#PerspektifMuzik,

Ulasan Gegar Vaganza All Stars Minggu 3

HADY MIRZA – LEMAK MANIS (56%)

Hady membuka persembahan dengan a bit off but dia catching up towards the end. Persembahan lagu ini sebenarnya boleh jadi meriah di pentas untuk menjadikan pengalaman yang lebih meninggalkan kesan menontonnya.

AZHARINA- SAYANG DI SAYANG (25%)

Persembahan Nina malam ini serba tak kena. Banyak hal yang tidak melengkapi antara satu sama lain – lirik, melodi dan pemahaman kehendak lagu bagai tidak menyatu sebaiknya. Nina dalam bahaya malam ini.

AYAI – DONDE (20%)

Problem utama Ayai adalah pabila lagu itu di luar konteks muzik yang biasa dibawakan, Ayai tidak mampu fit in nyanyiannya dengan muzik yang terhasil. Dia sekadar menyanyi tetapi tidak membawa attitude muzik yang dituntut.

AISHAH- PEMATAH HATI (23%)

Nyanyian Aishah masih tidak kemas, bahagian verse baik cuma masuk korus all over the place. Aishah masih kedengaran terlalu sharp dan tidak pasti di beberapa bahagian. Aishah perlu mencari faham kehendak teks lagu agar warna nyanyiannya lebih bersesuaian lagu.

NORYN AZIZ – KEMELUT DI MUARA KASIH (65%)

Noryn begitu tenang sepanjang nyanyiannya. Dan hal ini sangat dituntut di lagu ini. Emosinya terkawal cukup baik dan kemas seiring penceritaan.

ZAMANI – YANG SEDANG-SEDANG SAJA (23%)

Se-enjoy mana pun kita lihat Zamani di pentas, tidak boleh dinafikan nyanyian Zamani sangat sumbang and tidak kemas di banyak bahagian. Nyanyian Zamani tidak fluid mengikut tuntutan lagu yang mengakibatkan vokalnya kedengaran tidak stabil.

NAQIU – SANTAI (89%)

Naqiu is a smart performer. Dia bijak menyatukan jiwa miliknya dengan apa jua kehendak lagu dan persembahan. Fleksibiliti begini yang tiada pada kebanyakan peserta GV. Naqiu harus sangat digeruni peserta lain.

EZAD – ZAPIN RINDU-RINDUAN (40%)

Ezad ada kemerduan di bahagian verse dan lenggoknya juga not bad. Cuma dia bagai tenggelam di bahagian korus hingga ke hujung lagu.

ALIFF AZIZ – KASIH (28%)

Alif sangat sumbang hampir di keseluruhan bahagian awal lagu ini. Saya agak pelik dengan komen bunda yang berlebihan memuji. Ia sekadar persembahan level majlis perkahwinan sahaja.

LIZA HANIM- PANTUN JANDA (93%)

Cemerlang. Liza mengalirkan sebaiknya vokal yang dia miliki. Sangat kemas, merdu dan tidak berlebihan. Stage presence Liza sangat besar biar tanpa perlu melakukan hal-hal yang tidak perlu, Liza success malam ini.

NIKKI PALIKAT – CANGGUNG (45%)

Jiwa Nikki belum betul-betul menyatu dengan sifat lagu ini. Banyak bahagian yang hampir mengena namun tidak menyeluruh. Nyanyiannya baik cuma bagai tiada klimaks dalam persembahan.

SITI NORDIANA – TEMBERANG (34%)

Karakter juga keperibadian Nana menjadikan persembahannya malam ini terlalu selamat, tanpa kejutan dan agak membosankan.

TOMOK – CINTA TAK KERUAN (31%)

Menerusi persembahan ini jelas Tomok membuktikan limitasi dalam kreativitinya. Ia terlalu biasa dan sudah dijangka. Atas faktor lagu juga mungkin ia tidak begitu memberi impak.

JACLYN VICTOR – BOLE CHUDIYAN (88%)

Jac benar-benar memberikan dimensi berbeza dalam menikmati nyanyiannya. So much control in her singing, melepaskan Jaclyn Victor yang biasa kita dengar dalam lontaran lepas. Jac faham kehendak lagu dan melagukan irama sebaiknya malam ini.

*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Standard Pop Berbeza Rossa Lewat Kolaborasi “Bertengkar Manis” Bersama Barsena Besthandi

Lagu: Bertengkar Manis
Artis: Rossa / Barsena Bestandhi
Komposer / Lirik: Barsena Bestandhi
Produser: Ari Renaldi

Jika anda sudah membacakan ulasan saya pada album terbaru Rossa “Another Journey” pasti sudah faham mengapa album ini saya sifatkan sebagai sebuah album yang sound terhasil kedengaran lama dan tidak current. Ia diselamatkan beberapa lagu sahaja sebetulnya.

Perjalanan menghabiskan album tersebut bagai jalan panjang yang bila kan berkesudahan. Namun satu-satunya lagu yang saya enjoy di album tersebut adalah “Bertengkar Manis” yang dihasilkan sepenuhnya melodi juga lirik oleh Barsena Besthandi yang juga rakan duetnya di lagu ini.

Melodi lagu ini terhasil cukup soothing dan melekakan. Tidak memaksa pendengar untuk senang dengan penghasilannya atau bosan dengan formula muzik berulang. “Bertengkar Manis” sebuah lagu yang memberi pengalaman berbeza menikmati muzik Rossa.

Saya sukakan ilham dalam penulisan Barsena yang mengusung isu merajuk, ingin dipujuk dan perhatian yang diwujudkan. Hal ini jelas dalam pehubungan sebetulnya. Saya pernah berbual dengan Rossa tentang lagu ini yang menurutnya sebuah lagu yang ‘manja’ atas keinginan pasangan yang mahukan perhatian yang lebih. Pertengakaran yang ada bukan dicipta kerana mahukan perpisahan tetapi perhatian.

Hal ini jelas dalam bait “Kini kau tahu jika pertikaian datang // Bukan selamanya tentang mengakhiri lalu menghilang.” Dan korusnya yang cukup mengikat “Bertengkar manis dengan dirimu // Satu hal yang paling kurindu // Kusuka caramu membujukku // Tenangkan hatiku.” menjadi antara bait lirik yang manis terhasil tahun ini.

8.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Kesinambungan Pop Lyodra & Afgan Menerusi “Ada”

Lagu: Ada
Artis: Afgan / Lyodra
Komposer / Lirik: Adrian Rahmat Purwanto / Afgansyah Reza / Rishanda Singgih / Simhala Avadana
Produser: S/EEK

Afgan melalui kembara bermuziknya dengan sangat bijak saya kira. Dia bijak tentang ‘placement’ bagaimana dia mampu untuk relevan di setiap fasa perubahan muzik semasa Indonesia dan pada masa yang sama evolve sebagai pemuzik yang matang.

Berawal di tahun 2008 ketika “Confession no. 1” beredar dengan formula Balada bagi mencuri perhatian sehingga era “SIDES” (2016) titik mula perubahan sound Pop Afgan sehingga “Wallflower” (2021) sebagai sebuah fasa meluaskan skop Pop miliknya, Afgan dan pengurusannya tahu bagaimana untuk terus mencuri perhatian pendengar.

Biar pada masa yang sama benar-benar mahu lakukan apa yang dia suka iaitu R&B menerusi apa yang dihasilkan di album Wallflower dia tidak lupa untuk terus mengikat pengikutnya dengan kolaborasi bersama Raisan dan projek AIR bersama Isyana dan Rendy sebelum itu.

Meneruskan kelangsungan bermuziknya untuk terus bernadi di pasaran muzik besar Indonesia yang semakin didominasi bakat-bakat muda, satu lagi pelan perancangan yang kemas harus dibuat. Maka dengan itu saya percaya terhasillah “Ada” sebuah kolaborasi manis bersama Lyodra.

Ini sebuah lagi pelan pemasaran yang bijak saya kira untuk meletakkan terus nama Afgan segar, muda sentiasa di pasaran muzik semasa. Kolaborasi ini saya sifatkan idea genius, dalam persembahan Pop yang sangat mudah mengikat pendengaran ditambah pesona dua bintang ini, dengan senangnya akan mendapat perhatian meluas.

Dihasilkan Afgan bersama Adrian Rahmat Purwanto, Rishanda Singgih dan Simhala Avadana, lagu ini diproduksi S/EEK dalam persembahan muzik yang cukup current dan fresh. Kelembutan suara Afgan menyatu sempurna dengan lyodra yang tidak langsung memberi lebih daripada apa yang sepatutnya.

Kedua-dua mereka melengkapi “Ada” sebagai naskhah cinta yang cukup manis. Korus lagu ini masih sakti utama dengan kemasan muzik yang cukup current sifatnya. Saya sukakan sangat cara mereka meninggikan standard sound lagu ini sehebat Pop lain yang ada di pasaran global.

It doesn’t sound ages biarpun usia bermuzik Afgan itu sudah memasuki usia 15 tahun lamanya. Itulah pentingnya untuk seorang penyanyi yang sudah lama bermuzik untuk bekerja dengan tenaga-tenaga muda dalam menghasilkan muzik yang segar dan kekinian. Dan Afgan sudah membuktikannya.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

“Dan Lalu” Tanda Aras Kedewasaan Bermuzik Andien

Lagu: Dan Lalu
Komposer / Lirik: Dee Lestari
Produser: Ifa Fachir / Dimas Wibisana

Andien persona Pop Jazz Indonesia yang menjalani karier bermuziknya dengan cara tersendiri tanpa terikat dengan kehendak pasaran muzik semasa sahaja. Fokus penghasilan lagu yang sesuai dengan show, festival juga acara korporat menjadi nadi untuk Andien terus bergerak relevan.

Sejak bermuzik pada tahun 2000 sehingga hari ini dia sudah menghasilkan sembilan album kesemuanya dalam adunan Pop yang mid-tempo dalam infusi Jazz, R&B dan Balada yang mengikut acuan muzik Andien.

Saban tahun tanpa gagal dia akan ada lagu-lagu baru, projek personal yang dijalankan untuk terus kekal ada dalam radar Pop Indonesia dan setelah terakhir kali menzahirkan album “Metamorfosa” (2017) Andien kembali baru-baru ini berjaya menyiapkan album terbarunya “Dan Lalu” yang diusahakan sejak fasa pandemik sehingga awal tahun ini.

“Dan Lalu” menjadi focus track di album ini, hasil tulisan puitis Dee Lestari yang seperti dijangka terhasil dengan perasaan yang dalam dan menyentuh. Seawal dibuka pada bait “Butuh puluhan tahun untuk mengerti // Jerat dan pesona dalam hidup ini.” Andien dalam penyampaian serba sederhananya membelah isi cerita tulisan Dee Lestari dengan sebaiknya.

Korus di lagu ini menjadi semakin baik dan melekakan. Kisah ditulis tentang hidup dan tentangannya bertukar menjadi sebuah melodi harapan yang patahkan tumbuh hilang pasti berganti. Metafora indah Dee Lestari menyantuni baik penghasilan melodi yang emosinya cukup dalam.

Tidak salah juga saya katakan “Dan Lalu” menjadi lagu terbaik Andien di album yang menghimpunkan tujuh lagu yang sudah beredar awal sejak tahun 2021.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

#RetrospektifMuzik,

Listrik Lirik: Amran Omar

DIA (FAUZIAH LATIFF / ROSS ARIFFIN)

Menjadi antara lirik paling popular pernah ditulis oleh Amran Omar sepanjang karier bermuziknya. Tercetus sebagai sebuah melodi sentimental yang kemudiannya menjadi fenomena cukup digilai di era 90-an. Lagu ini tidak sahaja membuatkan Jee semakin dikenali dan disenangi tetapi juga nama Amran Omar sebagai penulis lirik berpengaruh di era tersebut. Penulisannya simple dan terus kisah patah hati dan dalam keluhan keresahan seorang wanita dalam percintaan.

GEMILANG (SHEILA MAJID / AZMAN ABU HASSAN / JOHAN NAWAWI)

Diedarkan pada tahun 1988 menerusi album “Warna”, lagu gemilang komposisi bersama Azman Abu Hassan dan Johan Nawawi ini menjadi antara killer track di album ketiga Sheila ini. Amran Omar menulis kisah gemilang sebuah percintaan yang dibaluti dengan ambien yang cukup positif. “Segalanya bagaikan impian yang ternyata // Kita bina keteguhan cinta suci abadi.”

DALAM GERIMIS (VISA / ADNAN ABU HASSAN)

Bersama melodi emas Adnan Abu Hassan, terhasil sebuah lirik untuk kumpulan Visa “Dalam Gerimis” yang menjadi lagu penting sepanjang mereka bermuzik. “Hujan bagai mengundang nestapa // Titis airnya // Bersama deru tangisanmu.” mengisi kehendak melodi Adnan dengan cukup baik dibaluti penceritaan Sham.

MENTARI KOREA (RAJA EMA)

Lagu yang dipetik daripada album Titi Bermula diedarkan pada tahun 1988 ini pernah diangkat sebagai lagu Sukan Olimpik di Korea. Raja Ema ketika itu menjadi wakil penyanyi dari Malaysia yang mempersembahkan lagu ini secara langsung bersama beberapa artis lain dari Korea Selatan juga Hong Kong. Bait lirik berbahasa ditulis Amran Omar

USANG (RAHIM MAAROF)

ANTARA YANG MANIS (ANITA SARAWAK / FAUZI MARZUKI)

Ini antara lirik yang cukup menarik pernah ditulis Amran Omar. Kemanisan cinta yang begitu dirasai dalam pengalaman keasyikan suara Anita Sarawak. Komposisi Fauzi Marzuki cukup fresh di lagu ini dengan lirik yang simple dan sampai, ia terhasil sebagai sweet Pop songs yang terhasil di era 90-an dan sehingga hari ini jika didengarkan masih segar.

SEHELAI DAUN SETITIS EMBUN (ADNAN ABU HASSAN)

Amran Omar cukup dikenali sebagai penulis lirik yang tulisannya terus dan tidak berpelambangan. Hanya di beberapa lagu sahaja dia bermain dengan perlambangan. Antaranya lagu persembahan Shasha ini yang berjudul “Sehelai Daun Setitis Embun” yang cukup melankolik. Lagu ini pernah dirakamkan kemudian oleh kumpulan Genuine.

SAHABAT (FAUZIAH LATIFF)

Harus saya letakkan ini sebagai lirik terbaik yang pernad dituliskan sepanjang dia berkarya. Penceritaan dan gaya bahasanya membaluti sebaiknya melodi ciptaan Zul Mahat ini. “Di titian waktu // Aku yang terpisah jauh dari dirimu // Kini merasa rindu.” dan bait “Semalam yang ku pergi // Sayup tak berpaling lagi.”


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Ilham Dialek Kota Kupang Mewarnai “Terlalu Sakit” Persembahan Terbaru Andmesh

Lagu: Terlalu Sakit
Artis: Andmesh
Komposer / Lirik: Andmesh Kamaleng
Produser: Omega Touselak

Andmesh menjalani pelayaran bermuziknya dengan cukup bersahaja dengan penerimaan yang cukup terbuka pendengar muzik senusantara. Percaturan Balada yang dipersembahkan dalam lagu-lagunya tidak sukar mencuri perhatian dengan lembut vokalnya juga kesederhanaanya yang dia miliki.

Siap menghasilkan album kedua dengan judul “Cinta & Doa” dengan focus track “Terlalu Sakit” – Andmesh berkarya dengan cukup bebas kali dengan dalam kreativiti yang dia miliki. Dengan membawakan ilham lirik dialek Kupang, “Terlalu Sakit” terisi dengan visi berbeza.

Bait-bait lirik yang disatukan dalam Bahasa Indonesia disela-seli dialek Kupang memberi nilai tambah pada lagu ini. “Son pernah menyangka // Ujungnya beta yang terluka.” disusun kemas sudut bahasanya. Andmesh saya kira bijak dalam mengikat pendengar pada lagu-lagunya.

Dia membuat pendengar panasaran dan tertanya-tanya apa yang dibutirkan sehingga membuat kita mahu mendengarkan buat kedua dan ketiga kali lagu ini. Melodinya seperti biasa berpaksi sakti yang dia miliki dalam lagu-lagu sebelum ini seperti “Cinta Luar Biasa” dan “Nyaman” antaranya.

Kelebihan Andmesh sebagai penyanyi dalam memberikan perasaan yang tepat dan mewarnakan nyanyiannya itu sangat dipraktikkan di lagu ini. Emosinya semakin baik di hujung lagu dengan kesederhanaan dia mengalirkan isi cerita di balik lagu dengan sebaiknya. Suara Andmesh semakin sedap saya kira di lagu ini. Melekakan.

Lirik lagu ini saya kira killer utama penghasilan keseluruhan lagu ini. Andmesh menulis sebuah kisah sedih dengan cara yang cukup menarik untuk dinikmati. Dia tahu jika teks lirik ini ditulis dalam gaya bahasa biasa ia menjadi terlalu biasa, jadi dengan akal bijaksananya “Terlalu Sakit” menjadi unik dek kerana penggunaan dialek Kupang. “Talalu sakit liat dia deng yang lain // Sedangkan beta disini bujuk hati jang menangis.”

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Review,

Ulasan Gegar Vaganza All Stars Minggu 2

LIZA HANIM (54%)

Berbicara tentang nyanyian dalam pertandingan, Liza bijak mewarnakan nyanyiannya namun overall atas faktor lagu ia menjadi persembahan yang sekadar selamat tiada apa yang lebih daripada apa yang kita jangkakan. Bahagian awalnya baik namun di hujung persembahan Liza menjadi terlalu bingit.

ALIFF AZIZ (30%)

Tiada impak sebetulnya. Aliff sekadar menyanyi. Sedap? Yes. Lebih daripada itu? Tiada. Kemasan muziknya juga bagai tidak memberi.

JACLYN VICTOR (99%)

Bercakap tentang impak dalam persembahan, Jac faham tentang pertandingan. Dia tahu cara bermain dalam game GV. Kemasan muzik lagu ini benar-benar membuat kita teruja dengan peraembahan keseluruhan. Dengan adrenalin gitar AG COCO ia membantu persembahan Jac jadi sangat menarik. One of the best experience watching GV tonight.

NIKKI PALIKAT (35%)

Saya tidak pasti this is the best song choice yang dia harus bawakan dalam GV. Nikki harus step out daripada Balada. Suaranya baik namun ia tidaklah teralu menarik dan tiada elemen lain yang membantu persembahan pentasnya hebat selain vokal.

CLIFF UMAR (30%)

Cliff bagai hilang stamina daripada tengah ke hujung lagu. Persembahannya seperti apa yang kita jangkakan, kelemahan Cliff adalah dalam memberi warna dalam penceritaan nyanyiannya. Sekadar mengikut tuntutan melodi sahaja.

TOMOK (48%)

Tomok terlalu berkespresi saya kira. Bagai menekan-nekan nyanyiannya untuk menunjukkan emosinya yang dalam tapi dia lupa asas nyanyian itu adalah untuk sentiasa sedap dan membuai. Ini bukan pentas theatrical untuk terlalu begitu.

AISHAH (67%)

Aishah beri kita entertainment yang baik malam ini. Kemampuannya berpentas dengan baik itu semakin okey cuma nyanyiannya masih masih kurang sedap dan masih sharp.

SUKi (21%)

Sejujurnya tidak meninggalkan impak. Nyanyi Suki terlalu biasa dan bukan level pertandingan pentas yang besar. Di kedudukan bahaya malam ini.

ZAMANI (50%)

Nyanyian Zamani solid , sedap terutama di bahagian korus cuma apa yang dia persembahkan itu sama sahaja seperti apa yang kita lihat di pentas persembahan konsert juga show sebelum ini dan dia harus ingat GV adalah pentas pertandingan.

AYAI (37%)

Ayai sudah kembali membosankan walaupun sedap tapi sekadar okey-okey sahaja.

NORYN AZIZ (35%)

Another forgettable performance.

EZAD (68%)

Dia bijak memilih lagu yang sangat sesuai dengan karakter vokalnya. Cuma Ezad tidak boleh selesa dengan lagu begini saja dan masih banyak masalah teknikal yang saya kira hal biasa yang ada pada vokalis berkumpulan.

SITI NORDIANA (89%)

Nana sangat cemerlang, bersahaja mengalirkan emosinya sebaiknya tanpa kedengaran memaksa. Beautiful voice.

HADY MIRZA (99%)

Cemerlang! Sedap! Flawless!

NAQIU (67%)

Atas faktor lagu, Naqiu sounded old fashion. Power ada cuma tiada control in his singing. Nyanyian lagu ini jika dialurkan sahaja perasaannya dengan lembut akan lebih sedih dan sayu. Naqiu really need to soften his singing.

AZHARINA (88%)

Kelebihan Nina ada penceritaannya. Malam ini dia benar-benar memberikan pengalaman berbeza menonton GV. Lebih baik berbanding munggu lalu.

*Peratusan adalah penilaian Muzik Kita


ARTIKEL BERKAITAN

Terkini,

Dewan Filharmonik Mempersembahkan Meet Uncle Hussain

Lama tidak mendengar perkhabaran Meet Uncle Hussain yang cukup dominan di pasaran muzik era 2000 dengan hits “Lagu Untukmu”, “Drama King” dan “Pokok”. Intepretasi muzik Rock moden yang dibawakan dalam persembahan muzik yang cukup tersendiri membawakan MUH sebagai kugiran yang cukup diraikan.

Bakal berpentas di Dewan Filharmonik Petronas buat pertama kali pada tanggal 2 Disember nanti, MUH bersama vokalis terbaru mereka Cliff Umar akan beraksi bersama Taja (gitar), Babab (gitar), Gfat (bass) dan Pitt (dram). Selain Cliff Umar sebagai vokal utama, MUH juga akan mengundang Hazama dalam persembahan ini.

Meet Uncle Hussain tidak perlu diperkenalkan lagi. Ditubuhkan pada tahun 2000, kumpulan ini dikenali dengan muzik yang tersendiri dipengaruhi dari beberapa genre dan diperkuatkan dengan gubahan yang segar. Mereka mengambil inspirasi dari band ikonik dari UK seperti The Dove dan The Killers.

Kumpulan ini telah membuat kejutan dalam arena muzik Malaysia pada tahun 2007 melalui lagu hit Lagu Untukmu yang telah memenangi beberapa anugerah. Lagu yang digemari golongan muda dan tua ini telah melangkau budaya, membuktikan keunggulan muzik mereka yang universal.

Bertemakan “A Homage To Our History”, konsert ini akan mempersembahkan lagu-lagu hit antaranya Halusinasi, Putihnya Lukisan, Lagu Untukmu, Drama King, Pokok, Milk In The Bottle, Pari Pari Di Bawah Angin, Hilang dan Ali Baba.

Harga Tiket

RM199, RM239, RM279, RM309 dan RM369* (Meet & Greet) Suite: RM199/239 seorang.

Waktu Operasi Box Office

Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)

Tempahan Telefon: 03-23317007
Tempahan Email: boxoffice@dfp.com.my


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight, Review,

Hot Seat All Stars Gegar Vaganza: Mampukah Mereka Menyaingi Sang Juara?

Apalah Gegar Vaganza tanpa sebarang kejutan. Daripada lima kerusi yang dijanjikan untuk bekas-bekas peserta ini sama bersaing dengan juara-juara sebelumnya menjadi enam kerusi hangat kesemua yang tercalon.

Tomok, Ezad, Zamani, Suki, Nikki Palikat dan Liza Hanim mendominasi pencalonan yang terus meninggalkan calon favorite lain seperti Amelina, Hazami dan Bob antaranya yang dikira cukup berbakat dan mampu berpentas dengan baik namun harus akur dengan sistem voting yang ditetapkan penganjur.

Seratus peratus undian dilakukan peminat – Nama Zamani dan Tomok pastinya sudah dijangka akan berada selesa untuk turut sama bersaing kali ini. Nikki, Suki dan Liza Hanim antara yang kuat berkempen di media sosial mereka lolos dengan jangkaan.

Namun Ezad? Saya kira it’s a sweet surprise untuk mengenepikan Amelina terutamanya. Namun berkat undian rezeki padanya kembali untuk terus bersaing di pentas GV all stars. Dengan data disediakan pihak Astro mendahului ialah Zamani (11.11 %) diikuti Nikki Palikat denngan 10.43 Peratus, Liza Hanim (10.25%), Suki (9.41%), Tomok (6.05%) dan Ezad Lazim (4.48%).

Persoalannya mampukah peserta hot seat ini mampu memberi persaingan buat kesemua yang bergelar Juara sebelum ini? Mari lihat analisa Muzik Kita.

NIKKI PALIKAT akan memberi persaingan hebat sebagai vokalis yang masih solid persembahan secara langsung. Jac harus sangat berhati-hati dengan adanya Nikki. Percaturan lagu yang betul seharusnya menjadi paksi. Tanpa perlu terlalu bergantung pada lagu-lagu Balada, Nikki sebetulnya akan lebih menyinar dan berbeza di pentas GV dengan lagu dalam jaluran R&B dan Pop Dance.

  • Damelo (Dolla)
  • Sial (Mahalini)
  • W.H.U.T (Aisha Retno)
  • My Immortal (Evanescence)
  • Flower (Jisoo) x Solo (Jennie)

LIZA HANIM seorang lagi saya kira calon kegemaran ramai untuk ke final. Kelebihan Liza tentu saja dalam menyampaikan lagu-lagu Balada dengan penjiwaan yang tepat. Namun kemampuannya menyampaikan lagu-lagu Power Pop seperti apa yang biasa dibawakan Leona Lewis, Kelly Clarkson dan Adele akan benar-benar mengeluarkan attitude bermuzik sebenar Liza di pentas.

  • Pudar (Indah Ruhaila)
  • Siapa Tak Mahu (Siti Nurhaliza)
  • Boneka (Ernie Zakri)
  • Turning Table (Adele)
  • Cry Me Out (Pixie Lot)

SUKI LOW tidak boleh bergantung pada suara sahaja jika dia mahu kekal sehingga ke penghujung pentas GV All Stars. Kedudukannya kali ini akan lebih goyang berbanding di GV yang dulu dengan persaingan yang sangat sengit Suki harus bijak dalam percaturan berpentas. Lagu-lagu yang harus dia persembahkan harus keluar daripada zon selesanya.

  • X Missing U (Dayang Nurfaizah)
  • No (Meghan Trainor)
  • Hilang Tanpa Bilang (Meiska)
  • SHH (Elizabeth Tan)
  • Greedy (Tate McRae)

ZAMANI sifat berpentasnya adalah showcase dan konsert. Sukar untuk kita melihat Zamani yang berbeza daripada apa yang kita biasa lihat. Saya pasti perjalanannya di GV tidak akan terlalu diuji dengan lagu-lagu yang di luar kebiasannya. Namun itu bukan tiket mudah untuknya ke pentas final. Ada keterbatasan dan persaingan yang cukup kuat untuk Zamani.

  • Bayang (Khai Bahar)
  • Paku (Ara Johari)
  • Sandiwara (XPOSE)
  • Bukalah Hatimu (M. Nasir)
  • Lebih Sempurna (Syamel)

EZAD antara yang masih memiliki vokal yang sangat steady di pentas. Tak salah jika saya sifatkan kesederhanaan yang ada padanya sama dengan apa yang ada pada Siti Nordiana. Kedua-dua mereka memiliki kemerduan dan so much control in singing. Nyanyi Ezad jarangnya bingit sekali pun nada tinggi yang dilantun not bad tingginya. Ezad harus fokus pada persembahan vokal yang memberi impak untuk dia menyerlah berbanding pesaing yang lain.

  • Di Matamu (Sufian Suhaimi)
  • Jadi Aku Sebentar Saja (Judika)
  • Purnama (Naim Daniel)
  • Arjuna (Dewa)
  • Stanza Sekeping Hati (Ben Nathan)

TOMOK ada kreativiti di pentas but to be honest daripada sudut nyanyi dia tidak begitu evolve. He sounded the same usai fasa One In a Million. Tomok harus benar-benar meninggikan standard nyanyiannya agar setara standard kerativitinya dalam persembahan pentas.

  • Story of My Life (One Direction)
  • Drama King (Meet Uncle Hussein)
  • Before You Go (Lewis Capaldi)
  • Bayangan Gurauan (Mega)
  • Mimpi (Haqiem Rusli)

ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Kesinambungan Power Ballad Khai Bahar & Adira Menerusi “Pejam”

Lagu: Pejam
Artis: Khai Bahar & Adira Suhaimi
Komposer / Lirik:
Audi Mok / Shazee Ishak
Produser: Persatuan

Pasaran duet Balada berterusan sifatnya dengan sebuah lagi kolaborasi Khai Bahar bersama Adira menerusi lagu ciptaan bersama Shazee dan Audi Mok. Menghasilkan “Pejam” lagu ini menzahirkan sebuah ilham cipta yang sangat dekat dengan pendengar muzik semasa.

Kraf muzik Shazee dan Audi Mok no doubt datang dengan komposisi memikat. Transisi verse ke korusnya sangat baik. Ada kesyahduan dan kelembutan dalam persembahan melodi keseluruhan lagu yang dihidupkan baik vokal Khai Bahar.

Saya agak terganggu dengan vokal Adira sebetulnya yang agak bingit. Kalau lebih baik Adira have a little more control persembahan keseluruhan lagu ini akan kedengaran lebih subtle dan soothing. Bahagian korus kedua menambah nyaring suara Adira dalam ketenangan persembahan Khai.

Khai Bahar saya kira sememangnya juara dalam persembahan Balada begini. Setelah kolaborasi bersama Siti Nordiana menerusi “Satukan Rasa” ini yang terbaik yang dia hasilkan. Malah saya kira penghasilannya lebih baik daripada melodi inspirasi “Melly” yang ada di lagu “Selagi ku Ada” bersama Nabila Razali.

“Pejam” pastinya naskhah yang membahagiakan penggemar-penggemar Khai juga Adira dan pada masa yang sama menambah lagi jumlah Balada tahun ini. Good or bad itu terpulang penerimaan kita sebagai pendengar. Namun kredit buat melodi yang terhasil dan vokal Khai Bahar harus diberi kredit sebaiknya.

6.5/10


ARTIKEL BERKAITAN