
Lagu: Berat Hati
Artis: Dina Nadzir & Hazrul Nizam
Komposer / Lirik: Dina Nadzir / Revo Marty / Adah Kahir
Produser: Revo Marty
Usai fasa Gegar Vaganza musim kesembilan, perjalanan dua pesertanya Dina Nadzir dan Hazrul Nizam dalam meneruskan kelangsungan bermuzik dengan agak perlahan. Dina meneruskan kesibukan di konti radio dan Hazrul sempat mengeluarkan single duet awal tahun ini namun sambutannya sekadar biasa sahaja.
Portfolio Dina dan Hazrul Nizam sebagai penyanyi mungkin tidaklah begitu kuat seperti penyanyi sebaris mereka namun keduanya masih memiliki momen tersendiri. Dina dengan single “Cinta Datang Lagu” dan “Malu Tapi Mahu” serta Hazrul dengan hits sepanjang zaman “Kaulah Segalanya” meletakkan mereka sebagai bakat yang mungkin agak terpinggir namun usaha untuk kekal sebagai penyanyi itupun tidaklah terlalu keras.
Melanjutkan perjalanan bermuzik kedua mereka menghadirkan sebuah single kolaborasi Balada berjudul “Berat Hati” yang dihasilkan Dina bersama komposer seberang Revo Marty. Terhasil dalam persembahan muzik yang cukup sederhana juga mengikut kehendak pasaran muzik semasa terutama yang banyak terhasil di Indonesia.
Suara Dina dan Hazrul menyatu baik di lagu ini, killer utamanya pada persembahan mereka yang saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang kurang tentang lagu ini adalah daya pengikat sekali dengar. Harus didengar dua tiga kali baru ia benar-benar meresap pendengaran dan hal ini agak sukar untuk menarik perhatian pendengar yang lebih muda.
Namun untuk melihat kedua-dua bakat bermuzik ini terus bernadi dalam perjalanan muzik mereka itu seharusnya beriring sokongan pendengar muzik secara menyeluruh. Dan yang pastinya penghasilan lagu ini saya kira mampu membahagiakan penggemar Dina dan Hazrul Nizam pastinya.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN