
Album: Hati-Hati (EP)
Artis: The Impatient Sisters
Producer: The Impatient Sisters
Pasaran muzik indie tempatan sering hadir dalam ilham berbeza merentasi idea tipikal mainstream Pop yang acapkali mengulang formula serupa. Dan inilah pentingnya bakat-bakat seperti The Impatient Sisters ini dalam memberi warna berbeza melewati halwa yang kadang lelah dengan dengan pop.
Soraya, Irena dan Nazreena tiga bersaudara yang sudah bermuzik lebih sekian lama secara indie masih utuh dalam ilham muzik indie folk yang menyenangkan. Cukup popular di kalangan pengikut mereka dengan lagu “Hey There Young Sailor” yang dimuatkan dalam album perdana yang beredar pada tahun 2014.
Tahun lalu mereka sempat menghadirkan sebuah melankolik pop berjudul “Hopeless” yang meletakkan standard muzik mereka lebih tinggi lagi.
Terkini dalam resah kita melewati fasa sukar mco, The Impatient Sisters melalui proses kreatif mereka hadir dengan sebuah EP berjudul “Hati-Hati” dalam rangkaian empat lagu yang membuai rasa.
Mari Menari, Paper Boat, Party Mama dan Seringkali menurut mereka adalah sebuah home made EP yang saya kira kualitinya tidak kalah dengan mana-mana produksi studio hebat lainnya.
Dibuka dengan feel good track “Mari Menari” yang cukup easy listening denga hook pada korusnya. Perfect for weekend road trip. “Paper Boat” lebih lembut sebelum mereka tampil lebih Pop di lagu “Party Mama” yang lebih catchy.
Pendengaran saya lebih terarah di lagu “Seringkali” yang menutup EP ini dengan sempurna sekali. Mendengar “Seringkali” mengingatkam saya pada banyak bakat indie folk seberang seperti Bandaneira, Daramuda dan Sandrayati Fay yang hadir dalam ilham membuai serupa.
Usai mendengar EP ini saya kira tiga bersaudara ini sudah sangat siap untuk menghadirkan sebuah album penuh berbahasa Malaysia kerana clarity suara, susunan kata mereka serta penyampaian mereka lebih dirasai keasliannya.
The Impatient Sisters saya kira sudah melakukan sesuatu yang baik untuk pasaran muzik lokal dalam sebuah persembahan yang menyuntik warna berbeza. Keterbukaan kita sebagai pendengar harus lebih luas untuk menerima jaluran muzik begini supaya mereka akan terus membikin muzik atas sokongan yang tidak henti.
Tenang, diam dan resapi muzik lembut mereka. Take your time dan nikmatilah.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!