
Pamungkas bergerak dalam radar muziknya yang sudah semakin jelas arahnya. Kehadiran EP terbaru berjudul “Kemarin” ini saya kira bergerak sebagai sebuah penerus kelangsungan bermuziknya untuk penggemar setia.
Jaluran muzik “Kemarin” sebagai single pembuka di EP ini dihasilkan dalam sebuah feel Pop yang cukup kuat pengaruh muzik Mas Pam yang akan sangat mudah disenangi jika anda pengikut muzinya dari awal.
Bait liriknya terisi cukup jelas significant penulisan Mas Pam “Dan air mata Dan canda tawa Tak penting; malah hadiah hidup Yang kemarin Satupun tak ku sesali..” seperti apa yang biasa kita dapat daripada lagu-lagu sebelumnya dengan catchy chorus yang memorable.
EP ini turut terisi dengan beberapa single lain yang telah beredar sebelum ini dengan suntikan muzik baru. “Beep” yang diedarkan lebih awal di album “Birdy” hadir sebagai single kolaborasi bersama Matter Mos dalam feel lebih urban tanpa terlalu mengubah kemasan muzik asal.
“Riding The Waves” yang dimuatkan dalam album yang dibisukan daripada gedung muzik digital – “Solipsism 1” diisi kembali menerusi EP ini yang menjadi antara trak favorite saya daripada Pamungkas. Melodinya, perasaannya serta muziknya begitu menyenangkan dan membuai perasaan.
“Kemarin” saya kira bergerak sebagai sebuah EP yang nyata terisi untuk penggemar tegar Mas Pam yang sentiasa mahukan sesuatu daripadanya sementara menantikan apa lagi yang bakal dia sajikan di album berikutnya yang masih belum berkirim khabar menyusup cerita bila akan beredar. Sementara itu saya masih mahu larut dalam jiwa yang senang menerusi EP ini.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN