga” menjadi lagu yang saya akan push sebolehnya dalam mana-mana playlist, pop-up banner dan artikel bertulis.
Potensi untuk bakat baru seperti MASDO ketika itu buat saya rasa seronok kerana ada satu kepelbagaian yang masih mahu dipersembahkan bakat tempatan. Pasaran muzik ketika itu pula terlalu larut dengan Balada Khai Bahar, Wany Hasrita dan Tajul yang mengungguli carta pastinya dengan jumlah strim yang tinggi.
Dan setelah itu MASDO mencipta momennya dengan cara mereka yang sendiri. “Janji Manis”, “Dinda”, “Pujaanku” sehingga era baru dengan infusi sound berbeza lewat “Perih Jerih” dan “Begini Jadinya” menjadikan MASDO cukup tersendiri dan tiada lawan yang setaranya. Hari ini sedekad bermuzik, MASDO bersahaja melewati kembara muzik mereka.
“SISI A: RUANG” menjadi pertaruhan terbaru mereka dalam melengkapkan lagi portfolio muzik. Dibuka dengan “Lautan Asmara II” yang tenaganya sempurna sebagai pembuka sebuah album. Pengaruh muzik 60’s revival yang masih kental dalam muzik mereka diperbaharui dengan cita rasa berbeza berbekal satu pengalaman bermuzik yang panjang mereka miliki.
Saya sentiasa menyenangi penyampaian Ali dalam nyanyiannya. Santai, jelas dan bersahaja – satu attitude yang dibutuhkan dalam memberi satu dinamik dalam lagu-lagu begini. “Begini Jadinya” beredar lebih awal sebagai pengisian album ini dan pendengaran saya teralin pada lagu “Teristimewa” yang menjadi focus track album ini.
Dibuka cukup lembut dan ada sayunya sebelum momentum muzik bergerak dalam sebuah pentafsiran baru muzik MASDO. Betul jika ada yang mengatakan banyak pengaruh The Strokes dalam muzik MASDO yang baru namun saya kira itu inspirasi yang baik dalam memberi satu suntikan baru pada muzik mereka. Hasilnya lagu “Teristimewa” ini antara pengalaman terbaik saya sebagai pendengar menikmati muzik mereka.
“Esokkan Ada Lagi” menjadi personal favorite track saya lewa album ini. Melodinya mengingatkan saya pada pengahsilan “Bunga” dan liriknya juga sangat menarik. “Apa yang kau kesalkan // Nama pun bercinta // Pasti kan ada yang terluka / Sudah sudahlah.” Fun track yang cukup saya enjoy menikmatinya.
SIS A: RUANG ditutup dengan lagu “It’s Always Been You” yang melengkapkan bahagian pertama RUANG sebelum bahagian keduanya beredar penghujung tahun nanti. Dan sehingga sepuluh tahun pertama ini gembira sebetulnya melihat ada bakat muzik tempatan yang cukup konsisten dalam menghasilkan sesuatu yang mereka percaya dan pada masa yang sama bertumbuh seiring waktu.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN