Lagu: Bukan Manusia Artis: Marion Jola Komposer / Lirik: Dennis Talakua / Marion Jola Produser: Dennis Talakua / Marion Jola
Marion Jola menyusun kembara bermuziknya dengan cukup baik. Setelah menawan hati pendengar muzik Pop Indonesia dengan barisan hits seperti “Jangan”, “Tak Ingin Pisah”, “Rayu” dan “Aduh” dia ternyata sudah selesa melangkah.
Tanpa mahu terburu-buru menghasilkan lagu-lagu baru, tahun lalu Marion hadir dengan sebuah single sahaja iaitu duet bersama Teza Sumendra menerusi rakaman semula Jatuh Cinta yang menjadi runut bunyi filem “Keluarga Cemara II”.
Tahun ini dia menyusun kembara bermuziknya dengan strategi menawan penggemar pasaran Pop yang semakin menggemari Balada yang cukup booming tahun lalu (Mahalini, Keysha Levronka) dengan pengahsilan sebuah melodi ciptaannya berjudul “Bukan Manusia”.
Lagu ini membuat saya agak terdiam kala mendengarnya kerana rasanya belum pernah lagi Marion menghasilkan Balada begini sebelum ini. Baladanya yang pernah terhasil lebih soft and sweet tetapi Marion memilih untuk galau dalam lagu terbarunya ini.
Asas melodinya okey saya kira cuma ia bukanlah terlalu baik seperti apa yang saya harapkan but to please the mass market lagu ini mampu untuk membawa Marion terus berada dalam radar popular muzik nusantara pastinya.
Keisya Levronka menyusun kembara bermuziknya dengan langkah yang tidak putus biar pada awalnya harus bersaing sengit dengan rakan-rakannya di Indonesian Idol seperti Tiara Andini, Lyodra, Mahalini dan Ziva Magnolya. Satu per satu single dikeluarkan sejak menghentikan langkahnya di Idol dan tahun lalu ternyata menjadi tahun baik buatnya.
Single “Tak Ingin Usai” membuka ruang luas untuk Keisya membesarkan lapangan bakatnya untuk dikenali lebih meluas di pasaran Indonesia sehingga Malaysia pastinya. Lagu tersebut cukup booming yang cukup cocok dengan kotak suara dan feel yang dia miliki.
Melanjutkan perjalanan bermuziknya, Keisya menghasilkan sebuah lagi lagu baru yang dirilis Disember lalu berjudul “Hidup Tanpamu” yang sekali lagi menjual ilham Balada galau yang sebati denga apa yang pendengar mahukan pastinya.
Lagu ini terhasil dalam persembahan Balada yang cukup lembut dibaluti persembahan vokalnya yang menyenangkan. Karakter vokal Keisya tersendiri tanpa dibayangi mana-mana penyanyi lain. Penyampaiannya sederhana tetapi feel yang dia beri mencukupi.
Lagu ini terilham dalam penulisan lirik patah hati yang jelas dalam bait-bait seperti ” Berulang kali aku mencoba // Untuk pahami perbedaan ini // Telah kusadari pada akhirnya //Bahwa semua ini di luar kendali.” sebelum korusnya menjadi lebih galau “Haruskah kurelakan keadaan ini? // Meski tak mampu ku hidup tanpamu/”
Lagu ini saya kira tidak sukar menembus perasaan pendengar nusantara. Melodinya terhasil baik, cukup lembut sedihnya tanpa memaksa pendengar larut dalam penghasilan keseluruhan kemasan muziknya.
Lagu: 011 Artis: Aziz Harun Komposer / Lirik: Iqie Hugh / Aziz Harun / Romeo Produser: Iqie Hugh
Cukup konsisten dalam menyusun kembara bermuziknya, Aziz Harun mengambil setiap peluang yang ada sebaiknya untuk dia terus menyinar dengan penghasilan lagu-lagu baru yang memberi keterujaan buat penggemarnya sejak lebih tujuh tahun bermuzik.
Tahun lalu berbekal single “Kan” dan “Kita” (Kolaborasi bersama Alan D) Aziz utuh dalam landskap muzik Pop yang terhasil dalam persembahan Pop yang muda dan segar. Muzik Aziz konsisten dalam paduan Pop dan Akustik berubah kala di merilis “Hanya Mahukan Bye” yang menyuntik kesegaran berbeza dalam menikmati muzik Aziz Harun.
Tanpa mahu memperlahankan langkah yang sudah diatur baik, Aziz melewati kematangan sebagai pemuzik juga penyanyi dengan single terbaru “011” sebagai langkah pemula di tahun baru ini dengan sebuah persembahan muzik yang cukup cemerlang.
Kolaborasi perdana Aziz dan future Pop producer, Iqie Hugh menghasilkan sesuatu yang cukup current, segar dan moden – naskhah yang sangat diperlukan pasaran muzik tempatan. Melodinya terhasil cukup catchy dengan produksi muzik yang sangat baik.
“011” saya kira bergerak sebagai sebuah titik matang perkembangan muzik Aziz. Korusnya cemerlang dan saya sangat sukakan idea penulisan liriknya yang tidak terikat dengan ilham serupa. Sifatnya lebih current seperti apa yang banyak terhasil di pasaran global hari ini. “Jika kau perluku // 011 // Permulaan baru hidup kamu // Hubungi diriku // 011 / Ajari diriku // Cara tuk mendekatimu.”
Mendengarkan lagu ini ibarat melihat peralihan trend Pop semasa di era Jason Mraz yang titian jalinannya sempurna bersambung di era Pop Ed Sheeran yang cukup popular hari ini. Dan “011” ibarat penyatuan dua generasi Pop ini yang membentuk Aziz sebagai pemuzik yang cukup dinantikan apa lagi yang bakal berhasil selepas ini.
Lagu: Sengaja Artis: Amir Masdi Komposer / Lirik: Hang Nadim / Bunga Cantik Produser: Akim Ahmad
Semakin kukuh mendominasi pasaran muzik semasa dengan barisan single demi single yang semakin disenangi, nama Amir Masdi hari ini saya kira sudah siap untuk bergelar bintang Pop masa depan yang miliki peluang cerah di masa mendatang.
Setelah kejayaan menembus lapangan akhir Anugerah Juara Lagu 35 dengan single “Kau Sakiti”, Amir nyata menambah keyakinan lebih ramai pendengar muzik tempatan dengan bakat yang lebih awal diperakui.
“Debu” menjadi penanda aras berbeza arah muzik Amir yang nyata lebih current dan kejayaan single tersebut bersambung dengan populariti rakaman semula “Sepi Sekuntum Mawar Merah” yang juga dirilis tahun lalu.
Tampil dalam sebuah persembahan yang lebih meyakinkan, Amir Masdi bergerak laju dalam bersama langkah efektif pemasaran muzik labelnya sekarang Nova Music dengan penghasilan lagu berjudul “Sengaja”.
Garapan duo dinamik Hang Nadim dan Bunga Cantik yang menghasilkan hits “Cinta” (Marsha), “Sengaja” sebuah persembahan Balada dalam persembahan cemerlang Amir sepanjang karier bermuziknya.
Lengkap mengisi keperluan sebuah Pop yang cemerlang daripada sudut melodi, lirik sehingga peroduksi muziknya, lagu ini benar-benar memberi kelebihan buat Amir menyerlahkan kematangan bermuziknya.
Vokal Amir sangat baik saya kira di keseluruhan lagu dengan emosi serta delivery yang cukup in control. Setiap kata yang dimaknakan dalam nyanyian benar-benar sampai. Transisi dari verse ke korus sehingga ke hujungnya membuatkan saya benar-benar puas dengan nyanyian Amir.
Setelah beberapa single solo yang siap dirilis I would say ini adalah yang terbaik yang pernah Amir hasilkan. Ia sangat melengkapi antara satu sama lain – molodi, vokal, kemasan muzik yang dibaluti satu rasa yang mencukupi untuk kita benar-benar sebagai pendengar terlarut dalam pelayaran emosi di lagu ini.
Usaha menghidupkan kembali lagu-lagu terdahulu sudah diusahakan dalam pelbagai cara sebetulnya. Dari era lagu-lagu filem hitam putih sehingga berganti jaluran muzik di era Pop Yeh Yeh ke Disco juga City Pop mahupun Hip-Hop di era baru semuanya sudah dilaksanakan dengan idea yang beragam.
Manipulasi muzik terdahulu menjadikan ia satu bunyi yang baru cukup dominan dilalukan di era 2000, era di mana kita melihat kebangkitan muzik R&B Soul di tangan Ferhad, Innuendo, Ruffedge juga V.E merakamkan kembali lagu-lagu di era 80-an dengan feel serta citarasa muzik current mengikut latar masa diedarkan.
KRU antara yang banyak memberi evolusi dalam muzik bagi menghidupkan lagu-lagu terdahulu. Masih ingat manipulasi “Getaran Jiwa” bilamana mereka menghidupkan kembali P.Ramlee dan penyatuan dua lagu dalam satu (Mash-up) menerusi hits 80-an “Perpisahan” dan “Terasing”?
Idea besar dalam memberi nafas baru bagi lagu-lagu lama banyak dilakukan juga Datuk Ahmad Nawab dalam menghidupkan lagu-lagu awal ciptaannya bersama Ramlah Ram dalam satu album dedikasi berbentuk medley yang dirakam semula dengan adunan baru yang tidak terlalu mmengubah ilham asal yang berganti cuma suara pelantunya sahaja.
Bercakap soal Datuk Ahmad Nawab pasti saja kita tidak akan lupakan penghasilan album “Syyhh..” daripada Syafinaz yang menghidupkan kembali lagu ciptaan legendary itu dengan cara yang paling berbeza, berani dan current sekali penghasilannya. Lagu-lagu sepert “Rindumu Rindu” diubah terus daripada ilham lagu asal mennjadikan ia naskhah bserba baru yang memberi pengalaman menarik menikmati idea rakaman semula.
Sheila Majid bersama batalion muzik “Legenda” yang dikepalai Roslan Aziz meninggikan standard muzik P.Ramlee dengan ilham yang cukup classy. Penghasilan muziknya bersifat evergreen dan biar sehingga hari ini masih relevan untuk diperdengarkan dan tidak putus diperkatakan peminat muzik P.Ramlee juga Sheila Majid.
Muzik Kita menerusi saluran muzik YouTube “Getaran Nostalgia” membawakan anda antara rakaman semula terbaik yang pernah dihasilkan daripada barisan pemuzi, di era 90-an dan 2000 yang pastinya diingati sehingga hari ini.
GETARAN JIWA (KRU & P.RAMLEE)
KRU Menghidupkan kembali “Getaran Jiwa” dalam sebuah persembahan yang cukup kontroversi ketika diedarkan. Banyak yang memberi respons bercampur baur ketika ia diedarkan namun yang pastinya masih diingati sehingga hari ini. Produksi muzik baru yang dipersembahkan tiga bersaudara ini benar-benar memberi satu nafas cukup segar muzik tempatan di era 90-an.
KASIH BERUBAH (FERHAD)
Azlan Abu Hassan meramu kembali lagu ini dengan kemasan muzik yang begitu soulful sekali. Pengalaman menikmati muzik R&B Soul tempatan benar-benar dirasai menerusi persembahan matang Ferhad sebagai penyanyi. Terserlah sekali kelebihan Ferhad untuk menyinar dengan baik sekali gus memberi nilai tambah yang tinggi pada lagu asal persembahan Flybaits ini. one of the best yang pernah terhasil.
BELAIAN JIWA (INNUENDO)
Belaian Jiwa definitely one the most memorable remake. Lagu ini saya kira sudah mewakili banyak generasi berganti yang masih didengar dan dinikmati sehingga hari ini. Vokal sekumpulan anak muda ini ketika single ini beredar di tahun 1999 begitu menghantui sekali. Ramuannya begitu merasuk sehingga ada yang menganggap ini original song daripada Innuendo. One of the best in history.
SYAFINAZ (RINDUMU RINDUKU)
Syafinaz bersama Ahmad Izham Omar mengubah terus struktur lagu asal dengan pengaman menikmati muzik R&B tempatan dengan sangat genius. Melodi asalnya tidak diubah cuma struktur jaluran digubah semula dengan begitu menarik sekali. Saya ini pasti akan sentiasa diingati semua.
GETARAN (ANITA SARAWAK)
Anita Sarawak merakam kembali “Getaran” nyanyian asal Famieza dengan attitude muziknya yang tersendiri. Keseluruhan lagu ini hidup kerana Anita sendiri yang cukup dominan menunjangi lagu yang dikemaskan kembali susunan muziknya lebih groove.
KHAYALAN (RUFFEDGE)
Lebih awal dirakam Earth, Wind & Fire sebelum versi Melayu dinyanyikan Black Dog Bone, Ruffedge hidup dalam nyawa lagu ini untuk mereka terus diingati sehingga hari ini. Momentum muziknya dimodenkan dengan cara Ruffedge yang cukup menambah energi berbeza di lagu ini. Korusnya biar berulang-ulang masih dirasai dinamik yang berbeza.
SEPI SEKUNTUM MAWAR MERAH (V.E)
Harmoni vokal V.E memberi kelebihan untuk lagu ini bergerak dalam sebuah nuansa Soulful Ballad yang begitu indah sekali. Gabungan suara kesemua ahlinya benar-benar menghidupkan semula “Sepi Sekuntum Mawar Merah” sebagai sebuah lagu yang berbeza daripada versi asal. Kemasan muziknya begitu baik dalam memberi justifikasi feel V.E dalam mengalunkan melodi asal nyanyia Ella ini.
MALAM KU BERMIMPI (SHEILA MAJID)
Jenny Chin mewarnakan kembali “Malam Ku Bermimpi” dalam sebuah nuansa yang diubah 180 darjah. Daripada sebuah melodi mid-tempo pada lagu asalnya ia menjadi sebuah Soulful Ballad yang cukup menawan. Dibaluti vokal merdu Sheila yang melatari keseluruhan lagu, lagu ini contoh cemerlangsebuah lagu saduran yang meninggikan standard lagu asal ke tahap yang lebih baik.
JAUH DI MATA (ELLA)
Ella merakamkan kembali lagu ini dengan ramuan yang cukup “Ella” sifatnya. Sebuah persembahan Klasik Melayu asli dalam rencah muzik Ella yang memberi pengalaman menarik menikmati lagu ini. Diterbitkan menerusi album “Ilham Bicara” lagu ini diiringi gesekan violin Emmet (Butterfingers) dan gitar emas Hillary Ang daripada band Cromok.
RELA (AISHAH)
Lagu asal nyanyian Rahim Maarof berjudul “Redha” ditukar menjadi “Rela” dalam persembahan muzik yang lebih mellow dan sebati dengan persembahan vokal Aishah. Disusun semula oleh Jenny Chin, lagu ciptaan Adnan Abu Hassan ini antara Balada yang terhasil menarik tetapi agak underrated dan tidak begitu diraikan ketika diedarkan.
Lagu: I Lost Me Artis: Aina Abdul Komposer / Lirik: Aina Abdul
Sudah cukup establish di lapangan muzik semasa dengan runtunan Balada patah hati, Aina menyeimbangkan kembara bermuziknya dengan rangkaian lagu-lagu berbahasa Inggeris yang lebih current sifatnya sejajar apa yang ada dalam pasaran muzik global.
Setelah “Shadow”, “Ghost” dan “Fool” beredar sebagai sisi kedua bermuzik Aina yang mencuri perhatian pendengar yang mahukan sesuatu yang dia sering lakukan di awal karier, Aina meneruskan kelangsungan tersebut dengan sebuah lagi single Inggeris berjudul “I Lost Me”.
Komposisi sepenuhnya ciptaan Aina ini datang dengan ilham Pop semasa dalam style R&B pada persembahan nyanyiannya yang cukup sempurna sekali. Aina lebih baik saya kira di lagu-lagu begini yang membenarkan kita sebagai pendengar menikmati soul yang ada dalam persembahan vokalnya yang cukup mahal.
Saya secara personally sangat menggemari persembahan nyanyian Aina dalam lagu-lagu begini. Dia kedengaran lebih classy dan soulful dalam balutan jiwa serta styling nyanyian yang cukup sederhana tetapi lengkap dan cukup.
Terisi sebagai sebuah lagu yang cukup mudah menangkap pendengaran dalam layangan melodi yang diisi dengan cerita yang relatable untuk kebanyak pendengar . Liriknya mudah dalam cerita kesakitan masa silam yang jelas dalam bait “You left me shattered” sebelum diteruskan dengan bait “Things turn to dust // And I lost me.”
Killer utama lagu ini tentu saja pada korusnya yang mengikat biar hanya dengan sekali pendengaran saya pasti anda mampu enjoy dengan melodinya. Aina sangat membenarkan jiwanya lepas tanpa terlalu berlebih-lebihan dalam penyampaiannya. Lagu ini saya kira bergerak sebagai sebuah ekamatra muzik Aina yang saya begitu saya senangi.
Nama Nassier Wahabb hadir dalam populariti soloist Balada tempatan yang banyak mengisi siaran radio RTM khususnya seperti Ibnor Riza, Adam Ahmad dan Razis Ismail yang menjual Balada 80-an yang sedih mendayu.
Pesona Nassier ketika itu saya kira benar-benar dibantu vokalnya yang kedengaran lebih ‘muda’ dan segar ketika itu dengan wajah tampan yang pastinya menjerat rasa pendengar wanita.
Maka dengan sakti-sakti itu Nassier diterima mudah pasaran Pop 80-an. Lagu-lagunya sebetulnya sama sahaja konsepnya dengan apa yang tersedia namun dek kerana kelebihan lain yang ada padanya dan tiada pada penyanyi lelaki lain ketika itu memberi added value untuk dia bersinar.
Album ketiganya “Sekali Aku Jatuh Cinta” melonjakkan nama Nassier di peringkat yang lebih baik dan popular. Album berisi 10 lagu ini diedarkan pada tahun 1988 di saat pasaran muzik tempatan sudah mahu berubah dengan sound lebih current di tangan produser seperti Micahel Veerapen, Susan Goh dan Roslan Aziz menerusi penampilan Famieza, Sheila Majid dan Fran.
Jadi jika saya membesar di era tersebut lag-lagu di album ini sebetulnya saya kira lapok dan tak bervisi sama seperti kebanyakan Balada meleweh yang berlambak hari ini. Namun Nassier yang bergerak dalam lapangan muzik begini meneruskan apa yang sudah diatur barangkali.
Album ini dibuka dengan duet Nassier bersama Ramlah Ram “Susah Senang Kita Bersama” hasil ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan lirik Juwie yang terhasil cukup dalam ilham tipikal komposer ini yang seakan mahu mencipta the next Sharifah Aini dan Broery in the 80’s.
Lagu ini didengar kembali hari ini saya kira agak nostalgik dengan padanan vokal ikonik dua bintang Pop ini benar-benar memberi kelebihan untuk menambah lagi elemen nostalgia di lagu ini. Sesekali mendengarkan lagu begini saya kira agak menyenangkan juga.
Nassier menerusi album ini bergerak sebagai sebuah tempalte Pop 80-an yang kita sudah faham isi kandungannya akan bergeak bagaimana. Lagu -lagu seperti “Untukmu Kekasih”, “Insan Tersayang” dan “Sepinya Perjalanan Ini” datang dengan idea Balada yang sudah biasa kita dengar.
Album ini benar-benar bergerak sebagai sebuah representasi Pop 80-an yang tersangkut dengan ilham muzik 70-an Ahmad Nawab yang tidak berevolusi. Hadir di saat kumpulan Freedom dan Headwind yang sudah bereksperimen dengan sound Pop yang baru dan segar.
Namun masih memiliki penggemarnya, lagu “Sekali Aku Jatuh Cinta” menjadi lagu cari makan Nassier yang pastinya akan dinyanyikan di mana-mana persembahan pentasnya. Suaranya baik melengkapi melodi Ahmad Nawab dalam feel Melayu yang sentiasa akan disukai mass market.
Nassier dalam beberapa siri albumnya menggunakan formula serupa. Balada, dangdut dan pengaruh muzik Hindi (Yang kesemuanya gemilang di era Ahmad Nawab) menjadi nadi utama dalam muziknya. Kesemua lagu-lagu di album ini boleh didengarkan secara rasmi di Saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
Lagu: Hati Besi Artis: King Vanta Black Komposer / Lirik: Helmy Azizan / Aliff Hiew Produser: Helmy Azizan
Pasaran muzik Rock tempatan agak kabur arah jalannya terutama di pasaran mainstream yang semakin hilang dalam radar popular hari ini. Ilham muzik Rock hari ini juga sebetulnya sudah bercampur budayanya dengan jaluran muzik lain yang menjadi sound Rock itu semakin sukar ditafsirkan.
Ruang indie sentiasa hadir dengan bakat-bakat yang konsisten melakukan sesuatu yang di luar daripada apa yang tersedia di arus perdana. Banyak kugiran hari ini bereksperimen dengan sound yang lebih terdahulu di era-era berbeza yang disatukan dengan sound baru lantas menghasilkan sesuatu yang segar.
Kugiran seperti Margasatwa, Ramayan dan Pitahati antaranya bermain dengan elemen muzik lain seperti Psychedelic, Synth dan Folk mencipta sound yang menarik sebetulnya. Dan datang sebuah lagi kugiran yang menarik perhatian saya adalah King Vanta Black yang didukungi dua anak muda Helmy Azizan dan Aliff Hiew.
“Hati Besi” menjadi percaturan yang baik dalam bingit dan keras riff gitar yang melatari beriring derum deram yang melonjak adrenalin pendengar. Melodinya mengikat tanpa memberi ruang untuk kita berasa bosan. Lagu ini sangat dibantu persembahan vokalis utamanya, Aliff yang penuh attitude.Clarity dalam penceritaannya menyatu sempurna dalam bait lirik serta melodi yang terhasil.
Lagu ini diisi dengan pengaruh 80’s Synth dan Rock n Roll yang banyak dalam pasaran muzik tempatan di era 80-an dan 90-an. Rujukan tempatan terbaik tentu saja Search, Wings dan May antara yang dominan. King Vanta Black saya kira memberi nostalgia dalam muzik yang sangat baik lewat single ini.
Mendengar “Hati Besi” di tahun 2023 saya kira bergerak sebagai sebuah retrospektif muzik yang baik dalam lambakan Pop juga Hip-Hop dalam pasaran muzik tempatan yang mendominasi. Lagu ini terhasil komersil biar dalam keras muziknya kerana melodi asas yang dicipta masih ringan dan mengikat.
Luqman Podolski satu antara bakat muzik yang saya kira memiliki follower yang tersendiri, tidak kiralah daripada medium pengisian sosial media dan muzik kedua-duanya bergerak seiring menjadikan dia antara one to watch.
Setelah single “Sorang” dan “Ring Ring” menaikkan namanya dalam legasi Pop tempatan, Luqman bersama Warner Music menzahirkan single terbaru berjudul “Bahaya” yang terisi melodi yang catchy dan mengikat.
Lagu ciptaan sepenuhnya anak muda ini terhasil dalam groove serta pengisian cerita dalam gaya bahasa cukup santai dan mudah melengkapi sifat melodinya yang saya kira tidak sukar untuk kita enjoy dengan sekali pendengaran.
Pop begini sedap didengar, dilayani dan mudah juga merasuk. Atas formulasi itu menjadikan ia naskhah yang cukup kuat penzahiran Luqman sendiri sebagai seorang pemuzik juga penyanyi. Persembahannya santai dalam bait yang terus tanpa berkias “Hey? Kenapa kamu diam saja? // Kalau ada silap tolonglah kata.”
Sebelum korusnya yang semakin laju “Bila aku dah tanya, katanya tiada apa // Itulah petandanya, aku dalam bahaya.”Dalam cerita paling mudah dia menzahirkan sebuah cerita cinta anak muda hari ini. Lagu ini tidaklah terhasil dalam originality muzik tersendiri but it’s a bop Pop for mass market.
Gerakan Folk Pop Indonesia bergerak cukup cemerlang di tangan pemuzik muda di sana. Cara mereka memanipulasi melodi Folk nusantara yang dimiliki dengan ramuan komersil menghasilkan bunyian yang cukup moden dan melayang.
Setelah giliran Sore, Payung Teduh dan Banda Neira yang suda cukup establish di pasaran muzik semasa, nama baru Soegi Bornean mencuri perhati kala single “Asmalibrasi” cukup booming sejak diedarkan pada tahun 2019 dan semakin digilai sepanjang tahun lalu.
Terkini, mereka mengawali tahun baru dengan sebuah cenderahati buat pendengar mereka dengan sebuah lagi melodi Folk lembut membuai berjudul “Aguna” yang meneruskan ilham Asmalibrasi dalam petikan gitar dan kelembutan suara Fanny Soegi sebagai vokalis utama band ini.
Melodinya terhasil cukup melayang dengan puitis lirik yang menyuntik semangat dalam susunan kata yang dipilih dengan penuh hemat. “Mendayung menjauh angkara renta //Berlabuh tresnaku pada legawa.” sebelum diteruskan dengan sebuah harapan “Berpijak-pijakku pada atma //Saling mendoa-doa sentosa.”
“Aguna” bergerak sebagai sebuah kelangsungan Folk Pop Soegi Bornean yang datang dengan pesona melodi serta listrik lirik yang cukup puitis. Mampu membikin tenang jiwa yang gundah saat mendengarnya tanpa terasa yang hujungnya mengundang senyum dan lapang.