Review, Terkini,

Persembahan Terkini Suki Low Menerusi “Bahagia Yang Sebentar”

Lagu: Bahagia Yang Sebentar
Artis: Suki Low
Komposer / Lirik: Shila Amzah
Arranger: Lee Sze Wan

Pasaran muzik Pop tempatan yang disokong dengan cetusan idea program televisyen  “Gegar Vaganza” telah membuka ruang baru untuk penyanyi terdahulu menyusn kembali langkah bermuzik dengan landskap baru dan cara baru.

Maka terlihat di radar popular hari ini nama seperti Siti Nordiana, Allahyarham Sarah dan Nikki Palikat kembali bertaut di pasaran muzik Pop dengan sambutan baik penggemar mereka. Satu daripadanya juga adalah bakal yang lebih awal dicungkil menerusi program One In Million, Suki Low.

Usai usaha membuktikan kemampuan berpentasnya di Gegar Vaganza beberapa tahun sudah, memberi keyakinan buat Suki untuk kembali bernadi dalam pasaran muzik tempatan. Maka terzahirlah single “Nelangsa” yang beredar tahun lalu. Biar hasilnya tidaklah mengundang kagum tetapi it is still good to see Suki produced something for the fans.

Meneruskan langkah-langkah yang pastinya telah disusun awal, Suki tahun ini kembali merilis sebuah lagi lagu berjudul “Bahagia Yang Sebentar” karya cipta sepenuhnya Shila Amzah dengankemasan muzik Lee Sze Wan (Tanpa Rela – Misha Omar) sebagai pertaruhan terbarunya.

Lagu ini cukup kental idea komposisi Shila jika anda dekat dengan gaya penulisan Shila. Melodinya baik tetapi tidak terlalu mengikat dengan sekali pendengaran. Namun kemasan muzik Sze Wan menyelamatkan melodi asal lagu ini menjadi lebih baik hasil keseluruhannya.

Saya larut dalam kemasan muzik lagu ini yang disusun sangat baik, ideanya memberi lebih kesegaran untuk sebuah ciptaan Balada. Suki juga cukup baik dalam penyampaian keseluruhan, vokalnya terkawal baik dalam balutan emosi yang sederhana tanpa perlu berlenih-lebih.

6.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Persembahan Pop Terbaik Amir Masdi Menerusi “Sengaja”

Highlight, Review, Terkini,

Arus Adrenalin Dolla Bergerak Laju Lewat Single “Look At This”

Lagu: Look At This
Artis: Dolla
Komposer / Lirik: Laurell Barker / Josefin Glennmark / Johen Gustafsson / SYA
Produser: Johen Gustafsson

Dolla berjalan dalam landskap pemasaran muzik yang cukup grand dan bermodal besar saya kira. Pelaburan meletakkan mereka untuk tampil solid sebagai sebuah girl group tempatan yang boleh dibanggakan sesuatu yang harus dipelajari banyak pasukan pemasaran muzik lainnya.

Satu demi satu single diraikan penggemar mereka menjadikan perjalanan muzik Dolla cukup menarik sekaligus memberi satu warna menarik dalam pasaran muzik tempatan secara amnya. Hal ini tentu sahaja dilaksanakan sebaiknya pasukan di belakang empat gadis ini.

Setelah tahun lalu hadir dengan single “Bad”, kolaborasi Pop bersama Naim Daniel menerusi “Lagu Paling Sedih” dan “Sudi” bersama YonnyBoii. Dolla meneruskan langkah bermuzik di tahun baru ini dengan sebuah lagi momentum muzik yang dasyat menerusi “Look At This”.

Dolla cemerlang saya kira dalam persembahan lagu yang begitu baik membaluti tenaga mereka berempat. Lagu ini bergerak laju dalam percaturan mengekalkan Dolla dalam radar popular, dinamik, energy dan vibe nya sukar untuk kita tidak menyukai hasilnya.

Liriknya juga menarik, santai dalam frasa mudah dan dekat dengan pendengaran pendengar muda pasatinya. Bait “Kau pandang di sini // Mata memerhati // But I ain’t even worried about that.” dan ia menjadi lebih cool di bait rap “Notifikasi tak pernah diam / Ku takde masa nak layan dm.”

Dolla is a national treasure saya kira sebagai pelapis muzik yang harus diraikan persembahan muzik mereka. Mungkin ya belum sempurna tetapi ruang masih sentiasa ada kerana apa yang penting muzik yang mereka bawakan berjaya meninggikan standard Pop tempatan daripada terus dirasuk lemas muzik Balada mengilai.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Jatuh Cinta Dengar Pertama Bersama RADi Menerusi “Maybe?”

Highlight, Review, Terkini,

Pertaruhan Pop Semasa Amir Alif Menerusi “Happy & Sad”

Album: Happy & Sad
Artis: Amir Alif

Amir Alif bergerak secara independen menjual ilham muzik Pop yang rata-ratanya terhasil dalam sebuah acuan muzik semasa yang banyak di pasaran global hari ini. Lagu-lagu yang siap terhasil sebelum ini seperti “Not Okay” dan “Lover Boy” mentafsir idea muziknya.

Setelah beberapa tahun bermuzik secara sendiri Amir menzahirkan sebuah album penuh berjudul “Happy & Sad” yang menyatukan 9 trak keseluruhan dalam cerita cinta, sedih bahagia, ketidakpastian dan kedewasaan seperti mana judulnya, ia tentang apa yang Amir rasa sebagai remaja dan sebagai pemuzik.

Dibuka dengan prolog “Happy & Sad” sebelum diteruskan dengan dua single yang beredar awal “Lover Boy” yang menjadi pengenalan baik jika anda pendengar baru Amir Alif namun sejujurnya saya lebih enjoy dengan trak kedua “Let’s” yang terhasil catchy dan kemas sudut bunyiannya.

“I Wanna Love” berjaya menawan pendengaran saya, melodinya lembut dengan persembahan sederhana Amir yang saling menyatu baik. Cukup sifat untuk diketengahkan sebagai single, “I Wanna Love” terhasil dalam naskhah cukup komersil yang mampu minat pendengar.

Lagu yang membuat saya pejam mata dan terasa melayang dibuai rasa

Amir bermonolog sekali lagi di ruang “My Way” sebelum diteruskan dengan lagu “Siapa Perlu Tahu” yang menjadi satu-satunya single berbahasa Malaysia yang ada di album ini. Sebuah lagi lagu yang saya kira tidak sukar untuk kita enjoy dengan penghasilannya. Ada hook yang mengikat seawal ia dibuka. Saya paling suka bahagian “Dan ku bertanya sepi.” 

Album ini saya kira permulaan yang baik untuk Alif memperkenalkan namanya sebagai singer songwriter. Hasilnya sederhana, tidaklah terlalu memukau namun perjalanannya masih panjang dan saya pasti dalam perjalan panjang itu akan ada banyak ruang yang Amir Alif  mampu perbaiki lagi. Cuma saya kira dia perlu ketengahkan “I Wanna Love” sebagai single kerana potensinya besar.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kolaborasi Pop MFMF. & Yuji Menerusi “More Than Friends”

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Pop MFMF. & Yuji Menerusi “More Than Friends”

Lagu: More Than Friends
Artis: MFMF. / YUJI
Komposer / Lirik: MFMF. / YUJI
Produser: MFMF.

MFMF. bergerak laju dalam merangka perjalanan muzik mereka tanpa mahu terlalu mengambil masa dalam pengedaran lagu-lagu terbaru. Produktiviti begini saya kira sangat harus diraikan kerana muzik yang mereka hasilkan memberi flavor yang cukup kekinian.

Tahun lalu saja mereka menghasilkan 7 single kolaborasi bersama bakat muda lainnya dalam muzik seperti Adam Izzy, Anne Jacynta dan Ily Ruzana antaranya. Kelebihan mereka memanipulasi muzik Pop untuk kedengaran lebih segar memberi kelebihan untuk MFMF. didekati pendengar muda pastinya.

Ruang bermuzik yang dikongsi dengan bakat-bakat baru sangat harus diberi pujian, awal tahun ini mereka mengendeng Putri Dahlia dalam projek single “not sorry” yang cukup berpengaruh di platform muzik TikTok. Dan bagi meneruskan kelangsungan itu MFMF. terbaru ini berkolaborasi bersama anak muda berpotensi besar, Yuji.

Yuji yang cukup booming tahun lalu dengan single “Old Love” menjadi antara bakat yang saya look forward penghasilan lagu-lagu terbarunya. Kolaborasi bersama MFMF. menerusi single “More Than Friends” ini menjadi sebuah naskhah yang pastinya memberi lebih ruang untuknya dikenali.

Terhasil dalam ramuan muzik Pop dalam pengaruh R&B, “More Than Friends” hadir dalam melodi yang cukup catchy tanpa perlu terlalu lama untuk kita mengambil masa untuk larut dalam persembahan keseluruhannya. Chemistry Yuji dan tiga bersahabat ini juga menyatu baik kerana keduanya mampu memberikan warna dalam lagu begini.

Yuji antara bakat yang sangat harus diraikan hari ini, potensinya besar dan apa yang dilakukan MFMF. ini satu antara usaha yang harus dilakukan produser muzik lainnya.

7.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Jatuh Cinta Dengar Pertama Bersama RADi Menerusi “Maybe?”

#RetrospektifMuzik,

70’s Quirky Pop

70-an dipenuhi warna menari penulisan lagu dan lirik yang quirky. Berlatarkan cerita dan masa yang dibaluti pesan sosial masyarakat, Muzik Kita menghimpunkan irama menarik sepanjang 70-an


NOORKUMALASARI / PRAMUGARI

Kisah pramugari diangkat sebagai isi cerita yang unik sekali.  Muzik 70’s yang melatari bait-bait “Tugas aku pramugari // Di atas awanan tinggi // Bersama penumpang kusayangi // Mana saja nak pergi.” Persembahan vokal Noor sebetulnya tak sedap to be honest but it’s a fun track.

BLACK DOG BONE / AJEM TAKEPEK

Saya tidak pasti dialek apa yang dipersembahkan keseluruhan lirik lagu ini. Muziknya cukup kuat elemen 70-an yang banyak di pasaran muzik ketika itu. Sama seperti “Ayam Den Lapeh” yang ada elemen Joget yang disulam Pop era tersebut. Lagu ini antara yang baru saya discover dan antara yang saya kira cukup fun and quirky sekali.

MOHAMED M.N / PELUKIS

M.Nasir menghasilkan melodi ini dengan lirik tulisan S.Amin Sahab dalam sebuah cerita seniman yang menghabiskan masa mencari rezeki sebagai “Pelukis”. Keseluruhan cerita di lagu ini dihasilkan sebagai satira kehidupan wakil jiwa yang struggle hidup di kota. Melodinya kuat pengaruh 70-an, agak mellow tetapi terisi dengan pengisian yang baik.

ANITA SARAWAK / PEMAIN PIANO

Satu lagi lagu yang cukup dengan latar cerita kerjaya. “Pemain Piano” jika dibaca liriknya seperti satu conversation atau monolog dalam diri yang tertanya-tanya. Pengaruh muzik Country di lagu ini dengan lirik seperti “Pemain piano sederhana // Siang malam aku terbayang wajahnya // Pemain piano”. Uniknya 70-an kerana adanya lagu-lagu begini. People wont do it anymore plus tak relevan dah.

SUDIRMAN / JALI-JALI

Jali-Jali rakaman semula yang dibikin Sudirman di album penuh perdananya. Menariknya versi Sudirman adalah kerana penyampaiannya yang bersahaja dan kedengaran muda dan moden ketika diedarkan.

M. DAUD KILAU / GILA JUDI

Antara yang cukup popular dan quirky. So much fun menikmati M.Daud Kilau dalam setiap karya-karyanya yang berlatar cerita masyarakt sekelilingnya. Muziknya sahaja sudah cukup tersendiri dengan lirik yang entah siapa saja boleh fikir idea begini. Original and definitely one of the best.


ARTIKEL BERKAITAN

Datuk M.Daud Kilau Sebuah Satira Pop Cult Melayu Dalam Pelayaran Yang Ternokhtahkan

 

Review, Terkini,

Rakaman Ulang “Barcelona” Persembahan Maliq & d’Essentials

Lagu: Barcelona
Artis: Maliq & d’Essential & Fariz RM
Komposer / Lirik: Fariz RM
Produser: 

Maliq & d’Essentials akhiran ini cukup aktif dalam pemasaran lagu-lagu ramuan semula yang dizahirkan dalam rencah baru yang pastinya datang dengan tujuan memikat pendengar muda pastinya. Setelah kolaborasi bersama Dewa 19 begitu menjadi serta rakaman semula lagu Reza berjudul “Pertama”, mereka laju melangkah menghasilkan lebih rakaman lain.

Kolaborasi bersama Rahmania Astrini dan Eclat Story menerusi rakaman semula “Dia” dan “Untitled” antara yang berjalan dalam rencana bermuzik mereka. Selain cukup sibuk di pentas persembahan mereka juga aktif di studio dengan rakaman demi rakaman muzik.

Terkini, Maliq & d’Essentials meramu kembali sebuah lagu yang dirakam Fariz RM pada era 80-an berjudul “Barcelona” yang cukup kuat pengaruh City Pop dan Synth Pop dalam mood fiesta yang kedengaran cukup meriah sekali.

Pernah lebih awal dirakam Fairuz Hussein di lewat 80-an dengan judul “Nights In Barcelona”, Maliq & D’Essentials meramu kembali pesona City Pop dalam citarasa baru bermuzik.Terhasil dalam ramuan muzik yang begitu fun and festive, “Barcelona” di tangan Maliq begitu bernyawa sekali penghasilannya.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Irama Diskoria Diteruskan Bersama Laleilmanino dan BCL

Highlight, Review, Terkini,

Lembut & Syahdu Lyodra Lewat Single “Ego”

Lagu: Ego
Artis: Lyodra
Komposer / Lirik: Mario G Klau
Produser: Tohpati

Lyodra cemerlang sepanjang tempoh 2021 dan 2022 sebagai penyanyi wanita papan atas yang sangat diraikan setiap karya muzik yang dihasilkan. Setelah menerbitkan album perdananya dengan hits “Pesan Terakhir”, tahun lalu dia menawan seluruh raga pendengar dengan hits rakaman semula “Sang Dewi”.

Dengan lebih 4 Juta pendengaran harian di Spotify, Lyodra menenuskan langkah bermuziknya dengan single terbaru ciptaan Mario G Klau menerusi single Balada berjudul “Ego”. Mendapat sentuhan muzik Tohpati, lagu ini mengulang kolaborasi kedua-dua komposer produser ini yang menghasilkan hits “Tak ingin Usai” tahun lalu.

Persembahan keseluruhan di lagu ini disusun cantik sekali Tohpati dalam tempo perlahan yang benar-benar membenarkan pendengar terlarut dalam balutan emosi Lyodra yang berkisah dalam lagu dengan cukup sempurna. Momentum lagu ini perlahan-lahan menaik tinggi di pertengahan lagu.

Saya sangat sukakan kawalan suara Lyodra yang tidak berlebih-lebihan dalam penyampaiannya. Emosinya benar-benar dijaga baik agar tidak over power the melody dan memberi justifikasi yang sebaiknya untuk menyempurnakan melodi galau ini.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Keisya Levronka Melanjutkan Perjalanan Bermuzik Dengan Single “Hidup Tanpamu”

Highlight, Review, Terkini,

Jatuh Cinta Dengar Pertama Bersama RADi Menerusi “Maybe?”

Lagu: Maybe?
Artis: RADi
Komposer / Lirik: RADi / Zain / Tasya
Produser: RADi / Zain / Tasya

Kelahiran bakat-bakat muda yang hadir dalam ilham Pop semasa seperti Yuji, Putri Dahlia dan Aisha Retno menzahirkan ilham baru menikmati muzik tempatan dengan citarasa yang lebih current dan memikat.

RADi, seorang lagi bakat muzik dalam barisan baru yang harus diraikan. Hadir dengan single solo perdana berjudul “Maybe?” – menjual ilham brand new R&B yang banyak di pasaran global hari ini dalam rencah muzik yang diadun sendiri.

“Maybe?” hadir cukup promising dengan penghasilan melodi yang mengikat dengan sekali pendengaran, pesona lagu ini benar-benar dirasai dalam balutan vokal RADi yang menyenangkan. Liriknya yang dekat dengan latar cerita anak muda hari ini memberi kelebihan buatnya menyinar di kalangan pendengar muda pastinya. Such a fun, young and cool yang dia hadirkan menerusi single ini.

Bait “Wait a minute this is too fast // I just met you // a couple weeks ago” cukup memikat dalam menjerit realiti dan menjadi pengikat utama di single ini sebelum RADi menjadi lebih manis di bait Lets just skip all the intro //  Angel got me sing in harmonies.”

Style R&B dalam nyanyiannya cukup menawan sekali, RADi ada jalan yang baik untuk menyerlah sebagai singer songwriter jika dia konsisten dengan jaluran sebegini tanpa perlu terlalu mengikut template Pop tempatan. I mean if you can fly high kenapa perlu fokus di negara sendiri kan? Saya mengharapkan setidaknya 2 lagi single daripada RADi tahun ini. This is a great start.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Retro Vibes FLQ & Hullera Dalam “Penagih”

Highlight, Review, Terkini,

Perjalanan Baru Pop Rossa Dalam Idea Yang Terasa Lama & Membosankan

Rossa melewati pasaran Pop Indonesia dengan cemerlang sebagai seorang penyanyi Balada yang pengaruhnya tidak sahaja di Indonesia tetapi menempias di negara-negara jiran, Malaysia khususnya yang sentiasa menanti-nantikan lagu-lagu galau terbarunya.

Biar kadang formula muziknya sama sahaja antara satu dengan yang lainnya tetapi ia standard muziknya ditinggikan dengan kemasan muzik dengan instrumentasi yang cukup mewah lantas menghasilkan sound yang lebih grand pastinya. Hal ini sangat jelas dalam lagu-lagu yang terisi di album terbarunya Another Journey.

Terisi 10 trak dengan hanya lima lagu baru, selebihnya hanyalah lagu-lagu yang telah diedarkan lebih awal jadi saya tidak pasti ini dipanggil album penuh atau album kompilasi dengan empat lagu baru, but nevermind mari kita hanya berbicara tentang lagu-lagu baru yang ada di album ini jika boleh saya ungkapkan dengan satu frasa –  Ermm meh..

“Wanita”, “Masih”,”Terlalu Berharap” dan rakaman semula lagu asal Glenn Fredly “Sekali Ini Saja” juga korean version “Hati Yang Kau Sakiti” membuka album ini sebagai perjalanan yang lebih awal dijelaskan Rossa dalam trak “Intro” yang ideanya terlalu 2000-an. Remember pabila Siti buat intro dan outro di album “Prasasti Seni”? So do we still need to listen to this kind of idea di tahun 2023? NOPE.

Namun ada kemanisan di album ini yang membuat saya tersenyum menikmati dengan rasa senang dan lapang. “Bertengkar Manis” (Barsena / Bestandhi) kolaborasi Rossa bersama Barsena saya letakkan sebagai titik penting yang menjadikan album ini istimewa. Melodinya terhasil cukup menyenangkan seperti bait liriknya “Ku suka caramu //Membujukku, tenangkan hatiku.”

Melodi lagu ini saya kira harus menjadi arah sebenar muzik Rossa sekarang tanpa perlu terlalu bergantung pada Balada yang merintih-rintih. Saya sangat bahagia mendegarkan kolaborasi Rossa – Barsena di lagu ini yang cukup terhasil manis dan membahagiakan. Saya mengulang dengar dua tiga kali sebelum ke trak berikutnya

“Lupakan Cinta” (Mahalini / Martinus Layardo) berlegar idea Balada Indo yang biasa kita dengar. Kesinambungan lagu-lagu “Sisa Rasa” atau “Tak Ingin Usai” atau “Peri Cintaku” yang sedia popular hari ini. Lagu-lagu begini sebetulnya saya sudah semakin bosan tapi itulah saya percaya lagu inilah yang akan terus memberi populariti buat Rossa. Nothing much to say, just another Ballad dengan idea serupa.

Rossa meramu kembali hits Candra Darusman menerusi lagu “Kau” yang terhasil simple dan sekali lagi tanpa hadir dengan idea baru, sekadar menambah beat dan lirik hip-hop yang sudah dilakukan berkali-kali. Ia selamat sebab lagu Candra Darusman ini asalnya memang sudah tersedia sedap.

Saya mula jatuh bosan di dua lagu ini dan sedikit teruja pabila melihat kredit, Melly Goeslaw turut menghasilkan sebuah lagu di album ini berjudul “Akhirnya” yang ermm, what is this? 2001? Melodi, susunan muzik sehingga keseluruhan produksi lagu ini terlalu old fashion dan menghampakan.

Kalau anda pendengar Melly di era Potret anda mungkin faham maksud saya. Lagu begini tidak langsung memberi apa-apa evolusi untuk Rossa evolve sebagai pemuzik. Such a waste, saya kira Rossa patut bekerja dengan produser muda seperti S/EEK, Laleilmanino atau SOIN untuk meninggikan standard Popnya.

Sebagai pendengar (pembeli) Rossa sejak bertahun lamanya, saya kira saya berhak untuk demand a great music from her. Album ini tidak langsung membuatkan saya impress dengan penghasilan keseluruhan. Terlalu lame dan tipikal. Tiada apa yang baru dan memberi keturujaan untuk saya melekat menikmatinya selain lagu “Bertengkar Manis”. Tapi kalau korang jenis enjoy AJL album ni korang akan sukalah.

4/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Jalan Pulang” Bersama Pelayaran Emosi Yura Yunita

 

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Penuh Pesona Juicy Luicy & Adrian Khalif Lewat Single “Sialan”

Lagu: Sialan
Artis: Juicy Luicy & Adrian Khalif
Komposer / Lirik: Denis Ligia / Iqbal Siregar / Faishal M Fasya / Mohammed Kamga
Produser: SOIN

Juicy Luicy sudah cukup besar dalam legasi Pop senusantara dalam barisan hits seperti “Tanpa Tergesa”, “Lantas” dan “Tampar” yang membawa nama mereka disenangi dan diraikan.

Bersama Adrian Khalif yang cukup dikenali dengan pertaruhan muzik Urban Pop dengan style nyanyian R&B yang dia miliki mereka pertama kali berkolaborasi lewat single “Kembali Kesepian” yang dimuatkan dalam album “Sentimental” mili Juicy Luicy yang beredar di tahun 2020.

Chemistry yang ada diulang kembali penyatuannya dalam persembahan muzik terbaru kedua mereka menerusi single “Sialan” ciptaan bersama Denis Ligia, Iqbal Siregar, Faishal Fasya dan Mohammed Kamga. Penyatuan gagasan muzik muda Indonesia yang saya kira telah menghasilkan sound Juicy Luicy yang dominan.

“Sialan” terhasil lebih istimewa dan menarik struktur muziknya. Kolaborasi ini memberi percikkan mewah pada penghasilan melodi yang sebetulnya tipikal Juicy Luicy tetapi dipenuhkan dengan istrumentasi menarik, korus yang mengikat pendengaran dan penulisan lirik yang cukup smart.

Saya sukakan pemilihan istilah di lagu ini yang jarang mungkin kita dengar tetapi cukup menarik membaluti cerita dalam lagu yang dikisahkan. “Dari seribu jalan di dunia // Mengapa berpapasan bertemu dia?” – Pemilihan perkataan berpapasan yang membawa maksud berselisih cukup menarik dan jarang kita dengar.

Hal ini ditambah dalam bait Melesat tepat di titik kelemahanku.” yang sekali lagi membuatkan saya begitu enjoy menikmati cerita di lagu ini.

Hal ini yang membuatkan penulisan lirik Indonesia menarik untuk dilayani. Membuat kita mencari isi maknanya tanpa bergantung pada perkataan dengan istilah yang biasa digunakan seperti kebanyakan penulis tempatan. Itu belum lagi penggunaan istilah yang salah seperti “Air mata membisa.” yang diangkat sebagau Juara Lagu baru-baru ini. Tiada dalam istilah, lemah dan memalukan.

Okay back to this song, lagu ini saya kira tidak sukar  untuk kita enjoy dengan penghasilan melodi keseluruhannya. Cukup mudah dinikmati dan pastinya memberi ruang lebih untuk Juicy Luicy dan Adrian Khalif bersinar.

8.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Irama Diskoria Diteruskan Bersama Laleilmanino dan BCL