
Lagu: Kenangan Abadi
Artis: Marcell
Komposer / Lirik: Adryan Soeryana
Produser: Raynhard Lewis / Abram
Marcell di era 2000 cukup dominan dalam rangkaian Balada malar segar yang cukup membesarkan nama Marcell dalam lapangan muzik nusantara. “Semusim”, “Peri Cintaku, “Takkan Terganti” dan “Firasat” antara yang masih popular hari ini.
Rangkaian lagu-lagu ini pastinya sudah berjaya berterusan didendangkan daripada generasi ke generasi sehingga hari ini beberapa lagunya sudah dirakam pleh penyanyi pelapis yang sekali gus menjadi bukti kekuatan naskhah lagu yang sudah dihasilkan.
Setelah beberapa tahun mengeksplorasi muzik Jazz dan Synth Pop dalam penghasilan album juga single-single baru yang datang dalam ilham big band dengan sentuhan muzik yang berbeza dengan apa yang pernah popular daripadanya.
Itu saya kira cara Marcell untuk evolve dalam bermuzik. Mencari, mencuba dan menghasilkan sesuatu daripada kebiasaannya. Dan dengan terhasilnya album berjudul “This Is Not jazz” Marcell saya kira sudah puas dalam rencananya.
Terkini dia tampil dalam sebuah single Balada kembali diramu dalam penulisan lirik galau dan feel yang cukup menyentuh perasaan. “Kenangan Abadi” diberi judul menjadi pertaruhan terbarunya dalam sebuah persembahan muzik sederhana.
Mendengarkannya buat pertama kali tidak mengundang apa-apa rasa kagum pada keseluruhan lagu. Ia terhasil seperti yang biasa kita dengan di single Marcell di album “Hidup” dan “Jadi Milikku” khususnya. Lagu ini masih berlegar ilham berulang tanpa elemen baru yang terlalu mengikat.
Mungkin kerana mahu mengambil kembali perhatian pendengar muda, lagu ini terhasil cukup sederhana dan kedengaran biasa sahaja bagi saya. Korusnya juga tidaklah begitu menarik sehingga mampu menyentuh ruang rasa saya sebagai pendengar. It was okay and nothing much to feel about kecuali vokal Marcell yang masih sedap didengar.
Saya kira Marcell harus bekerjasama dengan komposer-komposer muda seperti Andmesh, Mahalini dan Barsena dalam mendapatkan lagu-lagu Balada yang ideanya lebih dekat dengan pendengaran anak-anak muda hari ini dan pada masa yang sama memberi lebih keterujaan buat penggemarnya sedai ada seperti saya. Kerana sejujurnya lagu membuat saya bosan dan pastinya berlalu begitu sahaja.
5/10
ARTIKEL BERKAITAN