Lagu: Sedang Sayang Sayangnya Artis: Mawar De Jongh Komposer & Lirik: Raguel Lewi Label: Trinity Optima Production
Mengulik lembut suara-suara generasi baru pasaran muzik Indonesia seperti Rahmania Astrini, Ifa Alyssa, Tiara Andini dan lainnya menemukan kami dengan seorang lagi bakat baru yang begitu booming sekali tahun lalu dengan single “Lebih Dari Egoku”.
Single yang sudah distrim lebih 20 Juta kali itu memberi tuah buat Mawar De Jongh untuk cukup dikenali sebagai pelapis bidang Pop seberang. Lagu yang dicipta Rageul Lewi itu di YouTube sahaja sudah di view lebih 16 Juta penonton.
Terkini dengan single terbarunya berjudul “Sedang Sayang Sayangnya” bakat mudaj ini sekali lagi berkolaborasi bersama komposer serupa membuah ilham Balada lembut yang cukup membuai rasa.
Masih mengungkap rasa galau cinta remaja menerusi single ini, Mawar menyerlahkan karater vokal lembutnya dalam karya terbarunya ini.
“‘Wajar kalau kita merasa sedih ketika ditinggalkan orang yang kita sayang. Tapi, lewat lagu ini aku juga ingin memberikan pesan kalau sebelum kita membagikan kasih sayang kita kepada orang lain, ada baiknya kita mencintai diri kita sendiri terlebih dahulu,” ungkap Mawar.
Ilham balada begini mungkin bukan idea baru namun masih segar dan relevan untuk pasaran Pop seberang yang menolak idea Balada melengking.
MK Melewati katalog muzik tempatan sepanjang Januari – Februari tahun ini dan menyenarai pendek 10 Rilis Terbaik!
Januari berawal dengan beberapa rilis digital yang dimulakan dengan rangkaian Pop yang beredar sepanjang Disember seperti Hati (Hael Husaini), Shh (Elizabeth Tan), Selalu Denganmu (Kaer & Amylea) antaranya.
Barisan penyanyi senior yang sempat menghadirkan single terbaru mereka seperti Alyah denga balada “Cintaiku”, Asmidar hadir dengan 3 single serentak dalam masa dua bulan ini – rakaman semula “Sireh Pinang” yang cukup mempesona sekali penghasilannya dan dua lagi Balada formula berulang “Memoir Rindu” (Sharon Paul) dan “Separuh Hatiku” (Natasyah Annes).
Siti Sarah lebih memberi keterujaan dengan single “Dap Dap Dap” yang datang dengan sound cukup current dan cukup cocok sekali dengan feel vokal yang dia miliki. “Dap Dap Dap” saya kira meneruskan formula fast number Sarah sebelum ini seperti “Jangan Kau Mimpi”, “Menari Denganku” dan “Pesan Mamaku”.
Di pasaran yang lebih dominan single Sakit (Zynakal & YonnyBoii) cukup mendapat perhatian. Dengan jumlah view melebihi 11 Juta di YouTube dan sudah di strim lebih 1.5 Juta di Spotify menjadi bukti pasar besar muzik tempatan sudah berubah landskapnya.
Andi Bernadee masih bernadi dengan nuansa Raggaeton Pop di bawah kendalian muzik ALIF (Magic Portion) setelah kejayaan “Donde” dan “Hello” bersama Ismail Izzani tahun lalu. Lagu berjudul “Shimmy” ini dengan tidak sukar sudah meletakkan nama Andi sebagai bakat baru yang memiliki masa depan bermuzik yang cukup baik.
Selain Andi, tentu sahaja nama Naim Daniel menjadi bualan hangat setelah kejayaan bergelar juara di Anugerah Juara Lagu 33 yang lalu. Seperti sudah diduga “Sumpah” yang beredar tahun lalu memberi tuah besar buatnya.
Dan tanpa membuang banyak masa, Naim bersama pengurusan WP Entertainment merilis “Sembah” (Iqie Hugh / Naim Daniel) menampilkan gitaris legenda Man Kidal yang mendominasi “Sembah” dengan cukup berkelas.
Dua nama baru penyanyi wanita yang harus diberi perhatian – Khodi (Ke Mana) dan Aisha Retno (Mengikat Jiwa) yang kedua-duanya bernaung di bumbung Sony Music (M) hadir dengan citarasa muzik yang cukup baik.
Jazz feel dalam single Khodi bersama Razqa berjudul “Ke Mana” cukup baik sekali penghasilannya dan pesona Indo Ballad Aisha Retno dalam “Mengikat Jiwa juga hadir cukup menyenangkan.
Siti Nurhaliza masih belum mahu berehat daripada merilis single. Terbaru selepas “Terang” Siti hadir dengan kolaborasi bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta “7 Nasihat” resemblance feel Ahli Fiqir dan Ala Canggung Too Phat bersama Yusni Hamid. Suara Siti punya merdu sepuluh bintang namun tiada apa yang segar dan terkini tentang penghasilan muziknya.
Di pasaran urban pula menyaksikan single terbaru Lunadira (Crazy Dizzy), Airliftz (Nice To Know Ya), Ali Aiman (One Day) dan Talitha. (Don’t You See Me) antara yang masih bergerak cukup tersendiri.
Dan Bunkface hadir penuh kontroversi menerusi single “Akhir Zaman” sebagai sebuah satira kritikan sosial yang menerima respons yang berbeza-beza.
Menutup kalendar Februari, Dayang Nurfaizah hadir dengan single yang cukup solid untuk dibilang sebagai benchmark Pop 2020. Bersama Faizal Tahir, YonnyBoii dan Tuju mereka bertiga menghasilkan “X MISSING U”.
Percaturan Pop Dayang setelah “Haram” (Bersama Hael Husaini) dan “Sebentar” yang beredar tahun lalu meletakkan standard yang tinggi portfolio kerjayanya yang sebelum ini berpegang pada ilham Balada di album penuh terakhirnya pada tahun 2017.
X MISSING U – Dayang Nurfaizah / FT / Tuju / YonnyBoii (FT / Ja’a / Mage / Mike Chan / Tuju / YonnyBoii)Darren Ashley)
Dap Dap Dap – Siti Sarah (YonnyBoii)
Sembah – Naim Daniel (Iqie Hugh / Naim Daniel)
Shimmy – Andi Bernadee (Alif)
Let Me In – Bil Musa & Alex Ungku (Alex Ungku / Bil Musa)
Panggung – Apex Tajuddin (Faizal Tahir / Karim Karam / Mage / Mike Chan / Romeo)
Lagu: Menunggu Artis: Orkes A. Hizadin & Ainina Hasnul Komposer & Lirik: Amiruddin Hizadin Label: Kamar Seni Enterprise
Orkes A. Hizadin mencuri perhatian sejak mereka mula merilis single “Kejayaan” sekitar 2016 dalam melodi penuh catchy dan penulisan lirik sing-a-long yang terhasil dengan formula komersil.
Setelah single tersebut kugiran ini merilis EP lima lagu yang dilengkapkan dengan lagu-lagu yang liriknya datang dengan ilham kritikan sosial dalam penulisan lirik mereka. “2.6 Bintang” antara yang cukup banyak diperkatakan.
EP perdana mereka tersebut diisi dengan lagu-lagu moderate Pop yang catchy seperti “Merajuk”, “Remaja” yang saya kira cukup mudah diterima pendengar muda khususnya.
Terkini mereka hadir dengan single “Menunggu” bersama Ainina Hasnul dalam ilham Pop yang lebih mellow, yang lebih terbuai-buai rasanya. Berbeza sedikit dengan apa yang ditawarkan sebelum ini tetapi datang dalam komposisi yang masih sedap didengar.
Bagi pasaran semasa saya kir “Menunggu” bukan lagu yang sukar untuk diterima semua. Penulisan Amir biar bukan hadir dalam ilham yang baru tetapi masih punya hook yang mudah untuk menarik perhatian pendengar tempatan.
Seperti mana Fiersa Besari yang juga bermain dalam ilham muzik serupa cukup booming dengan single “Waktu Yang Salah” , “Celangan Rindu” antaranya – saya kira Amir dan rakan kugirannya jika fokus pada muzik begini perlahan akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Kekal puitis dan menyentuh.
Lagu: X MISSING U Artis: Dayang Nurfaizah / Faizal Tahir / Tuju / YonnyBoii Komposer & Lirik: Faizal Tahir / Ja’a / Mage / Mike Chan / Tuju / YonnyBoii Produser: Adib Hussin / FT / Mike Chan / Bobby Label: Faithful Music
Pasaran muzik tempatan bergerak cukup progresif dengan beberapa rilis Pop yang saban tahun meninggikan standard muzik lokal ke tahap yang semakin baik. Faizal Tahir bersama batalion muzik Faithful Music antara yang cukup ke depan dalam hal ini.
Kalendar muzik mereka tahun lalu sahaja sudah diisi dengan rilis cemerlang seperti I Want You To Love Me (Alif Satar), Sebentar (Dayang Nurfaizah), Rojak (Faizal Tahir), Jauh (Aziz Harun) dan Rise & Fall (Sarah Suhairi) antaranya.
FT dan rakan-rakan muziknya di Faithful saya kira sudah bergerak seiring sama usaha dengan apa yang Alif (Magic Potion) lakukan. Dua nama ini cemerlang dalam membentuk satu kosmik baru muzik lokal yang lebih segar. Selain bakat-bakat WP Entertainment yang juga banyak menghasilkan bunyi yang cukup current.
Terkini, FT bersama Ja’a, Mike Chan menghasilkan sesuatu yang cukup segar sekali sebagai benchmark pasaran Pop lokal tahun 2020. Bersama Dayang Nurfaizah, Tuju dan YonnyBoii – kolaborasi ini menghasilkan “X MISSING U” sebagai pertaruhan Pop yang cukup genius.
“X MISSING U” hadir dengan komposisi muzik yang cukup baik sekali sebagai sebuah Pop yang kekinian dari segala segi. Baik penghasilan melodinya, penulisan lirik serta the whole idea kolaborasi ini dijadikan.
Kebijaksanaan FT dalam merangka X MISSING U sebagai sebuah kolaborasi to next level tentu saja dengan penglibatan dua anak muda yang cukup besar potensinya dalam bidang muzik – Tuju dan YonnyBoii.
Momentum muzik “X MISSING U” bergerak cukup progresif sebagai satu kraf muzik yang sempurna sebagai sebuah Pop masa kini terutama di bahagian kemasan muziknya.
Penghasilan liriknya yang saya kira cukup relatable dengan cerita cinta anak muda dalam susunan bahasa yang cukup mudah, terus dan bermakna – bersifat conversation, confrontation – pengucapan dalam melodi yang jujur.
Setiap kali kau hilang kau kata I’m missing u, Dan biar ku berterus terang sesungguhnya I’m not missing u…”
X MISSING dilihat seiring gerakan lifestyle kebanyakan anak muda hari ini – on how they speak their mind. Pemilihan prosa baru dalam susunan kata yang tidak terikat ilham metafora lama disusun kemas.
Dalam rencana untuk kekal relevan di pasaran semasa, saya kira FT dan Dayang cukup memahami apa yang pendengar hari ini mahukan – sesuatu yang lebih telus, terus dan langsung. Menepis idea lapuk lagu putus cinta yang lemah dan lembik juga jauh dari ilham menghasilkan nasihat dalam lagu.
Album: Craziest Thing Happened In My Backyard Artis: Ardhito Pramono Label: Sony Music Indonesia
Ardhito Pramono pelapis Jazz seberang yang sentiasa konsisten dalam persembahan muziknya. Persembahan Jazz di beberapa EP awalnya seperti “A Letter To My 17 Year Old” hadir dalam satu pengalaman menikmati muzik yang cukup mahal sekali.
Setelah EP tersebut, Ardhito merencana karier muziknya menerusi single lain seperti “Fine Today” yang dihasilkan dengan cukup berkelas sekali. Lagu tersebut nyata meneruskan kraf muziknya menerusi lagu-lagu sebelumnya seperti “Bitter Love” dan “Fake Optics” antaranya.
Terkini, Ardhito Pramono tampil lebih cemerlang dengan EP terbarunya “Craziest Thing Happened in My Backyard” yang berisi lima trak sarat nuansa Jazz yang semakin matang bagi perjalanan karier bermuziknya.
“Trash Talking: membuka EP ini dengan ilham Ragtime Jazz yang begitu keras dengan drum line yang penuh energi. Lagu begini nyata meletakkan citarasa muzik Dhito begitu tinggi sekali. Saya kagum dengan penghasilan lagu ini yang cukup kemas sekali.
“925” dan “Plaza Avenue” meredakan lonjakan adrenalin di lagu pembukaan tadi. Lagu begini sememangnya sudah menjadi kekuatan Dhito dalam penciptaan lagu dan ini juga merupakan hal yang sentiasa membuat kita senang dengan muziknya.
Saya lebih tertarik dengan romantisme “Happy” dalam ilham synth dan jazz yang cukup melekakan. Permainan vokal Dhito juga lebih berwarna dan membuai sekali.
Bunkface menghadirkan sebuah naskhah terbaru mereka dalam kritikan sosial yang cukup keras melawan sistem politik juga sosial tempatan.
Lagu yang berjudul “Akhir Zaman” dirilis secara eksklusif di YouTube kugiran ini berdepan dengan cemuhan, kecaman & pandangan berbagi rasa semua yang mendengar.
Sebetulnya keberanian dalam bersuara menerusi muzik ini yang dilakukan Bunkface ini bukan perihal yang baru.
Butterfingers dahulu ketika merilis album “Selamat Tinggal Dunia” menerusi lagu “Merpati Sejoli” terang-terangan menulis
Dan di lagu “Tentang Tentang” dengan lebih keras menghentam stesen radio Hitz FM dalam bait berikut:
“Bukak radio Hitz FM Propaganda Amerika, Ape bende yang merdeka, Jilat bontot depa Ape bende yang merdeka?…”
Sesekali rasanya kita perlukan sedikit suara kekerasan begini. Bukan kerana perlu kita menghentam apa jua sistem yang kita fikir tidak perlu tetapi lebih untuk membuka sedikit minda dan rasa.
Sebagai pendengar rasanya kita harus lebih terbuka akan hal ini. Apa yang Bunkface hadirkan ini adalah satu cara mereka ekspresi dalam bermuzik.
Tidak salah jika ada yang tidak bersetuju tetapi harus kita ingat ada garis pemisah antara melontar pandangan menerusi seni dengan berbahas melata di akaun peribadi di media sosial.
Berikut antara patah lirik “Akhir Zaman” yang menjadi perdebatan warganet.
Album: Berhati Artis: Sal Priadi Produser: Mahatamtama Ary Adinegara, Kara Putri Mindyani, Ibnu Dian, Alvin Witarsa & Lafa Pratomo. Label: Orang Pertunjukan / Kijn
Sal Priadi membuka “Berhati” dengan amarah juga cemburu dalam keras puisi “Nyala” yang disampaikan dengan penuh emosi sekali. Bunyi nyalaan api dari awal lagu sehingga muzik melatari lagu ini memberi remang rasa yang begitu luar biasa sekali.
Bait tulisan Sal Priadi begitu puitis “Mari kita rayakan cemburu yang sedang ganas-ganasnya menyerang tepat di ulu hatimu…” Dan bait-bait puitis ini diteruskan lagi dengan “Aku ingin jadi jantungmu dan berhenti semauku. Agar kau tahu rasanya hampir mati ditikam patah hati.”
Untuk pembuka sebuah debut album saya kira Sal Priadi sudah membikin sebuah nuansa yang cukup berat sekali perasaannya sebelum meredakan rasa yang ada dalam irama Cha-Cha di lagu kedua berjudul “1-2-CHA-CHA” yang cukup menyenangkan.
Saya kira ini trak paling genius sepanjang mengenali muzik Sal Priadi yang berawal kariernya dengan lagu “Kultusan”. Cara Sal Priadi memanipulasi lenggok cha-cha dalam feel jazz dan bossanova begitu hebat sekali lagi.
Entah berapa kali saya mengulang dengar lagu ini melayan enaknya rasa sebuah muzik itu sebelum beralih ke lagu seterusnya “Malam, Malam Ubud” dan “Di Timur” yang kembali mellow dalam kesederhanaan penyampaian Sal Priadi yang penuh rasa.
Penulisan Sal Priadi begitu baik sekali penceritaan dan pemilihan kata-kata yang cukup cantik sekali susunan bahasanya di setiap lagu.
“Melebur Semesta” menjadi antara single awal Sal Priadi yang cukup saya gemarkan sekali. Kemasan muziknya begitu baik, penghasilan melodi yang cukup sentimental membuat saya sebagai pendengar melayang rasa dalam kejelasan penceritaan menerusi suara Sal Priadi yang begitu beremosi sekali terutama di bait “Di luar hujan turun dengan deras…”
Album “Berhati” turut diisi beberapa lagu lain yang sudah lebih beredar awal dalam usahanya memikat pendengar nusantara. Selain “Melebur Semesta” ada lagu lain seperti “Kultusan”, “Ikat Aku Di Tulang Belikatmu” dan “Amin Paling Serius” bersama Nadin Amizah.
“Dalam Diam” hadir dalam ilham Synth Pop yang tidak kurang lebih mengingatkan saya pada muzik Maliq & d’Essentials tapi dalam versi Sal yang juga ada groove, ada rasa yang menyenangkan. Ini juga antara lagu terbaik di album ini.
“Jelita” menyempurnakan album ini sekali lagi dengan puitis penulisan Sal Priadi yang senang untuk berkisah dalam lagu-lagunya sebelum ditutup dengan instrumental “Nyalak” yang bagi saya menyantum satu rasa sebagai wakil 10 lagu yang ada di album ini.
Sal Priadi is definitely a music genius Indonesia yang saya kira sudah mampu membuat warganya begitu berbangga dengannya. Penghasilan “Berhati” cukup detail di setiap sudut bunyinya, kemasan muzik, penghasilan melodi dan pasti sahaja penulisan puisi-puisi indah Sal yang dijadikan lirik yang akan diingati bait-bait indahnya.
Lebih dua jam berlangsung dengan satu pengalaman menikmati persembahan muzikal berkelas dunia, Rizalman membawa penonton menyelami ertinya seni, budaya dan persahabatan yang membekas sejuta rasa semua yang hadir.
Persembahan “Kesuma Jiwa 2020” berawal dengan tayangan filem pendek transisi persahabatan Rizalman dan Dayang dalam fiksyen yang ditulis dengan elemen humor. Penuh gurauan yang buat semua tersengih senyum sendiri melihat gelagat dua sahabat ini.
Kurang lebih lima belas minit berlangsung, filem pendek hitam putih tersebut benar-benar dihasilkan dalam feel sebenar filem-filem lama era Jalan Ampas. Sudut kameranya, ketepatan visual hitam putihnya (All those noise and lines), bahasa bualnya dan tentu sekali kostum digarap penuh terperinci oleh Rizalman yang menjadi kepala ilham projek filem pendek tersebut.
Transisi persembahan “Kesuma Jiwa 2020” bergerak ke pentas runway dengan barisan koleksi finale Rizalman bersama Zalora Malaysia yang rata-ratanya jelas mengambil ilham tradisi Melayu lama dalam pendekatan cukup moden.
Apa yang paling menarik perhatian saya di segmen ini adalah persembahan muzik orkestra yang disusun kemas Ahmad Muriz Che Rose yang menggunakan vokal asal penyanyi lama di setiap lagu. Begitu kemas dan tidak langsung canggung justifikasinya. Pengalaman baru menikmati muzik yang cukup saya hargai.
Kebanyakan lagu-lagu yang dipilih dihasilkan di era 50-an dan menurut Rizalman menerusi akhbar “Utusan Rizalman” yang diberi kepada pihak media, dia menyebut “Orang Melayu ketika era penjajahan bukan sahaja mengusir anasir luar melalui jati diri malah menolak menerusi unsur seni.”
“Ketika dulu begitulah cara orang seni menyampaikan mesej iaitu menerusi lagu, filem dan kostum” – Rizalman Ibrahim
Dan benar malam tersebut tidak tercela sedikit pun elemen seni Melayu lama yang dikendong sebagai akar ilham persembahan malam tersebut dengan tunas lainnya.
Rizalman sebagai penerbit eksekutif dan Faizul Surani yang bertindak sebagai Pengurus Persembahan benar-benar faham akan apa yang mereka perlu lakukan dalam memelihara pementasan ini agar tidak keluar dari landasan yang seperlunya.
Setiap plot, segmen dan kemasan muzik dihasilkan dalam satu persembahan yang cukup terkawal dalam satu transisi persembahan yang cukup menarik. Dan setelah usai segmen runway, masa yang ditunggu ramai adalah kelibat vokalis handalan Dayang Nurfaizah membuat kemunculan.
dayang nurfaizah
Dibuka dengan persembahan koir Kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Syafinaz Selamat, Dayang Nurfaizah muncul manis dalam persalinan serba putih dalam lagu-lagu hebat seperti “Tari Tualang Tiga” dan “Mengapa Dirindu”.
Dayang seperti biasa tidak pernah mengecewakan, tidak perlu terlalu membuktikan apa lagi – semuanya dialun lembut dalam jarangnya dia menyanyikan lagu Melayu seperti “Hati Ke Hati”, “Bisikan Hati”, “Itulah Sayang” dan “Laksamana Raja Di Laut”.
Dan ya saya kira semua begitu terpukau dengan alunan “Di Pintu Syurga” dalam rendisi baru yang cukup membuai rasa sekali penghasilannya. Beberapa lagu lain yang turut dipersembahkan malam tersebut adalah “Joget Pahang”, “Gurindam Jiwa” dan juga “Selamat Tinggal Bungaku” yang menjadi penutup malam tersebut dengan cukup beremosi sekali.
Dayang yang mengundang kagum penonton dalam alunan melayu aslinya dengan caranya yang tersendiri
Intermission di tengah lagu dengan visual hitam putih di layar tanpa sebarang audio sebelum Dayang menghabiskan kan bait akhir begitu menjadi sekali perancangannya. Terlalu sempurna sebagai penutup bukan sahaja persembahan tetapi juga sebagai tribute buat Rizalman sepanjang dia berkarier dalam bidang fesyen.
Saya pulang malam tersebut dengan kagum. Laju adrenalin malam tersebut terbawa-bawa ke keesokan harinya kerana memikirkan betapa hebatnya pementasan yang betul-betul mengundang rasa gembira, puas dan pasti akan diingati sepertimana kagumnya saya menonton muzikal P.Ramlee, PGL dan Ola Bola dulu.
Dan malam tersebut dalam sedunya, Rizalman mengundurkan diri dari bidang fesyen untuk mengalihkan fokusnya pada bidang perniagaan lain. Rizalman Ibrahim, jika anda membaca artikel ini, kami di Muzik Kita mahu sekali anda berkongsi ilham dalam bidang hiburan yang amat memerlukan individu kreatif, kritis dan kritikal seperti anda.
Melihatkan persembahan “Kesuma Jiwa” saya kira Rizalman sudah dalam diam mendidik penonton dalam disiplin dan penuh protokol. Saya senang melihat semua yang hadir berbaju Melayu hitam dan berbaju kurung.
Semuanya kerana “takut” dan hormatnya kita pada figura ini. Dan industri muzik tempatan perlukan seseorang yang begini yang setidaknya saya pasti mampu mencipta satu disiplin dan landskap bunyi Melayu baru yang akan dijaga dan diangkat ke tempat sepatutnya.
Nama Nastia lebih awal mencuri perhatian pasaran muzik Indie sebetulnya ketika mereka menghasilkan album “Esok Belum Tiba” yang juga menjadi single perdana kolaborasi mereka bersama singer-song writer Liyana Fizi.
Namun dengan single tersebut nama Nastia tidaklah begitu mendapat perhatian mainstream tetapi setidaknya mereka sudah menghasilkan satu acuan muzik yang cukup tersendiri. Cukup melodious, poetic dan membuai.
Lihat sahaja lagu-lagu yang terisi di album tersebut seperti “Cinta Sempurna”, “Indah Selamanya” dan juga “Anggur” dihasilkan dengan satu ramuan muzik yang bergerak cukup tersendiri.
Setelah itu, Nastia bergerak lebih besar skala muziknya dalam rencana menawan pasaran mainstream bersama Faithful Music menerusi hits yang sudah boleh dilabel sebagai evergreen track band ini.
“Rapuh” Meninggikan standard muzik Nastia ke tahap yang cukup membanggakan. Lagu ini antara yang terbaik dihasilkan sepanjang 2017. Kolaborasi genius Nastia bersama Faithful telah memberi satu suntikan muzik yang cukup berkelas sekali.
Dan kehebatan “Rapuh” diteruskan dengan single kedua dan terakhir bersama Faithful iaitu “Untuk Kamu” yang sekali lagi hadir cukup baik penghasilannya.
Terkini, Nastia mengembalikan singnature muzik melodious mereka di single “Tanpamu” yang tampil sekali lagi cukup membuai rasa dalam menghasilkan sebuah lagi melankolik pop yang cukup berkualiti.
“Konsep melodrama dalam penulisan Nastia masih dikekalkan malah perjalanan muzikal Nastia kali ini turut diwarnai dengan elemen elektronik untuk penghayatan dan ambien yang lebih dinamik serta teknikal.” – Nastia.
“Tanpamu” kesinambungan yang cukup baik untuk Nastia menawan kembali pasaran mainstream. Nama mereka sudah dikenali dengan “Rapuh” dan “Tanpamu” jika diberi justice pemasaran yang baik mampu bergerak sebagai sebuah naskhah yang memberi warna yang berbeza pasaran muzik lokal.
Sebetulnya tiada apa sangat yang mahu dibicarakan tentang Anugerah Juara Lagu (AJL) tetapi lebih kepada perdebatan ilmiah dalam persoalan besar bagaimana lagu yang diangkat sebagai juara itu tidak hanya sekadar bergelar jaguh domestik.
AJL seperti semua sedia maklum sudah menjadi semakin predictable. Saban tahun kita sudah boleh menebak awal siapa gerangan juara yang bakal membawa pulang trofi kejuaraan. Melihat 3 tahun kebelakangan ini, AJL menjadi satu platform muzik yang cukup competitive sebenarnya. In a good and bad way.
Semangat untuk bergelar juara itu semakin meninggi di kalangan penyanyi mahupun komposer. Lihat sahaja fenomena #RoadToAJL yang bersepah-sepah digunakan. Sepertinya AJL ini penanda aras kekuatan sesebuah lagu itu.
Ramai yang cukup aktif dengan kempen #RoadToAJL tahun lalu pulang hampa di peringkat separuh akhir yang akhirnya memberi pesan apa sebetulnya? Adakah kegagalan ke final itu tanda lagu mereka lagu yang gagal? Tepuk dada tanya selera.
Saya tidak faham mengapa pemuzik hari ini mencipta lagu kerana mahu ke AJL. Belum lagi AJL34 bermula kempen #RoadToAJL berikutnya sudah berjalan – Adakah itu tujuan sebagai pemuzik berkarya? Berkarya untuk AJL? Takkan kot…
Budaya #RoadToAJL ini harus dihentikan kerana akhirnya sang pemenang hanya sekadar hidup sebagai jaguh domestik. AJL sudah lebih 30 tahun dianjurkan sebetulnya tidak langsung menyumbang kepada perkembangan muzik tempatan ke peringkat lebih besar.
Penganjur juga pihak-pihak lain seperti Recording Industry Association of Malaysia (RIM) tidak juga pernah mahu bekerjasama dalam merangka lagu-lagu yang bergelar juara ini diangkat ke peringkat lebih tinggi, keluar dari Malaysia.
Mungkin hal-hal begini tidak dilihat penting. Yang penting hanya kemeriahan pesta satu malam.
Bukan apa, terlalu rugi rasanya lagu-lagu yang sebagus “Apa Khabar”, “Jampi” dan “Haram” tahun lalu sekadar popular di sini sedangkan lagu-lagu ini punya acuan baru Pop Malaysia yang boleh dibawa ke pasar besar Asia setidaknya.
Maksud saya di sini lihat bagaimana Sheila Majid dan pengurusannya membawa Sinaran menjadi cukup dikenali di Jepun dan Indonesia. Can we learn something from the OG? Tidak mustahil perkara yang sama boleh dilakukan untuk “Haram” karya besar Ezra Kong dan Hael Husaini yang cukup moden bervisi.
Hal ini bukan sesuatu yang mustahil jika ada satu badan khusus yang mahu bekerjasama dengan penganjur AJL untuk sama-sama meninggikan standard muzik lokal ke peringkat lebih besar (internasional).
Dan dalam hal ini saya hanya melihat RIM sahaja yang mampu melakukannya jika mereka tidak sekadar fokus untuk update carta popular streaming mingguan.
Namun mungkin juga tiada usaha ke arah ini daripada pihak penganjur yang sekadar mahu sibuk mencari sponsor malam acara sebagai tabungan syarikat semata.
BTS menyumbang 4.1 Trillion Won buat Korea Selatan pada 2018.
Industri muzik tempatan (jika boleh disebut industri) dilihat tiada penyatuan ini dan tiada visi ini. Hal ini amat mengecewakan. Bukan mahu membanding pasaran muzik seberang tetapi apresiasi muzik di sini terlalu kurang.
Sedangkan jika diguna sebaiknya kreativiti showbiz sebetulnya mampu membantu ekonomi negara dengan sangat baik jika betul caranya. Lihat sahaja bagaimana BTS menyumbang 4.1 Trillion Won buat Korea Selatan. Baca di sini
Betul, masih jauh lagi perjalanan untuk kita sebesar Korea Selatan tetapi setidaknya berusahalah kita ke arah itu.
Di sinilah peranan penganjur, penaja, badan berwajib dan sokongan penuh kerajaan untuk bersatu mewujudkan satu dana khas dan melabur untuk lagu yang sudah diangkat sebagai juara tadi untuk di bawa ke peringkat lebih tinggi.
Pengeksportan Muzik ke peringkat global adalah hal yang harus difikirkan secara serius. Come on dah tahun 2020, sampai bila nak kejar trofi AJL?
Dan di dunia digital ini bukanlah sesuatu yang sukar apa pula mustahil untuk dilaksanakan semua itu. We just need one genius influential person untuk lead the plan and make it happen. Namun saya kira kita tidak melihat hal ini penting untuk negara.
Satu gerak khusus bagi lift up standard muzik tempatan secara besar-besaran harus dilakukan. Kita sudah terlalu lama syok sendiri melayan Balada berkhayal, indie yang masih moshing sesama sendiri di pentas gig, dan bedroom producer yang menghasilkan muzik segar tetapi masih tidak didengarkan.
AJL platform terbaik untuk merealisasikan impian ini kerana dalam tiga dekad penganjurannya, semua jenis lagu sudah diangkat sebaiknya tetapi perjalanannya lagu-lagu yang baik ini terhenti sekadar di situ tanpa justice.
Sayangnya bukan kerana apa, kerana sudah lebih tiga dekad berlangsung acaranya, yang diraikan hanya gemilang gemerlap cahaya pentas dan lampu kamera satu malam, kemeriahan di Instagram juga Twitter berminggu lamanya dan setelah itu another #RoadToAJL.
P/S: Dan sampai bila Bob hanya akan layak ke AJL kerana menyanyikan lagu orang lain? I mean Bob better than Andmesh kot!