SCAN / KAU DIPAKSA AKU TERPAKSA
Kumpulan Scan dan Saari Amri ibarat satu pertemuan yang melengkapi antara satu sama lain. Azan sebagai vokalis begitu melengkapi kehendak setiap naskhah ciptaan Saari Amri. Satu daripada yang cukup berkesan adalah penghasilan lagu “Kau Dipaksa Aku Terpakas” yang dihasilkan di album perdana mereka diedarkan pada tahun 1996.
VISA / DALAM GERIMIS
Adnan Abu Hassan menghasilkan sebuah lagu yang cukup sedap sekali untuk melengkapi karakter vokal Sham sebagai vokalis utama Visa. Nilai sentimental lagu ini cukup tinggi sekali dengan komposisi muzik yang cukup berkelas. “Buat kali pertama // Ku melihat airmatanya sejakku kenali dia.” Lagu ini disusun dengan cukup kemas dan berdinamik sekali.
TAKDIR DAN WAKTU / MEGA
Lagu ciptaan Rahim Othman ini cukup popular biar sehingga hari ini. Terhasil dalam persembahan muzik sentimental rock dengan bait lirik yang puitis. Korusnya menjadi killer utama lagu ini. “Tapi mengapakah kau sekadar waktu // Cinta yang datang cepat berlalu.” terisi sebagai sebuah kisah penantian akan cinta yang tiada kepastian.
LEON / SALING MERINDU
Melayani perasaan dalam kompilasi lagu-lagu jiwang 90-an pasti takkan terlepas akan kumpulan yang satu ini. Leon yang ketika itu di bawah label rakaman muzik MSO menzahirkan beberapa album dengan hits yang antara paling diingati adalah lagu “Saling Merindu”. Lengkap sebagai sebuah lagu jiwang yang begitu digilai di pertengahan 90-an lagu terisi di setiap carta lagu popular ketika itu.
RAHSIA POHON MAAF / EXIST
Menerusi “Rahsia Pohon Cemara” Exist meneruskan kelangsungan populariti mereka yang dicipta menerusi single “Ibu” terlebih dahulu. Lagu ini cukup evergreen sehingga hari ini masih didengari berganti generasi. Seawal dibuka dengan verse melodinya terus mengikat pendengar ke bahagian korus sehingga ke hujungnya.
DATA / PERMAISURI
Sebuah lagi kugiran yang memiliki hits jiwang terbaik 90-an adalah kumpulan Data. Lagu “Permaisuri” diedarkan pada tahun 1998 menerusi album ketiga mereka berjudul “Kasihku Tetap Abadi” menjadi lagu yang paling diingati sehingga hari ini daripada mereka.
LESTARI / CINTA ITU KETAWA & AIR MATA
Leleh cara Lestari antara yang paling meleweh saya kira. Namun tidak kurang perhatian yang diberikan pada mereka, Lestari menajdi antara kugiran Balada Jiwang yang cukup diingati sehingga hari ini. Lagu “Cinta Itu Ketawa & Air Mata” masih lagi diingati sehingga hari ini sama popular seperti awal beredar di pertengahan 90-an.
ARTIKEL BERKAITAN