
HADY MIRZA (44%)
Arrangement lagu ini ada kesegaran dan suntikan baru cuma pengulangan korusnya membuatkan persembahan Hady kurang dinamik dan towards the end jadi agak membosankan.
ALIFF AZIZ (40%)
Lagu ini sebetulnya boleh diwarnakan dengan momentum muzik dan styling nyanyian yang lebih memberi impak. Namun Aliff sudah minggu kelima masih memilih untuk sekadar selamat tanpa risiko dan selamat selalunya mudah dilupakan.
AYAI (31%)
Macam saya pernah kata Ayai pabila dapat lagu yang biasa persembahannya juga akan jadi sangat biasa. Dia perlukan lagu yang mengubah landskap muziknya. Banyak sebenarnya lagu-lagu baru yang sesuai dengan Ayai. Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja percaturan terbaik buat vokalnya.
NORYN AZIZ (34%)
Agak all over the place especially placement vokal Noryn yang tidak kemas. Punch dalam persembahan ini hampir tiada dan banyak ruang lompong dalam sequence yang cuba dilakukan menerusi kemasan muzik yang dibuat. Entah, bagi saya persembahan ini tiada impak.
JACLYN VICTOR (50%)
Jac ada sound yang baik dalam melantunkan Ballad. Suaranya kemas berbalut emosi yang mengena dengan kemasan muzik. Tapi atas faktor lagu ia jadi begitu-begitu sahajalah tanpa hal yang baru. Dan ini bukanlah kali pertama Jac menyanyikan lagu Anuar Zain. What’s new?
AZHARINA (47%)
GV begitu ketandusan lagu-lagu yang current dan bersesuaian untuk pertandingan. Lagu ini tidak langsung memberi apa-apa justifikasi buat Nina menyerlah. Tolonglah pihak produksi untuk berikan lagu yang memberi impak dan tidak membosankan.
NIKKI PALIKAT (43%)
Sekali lagi siapalah yang mengepalai pemilihan lagu malam ini. Bukan material pertandingan dan agak tricky sebetulnya untuk memberi impak pada lagu yang sebiasa ini. Nikki bagaimanapun melunaskan apa yang dia patut lakukan sahaja.
NAQIU (49%)
Daripada segi persembahan vokal Naqiu sebenarnya tidaklah begitu memukau. Lagu seperti ini pejam mata sahaja dia boleh nyanyikan. Warna persembahannya ada namun seperti peserta sebelumnya Naqiu juga tidak begitu memberi impak malam ini.
ZAMANI (24%)
Breathing, tempo, feel semuanya tidak bergerak seiring. Nyanyian Zamani tidak berarah. Let him go, menonton Zamani sebaiknya di pentas konsert dengan rangkaian hitsnya bukan lagi untuk dipertandingkan.
LIZA HANIM (40%)
Liza kelihatan sangat struggle untuk menyudahkan lagu ini. Mencari merdunya dalam emosi yang berbolak balik dan nada tinggi yang memaksanya berlawan dengan perasaan dalam menyudahkan lagu menjadi hal yang terlalu berat dan menyeksakan. Semoga di minggu berikutnya Liza keluarlah seketika daripada kepompong Balada. Terlalu banyak groove dalam dirinya yang dibazirkan di pentas GV. Hal ini sudah dibuktikan di album “Imajin” yang pernah diterbitkan sendiri olehnya dulu.
EZAD (40%)
Suara Ezad ada weight yang seimbang untuk lagu begini jadi merdunya dapat terutama daripada korus ke hujung lagu. Namun daripada faktor persembahan ia terlalu biasa.
TOMOK (35%)
Tomok suka memberatkan persembahan dengan hal yang tidak perlu. Yang diperlukan lagu ini adalah kesyahduan dan bagaimana pelantunnya menyentuh rasa pendengar kerana liriknya dituntut begitu. Setiap kali berpentas begitu jugalah terlalu intense.
SITI NORDIANA (47%)
Persembahan vokal Nana terlalu biasa sebetulnya. Tiada banyak hal yang terlalu cemerlang semuanya seperti biasa sahaja mengikut tuntutan lagu. Nana sendiri bagai left out dengan penari di pentas dan agak struggle pada nada rendah.
*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita
ARTIKEL BERKAITAN