#RetrospektifMuzik,

“Mata” Sebagai Pop Sepanjang Zaman Noorkumalasari

Lagu: Mata (1982)
Artis: Noorkumalasari
Komposer / Lirik: Fauzi Marzuki / Aman Shah

Pasaran muzik 80-an terisi dalam keberagaman muzik yang dinamik saya kira. Daripada pengaruh Hindi di era 70-an yang membawa ke era berikutnya sehinggalah eksperimentasi muzik Disko, Synth Pop dan Dance di era 80-an semuanya terhasil cukup meriah.

Nama Noorkumalasari dalam mewarnai pasaran muzik era tersebut antara yang akan terus diingati. Selain hits “Hati Seorang Kekasih” dan “Selamat Pagi Sayang” sebuah lagi lagu yang akan sentiasa membuat namanya segar sehingga hari ini adalah “Mata”.

Karya cipta Fauzi Marzuki dengan lirik tulisan Aman Shah ini beredar di tahun 1982 dalam pesona muzik Pop Disko yang terhasil cukup catchy dan menawan. Komposisi muzik Fauzi di lagu ini ketika diedarkan benar-benar memberi kesegaran bagi meluaskan landskap muzik Pop tempatan ketikan itu.

Attitide bermuzik Noor benar-benar membaluti momentum muzik di lagu ini untuk bergerak sebagai sebuah naskhah Pop yang sangat mudah untuk dinikmati. Percaturan Noor dalam meneruskan kelangsungan bermuziknya dan keluar daripada lagu-lagu sedih seperti “Bimbang Terluka Lagi” antaranya cukup berjaya diraikan di lagu “Mata”.

“Mata” pernah dirakamkan semula Maya Karin menerusi album debutnya di era 2000 dengan sentuhan muzik berbeza. Namun versi Noorkumalasari ini masih tetap ikonik dan malar segar biar sudah lebih tiga dekad beredar.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Dina Nadzir & Hazrul Nizam Bergabung Dalam Persembahan Soft Pop”Berat Hati”

Lagu: Berat Hati
Artis: Dina Nadzir & Hazrul Nizam
Komposer / Lirik: Dina Nadzir / Revo Marty / Adah Kahir
Produser: Revo Marty

Usai fasa Gegar Vaganza musim kesembilan, perjalanan dua pesertanya Dina Nadzir dan Hazrul Nizam dalam meneruskan kelangsungan bermuzik dengan agak perlahan. Dina meneruskan kesibukan di konti radio dan Hazrul sempat mengeluarkan single duet awal tahun ini namun sambutannya sekadar biasa sahaja.

Portfolio Dina dan Hazrul Nizam sebagai penyanyi mungkin tidaklah begitu kuat seperti penyanyi sebaris mereka namun keduanya masih memiliki momen tersendiri. Dina dengan single “Cinta Datang Lagu” dan “Malu Tapi Mahu” serta Hazrul dengan hits sepanjang zaman “Kaulah Segalanya” meletakkan mereka sebagai bakat yang mungkin agak terpinggir namun usaha untuk kekal sebagai penyanyi itupun tidaklah terlalu keras.

Melanjutkan perjalanan bermuzik kedua mereka menghadirkan sebuah single kolaborasi Balada berjudul “Berat Hati” yang dihasilkan Dina bersama komposer seberang Revo Marty. Terhasil dalam persembahan muzik yang cukup sederhana juga mengikut kehendak pasaran muzik semasa terutama yang banyak terhasil di Indonesia.

Suara Dina dan Hazrul menyatu baik di lagu ini, killer utamanya pada persembahan mereka yang saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang kurang tentang lagu ini adalah daya pengikat sekali dengar. Harus didengar dua tiga kali baru ia benar-benar meresap pendengaran dan hal ini agak sukar untuk menarik perhatian pendengar yang lebih muda.

Namun untuk melihat kedua-dua bakat bermuzik ini terus bernadi dalam perjalanan muzik mereka itu seharusnya beriring sokongan pendengar muzik secara menyeluruh. Dan yang pastinya penghasilan lagu ini saya kira mampu membahagiakan penggemar Dina dan Hazrul Nizam pastinya.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight,

Ulasan Gegar Vaganza All Stars Minggu 5

HADY MIRZA (44%)

Arrangement lagu ini ada kesegaran dan suntikan baru cuma pengulangan korusnya membuatkan persembahan Hady kurang dinamik dan towards the end jadi agak membosankan.

ALIFF AZIZ (40%)

Lagu ini sebetulnya boleh diwarnakan dengan momentum muzik dan styling nyanyian yang lebih memberi impak. Namun Aliff sudah minggu kelima masih memilih untuk sekadar selamat tanpa risiko dan selamat selalunya mudah dilupakan. 

AYAI (31%)

Macam saya pernah kata Ayai pabila dapat lagu yang biasa persembahannya juga akan jadi sangat biasa. Dia perlukan lagu yang mengubah landskap muziknya. Banyak sebenarnya lagu-lagu baru yang sesuai dengan Ayai. Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja percaturan terbaik buat vokalnya.

NORYN AZIZ (34%)

Agak all over the place especially placement vokal Noryn yang tidak kemas. Punch dalam persembahan ini hampir tiada dan banyak ruang lompong dalam sequence yang cuba dilakukan menerusi kemasan muzik yang dibuat. Entah, bagi saya persembahan ini tiada impak.

JACLYN VICTOR (50%)

Jac ada sound yang baik dalam melantunkan Ballad. Suaranya kemas berbalut emosi yang mengena dengan kemasan muzik. Tapi atas faktor lagu ia jadi begitu-begitu sahajalah tanpa hal yang baru. Dan ini bukanlah kali pertama Jac menyanyikan lagu Anuar Zain. What’s new?

AZHARINA (47%)

GV begitu ketandusan lagu-lagu yang current dan bersesuaian untuk pertandingan. Lagu ini tidak langsung memberi apa-apa justifikasi buat Nina menyerlah. Tolonglah pihak produksi untuk berikan lagu yang memberi impak dan tidak membosankan.

NIKKI PALIKAT (43%)

Sekali lagi siapalah yang mengepalai pemilihan lagu malam ini. Bukan material pertandingan dan agak tricky sebetulnya untuk memberi impak pada lagu yang sebiasa ini. Nikki bagaimanapun melunaskan apa yang dia patut lakukan sahaja.

NAQIU (49%)

Daripada segi persembahan vokal Naqiu sebenarnya tidaklah begitu memukau. Lagu seperti ini pejam mata sahaja dia boleh nyanyikan. Warna persembahannya ada namun seperti peserta sebelumnya Naqiu juga tidak begitu memberi impak malam ini.

ZAMANI (24%)

Breathing, tempo, feel semuanya tidak bergerak seiring. Nyanyian Zamani tidak berarah. Let him go, menonton Zamani sebaiknya di pentas konsert dengan rangkaian hitsnya bukan lagi untuk dipertandingkan.

LIZA HANIM (40%)

Liza kelihatan sangat struggle untuk menyudahkan lagu ini. Mencari merdunya dalam emosi yang berbolak balik dan nada tinggi yang memaksanya berlawan dengan perasaan dalam menyudahkan lagu menjadi hal yang terlalu berat dan menyeksakan. Semoga di minggu berikutnya Liza keluarlah seketika daripada kepompong Balada. Terlalu banyak groove dalam dirinya yang dibazirkan di pentas GV. Hal ini sudah dibuktikan di album “Imajin” yang pernah diterbitkan sendiri olehnya dulu.

EZAD (40%)

Suara Ezad ada weight yang seimbang untuk lagu begini jadi merdunya dapat terutama daripada korus ke hujung lagu. Namun daripada faktor persembahan ia terlalu biasa.

TOMOK (35%)

Tomok suka memberatkan persembahan dengan hal yang tidak perlu. Yang diperlukan lagu ini adalah kesyahduan dan bagaimana pelantunnya menyentuh rasa pendengar kerana liriknya dituntut begitu. Setiap kali berpentas begitu jugalah terlalu intense

SITI NORDIANA (47%)

Persembahan vokal Nana terlalu biasa sebetulnya. Tiada banyak hal yang terlalu cemerlang semuanya seperti biasa sahaja mengikut tuntutan lagu. Nana sendiri bagai left out dengan penari di pentas dan agak struggle pada nada rendah. 

*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik,

Melayani Kembali Album Perdana Maya Matahari

Nama Maya dalam mengisi katalog Pop muzik tempatan sebetulnya tidaklah memberi impak yang besar dalam pasaran muzik tempatan. Kehadirannya mungkin tidak lebih daripada sekadar one hit wonder dengan hits “Matahari” yang menjual namanya untuk diingati.

Menerusi album berjudul “Satu Jam Lagi” Maya hadir dalam pesona Pop rancak dengan persembahan lirik “Matahari” yang bersifat patriotik dalam melodi yang kuat jiwa melayunya. Terhasil catchy untuk menarik perhatian pendengar muzik tempatan, Maya dikenali setelah itu dengan Maya Matahari.

“Terbitnya sinar mentari // Saban hari… mengejut mimpi // Dari lena // Riang kenari // di cemara // Mengusik sukma.” membuka lagu ini dalam vokal ringan Maya yang bergerak sendiri tanpa dibayangi mana-mana penyanyi yang ada ketika itu.

Lagu ini menzahirkan sifat muzik Maya itu sendiri hampir di keseluruhan album. Percaturan Pop dan bukan Balada di era 90-an itu sesuatu yang harus diberi pujian. Tidak ramai sebetulnya penyanyi wanita yang mahu melahirkan single Pop sebagai percaturan selain Amy Mastura dan Erra Fazira antaranya.

“Satu Jam Lagi” menjadi sebuah lagi percaturan Maya di album ini yang juga menawarkan Pop rancak dalam feel Melayu. Lagu ini sebetulnya mengikut acuan muzik Pop 80-an yang lebih awal diperkenalkan pada kita di album Raja Ema khususnya dalam penciptaan melodi Fauzi Marzuki.

Saya sukakan korusnya yang catchy dan terhasil baik. Walaupun kemasan muziknya tidaklah kedengaran grand kerana instrumentasi yang terhad menjadikan sound lagu ini agak old fashion tetapi masih kedengaran effort dalam memberi warna pada penghasilan keseluruhan lagu.

Sebuah Balada ciptaan Mat Penang dengan penulisan lirik Mama Juwie terhasil lembut dengan persembahan vokal sederhana Maya. “Setelah Kau Tiada” dihasilkan di lagu ini ada originality tanpa menjadi terlalu merintih seperti lagu-lagu Saari Amri yang banyak dihasilkan di era serupa. Cuma liriknya seperti yang biasa ditulis Juwie, terlalu lembik dan lemah.

Saya sukakan korus lagu ini, sangat sedap namun vokal Maya seperti tidak memberi justice pada penghasilannya. Saya sangat membayangkan betapa merdu dan sedapnya lagu ini diberikan pada Fauziah Latiff. Potensi untuk hits lebih besar pastinya.

Album ini saya kira benar-benar hidup dengan rangkaian fast number yang terisi. Sebuah lagi melodi rancak yang cukup dominan feel 90-an adalah “Diari Biru”. Lagu ini seingat saya sempat menjadi single di album ini dan diputarkan di radio-radio tempatan.

Maya saya kira ketika dibentuk untuk menjadi penyanyi sudah diarahkan dalam pasaran muzik yang muziknya lebih mid-tempo Pop. “Diari Biru” melodi yang fun dengan lirik yang berbentuk penceritaan juga pengalaman cukup dekat dengan latar masa ketika diedarkan.

“Satu Jam Lagi” mungkin bukan album penting dalam pasaran Pop tempatan tetapi ia sebuah album yang penting dalam perkembangan Maya sepanjang hayatnya dan ya “Matahari” sudah pasti menjadi lagu yang akan sentiasa diingati.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Nadin Amizah Terus Bertumbuh Lewat Single “Berpayung Tuhan”

Lagu: Berpayung Tuhan
Artis: Nadin Amizah
Komposer / Lirik: Gusti Irwab Wibowo / Naidn Amizah
Produser: Gusti Irwab Wibowo

Menyanyi dan menulis lagu pada masa yang sama itu saya kira hal biasa. Namun untuk melaksanakannya dalam satu estetika muzik yang tinggi nilai ketersendirian tanpa terlempias pada ilham sedia ada itu sesuatu yang luar biasa. Dan itulah yang ada pada bakat bernama Nadin Amizah.

Ilham Folk dalam pesona lirik cukup puiti dan humanis menjadikan Nadin antara singer songwriter yang paling diraikan hari ini. Ilhamnya dalam menjentik hati-hati pendengar semasa dalam karya cipta berteras isu jiwa, perasaan dan kemanusiaan berjaya diisi sebaiknya dengan melodi yang terhasil.

Maka dengan itu tidak satu pun karya-karyanya itu kedengaran biasa kerana melodi dan lirikya bergerak sebaiknya bersama membentuk satu pemikiran “Nadin” yang berjaya diselami dan dirasai pendengar senusantara.

Hal ini sudah dijelasbuktikan menerusi tiga single yang siap beredar tahun ini “Rayuan Perempuan Gila”, “Semua Aku Dirayakan” dan “Tawa” sebelum yang terkini “Berpayung Tuhan” menjadi focus track di album keduanya “Untuk Dunia, Cinta & Kotornya”.

Saya ingin mengulas lengkap album ini tetapi saya kira terlalu banyak hal menarik yang harus diraikan di single “Berpayung Tuhan” yang terhasil cukup sempurna dan menarik sekali konteks muziknya. Biar masih berbekal ilham Indo Folk yang sering dibawakan, Nadin terus cemerlang mengasah pena kreatifnya di lagu ini.

Judulnya saja sudah membuat saya terus dengan penghasilan lagu ini. Dalam bait “Biar kita tinggal di angkasa // Bersama selama-lama lama-lamanya” sudah terhasil membuat saya tersenyum membaca teks liriknya. Dan inilah istimewanya Nadin, tanpa perlu menikmati lagunya saja kita mampu tertarik dengan isi ceritanya.

Nadin menjadi lebih puitis dan berbunga di bait “Biar kita jadi doa yang nyata // Bermuara pada lapang yang indah.” Nadin penulis lagu yang bijak, dia tahu jika hanya berbekal melodi sahaja ilham pada lagu-lagunya serupa, jadi sakti untuk mengikat pendengar adalah liriknya.

Dia tahu bagaimana untuk membuat pendengar terjerat dengan lagu-lagunya. Tidak hanya dengan melodi yang mengasyikkan tetapi juga bait lirik yang membuatkan pendengar merasa senang, sedih atau apa sahaja atas syarat ia nyata dan terhasil puitis. “Biar saat air surut // Bahagiamu terbangun.”


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight,

Ulasan Gegar Vaganza All Stars Minggu 4

AZHARINA – PUPUS (57%)

Persembahan vokal kemas dan kelihatan terancang baik. Cuma susunan muziknya kurang memberi impak berbeza jadi magisnya hampir tiada. Sekadar persembahan vokal yang baik sahaja.

NIKKI – TAK TERCAPAI AKALMU (86%)

Ini yang saya maksudkan dengan memberi magis dalam persembahan. Lagu ini diberi nafas baru dengan sangat baik. Momentum muziknya membantu Nikki dan Wani bermain dengan styling dan warna vokal mereka yang memberi pengalaman baru menikmati lagu ini. Dan ini hal yang penting dalam persembahan untuk memberi infusi berbeza berbanding versi asal.

HADY MIRZA (50%)

Hady sebetulnya hanya menyanyi mengikut kehendak melodi lagu sahaja. Tiada apa yang terlalu tersendiri dan mewah dalam persembahan vokalnya. Dari awal ke hujung hanyalah sekadar persembahan yang selamat sahaja. Tiada hal baru yang boleh diperkatakan.

ALIFF AZIZ – IF I AINT GOT YOU (66%)

Aisyah Aziz memberi flavour lebih sensual di lagu ini. Dia yang sebenarnya menghidupkan persembahan ini. Chemistry Aliff bersama Aisyah ada cuma Aliff kedengaran begitu kebelakang berbanding Aisyah yang sangat menyerlah.

AISHAH – TERLANJUR CINTA (21%)

Duet gone wrong. Saya semakin tidak faham dengan karakter vokal Aishah dan penyampaiannya yang semakin tidak stabil saban minggu. Aishah semakin hilang sakti dalam kemerduan yang dia pernah ada sebelum ini. Sejujurnya jika berterusan begini persembahan suaranya, peluang ke final sangat sukar.

NORYN AZIZ – I’M EVERY WOMAN (71%)

Pembukaan kedua-dua mereka sangat cemerlang tapi di bahagian tengah lagu ini agak biasa sebetulnya. Chemistry vokal sangat baik keduanya cuma saya mengharapkan impak yang lebih daripada apa yang dipersembahkan. But Liza Aziz? AMAZING!

JACLYN VICTOR – DIALAH DI HATI (87%)

The best vocal showcase malam ini. Semuanya sempurna dan begitu kemas, cukup menarik ditonton dihayati terutama sekali di bahagian korusnya. Kedua-dua mereka saling memberi dan melengkapi sebaiknya.

TOMOK – MENGEGAR DUNIA (60%)

Energy Stacy menyelamatkan persembahan Tomok yang saban minggu semakin biasa dan predictable. Pertengahan ke hujung lagu ini menjadi lebih menarik berbanding awal dibuka. Namun ya, Stacy lebih menyerlah.

NAQIU – AKU & DIRIMU (54%)

Sejujurnya lagu ini tidak memberi justice buat kedua-dua vokalis hebat ini. Saya menantikan momen yang datang dengan punch di tengah lagu tapi saya gagal larut dalam persembahan mereka. Average

SITI NORDIANA- ADA APA DENGAN CINTA (45%)

Arrangement muzik malam ini baik cuma ia agak berat buat Nana. Susunan lagu ini sepatutnya dilembutkan mengikut karakter vokal Nana. Ada bahagian di tengah yang diwarnakan  vokalnya dengan styling berbeza tapi ia tidak terlalu membantu mencipta momen besar dalam persembahan ini. Nana dalam kedudukan bahaya malam ini.

EZAD – IBU (68%)

Saya sukakan kesederhanaan dalam persembahan mereka berdua. Lembut dan tidak terlalu merintih seperti di versi asal.namun masih dapat perasaannya, emosinya. Sebuah persembahan yang sangat matang

ZAMANI – AKU PENGHIBURMU (30%)

GV should bring back memori Isabella’98 pabila menemukan Zamani & Jamal. Lagu ini tidak memberi kelebihan langsung untuk buat Zamani menyerlah.

AYAI – RAIKAN CINTA (97%)

Pabila mendapatkan lagu yang betul Ayai akan benar-benar menyerlah di pentas. Hal ini sangat jelas malam ini. Chemistry dengan M. Nasir sangat baik dan menjadikan persembahan malam ini begitu menghiburkan dan yang terbaik daripada Ayai sepanjang di GV musim ini.

LIZA HANIM – MADAH BERHELAH (60%)

Susunan muzik lagu ini begitu memaksa kedua-duanya kedengaran agak memekik dalam nyanyian. Tetapi begitulah yang penonton kita sukakan. Emosi dalam nyanyian kurang dirasa kerana fokusnya mendadak pada lantunan nota tinggi semata-mata jadi merdunya kurang dapat dirasakan.

*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Melodi Rindu Rendy Pandugo

Lagu: Biarku Merindu
Artis: Rendy Pandugo
Komposer / Lirik: Rendy Pandugo / Veta Antares
Produser: Rendy Pandugo

Rendy Pandugo di ruang selesanya menzahirkan muzik dengan caranya tanpa perlu terlalu terikat dengan kehendak pasaran muzik semasa. Hal ini sudah pun dibuktikan sejak awal dia bermuzik dan biar melakukan kesemuanya dengan sendiri, Rendy masih diterima terbuka pendengar muzik Indonesia.

Hasilnya sehingga hari ini namanya masih disebut dan diraikan. lagu-lagu yang beredar sebahagiannya sudah siap bergelar the future evergreen yang akan terus dinikmati generasi berganti. Cukup dominan dengan karya berbahasa inggeris, Rendy tahun ini mengeksplorasi kebolehannya dalam penghasilan lagu berbahasa Indonesia.

Setelah single “Senandung Lara” Julai lalu, Rendy meneruskan rencana bermuziknya dengan sebuah lagi single berjudul “Biarku Merindu” sebagai kelangsungan untuk dia terus bernadi. Mengambil ilham Retro Pop juga Folk seperti apa yang biasa dizahirkan Noh Salleh, Romantic Echos antaranya.

Lagu ini ini simple sahaja dengan progression chord yang berulang, vokal sederhana dan lirik yang bersifat nostalgia – menjadi formula yang saya kira kerap diperdengarkan dan sudah beredar banyak di pasaran muzik Indonesia.

Yang istimewanya saya kira hanyalah kerana ia dipersembahkan Rendy yang sangat jarang membawakan lagu dalam bahasa Indonesia. Saya sebetulnya mahu melihat kreativiti Rendy dicabar lebih lagi dengan sound bersifat eksperimentasi. Melihat sejauh mana tingkat akal kreatifnya mampu pergi.

Penghasilan lagu “Biarku Merindu” bersifat okey sahaja menurut saya. Tiada apa yang terlalu itu dan ini untuk dikupaskan. Ia sederhana, lembut dan nostalgik.


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik,

Sentimental Rock Terbaik Tempatan

Persembahan muzik Rock tempatan lebih awal diperkenalkan di penghujung 70-an dengan kehadiran Sweet Charity yang lebih awal bertapak di Singapura sebelum melebarkan sayap bermuzik mereka di Malaysia. Diikuti kehadiran kumpulan Kembara yang sangat hits dengan “Hati Emas” di awal 80-an membentuk landskap Rock tempatan ke arah baru.

Hanya setelah kejayaan dua nama besar ini muculnya Search, Wings, Lefthanded, Rusty Blade juga Crossfire sebagai pelapis juga penerus kelangsungan muzik ini bernadi sepanjang era 80-a sehingga 90-an. Malah sehingga hari ini biar nama mereka menjadi sejarah penting muzik tempatan, lagu-lagu mereka masih diraikan berganti generasi.

Riff gitar yang keras dengan perembahan vokal garau juga lirik-lirik dalam kritikan sosial sering menjadi nadi muzik-muzik Rock. Namun dalam jaluran muzik yang satu ini masih ada jiwa sentimentalnya. Maka dengan terhasilnya penyatuan dua muzik ini – Rock dan Sentimental mencipta sesuatu yang lebih ‘jiwang’ sifatnya.

Muzik Kita meraikan persembahan muzik yang sudah sebati dengan jiwa-jiwa pendengar muzik tempatan sejak sekian lama dengan menyenarai lagu-lagu Sentimental Rock tempatan yang dihasilkan dalam sebuah pengalaman menikmati muzik yang timeless.

SRIKANDI CINTAKU (BLOODSHED / M. NASIR / NASIR JANI)

M. Nasir ternyata juara dalam penghasilan lagu-lagu begini. Terhasilnya Srikandi Cintaku menjadi satu pembuktian irama begini cukup dekat dengan pendengar tempatan. Sudah lebih 30 tahun lagu ini beredar dengan pelbagai versi yang sudah dirakam juga dipersembahkan, “Srikandi Cintaku” menjadi naskhah Sentimental Rock yang malar segar sehingga hari ini.

SEROJA (SEARCH / M. NASIR S. AMIN SHAHAB)

Search dalam perjalanan bermuzik mereka cukup dikenali dengan Sentimental Rock seperti “Isabella” dan “Fantasia Bulan Madu” meneruskan kelangsungan muzik mereka dalam persembahan lagu begini di era 90-a menerusi kejayaan lagu “Seroja” yang killer nya pasti saja pada korus berhantu hasil ciptaan M. Nasir di lagu ini bersulam lirik yang cukup puitis ditulis S. Amin Shahab. “Seroja” seharusnya menjadi satu antara lagu yang terbaik pernah dirakam band ini.

MATAHARI (AMUK / BONG / AZAM DUNGUN)

Di penghujung 90-an EMI Music Malaysia memperkenalkan sebuah lagu kugiran Rock dengan infusi muzik Melayu, lirik mendayu dalam persembahan keras Rock Yeah Yeah – Amuk. Dengan persona Bandi yang dimisterikan dengan topeng mencipta momen tersendiri. Suka atau tidak itu preference masing-masing namun untuk menidakkan impak lagu “Matahari” sebagai salah satu Sentimental Rock Terbaik yang pernah dihasilkan itu sesuatu yang mustahil. Ikonik dan tersendiri.

DI AMBANG WATI (WINGS / M. NASIR / NURBISA)

Wings dalam kembara bermuzik mereka cuba menjauh daripada dibayangi Search. Karakter berbeza warna vokal Awie menjadikan Wings lebih Blues dan Soul. “Di Ambang Wati” dalam persembahan muzik yang cukup kuat pengaruh Balada sebetulnya yang masukan Rock nya itu terhasil pada instrumentasi muzik yang ada di lagu ini. Korus lagu ini killer utama, melodi M. Nasir sentiasa berhantu dan timeless.

SEKUNTUM BUNGA SAKURA DI GURUN SAHARA (MEGA / M. NASIR / S. AMIN SHAHAB)

Sebuah lagi sentuhan klasik rock M. Nasir yang berjaya menciptakan momen baik untuk kumpulan Mega membesar dalam lapangan muzik tempatan. Perlambangan dalam lirik S. Amin Shahab dalam menggambarkan kegersangan dalam perasaan dan emosi ditulis dengan cukup mendalam. Persembahan muzik yang dihasilkan M. Nasir sentiasa cemerlang dalam mentafsir pasaran muzik 90-an.

TERKUBURLAH IMPIAN (BRAINWASH / FAUZI MARZUKI / S. AMIN SHAHAB)

Brainwash dalam keras gitar lagu ini disambut lembut suara vokalisnya. Cukup jiwang dan meruntun dihasilkan Fauzi Marzuki yang turut mahu menghasilkan sesuatu yang mengikut konteks muzik di penghujung 80-an sehingga 90-an. Lagu ini juga siap menjadi anthem jiwa rock yang sentiasa didengarkan sehingga hari ini.

SESAAT DALAM CINTA (ALFA)

Alfa mungkin antara kugiran yang semakin tidak diingati namun penghasilan beberapa album dalam percubaan menembus pasaran muzik semasa ada juga jayanya. “Sesaat Dalam Cinta” menjadi naskhah yang menjual nama mereka dalam percubaan yang dilakukan. Lagu ini sudah mengubah sedikit sebanyak landskap Sentimental Rock menjadi Rock Jiwang di era 90-an yang setelah itu didominasi lagu-lagu ciptaan Saari Amri.


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik,

40 Tahun Yang Lalu Bunda Hetty Menzahirkan Album Terbaik Sepanjang Karier Bermuziknya

Versatility yang ada pada penyanyi dulu-dulu itu sesuatu yang harus diperakui. Diberikan apa jua baik Pop, Keroncong, Dangdut, Rock sehingga irama Disko akan dibawakan dengan sebaik-baiknya persembahan. Hal ini yang sudah dibuktikan Biduanita Hetty Koes Endang sepanjang lebih 4 dekad perjalanan muziknya.

Cukup dominan dengan persembahan Dangdut juga Keroncong, Muzik Kita melewati katalog muzik yang menjadi portfolionya selama ini dan menemukan sebuah album yang disifatkan sebagai album terbaik yang pernah dia rakamkan sepanjang bergelar penyanyi.

“Hati Lebur Jadi Debu” beredar lebih empat puluh tahun lalu pada tahun 1982 terisi sebelas lagu yang mengambil ilham Pop sepenuhnya dengan feel Nusantara dan City Pop dalam kemasan muziknya. “Hati Lebur Jadi Debu” menjadi focus track di album ini sekali gus membawakan nama Hetty ketika itu diraikan begitu hebat sekali.

Sehingga hari ini lagu ini masih menjadi antara lagu yang masih didendangkan, diperdengarkan. Beberapa lagu yang benar-benar menarik perhatian saya di album ini adalah pengaruh City Pop yang menjadi insfusi segar dalam penghasilannya.

“Pelangi Cinta” (A. Riyanto) menjadi lagu yang paling forward saya kira di album ini. Memberi feel berbeza menikmati muzik Hetty Koes Endang, lagu ini tampil sederhana dan cool sekali penghasilannya. Vibe retro dengan kemasan synth di lagu ini menjadikan ia antara tarikan utama album ini.

“Melody Perpisahan” (A. Riyanto) datang dengan feel terbaik Hetty di album ini. Suaranya begitu tenang melengkapi kehendak melodi yang cukup soothing dan sedih pada masa yang sama. Clarity yang pada suaranya dengan penceritaan yang bersahaja benar-benar membuat pendengar merasa apa yang disampaikan.

Di situlah kelebihan bunda Hetty sebagai seorang penyanyi. Penceritaan dan perasaannya menyatu sebaik-baiknya. Hal ini juga saya dapatkan di persembahan baiknya pada lagu “Untuk Papa” (A. Riyanto) yang sedihnya itu tidak terlalu merintih-rintih sekalipun liriknya penuh dengan kata-kata seperti derita, ratapan, sedih hati dan air mata.

Hetty Koes Endang setelah album ini dihasilkan lebih banyak fokus pada penghasilan lagu-lagu Keroncong dan dan Dangdut. Agak sukar untuk mendapatkan lagu sebaik “Pelangi Cinta” sebetulnya. A. Riyanto sebagai produser album ini benar-benar mengeluarkan sisi terbaik Hetty Koes Endang sebagai penyanyi.


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight,

Listrik Lirik: Bertumbuh, Mewangi & Degdegan Dalam Karya-Karya Dee Lestari

Jika menyebut Rida Sita Dewi mungkin banyak generasi muda hari ini tidak mengenal. Namun daripada situlah bermulanya kembara bermuzik Dewi Lestari Simangunsong atau Dee Lestari yang cukup dikenali akan karya-karya novel popularnya seperti “Perahu Kertas”, “Filosofi Kopi”, “Rectoverso” dan beberapa siri lain seperti “Supernova” juga “Rapijali”.

Perjalanan bermuzik Dee Lestari secara solo mungkin tidak sebegitu rancak namun dia sempat melahirkan sebuah album Inggeris berjudul “Out of Shell” pada tahun 2006 dan runut bunyi filem “Rectoverso” pada tahun 2008. Setelah itu dia senang bergerak sebagai penulis lagu dan lirik.

Hasilnya hari ini banyak sebetulnya karya-karya yang telah dihasilkan popular didendang baik penyanyi baru sehingga soloist papan atas Indonesia. Hikmat yang menjadi sakti pada karya-karya sudah tentu panahan lirik yang ditulis dalam bait-bait yang cukup puitis menyentuh. Dan hal ini yang akan dikupaskan dalam artikel ini.

Dee Lestari menerusi akal tajam dan pena kreatifnya pernah menghasilkan hits “Malaikat Juga Tahu” persembahan malar segar Glenn Fredly dalam persembahan Balada yang membuai disulam kemas pemilihan kata-kata yang membentuk lirik yang bercerita dalam alunan terbaik Glenn – membuai, menyentuh.

Korusnya menjadi killer utama lagu ini. “Karena kau tak lihat // Terkadang malaikat tak bersayap // Tak cemerlang tak rupawan.” Sebelum kisahnya ditutup dengan “Namun kasih ini silakan kau adu // Malaikat juga tahu // Siapa yang jadi juaranya.”

Dee banyak mengisi kisahnya dengan kosa kata yang luas dan pelbagai. Satu daripada all time favorite saya adalah “Firasat” yang dipetik daripada album perdana Marcell. Dee bermain dengan perlambangan isi bumi dalam menzahirkan sifat juga keberagaman manusia.

“Semalam // Bulan sabit melengkungkan senyummu // Tabur bintang serupa kilau auramu.” Terhasil sempurna sebagai naskhah cinta malar segar yang masih didengar biar sudah lebih dua dekad usianya. Biar sehingga hari ini saya masih berfikir-fikir bagaimana sebegitu puitis sekali ia mampu terhasil.

Bersama penulisan Dee Lestari juga terhasil hits buat Raisa berjudul “Kali Kedua”. “Jika Wangimu saja bisa // Memindahkan duniaku // Maka cintamu pasti bisa // Mengubah jalan hidupku.” Membuka lagu ini sebegitu bersahaja sekali. Dee penulis yang bijak saya kira dalam mencari perlambangan dalam lirik-lirik yang ditulisnya. Obsesi dan keinginan yang ditulis dalam membentuk keghairahan dalam cinta itu berbeza dan di luar kotak standard lirik-lirik yang ada.

Raisa tahun ini sekali lagi bersama Dee Lestari menghasilkan “Nyaman Tak Cukup” yang saya sifatkan sebagai antara lagu terbaik yang sudah terhasil tahun ini. Liriknya luar biasa, saya saat mendengar dan membaca penulisannya seperti terdiam bagaimana sebegini cantik sekali susunan bahasa yang ditulis Dee boleh terhasil.

“Nyaman Tak Cukup” datang dengan penceritaan berbeza tetapi cukup real. Tentang perhubungan yang tiada lagi sparks. Tentang kenyamanan, keselesaan dalam perhubugan yang apa lagi setelah itu? Dan hal ini ditulis dikupas sebaiknya Dee lewat lagu ini. “Nyaman tak cukup // Kau butuh tentangan, rayuan, jebakan // Semua yang membuatmu panasaran dan degdegan // Tak ada lagi.”

Penggunaan kosa kata tentangan, jebakan dan degdegan itu jika dalam pertuturan harian saya kira biasa tetapi ditulis membentuk sebuah teks lirik yang puitis tanpa kedengaran canggung itu luar biasa. Dan hal ini sememangnya Dee Lestari sahaja yang mampu menulisnya dengan sangat baik.

Tidak hanya juara di penulisan lirik, melodi ciptaannya juga dalam “Nyaman Tak Cukup” terhasil cemerlang. Dee cukup dominan dalam penghasilan Balada lembut yang ditulis dengan membuai rasa. Selain lagu-lagu yang saya sebutkan di awal artikel beberapa lagu lain yang terhasil cemerlang adalah “Awal Mula” & “Perahu Kertas” (Maudy Ayunda), “Satu Bintang di Langit Kelam” (Chandra), “Dan Lalu” (Andien) dan “Celah Bersamamu” (Barsena Besthandi).

“Dan Lalu” karya terbaru buat Andien ditulis Dee Lestari sebagai naskhah refleksi hidup – tentang kedewasaan dan bertumbuh menjadi manusia yang lebih matang. Persembahan muzik mahal tulisan Dee di lagu ini cukup membebas resah saat mendengarkannya. Jika pendengar di fasa hidup yang buntu dan penuh persoalan itu dan ini, Dee menulis dalam persembahan cukup sederhana.

Pemilihan judul “Dan Lalu” itu sendiri saya kira bersifat penyerahan untuk percaya apa jua yang terjadi dalam hidup itu akan pasti berlalu biar sekuat mana pun badai yang datang. Hal ini ditulis Dee dalam persembahan cukup matang. “Butuh puluhan tahun untuk mengerti // Jarak dan pesona dalam hidup ini // Dan masih ku belajar untuk memahami.”

Sebelum korusnya menyambut “Semua awal kan usai dan berlalu // Suka dan duka akan bertukar // Cerah dan hujan datang bergantian.” Dee menerusi lagu ini menitip pesan dan hemat buat pendengar akan pengisian hidup itu bukan tentang kesempurnaan tetapi tentang pengalaman untuk tumbuh dan lahir semula.

Dee Lestari seorang pemikir yang jiwa kemanusiannya cukup tebal dalam memerhati, memahami juga mentafsir sifatnya manusia dalam penulisan. Kembara bermuzik Dee bersama Rida Sita Dewi bermula di pertengahan 90-an dengan 3 album keseluruhan sehingga yang terkahir pada tahun 1999.

Dee sendiri kali terakhir merilis single solonya tahun ini bersama Barsena menerus lagu “Celah Bersamamu” dan tahun lalu menerus lagu “Berduka” dalam persembahan Adult Pop yang merayakan jiwa-jiwa yang mahu disentuh dengan irama dewasanya.


ARTIKEL BERKAITAN