
Lagu: Gagal Bersembunyi
Artis: Mahen / Iman Troye
Komposer / Lirik / Produser : Pika Iskandar
Projek kolaborasi Indonesia – Malaysia saya kira hal yang memberi kelebihan buat kedua-dua negara untuk bergerak sebagai sebuah nadi muzik nusantara yang sihat bagi membentuk sebuah industri (ekonomi). Membesarkan idea dan karya agar menjadi lebih luas, diterima dan diperdengarkan.
Cuma keterbukaan itu satu hal menjadi penghadang sejak dulu. Terima kasih sebetulnya buat kepesatan pemasaran muzik digital yang membenarkan Aisha Retno (Malaysia), Sezairi (Singapura) dan Mahalini (Indonesia) untuk bergerak bebas dan popular di radar muzik Nusantara.
Bayangkan tanpa Spotify, adakah “W.H.U.T” persembahan Aisha Retno akan booming sehingga ke Indonesia? Saya tidak rasa begitu kerana jika mahu bergantung pada pasaran muzik Malaysia sahaja Aisha masih niche dan “W.H.U.T” tidak akan mendapat jumlah strim puluhan juta.
Selain mengharapkan lagu-lagu yang dihasilkan booming di Tik Tok sebelum jumlah views atau strim meningkat di platform lain, idea kolaborasi dua penyanyi negara berbeza masih mampu memberi nilai tambah. Kelebihannya tentu saja untuk memperkenalkan nama penyanyi A di negara B dan penyanyi B di negara A.
Terkini dalam meneruskan kelangsungan idea tersebut, Mahen penyanyi muda yang cukup booming dengan lagu “Pura-Pura Lupa” dan “Seamin Tak Seiman” berkolaborasi bersama penyanyi pelapis tempatan, Iman Troye menerusi komposisi muzik Pika Iskandar berjudul “Gagal Bersembunyi”.
Terhasil dalam persembahan Balada lembut lagu ini sebetulnya benar-benar memberi kelebihan buat Iman menyerlah berbanding Mahen sendiri. Saya senang dan leka dibuai alunan merdu Iman yang cukup lembut dalam bercerita menerusi melodi yang terhasil dan feel nya benar-benar sampai sebelum Mahen memasuki bahagiannya yang agak tidak memberi justifikasi yang baik.
Mendengarkan lagu ini kedua dan ketiga kali membuatkan saya berfikir lagu-lagu dalam ilham Balada Indo Pop begini mampu meluaskan pasaran muzik Iman yang sebelum ini cukup dikenali dengan persembahan Pop yang lebih rancak. Sesekali mendengarkan Iman dalam persembahan begini ternyata membuka mata saya akan bakat yang ada padanya. Beautiful Ballad.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN