
JACLYN VICTOR – BENCINTA (40%)
Persembahan Jac malam ini okey cuma macam ada hal yang kurang dalam persembahan. Vokalnya mengena dengan percaturan lagu tapi masih banyak yang hal kurang memikat di pentas untuk kita betul-betul puas sebagai penonton.
ZAMANI – KAU PERGI JUA (30%)
Menantikan persembahan yang bersifat pertandingan daripada Zamani mungkin agak mustahil kerana selesanya dia setiap kali berpentas hanya untuk perform sahaja bukan bertanding.
NAQIU – BERNAFAS DALAM LUMPUR (80%)
Naqiu tanpa gagal membawa spirit bertanding dalam setiap persembahan saban minggu. Dia bijak mewarnakan persembahannya biar apa jua lagu yang memberi suntikan yang menarik untuk ditonton.
NIKKI PALIKAT – CINTA DALAM HATI (57%)
Persembahan Nikki sederhana, merdunya ada dan persembahan vokalnya kemas. cuma daripada segi impak masih kurang untuk kita ingat persembahannya malam ini.
AZHARINA – BILANG SAJA (71%)
Kesungguhan Azharina di pentas harus diberi pujian. Keinginannya untuk survive dalam pertandingan ini terlihat dan dia tahu di mana kurang dan lebihnya dia sebagai seorang performer.
ALIFF AZIZ – ARJUNA (50%)
Warna vokal Aliff dibuka menarik malam ini, styling dalam nyanyiannya dipersembahkan dengan baik namun di bahagian korus Aliff agak longgar dan hilang terus hal-hal menarik di bahagian awal lagu.
LIZA HANIM – REMBULAN (79%)
So much groove in her. Persembahan Liza sangat menarik untuk dinikmati di pentas, dia bijak membawa dirinya sebagai performer yang ada daya pengikat dan hal ini dibuktikan malam ini dengan sangat cemerlang. Jalannya ke final semakin cerah dan meyakinkan.
HADY MIRZA – HATI (66%)
Hady steady di pentas, melodinya dipegang baik tanpa perlu mengikut acuan asal. Cuma vokal Hady saya kira kurang warna dan styling dalam nyanyiannya juga agak membosankan dan sama dalam apa jua lagu.
SITI NORDIANA – CINTA TERSIMPUL RAPI (75%)
Suara Nana betul-betul lepas minggu ini. Karakter yang dibentuk dalam persembahan lagu ini berbeza dengan apa yang biasa dia lakukan dalam persembahan minggu-minggu sebelumnya. Nana harus terus lepaskan apa yang dia ada di minggu mendatang.
NORYN AZIZ – SERIBU IMPIAN (67%)
Mungkin dalam banyak minggu, minggu ini adalah malam Noryn vokalnya yang paling stabil. Lagu ini menyatu baik dengan feel serta corak nyanyiannya.
EZAD LAZIM – PRIA TERHEBAT(40%)
Vokal Ezad tak solid malam ini terutama sekali breathing. Persembahannya menarik namun nyanyian agak dry dan placement agak tidak kemas terutama sekali di bahagian tengah je hujung lagu.
TOMOK (40%)
To be honest bosan dan tiada hal yang besar boleh diperkatakan tentang persembahan ini. Lagu begini sepatutnya boleh dibesarkan sifatnya terutama di bahagian korus namun ia sekadar persembahan biasa sahaja.
*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita
ARTIKEL BERKAITAN