
Yura Yunita tidak pernah mengecewakan.
Untuk seorang artis konsisten dalam kembara muziknya itu satu hal magis yang tidak ramai mampu melayarinya. Ada yang cukup hebat di penampilan album perdana dan kedua namun hilang arah di album ketiga hanya kerana mahu mencuba hal baru yang bukan forte mungkin juga pengaruh trend muzik semasa.
Itu kerisauan saya saat Yura merilis “Hoolala” dan “Mulai Langkahmu” yang hadir dalam pesanan arah urba Pop yang bakal dia hadirkan. Dan terdetik juga jika Yura akankah stagnant dengan ilham muzik “Buka Hati”? yang ditafsirkan dalam dua single “Tenang” dan “Duhai Sayang” yang siap dirilis dalam masa setahun dua ini.
Namun itu hanya detik hati saya sebagai penggemar. Saya takut saya bakal tidak lagi menyenangi karya-karya Yura kerana saya terlalu sukakan Yura yang di album perdananya seperti “Kataji”, “Jester Suit” dan “Balada Sirkus” yang penuh groove, attitude dan spirit bermuzik yang tersendiri.
Saat dia mengumumkan kelahiran album terbarunya “Tutur Batin” beberapa minggu lalu, saya hanya membayangkan ini bakal menjadi kelangsungan “Merakit” sebuah pop ‘spiritual’ yang diisi dengan pengalaman, kesayuan dalam ruang rasa terdalam seorang pemuzik yang mampu berikan.

Dan ya bisik batin saya benar, mendengarkan album ini ternyata seorang Yura di usia lebih 5 tahun bermuzik dia mahu sekali pendengarnya untuk benar-benar masuk ke dalam roh muziknya. Lebih membuka hati dan melepas dengan batas yang memberi inspirasi dan rasa yang mungkin dirasai juga pendengarnya tetapi belum pernah ditafsirkan dalam naskhah penulisan lagu seperti ini.
Seawal lagu “Dunia Tipu-Tipu” membuka album ini, Yura sudah membuka rasa bahagianya hidup dalam dunia sementara ini. Lagu ini saya kira sebuah pentafsiran cintanya buat suaminya Donne Maula yang diisi dengan kata-kata bahagia “Selalu nyaman bersama, Janji takkan kemana-mana.” sebelum diteruskan dengan bait “Ku tertawa tanpa tapi.” Sebuah pembuka yang cukup manis dan bahagia sekali.
“Bandung” membuat saya lebih enjoy dengan groove Yura dan kali ini saya kira Yura mengembalikan vibe “Kataji” yang saya rindukan. Kombinasi muzik Etnik, Pop dan Jazz di lagu ini tercantum ini dalam attitude vokal Yura yang tidak langsung mengecewakan. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali kerana hebatnya ilham lagu ini yang sebetulnya terhasil simple namun solid.
Bergerak ke ruang Pop Yura di album ini, hampir kesemuanya terhasil cukup catchy. Lagu seperti “Hobi – Ghosting”, “Hoolala”, “Mulai Langkahmu” tidak sukar untuk buat kita enjoy. Yura meniup semangat lara dalam lagu-lagu Balada dengan baik juga di lagu “Mau Ke Mana” yang bergerak sebagai Piano Ballad yang menawan dengan penulisan lirik yang cukup menyentuh.
Saya paling tertarik dengan lagu “Tutur Batin”. Seperti sebuah “note-to-self” lagu ini menjadi naskhah penting untuk kita sebagai pendengar tahu, biar apa pun yang terjadi di hidup ini – you already doing your best for whatever reason it is, you never wrong, never lose!
Yura saya kira sudah menzahirkan sebuah naskhah yang cukup baik sepanjang karier bermuziknya. Lagu ini hebat di segala aspek. Baik penghasilan melodinya, lirik sehinggalah feel Yura yang terkawal dalam emosi yang cukup dalam. Terlalu indah.
Album ini ditutup dengan “Andai Saja” buat saya lebih larut dengan emosi Yura. Kemasan string di lagu ini baik sekali sebelum diisi dengan efek bunyian yang menyatu dengan feel Yura serta melodi dengan begitu kreatif sekali.
Mendengarkan “Tutur Batin” melepaskan keresahan awal saya yang risau jika saya bakal kecewa dengan penghasilan album ini. Namun nyatanya, Yura semakin membuat saya menyenangi muziknya yang semakin matang dan semakin baik.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Yura “Merakit” Titian Dewasa Dalam Seriosa Paling Merdu & Puitis