Highlight, Review, Terkini,

Keutuhan Bermuzik Rinni Wulandari Teruji Lewat Album “SKINS”

Persona R&B seberang, Rinni Wulandari akhirnya melancarkan album ketiganya setelah kali terakhir muncul dengan album penuh pada tahun 2017 dengan judul “I Am Independent”. Album terbarunya yang mengambil judul “SKINS” ini menampilkan 14 lagu keseluruhannya.

Proses dua tahun menyiapkan album ini berawal dengan pengedaran lebih 5 single yang bermula dengan lagu “Born Ready” tahun lalu sebelum merilis lagu berjudul “Bertahan” beberapa minggu lalu sebelum disatukan dalam “SKINS”.

Rinni menerusi album ini meneruskan DNA muzik R&B dan Urban Pop yang cukup kental sekali identitinya. Lagu-lagu terisi di album ini jika anda tidak terlalu enjoy jaluran muzik begini saya kira agak sukar untuk memahami transisinya kerana muzik di album ini tidak tipikal ilham Indo Pop yang biasa kita dengar.

Pengaruh muzik Soul Rinni dizahirkan dalam lagu yang cukup baik seperti “Takut Nanti Rindu”. Lagu ini saya kira antara yang paling mudah menangkap rasa pendengar Pop. Feel Rinni cukup hebat dalam kesederhanaan penyampaian vokalnya. Bersahaja dan tersusun sekali.

Sebuah lagi lagu yang menarik perhatian saya adalah “Jealosuy” kolaborasi bersama Kara Chenoa yang mengendong ilham Urban Pop Kontemporari dalam penyampaian R&B Rinni yang cukup rencah groove dan sensualnya. Groove serupa di lagu ini diteruskan menerusi lagu “Keep On Movin”.

Rinni perlahan-lahan memberi rasa yang lebih mellow di penghujung album ini dengan penghasilan lagu “Seutuhnya” dalam tempo acoustic Pop yang menyenangkan sebelum menutup album ini dengan 2 lagu berjudul “Home” dan “Bertahan”.

Saya terlarut dengan petikan piano di lagu “Bertahan” yang melatari melodi lagu ini dengan cukup indah sekali. Vokal Rinni di tahap ini saya kira adalah yang terbaik. Persembahannya minimal tetapi rasanya cukup mentafsir dan memaknakan barisan bait lirik yang dilagukan.

“SKINS” lengkap sebagai sebuah persembahan R&B / Soul yang cukup baik. Penghasilan lagu-lagu di dalamnya terhasil dalam satu konteks yang mentafsir siapa Rinni Wulandari itu sendiri. Semakin matang menuju usia bermuziknya, Rinni antara vokalis wanita yang cukup serius dalam menjual muziknya tanpa perlu berkompromi dengan produski muzik semasa semata-mata.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menjejak Sedekad Langkah Bermuzik, Tulus Hadir Dengan Single “Ingkar”

Highlight, Review, Terkini,

Daiyan Trisha Melepas Lelah Lewat Single “Penat”

Lagu: Penat
Artis: Daiyan Trisha
Komposer / Lirik: Daiyan Trisha
Arranger / Produser: Kuizz Shah

Daiyan Trisha mula menarik minat saya ketika dia merilis “Stargazing” kolaborasi produksi muzik bersama AG Coco yang pada ketika itu saya kira Daiyan sudah menemukan formula yang baik untuk dia bergerak sebagai Pop star dalam pasaran muzik tempatan.

Setelah itu, satu per satu single dikeluarkan, antara yang menarik adalah “Kita Manusia” selain kolaborasi bersama MFMF. menerusi “Passin Thru” yang menjadi all time favorite saya sepanjang Daiyan bermuzik.

Langkahnya semakin lama semakin meyakinkan sehinggalah terbitnya album perdana “Daiyan Trisha The Album” yang solid sebagai sebuah naskhah Pop yang cukup current, mudah didekati dan matang untuk seorang Daiyan Trisha. Lagu-lagu berbahasa inggeris di album tersebut cocok dengan karakter vokalnya

Terkini penyanyi yang juga aktif sebagai pelakon dan pengacara ini menzahirkan sebuah lagi naskhah terbaru berjudul “Penat” yang dicipta sepenuhnya oleh Daiyan sendiri dengan bantuan produksi muzik serba kemas oleh Kuizz Shah.

Penghasilan melodi ini cukup baik dalam memberi justice buat feel dan kemampuan vokal Daiyan. Penulisan liriknya saya kira tidak sukar untuk kebanyakan kita relate dengan situasinya. Kisah lelah dalam perhubungan yang tak berarah namun masih berbekas harapan.

Kemasan muzik Kuizz memberi sentuhan moden pada asas Balada lagu ini yang di awalnya banyak mengingatkan saya pada lagu-lagu Yuna seperti “Penakut” dan “Cinta Sempurna” khususnya. Arah muziknya cukup kuat pengaruh lagu-lagu Indie Ballad yang banyak dalam pasaran global hari ini. Tastefully produced!

Daiyan sudah menghasilkan sesuatu yang cukup komersial saya kira, in fact “Penat” adalah lagu Daiyan yang paling komersial sekali yang pernah dia hasilkan untuk bergerak dalam skala yang lebih besar di pasaran muzik Pop semasa hari ini.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Tarikan Komersial Dayang & Zynakal Menerusi “Sayang Aku Tanya Apa Khabar”

Highlight, Review, Terkini,

Menuju Album Penuh Yang Bakal Dilancarkan, No Good Perkenal Single “Kayaba”

Lagu: Kayaba
Artis: No Good
Komposer / Lirik: Ali Johan Edrei / Syed Ismail / Wan Azry

No Good tahun lalu menerusi ep paling pendek saya dengar dengan durasi 10 Minit 17 Saat, tampil dengan bunyi yang cukup berani melawan arus pasaran muzik tempatan terhasil cukup membanggakan. Album berjudul “Demo Kawe” hadir cukup unik dalam dialek Kelantan yang disaluti keras muzik mereka.

Single “Che Using” sudah kami letakkan dalam senarai 50 lagu terbaik tahun lalu memberi satu warna berbeza yang amat sangat diperlukan pasaran muzik tempatan. Maka dengan tertubuhnya band ini saya kira kita sudah boleh bernafas lega kerana muzik diraikan kembali dalam kepelbagaian sifatnya.

Tidak mahu terus terikat dengan “Che Using” selamanya, No Good terus menzahirkan karya baru dalam kekangan ruang dan waktu era lockdown ini dengan single terbaru berjudul “Kayaba”.

“Kayaba” terhasil dalam ilham Reggae sebelum keras di korusnya dalam DNA muzik Punk mereka. Menulis tentang isu wang dan kepayahan, lagu ini sekali lagi seperti lagu-lagu No Good sebelum ini bergerak sebagai kritikan sosial masyarakat.

Bait-bait yang ditulis dalam dialek Kelantan dalam lagu ini sangat menarik minat saya yang tidaklah begitu faham sebahagian kata-katanya tetapi cukup seronok untuk dinikmati. Bait Selok hujung bule baru ingat tuhey, Allahuakhbar” itu saja sudah cukup intrig.

Lagu ini merupakan single perdana untuk perjalanan menuju album penuh yang bakal berisi 11 lagu nanti. No Good antara pemuzik tempatan yang seharusnya diberi lebih perhatian dalam pasaran muzik semasa. Lagu-lagu mereka unik, ada kesegaran dan bergerak tersendiri.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mendekati Cerita Si Luncai Dan Labu-Labunya Menerusi Single “Labu” Budak Nakal Hujung Simpang

#RetrospektifMuzik, Highlight,

Melayani Perasaan Dalam 8 Balada Terindah Biduanita Sharifah Aini

Tiada hentinya untuk kita terus menikmati alunan merdu Biduanita muzik negara yang meninggalkan kita lebih 7 tahun dulu dengan rangkaian lagu-lagunya  yang akan sentiasa didengari berganti generasi.

Merentas zaman dan era, nama Biduanita ini meniti bibir kita semua. Pelbagai jaluran muzik sudah dicuba memikat pendengar mengikut peredaran trend muzik semasa, namun alunannya masih sama merdu, masih kekal stailnya dan masih mahu sering didengar.

Jika sebelum ini kami sudah menulis tentang kemerduan alunan nyanyian Melayu Asli nya menerusi album “Lela Manja” bersama Hamzah Dolmat, kali ini kami ingin membawa anda melewati alunan merdunya menerusi rangkaian Balada terpilih yang telah kami susun.

Lagu: Kau Tinggi Di Awan Biru
Komposer / Lirik: Ahmad Nawab
Album: EP Swatajuk – 1977
Lagu ini memiliki paten muzik Balada 70-an yang cukup kuat. Melodinya saja sudah begitu ikonik dengan bait lirik yang cukup syahdu lagi puitis untuk ia kekal sebagai naskhah malar segar. Lagu ini lembut membuai rasa tanpa perlu dipaksa-paksa untuk kita melayari perasaan Biduanita ini dalam ceritanya.

Lagu: Mawar Putih Untuk Mama
Komposer / Lirik: Syed Haron
Album: Harum Dalam Kenangan (1981)

Biar sudah berusia 40 Tahun, lagu ini saya kira masih segar muziknya, masih relevan untuk terus diperdengarkan. Tulisan Syed Haron menerusi melodi Balada yang menyentuh kasih sayang seorang Ibu dalam alunan yang cukup rasanya. “Mawar Putih Untuk Mama” berhasil memberi kelebihan buat Biduanita ini terus bernadi dalam pasaran muzik biar sehinga hari ini.

Lagu: Tanpamu Kusepi
Komposer / Lirik: Copyright Control / Habsah Hassan
Album: Harum Dalam Kenangan (1981)

Lagu yang tidak dapat dipastikan siapa penciptanya, ada yang mengatakan ia sebuah rakaman semula sebuah lagu lama yang juga tidak dapat dinyatakan siapa penyanyi asalnya. “Tanpamu Ku sepi” sebuah tulisan penuh puitis Habsah Hassan yang cukup personal buat saya. Lagu ini antara yang paling baru saya explore. Sungguh indah penghasilannya dengan rasa juga persembahan melodi dan vokal yang menggamit memori.

Lagu: Impianku Bersamamu
Komposer / Lirik: S.Atan
Album: Malam (1980)

Ada feel Jazz Ballad di lagu S.Atan ini. Komposisinya cukup unik dan memikat sekali. Saya selalu membayangkan lagu ini sangat hebat jika dinyanyikan kembali Sheila Majid kerana komodenan dalam melodinya yang cukup “Sheila” sekali sifatnya. Ternyata S.Atan yang kita kenal bukan hanya mampu menulis Irama Melayu Asli sahaja.

Lagu: Hatiku Sudah Patah
Komposer / Lirik: Saari Amri
Album: Selamanya (1996)

Arwah Tok Pah memasuki pasaran komersil 90-an dan kali ini bersama Saari Amri yang cukup booming di era itu dengan penghasilan lagu “Hatiku Sudah Patah” ini. Saya larut bukan sahaja kerana melodinya tetapi sudah tentu kerana alunan merdu Biduanita ini. Lagu ini antara yang paling saya ingat ketika membesar dulu, yang saya nantikan di Radio Muzik airplay nya.

Lagu: Hapuslah Air Matamu
Komposer / Lirik: Ahmad Nawab
Album: OST Hapuslah air Matamu (1976)

Antara lagu yang penting dalam perkembangan karier bermuzik Biduanita ini adalah penghasilan OST Hapuslah Air Matamu bersama Broery Marantika. Lagu ini terhasil dalam sentuhan emas Ahmad Nawab yang menyuntik elemen klasik Ballad yang cukup timeless.

Lagu: Hadiahku Di Hari Bahagiamu
Komposer / Lirik: S.Atan / Haron Majid
Album: Rahsia Hati (1982)

Petikan piano di awal lagu ini berawal lembut sebelum disambut kesyahduan suara emas Biduanita ini. “Hadiahku Di Hari Bahagiamu” sebuah naskhah kesayuan yang bergerak dalam sebuah cerita yang ditulis secara terus tentang perasaan kecewa dan hampanya harapan sebuah cinta.

Lagu: Leraikanlah Kekeliruan
Komposer / Lirik: Ajai
Album: Syahdu (2014)

Lagu yang dimuatkan dalam album “Syahdu” membawa dimensi baru muzik Bidunita ini untuk terus kekal dalam rada Pop Semasa. Kraf muzik Ajai menyatu cukup baik dengan feel dan penyampaian Shariah Aini. Persembahan vokalnya yang beriring clarity dalam sebutan yang cukup jelas mentafsir jiwa yang mahu dipersembahkan dalam penghasilan melodi lagu ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Sebuah Kesyahduan, Resah dan Sepi “Sudirman” Menerusi 10 Balada Terbaik Yang Pernah Dirakam

Highlight, Review, Terkini,

Menjejak Sedekad Langkah Bermuzik, Tulus Hadir Dengan Single “Ingkar”

Lagu: Ingkar
Komposer / Lirik: Yoseph Sitompul / Ari Renaldi / Tulus
Arranger / Produser: Ari Renaldi
Susunan String: Erwin Gutawa
.

Perjalanan saya ke Jakarta berpusing-pusing dari satu kedai muzik ke satu kedai yang lainnya sekitar awal 2012 menemukan saya denga sebuah CD berwarna biru, penyanyinya memejam mata dengan tertulis besar TULUS yang saya fikirkan judul album itu sahaja, tetapi ia juga adalah nama pemilik album tersebut Muhammad Tulus.

Saya tidak terus membeli sekalipun cover albumnya itu begitu menarik perhatian. Saya pulang ke hotel dan malamnya mencari di YouTube jika ada lagu penyanyi ini dimuatnaik di sana. Ternyata ada sebuah muzik video berjudul “Sewindu” yang hanya dengan sekali dengar sudah membuat saya tertarik dengan lagunya.

Dan tanpa membuang masa saya esoknya saya terus kembali ke kedai CD dan membelinya. Sejak itu Tulus menjadi peneman saya. Dari “Sewindu” ke “Teman Hidup”sehingga groove “Diorama” dan “Teman Pesta” saya ulang dengar sehingga dia merilis dua lagi album setelah itu.

Dan sehingga hari ini dengan lebih 2 Juta pendengar bulanan di Spotify, nama Tulus semakin besar tidak hanya di Indonesia malah sampai juga ke telinga pendengar Malaysia. Lagu-lagunya simple tetapi berjiwa besar – setiap satunya terhasil terus masuk ke hati dan hal itu yang membuatkan kita senang dengan lagu-lagunya.

Setelah terakhir kali mengedar “Adaptasi” tahun lalu, Tulus kembali dengan sebuah lagi lagu dalam penghasilan melodi yang cukup besar jiwanya, cukup grand garapan muziknya dan cukup berisi setiap bait kata dalam lirik-liriknya. “Ingkar” menjadi pertaruhan yang cukup baik sekali sebagai permulaan karier muziknya di tahun ini.

Asas Pop Tulus di lagu ini sangat kuat terasa signaturenya. Sekali dengar kita sudah tahu itu jenis melodi yang akan digarap biduan ini. Terhasil dalam feel Pop / Ballad yang berawal cukup lembut sebelum momentum muziknya cemerlang dengan kemasan orkestra maha grand Erwin Gutawa bersama Budapest Scoring Symphonic Orchestra yang mengiringi.

Saya jatuh cinta dengan kraf melodi lagu ini yang dicantum cukup baik ilham dalam penulisan liriknya. Mengambil ilham kisah cinta yang tak bisa dilepaskan, Tulus mendepani rasa bersalah untuk jatuh cinta dengan yang lain sekalipun perhubungan itu sudah terputus. Never let me go mungkin istilah yang cukup sesuai menggambar cerita cinta dalam lirik lagu ini.

Hal ini jelas dalam bait “Aku coba dengan yang baru, Ku kira hilang bayangmu, Namun tiap dengan yang baru rasanya seperti ku berbohong dan curangimu.” yang mengisi bahagian korus lagu ini dengan cukup baik sekali.

Satu hal yang saya begitu menyenangi Tulus adalah caranya mengeluarkan ilham lagu cinta yang berbagai-bagai. Masih ingat di lagu “Jangan Cintai Aku Apa Adanya” dia mengajak kita untuk memiliki lebih pride and demand in love.

Dan ketika merilis lagu “Ruang Sendiri” Tulus explore tentang pentingnya me time atau my space dalam percintaan yang tak semestinya harus sentiasa berdua tetapi lebih daripada itu adalah menghormati ruang sendiri pasangan anda.

Cerita-cerita begini yang saya kira cukup seronok untuk menikmati Tulus. Dia tidak hanya mahu menulis lirik cinta yang klise – dipisahkan, diduakan atau dicurangi. Tetapi dia mendalami isi cinta dalam perhubungan itu lebih daripada hal-hal biasa yang pemuzik lain mampu hasilkan.

“Ingkar” saya kira menebus kekecewaan saya terhadap single “Adaptasi” yang terlalu biasa buat saya. Lagu ini antara yang cukup baik penghasilan melodinya, penulisan lirik yang sangat baik dan kemasan muzik yang cukup berkelas sekali.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Diganding Bersama Dewa 19, Yura Yunita Menzahirkan Rendisi Baru “Kangen” Dengan Cukup Berkelas

Highlight, Review, Terkini,

Bersantai Dengan Alunan Keroncong Jon Kastella & Pusakata Menerusi “Tamasya Kota”

 

Lagu: Tamasya Kota
Artis: Jon Kastella & Pusakata
Komposer / Lirik: Suhud Islami Kastella

Meraikan kepelbagaian dalam bermuzik pasaran muzik Indonesia dengan naskhah bersifat Nusantara akan menemukan anda dengan sangat banyak bakat-bakat yang cukup impresif. Mengalirkan kreativiti dalam penghasilan melodi lagu yang terhasil tanpa harus terlalu berkompromi dengan kehendak pasaran.

Jon Kastella satu daripadanya yang hadir mengendong ilham Keroncong dalam ramuan rasa yang cuku baru dan segar yang cukup relevan untuk di pasarkan hari ini. Percantuman extetika muzik dengan nilai komersial itu disatukan cukup baik dalam single ” Tamasya Kota”.

Berkolaborasi dengan bakat cukup dikenali, Pusakata – Jon Kastella mengzahirkan feel baru Keroncong yang tidak terusik authenticity nya dengan menjadikan lagu ini sebagai kelangsungan yang baik untuk meneruskan hayat muzik Keroncong dalam pasaran muzik hari ini.

Saya sukakan clarity vokal dan penyampaian Jon Kastella di lagu ini. Setiap bait lirik lagu dinyanyikan dengan cukup memaknakan isi cerita yang ditulis.

Lagu ini saya kira tidak sukar untuk buat kita senang dengan penghasilannya. Perfect untuk hujung minggu santai di rumah sambil menyiapkan house chores atau menjadi teman di dapur saat menyiapkan hidangan makan tengah hari.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Diganding Bersama Dewa 19, Yura Yunita Menzahirkan Rendisi Baru “Kangen” Dengan Cukup Berkelas

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

3 Dekad “Untukmu Ibu” & “Rahsia Pohon Cemara” Sebagai Anthem Pop Exist

Album: Exist (1991)
Artis: Exist
Produser: Rahim Othman

“Tuhan yang Esa, Ampuni dosa ibu, Tempatkan mereka di antara kekasih-Mu” menjadi bait korus paling kuat untuk kita diingati dalam sejarah muzik Pop tempatan. Tidak kiralah anda hardcore Hip-Hop, Punk atau apa pun pengaruh cult yang ada, “Untukmu Ibu” (Rahim Othman) daripada Exist yang beredar pada tahun 1991 itu pasti akan melekat.

Bermulanya kembara bermuzik kumpulan Exist di Johor Bharu pabila produser yang juga pengurus artis di syarikat rakaman tempatan Jojo Records iaitu Johan Aziz menyatukan Ajai, Mamat, Musa dan Shah lantas memberntuk Exist sebagai sebuah fenomena baru Pop / Rock tempatan di awal era 90-an.

Meneruskan legasi kugiran Pop sebelumnya seperti Mega antaranya yang cukup booming dengan ilham muzik serupa. Balada yang dimasukkan eleme Rock Melayu di dalamnya. Dengan antara lagu wajib mengangkat isu-isu semasa yang dekat dengan latar masa remaja ketika itu.

Maka terlahirlah lagu seperti “Hidupan Fantasi” dan “Kuman H.I.V” yang ketika di era 90-an sangat dekat dengan penularan isu-isu berkaitan kebebasab remaja dan h.i.v . Namun sebetulnya lagu-lagu ini hanyalah bergerak sebagai filler sebagai syarat melengkapkan sebuah album penuh.

“Kerana Cinta” menjadi sebuah lagu yang mungkin kurang popular tetapi cukup menarik perhatian saya. Kraf muziknya cukup kental pengaruh 80-an dan 90-an dengan balutan Pop dan Rock yang menyatu sebagai sebuah lagu yang cukup fun untuk dinikmati especially solo gitar Along yang menjerit di tengah lagu. Boom!

Exist ternyata lebih dikenali dengan lagu-lagu Jiwang mereka. “Rahsia Pohon Cemara” (LY) ketika diedarkan cukup mendapat perhatian luar biasa dalam memperkenalkan nama Exist di radar Pop muzik tempatan ketika itu.

Rintihan dan rayuan dalam lagu yang cukup sinonim dengan citarasa muzik pendengar tempatan menjadi pertaruhan yang cukup baik dalam membentuk Exist itu wujud dalam pasaran muzik tempatan berdekad lamanya.

Dan sehingga hari ini “Rahsia Pohon Cemara” dan “Untukmu Ibu” itu sudah menjadi sebuah naskhah malar segar yang sudah didengar generasi berganti. Dan perjalanan awal kumpulan ini untuk terus sustain dalam lapangan muzik tempatan saya kira berjalan cukup baik dengan penghasilan debut ini.

Selain dua hits tersebut, ada sebuah lagi lagu hits yang saya kira cukup ikonik. Lagu berjudul “Langkah Seiringan” (Harun Ahmad) sebuah lagu rock jiwang yang menjadi percaturan yang cukup berjaya popular sehingga hari ini.

Proses menyiapkan album yang dilakukan lebih 7 bulan atas faktor jadual persekolahan masing-masing ini telah dirakam sepenuhnya di Lion Studio, Singapura. Dan dengan penjualan album sebanyak 250,000 unit ketika itu memberi satu siren bahawa kugiran Pop ini akan mendominasi pasaran untuk jangka masa yang panjang.

Nama Exist bertukar menjadi Exists ketika mereka mengedar “Jangan Gentar” pada tahun 1997 ketika itu bersama vokalis baru, Ezad yang dicungkil daripada pertandingan nyanyian. Kesemua lagu-lagu di album perdana Exist kini boleh didengar secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

Keasingan Wings Tanpa Awie Menerusi “Orang Asing”

Highlight, Review, Terkini,

Feby Putri Membuai Perasaan Lewat Single “Liar Angin”

Lagu: Liar Angin
Artis: Feby Putri
Komposer / Lirik: Feby Putri

Nama Feby Putri ketika dia menarik perhatian pendengar Indonesia dengan hits “Halu” pada tahun 2019 tidak begitu menarik perhatian saya kerana antara faktornya ilham muziknya yang dekat dengan Nadin Amizah membuatkan dia sedikit tewas dalam estetika muziknnya.

Namun tanpa mahu menidakkan bahawa dia juga bakat yang memiliki sesuatu yang valuable untuk dinikmati, Feby tanpa putus merilis rangkaian lagu-lagu barunya seperti “Usik” dan “Cahaya” tahun lalu.

Terkini bagi meneruskan ilham bermuziknya, Feby Putri terus menawan perhatian pendengar muzik Indonesia dengan single berjudul “Liar Angin” yang dicipta sepenuhnya sendiri.

Masih terhasil dalam ilham Folk Pop, “Liar Aingin” hadir cukup puitis dengan layangan melodi membuai rasa berserta penulisan yang cukup bersifat humanis. Vokal lembutnya menyatu baik dengan feel dalam melodi yang terhasil namun saya kira lagu ini tidak terhasil terlalu asli.

Sifatnya sudah banyak di pasar besar muzik Indonesia yang menjual ilham muzik serupa. Namun masih berbaloi untuk didengar dan menjadi sebahagian daripada playlist Folk Pop anda.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Maliq & d’Essentials Memberi Rasa Baru Dalam 3 Lagu Popular Dewa 19

Highlight, Review, Terkini,

Tarikan Komersial Dayang & Zynakal Menerusi “Sayang Aku Tanya Apa Khabar”

Lagu: Sayang Aku Tanya Apa Khabar
Artis: Dayang Nurfaizah & Zynakal
Komposer / Lirik: Zynakal / Chaan / Suneo
Produser Bersama: Chaan / Giant / Irena Taib

Dayang ketika merilis “X Missing U” tahun lalu kolaborasi hebat bersama Faizal Tahir, YonnyBoii dan Tuju telah memberi siren bahawa itu akan menjadi landskap Pop terbaru yang akan dibawanya setelah usai fasa merilis barisan Balada yang berawal Di Pintu Syurga beberapa tahun lalu.

Dan sehingga hari ini “XMU” saya letakkan sebagai Pop terbaik yang terhasil dalam masa setahun dua ini. Originality pada melodi, kolaborasi genius dua generasi muzik sehingga kemasan muziknya yang bertaraf global itu amat membantu dalam meninggikan standard Pop tempatan ke tahap yang cukup membanggakan.

Dan dengan terhasilnya juga sebuah single istimewa berjudul “Gerak Dulu” bersama MFMF. dan Faizal Tahir, Dayang semakin yakin untuk bersinar dengan arah baru R&B Pop yang dibawanya.

Usai melepas album tribute adikarya “Belagu” Februari lalu, Dayang kembali meraikan pasaran muzik R&B nya dengan satu lagi kolaborasi bersama generasi baru dalam muzik tempatan, Zynakal yang cukup booming dengan lagu “Sakit” bersama YonnyBoii tahun lalu.

Single yang diberi berjudul “Sayang Aku Tanya Apa Khabar” beredar minggu lalu sebagai sebuah lagi kelangsungan Pop Dayang dalam mencuri perhatian pendengar muda pastinya. Terlahir dalam ilham R&B dengan kemasan muzik Lofi dan ada feel KRNB, “SATAK” dihasilkan Zynakal bersama dua nama baru Chaan dan Suneo dalam garapan muzik yang cukup current.

Lagu ini terhasil dalam konteks Pop yang cukup komersial untuk didekati pendengar muda hari ini. Melodinya simple mudah menangkap pendengaran dengan bait lirik gaya bual yang relatable buat young couples di musim cinta pkp ini. Sasaran pasarannya jelas sekali buat pendengar muda.

Cuma saya kira melodi begini bukan sesuatu yang baru untuk Dayang. Ilham serupa sudah kita dengar dalam beberapa rilis tidak popular seperti “Lagu Cinta” (daripada album Dayang Sayang Kamu) dan “Life With You” (Sayang & Cahaya) yang saya percaya jika disusun kembali muziknya akan menghadirkan feel serupa. But to cater younger audience saya kira “SATAK” sebuah naskhah yang okey.

Melodi lagu yang simple tetapi ditinggikan standard Pop nya dengan kemasan muzik yang tastefully produced. Ringan, membuai dan moden. Saya mengharapkan lebih kolaborasi Dayang bersama Faithful Music selepas ini kerana chemistry yang mereka ada sangat baik dalam menghasilkan lagu-lagu yang cukup  forward sepertimana yang telah terhasil dalam “Sebentar”, “XMU” dan “Gerak Dulu”.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!

Highlight, Review, Terkini,

Maliq & d’Essentials Memberi Rasa Baru Dalam 3 Lagu Popular Dewa 19

Projek kolaborasi Ahmad Dhani dengan barisan bandmate Dewa 19 bersama pemuzik Indonesia diteruskan lagi bersama jazz band Maliq & d’Essentials setelah sebelum ini menghadirkan Pamungkas dan Yura Yunita dalam versi baru ” Risalah Hati”, “Kangen” dan “Cintakan Membawamu Kembali”.

Kali ini tampil dengan feel yang ternyata berbeza dengan versi asal, Maliq & d’Essentials memberi warna baru bagi 3 lagu rakaman semula “Kamulah Satu-Satunya”, “Aku Cinta Kau & Dia” serta “Aku Di Sini Untukmu” dengan rasa yang cukup berbeza seperti mendengar lagu baru.

Maliq & d’Essentials yang cukup dikenali dengan jaluran muzik Jazz dengan pengaruh Synth dan City Pop ini mencipta kosmik Pop berbeza pada ketiga-tiga lagu yang disusun kembali mengikut acuan muzik mereka.

“Kamulah Satu-Satunya” antara yang terbaik dihasilkan dalam memberi tafsiran muzik mereka yang tersendiri. Lagu ini saya kira keluar daripada acuan Pop Rock tanpa mengubah melodi asal tetapi memberi satu feel yang lebih segar dengan sound yang lebih current sekali. Lagu ini antara repeat mode saya kolabobarasi dua genius muzik ini.

Ahmad Dhani dalam kenyataan media berkata “Ternyata MALIQ bisa mengubah lagu-lagu Dewa 19 menjadi sesuatu yang berbeda daripada lagu aslinya. Sehingga tidak hanya menjadi lagu cover biasa karena yang dihindari menjadi lagu cover biasa. Alhamdulillah sampai saat ini artis-artis yang kami pilih artis yang kreatif sehingga lagu yang dinyanyikan menjadi cover tak biasa”.

Ketiga-tiga lagu ini siap beredar di gedung muzik digital.


ARTIKEL BERKAITAN

Kelangsungan Pop Judika Menerusi “Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja”