
Lagu: Penat
Artis: Daiyan Trisha
Komposer / Lirik: Daiyan Trisha
Arranger / Produser: Kuizz Shah
Daiyan Trisha mula menarik minat saya ketika dia merilis “Stargazing” kolaborasi produksi muzik bersama AG Coco yang pada ketika itu saya kira Daiyan sudah menemukan formula yang baik untuk dia bergerak sebagai Pop star dalam pasaran muzik tempatan.
Setelah itu, satu per satu single dikeluarkan, antara yang menarik adalah “Kita Manusia” selain kolaborasi bersama MFMF. menerusi “Passin Thru” yang menjadi all time favorite saya sepanjang Daiyan bermuzik.
Langkahnya semakin lama semakin meyakinkan sehinggalah terbitnya album perdana “Daiyan Trisha The Album” yang solid sebagai sebuah naskhah Pop yang cukup current, mudah didekati dan matang untuk seorang Daiyan Trisha. Lagu-lagu berbahasa inggeris di album tersebut cocok dengan karakter vokalnya
Terkini penyanyi yang juga aktif sebagai pelakon dan pengacara ini menzahirkan sebuah lagi naskhah terbaru berjudul “Penat” yang dicipta sepenuhnya oleh Daiyan sendiri dengan bantuan produksi muzik serba kemas oleh Kuizz Shah.
Penghasilan melodi ini cukup baik dalam memberi justice buat feel dan kemampuan vokal Daiyan. Penulisan liriknya saya kira tidak sukar untuk kebanyakan kita relate dengan situasinya. Kisah lelah dalam perhubungan yang tak berarah namun masih berbekas harapan.
Kemasan muzik Kuizz memberi sentuhan moden pada asas Balada lagu ini yang di awalnya banyak mengingatkan saya pada lagu-lagu Yuna seperti “Penakut” dan “Cinta Sempurna” khususnya. Arah muziknya cukup kuat pengaruh lagu-lagu Indie Ballad yang banyak dalam pasaran global hari ini. Tastefully produced!
Daiyan sudah menghasilkan sesuatu yang cukup komersial saya kira, in fact “Penat” adalah lagu Daiyan yang paling komersial sekali yang pernah dia hasilkan untuk bergerak dalam skala yang lebih besar di pasaran muzik Pop semasa hari ini.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Tarikan Komersial Dayang & Zynakal Menerusi “Sayang Aku Tanya Apa Khabar”