Album Terbaik Terbaik (ISYANA – Isyana Sarasvati) Karya Produksi Terbaik Terbaik (Diskoria, Laleilmanino, Bunga Citra Lestari – Badai Telah Berlalu) Produser Rekaman Terbaik (Laleilmanino, Diskoria – Badai Telah Berlalu) Pencipta Lagu Pop Terbaik (Raim Laode – Komang) Artis Solo Wanita Pop Terbaik (Yura Yunita – Jalan Pulang) Artis Solo Pria Pop Terbaik (Raim Laode – Komang) Album Pop Terbaik (Fabula – Mahalini) Album Alternatif Terbaik (Reality Club Presents… – Reality Club) Duo/Grup Pop Terbaik (Juicy Luicy – Sayangnya) Penata Musik Pop Terbaik (Laleilmanino, Diskoria) Artis Solo Rock/Instrumentalia Rock Terbaik (Isyana Sarasvati – mindblowing!) Artis Jazz Terbaik (Indra Lesmana – Do The Math) Artis Solo Soul/R&B Terbaik (Aziz Hedra – Somebody’s Pleasure) Artis Solo R&B Kontemporer Terbaik (Kunto Aji – Salam Pada Rindu) Artis Solo Rap/Hiphop Terbaik (Ramengvrl – Fashion) Karya Produksi Kolaborasi Terbaik (Yovie Widianto, Lyodra, Tiara Andini, Ziva Magnolya – Menyesal) Karya Produksi Original Soundtrack Terbaik (Andmesh – Andaikan Kau Datang – OST. Miracle in Cell no. 7) Karya Produksi Grup Vokal Terbaik (GAC – Baru) Karya Produksi Re-Aransemen Terbaik (Lyodra, Andi Rianto – Sang Dewi)
Lebih dua dekad usia “Mencintaimu” ketika dirakam Krisdayanti pada 1999 sebelum dirilis pada tahun 2000, menjadi hits sepanjang zaman penyanyi wanita yang cukup dihormati senusantara. Siapa saja yang tidak pernah mendendangkan lagu ini di majlis keraian perkahwinan yang sekaligus menjadi a timeliss wedding song sehingga hari ini.
Mungkin tidak terfikirkan juga agak jika lagu ini dirakam semula ia akan dirakam oleh sosok soloist. Dan hal ini dibuktikan Sal Priadi, “Mencintaimu” itu melodinya bukan sahaja timeless tetapi juga melangkau batas kepelbagaian.
Dengan bantuan Lafa Pratomo (Nadin Amizah, Danilla) “Mencintaimu” terhasil cukup maskulin sekali berbanding versi asal Krisdayanti yang penuh terhasil sentimental dan melakolik. Sal meramu lagu ini dengan caranya yang cukup dikenali dengan pendekatan muzik yang lebih deep and twisted.
Perasaan menikmati “Mencintaimu” versi baru ini memberi pengalaman baru buat pendengar. Bagai sebuah cerita cinta daripada sudut pandang seorang lelaki. Melodi asal Bebi Romeo ini tidak diusik keasliannya, hanya diolah mengikut kesesuaian persembahan vokal Sal sebagai pelantun.
Vintonic menjadi kugiran yang sukup konsisten dalam memasarkan muzik yang datang dengan ilham Synth Pop, R&B dan Soul yang diramu dengan cara mereka yang tersendiri. Sudah membuktikan kebolehan bermuzik mereka dengan cemerlang, Vintonic sentiasa hadir dengan ilman muzik yang baru untuk dikongsi dengan peminat muzik mereka.
Setelah meyakinkan kita dengan sebuah EP dan beberapa lagi single yang beredar sejak bermuzik di fasa pandemik, Vontonic melebarkan ilham bermuzik mereka dengan sebuah kolaborasi mantap bersama soloist R&B Indonesia, Teza Sumendra menerusi single “Terdiam”
Masih utuh pada jaluran muzik atas pengaruh Synth Pop, trio bermuzik ini menampilkan sisi lebih soulful bersama Teza di lagu ini. Pembukaannya saja sudah bersifat sensual dengan tempo sederhana juga vokal yang sensual, membuai pendengar semudahnya atas bait“Senyumanmu, Pesonamu // Membuat waktu terhenti berlalu // Tatapanmu dan hangatmu // Membuat ku jadi // Tergila-gila”.
Teza masuk dengan menambah rasa yang lebih berjiwa dalam persembahan maskulinnya. Suara Teza cukup mahal dalam memberi falvor yang memercikkan sesuatu yang lebih mewah di lagu ini. Flawless dalam persembahan yang bersahaja melantun bait-bait lirik yang tertulis.
“Terdia” berjaya membawakan Vintonic ke tahap yang lebih dalam karya-karya mereka. Lagu ini sepantas mungkin tanpa memaksa mampu menjadi my repeat mode setidaknya untuk dua tiga minggu mendatang sebelum datang rilis baru yang menarik pendengaran (jika ada).
Clarity vokal Tomok sangat membantu untuk nyanyiannya menyerlah minggu ini. Bahagian tengah ke hujung lagu dipersembahkan dengan caranya yang tersendiri dan menarik. Mungkin persembahan vokal terbaik Tomok sepanjang di pentas All Stars GV.
NIKKI PALIKAT – SELAGI ADA CINTA (67%)
Berbeza dengan pandangan Syafinaz, saya kira suntikan baru yang diberikan pada lagu ini di bahagian hujung memberi kelebihan untuk Nikki berikan pengalaman berbeza menikmati lagu ini. Kerana saya faham jika Nikki bergantung pada kemasan muzik asal ia akan menjadi sangat predictable.
ALIFF AZIZ (40%)
Sebetulnya sudah tiada apa hal yang menarik untuk ditonton persembahan Aliff. Saban minggu begitu jugalah. Hal-hal kreatif dalam nyanyiannya semakin tiada. Aliff bagai membuktikan itu sahaja limit yang dia mampu lakukan.
NAQIU – IDOLA (52%)
Slur Naqiu agak janggal untuk lagu begini namun korusnya baik. Cuma saya kira jeritan di bahagian hujung itu tak perlu sangat sebab itsoundedsoulless.
LIZA HANIM – GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU (68%)
Agak predictable sebenarnya. Saya mengharapkan Liza memilih lagu yang lebih bersifat R&B / Soulful Ballad berbanding Balada Melayu begini yang seperti dijangka begitulah persembahan vokalnya. Tiada yang lebih tiada yang kurang. Menyenangkan.
EZAD – SEKSA (21%)
Ezad sangat-sangat sumbang malam ini. Entah mengapa banyak nota all over the place. Suaranya semacam penat dan tidak menarik didengar.
JACLYN VICTOR – MENGHITUNG HARI (70%)
Jac in control dalam nyanyiannya malam ini. Tidak terlalu lepas dan semuanya berjalan mengikut kehendak teks lagu yang ditulis untuk kita sebagai pendengar larut dan merasai nyanyiannya.
NORYN AZIZ – GELOMBANG (61%)
Paten lagu begini bukanlah makanan Noryn namun dia mencuba untuk tidak mengubah lagu ini mengikut acuannya. Noryn steady malam ini biarpun agak janggal mendengarkan dia menyanyikan lagu begini.
AZHARINA – SEJATI (59%)
Azharina agak ekspresif malam ini. Tenaganya baik cuma agak terlebih daripada tuntutan lagu. Nina perlu berbalik pada kehendak teks lirik dan fahamkan penceritaan agar penyampaiannya tepat dan tidak tersasar.
SITI NORDIANA – TIADA KEPASTIAN (71%)
Nana kedengaran begitu selesa dengan lagu malam ini. Ada bahagian dia agak struggle to catch her breath tapi dikawal semula dengan baik. Dia memberikan warna yang lebih lembut secara keseluruhan berbanding versi asal.
HADY MIRZA – ROMAN CINTA (90%)
Hady paling cemerlang malam ini. Flawless. Lagu begini memberi kelebihan buat clarity yang Hady miliki untuk kita nikmati nyanyiannya malam ini. Persembahan terbaik Hady sepanjang di GV All Stars.
Lagu: Cinta Sampai Mati Artis: Atilia Komposer / Lirik: Choky Nainggolan Produser: Choky Nainggolan
Perjalanan bermuzik Atilia sinonim dengan jaluran muzik Jazz yang pasarannya mungkin masih kecil di sini untuk membenarkan bakat muziknya diraikan dalam skala besar. Namun jika diteliti di setiap penghasilan album-albumnya, Atilia masih memiliki rangkaian Balada sebetulnya.
Lagu-lagu seperti “Terindah Pilihanku”, “Leka”, “Segalanya” dan “Kurnia Syurgawi” antara yang menjadi pengisian dua albumnya “Indah” dan “No. 3” berbanding album perdananya “Sangkar” yang solid sound Jazz. Namun Balada bukanlah menjadi focus track di setiap albumnya..
Biar sangat sibuk dengan fokus Yoga yang menjadi sumber kelangsungan hidupnya, Atilia tidaklah terus melupakan muzik, sering ada persembahan pentas korporat biar tanpa lagu-lagu baru. Dan mungkin juga dengan pasaran muzik tempatan yang semakin meraikan wajah dan bunyi yang serupa membuatkan dia harus mencari tahu apa yang penggemar muzik mahukan selain terus melakukan apa yang dia suka.
Maka dengan itu lahirlah naskhah terbaru “Cinta Sampai Mati” yang dihasilkan jauh meninggalkan sound “Sangkar”, “Indah” dan “Bahagiaku” yang lebih Jazz sifatnya. “Cinta Sampai Mati” datang dalam ilham Balada dengan feel galau yang membaluti keseluruhan lagu.
Dan ia benar-benar memberi pengalaman baru menikmati muzik Atilia. Lagu Balada begini begitu memberikan kelebihan buatnya menyerlahkan sisi berbeza yang ada padanya. Rasa yang diberikan secukupnya untuk kita sebagai pendengar tersentuh dalam kesederhanaan Atilia menyampaikan lagu ini.
Korus di lagu ini menjadi nyawa untuk kita benar-benar larut dalam persembahan Atilia. “Cinta ini // Cinta sampai mati // Sampai ku tak sanggup lagi // Menarik nafasku nanti”. Lagu ini memiliki template Balada galau yang banyak di Indonesia dan saya kira ia pertaruhan terbaik Atilia untuk dia mencuri perhatian pendengar muzik semasa yang lebih muda dan sukakan lagu-lagu begini.
“Cinta Sampai Mati” ada potensi besar untuk popular. Melodinya sedap, mengikat pada pendengaran pertama dan kemasan muziknya sangat baik. Mungkin tidak salah saya sifatkan lagu ini sebagai lagu paling komersil yang pernah Atilia hasilkan sepanjang karier bermuziknya.
Lagu: Terus Bersinar Artis: Hafiz Suip Komposer / Lirik: Mas Dewangga / Jova Devito / Arisz Ab Rahman Produser: Mas Dewangga
Sedar tidak sedar sudah empat belas tahun Hafiz bermuzik sejak awal bergelar juara Akademi Fantasia, dia mendapat restu yang baik pengikut muzik tempatan untuk diraikan sebagai pelapis Pop yang datang dengan bakat serta nilai komersil yang cukup tinggi.
Dalam kembara bermuziknya juga Hafiz sudah bekerjasama dengan dengan hampir semua komposer hebat tempatan – M. Nasir, Ajai, Aidit Alfian, Audi Mok, LY dan beberapa lagi yang lain dalam menghasilkan hits malar segar. “Masih Jelas”, “Ku Akui”, “Matahari”, “Awan Nano” dan beberapa lagi.
Dan tidak terhenti pada single solo sahaja, Hafiz sehingga hari ini juga sudah berduet dengan penyanyi papan atas seperti Rossa, Siti Nurhaliza, Misha Omar, Adira juga Ernie Zakri. Dan melihatkan senarai-senarai hits yang dia miliki buat saya terfikir mengapa sehingga hari ini Hafiz belum ada konsert solo berskala besar?
Kembara bermuzik yang disusun sederhana dan tidak perlu terlalu berusaha membuktikan sesuatu seperti kebanyak penyanyi hari ini, yang sedaya upaya mahu membuktikan mereka bagus. Hafiz cukup sederhana, cool dan menjalani saja perjalanan bermuziknya dan biar sudah berbelas tahun dia masih relevan dan dihormati. Itu hal yang sangat perlu dipelajari penyanyi hari ini.
Meneruskan kelangsungan bermuziknya Hafiz menghadirkan sebuah lagi lagu buat kita semua, “Terus Bersinar” karya cipta Mas Dewangga bersama Jova Devito dalam persembahan Pop yang mengikat dengan sekali pendengaran. Feel Pop begini saya kira sangat dekat dengan beberapa single Hafiz di fasa 2020’s. Ada feel serupa “Kisah Cinta Kita”, “Sinar Cinta” juga “Takluk Cinta”.
Kekuatan di lagu ini saya kira benar-benar terletak pada persembahan vokal Hafiz yang cukup kemas dan puas dinikmati. Korus lagu ini benar-benar memberi kelebihan buatnya menyerlahkan komposisi lagu ini ke tahap yang baik. Di saat Hafiz melantun bait“Ku mohon padaNya agar terus bersinar // Kasih yang semakin pudar” begitu flawless dan sempurna sekali vokalnya.
Lagu ini sederhana sahaja sebenarnya namun kesederhanaan itulah membuatkan naskhah ini cukup istimewa dan mengulang dengarnya juga menjadikan ia semakin menarik untuk dinikmati. Di saat menulis artikel ini saya kira ya kita semua sudah siap sedia untuk menikmati kesemua hits Hafiz dalam sebuah konsert berskala besar.
Lagu: Tetap Tak Ku Rasa Artis: Andi Bernadee Komposer / Lirik: Mas Dewangga / Jova Devito Produser: Mas Dewangga
Perjalanan bermuzik Andi Bernadee cukup konsisten sekali sejak hits “Satu Peluang” berjaya mencuri perhatian pendengar sehingga hari ini, Andi antara bakat baru yang evolve dengan persembahan lagu-lagu yang bersifat cukup current dan segar mengikut tuntutan dan standard pasaran Pop global.
Hal ini sudah dia buktika di lagu-lagu seperti “Dinde”, “Du”, “Aku Di Sini”, “Shimmy” dan “Penat” yang melengkapkan katalog muziknya sebagai pelapis muzik Pop yang sentiasa harus diraikan. Andy saya kira sehingga hari ini masih belum gagal dalam mengeluarkan lagu-lagu yang cemerlang penghasilannya.
Terkini dia tampil sekali lagi membuat saya tersenyum bahagia mendengarkan hasil keseluruhan lagu ini. Bersama Mas Dewangga dan Jova Devito dia menghadirkan single “Tetap Tak Ku Rasa” yang cukup sentimental dengan kemasan muzik yang terlalu baik bagi saya.
Melodi lagu ini datang dengan vibes “Glimpe of Us” juga “Golden Hour” yang dimanipulasi Mas dan Jova dengan cara paling bijak untuk meletakkan sebuah standard Pop tempatan setara dengan lagu-lagu global yang ada.
Hal ini saya kira penting supaya sound kita juga ada standard serupa dengan lagu-lagu di pasaran muzik lebih besar. Rujukan muzik itu tidak hanya harus terikat pada ilham Pop tempatan sahaja kerana itu jugalah kebanyakan Balada kita bunyinya sama sahaja. Pendengaran yang luas dengan rujukan yang pelbagai mampu menghasilkan sound yang lebih current. Hal ini sudah dibuktikan Mas juga Jova dalam ciptaan lagu-lagu mereka.
“Tetap Tak Ku Rasa” dibuka dengan petikan piano yang cukup deep dengan efek bunyian yang melatarinya. Cukup mengingatkan saya pada lagu terbaik ciptaan duo dynamic ini, “Debu”. Namun tidak seperti “Debu”, “TTKR” mengambil ilham stripped down Ballad yang lebih deep, bertempo perlahan dan berbalut emosi. Benar-benar membuat saya melayang dengan penghasilannya.
Emosi Andi di lagu ini benar-benar menghidupkan penghasilan melodi yang terhasil. Sederhana namun sampai dan Andi ada dinamik dalam persembahan vokalnya. Warna yang diberikan ada pada penceritaan beriring petikan piano yang melatari hampir keseluruhan lagu dengan cukup baik. “TTKR” saya letakkan sebagai satu daripada Pop terbaik sepanjang tahun.
Persembahan Jac malam ini okey cuma macam ada hal yang kurang dalam persembahan. Vokalnya mengena dengan percaturan lagu tapi masih banyak yang hal kurang memikat di pentas untuk kita betul-betul puas sebagai penonton.
ZAMANI – KAU PERGI JUA (30%)
Menantikan persembahan yang bersifat pertandingan daripada Zamani mungkin agak mustahil kerana selesanya dia setiap kali berpentas hanya untuk perform sahaja bukan bertanding.
NAQIU – BERNAFAS DALAM LUMPUR (80%)
Naqiu tanpa gagal membawa spirit bertanding dalam setiap persembahan saban minggu. Dia bijak mewarnakan persembahannya biar apa jua lagu yang memberi suntikan yang menarik untuk ditonton.
NIKKI PALIKAT – CINTA DALAM HATI (57%)
Persembahan Nikki sederhana, merdunya ada dan persembahan vokalnya kemas. cuma daripada segi impak masih kurang untuk kita ingat persembahannya malam ini.
AZHARINA – BILANG SAJA (71%)
Kesungguhan Azharina di pentas harus diberi pujian. Keinginannya untuk survive dalam pertandingan ini terlihat dan dia tahu di mana kurang dan lebihnya dia sebagai seorang performer.
ALIFF AZIZ – ARJUNA (50%)
Warna vokal Aliff dibuka menarik malam ini, styling dalam nyanyiannya dipersembahkan dengan baik namun di bahagian korus Aliff agak longgar dan hilang terus hal-hal menarik di bahagian awal lagu.
LIZA HANIM – REMBULAN (79%)
So much groove in her. Persembahan Liza sangatmenarik untuk dinikmati di pentas, dia bijak membawa dirinya sebagai performer yang ada daya pengikat dan hal ini dibuktikan malam ini dengan sangat cemerlang. Jalannya ke final semakin cerah dan meyakinkan.
HADY MIRZA – HATI (66%)
Hady steady di pentas, melodinya dipegang baik tanpa perlu mengikut acuan asal. Cuma vokal Hady saya kira kurang warna dan styling dalam nyanyiannya juga agak membosankan dan sama dalam apa jua lagu.
SITI NORDIANA – CINTA TERSIMPUL RAPI (75%)
Suara Nana betul-betul lepas minggu ini. Karakter yang dibentuk dalam persembahan lagu ini berbeza dengan apa yang biasa dia lakukan dalam persembahan minggu-minggu sebelumnya. Nana harus terus lepaskan apa yang dia ada di minggu mendatang.
NORYN AZIZ – SERIBU IMPIAN (67%)
Mungkin dalam banyak minggu, minggu ini adalah malam Noryn vokalnya yang paling stabil. Lagu ini menyatu baik dengan feel serta corak nyanyiannya.
EZAD LAZIM – PRIA TERHEBAT(40%)
Vokal Ezad tak solid malam ini terutama sekali breathing. Persembahannya menarik namun nyanyian agak dry dan placement agak tidak kemas terutama sekali di bahagian tengah je hujung lagu.
TOMOK (40%)
To be honest bosan dan tiada hal yang besar boleh diperkatakan tentang persembahan ini. Lagu begini sepatutnya boleh dibesarkan sifatnya terutama di bahagian korus namun ia sekadar persembahan biasa sahaja.
Lagu: Pentas Artis: Bil Musa Komposer / Lirik: Iqie Hugh / Firdaus Rahmat Produser: Iqie Hugh
Bil Musa bermula di lapangan muzik semasa dengan persona sweet indie darling dalam panahan muzik akustik dengan lirik manis, menyentuh. Persembahan sederhananya dalam lagu seperti “The Beach”, “4AM”, sehingga kolaborasi bersama MFMF. (Flashes) dan Alex Ungku (Let Me In) menawan dengan cara tersendiri.
Setelah usai menjalani karier muzik bersama YRR, Bil Musa meneruskan perjalanan bermuziknya dengan cara berbeza, sound berbeza. Hal ini sudah dibuktikan menerusi single kolaborasi bersama Noki tahun lalu bagi lagu “Pantang” yang mengubah landskap muziknya.
Terhasil dalam ilham Pop dalam tempo upbeat dan Hip-Hop Noki lagu tersebut menyuntik persoalan inikah arah baru muziknya atau sekadar percubaan sahaja. Dan jika itu arah barunya, saya kira “Pantang” bukanlah percaturan yang baik. Ia tidak membantu mengeluarkan sisi terbaik Bil Musa sebagai pemuzik.
Terkini Bil menghadirkan sebuah lagi single terbaru berjudul “Pentas” karya cipta Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat yang semakin laju dalam menghasilkan lagu-lagu bagi penyanyi tempatan. Dan lagu ini saya kir terhasil dengan attitude yang tepat untuk Bil berbanding “Pantang”.
Korus lagu ini sakti utama untuk kita melekat dengan penghasilan keseluruhan. Vokal Bil juga berada di tahap yang baik untuk sama bergerak dengan melodi yang terhasil. Kemasan muzik Iqie dalam menghasilkan sesuatu yang segar dan current berjaya menjadikan naskhah ini terdengar kekinian.
Penghasilan yang sederhana namun saling melengkapi – kehendak melodi, kemasan muzik sehingga vokal. Membaluti sebaiknya untuk kita melayani persembahan lagu ini. Biarpun saya masih menggemari Bil Musa yang dulu tapi saya percaya dia juga mahu evolve dengan caranya yang sendiri.
Lagu: Bodoh Artis: Anggis Devaki Komposer / Lirik: Mario G. Klau Produser: Erka Deni
Melaju terus pasaran muzik Indonesia dengan kebanjiran bakat-bakat muda yang mengisi ruang yang tersedia luas untuk bermuzik dengan cara yang cukup laju dan mudah. Maka satu per satu hadir mencuba nasib dengan ruan yang tersedia untuk mendapat tempat di hati pendengar muzik Indonesia umumnya.
Anggis Devaki satu daripadanya yang terkini hadir dengan komposisi komposer muda Mario G. Klau yan cukup banyak menghasilkan hits setahun dua kebelakangan ini seperti “Tak Segampang Itu”, “Tak Ingin Usai” dan “Pesan Terakhir” antaranya.
Dan untuk penyanyi muda bernama Anggis Devaki ini Mario sekali lagi menjual melodi Balada dengan jiwa galaunya menerusi karya berjudul “Bodoh”. Terhasil dalam ilham yang serupa dengan apa yang banyak ada di pasaran muzik sekarang, lagu ini sebuah percaturan untuk Anggis mencuri perhatian penggemar lagu begini.
Lagu ini dibuka dengan cukup menarik dengan mengambil sebahagian daripada korus lagu ini sebelum Anggis memulakan awal lagu dengan jeda suaranya yang besar dan menawan. Sakti utama lagu ini adalah suara dan feel Anggis yang sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan bakat lain seperti Keisya Levonka atau Lyodra.
Korus lagu ini cukup baik, transisi muziknya disusun kemas dengan persembahan vokal Anggis yang menawan. Cuma saya masih kurang senang dengan perkataan ‘bodoh’ dalam penulisan lirik. Bait “Bodohnya ku selalu ada untukmu.” itu akan dinyanyikan berkali-kali olehnya. Kenapa nak membodohkan diri sendiri sekalipun dalam lagu?
Ada banyak cara lain dalam penulisan untuk menggantikan perkataan bodoh sebagai wakil rasa kesal ata kecewa sebetulnya selain perkataan bodoh itu sendiri yang saya kira akan menjadi refleksi kepada sang pelantun jika berkali-kali dinyanyikan.