
Lagu: Dilamun
Artis: Yonnyboii
Komposer / Lirik: Yonnyboii
Produser: SeaTravel
Album “Yonnyboii – Deluxe Edition” memberi kemenangan besar buat Yonnyboii setelah diangkat sebagai Album Terbaik Anugerah Industri Muzik yang lalu. Menjadi bukti idea dan kerja kerasnya dalam menghidupkan branding muzik Yonnyboii itu diterima terbuka.
Dengan barisan hits demi hits yang sudah tersedia menjadi lagu-lagu cari makannya, Yonnyboii diraikan sebaik-baiknya saya kira. Evolusi yang dia berikan dalam memberi infusi berbeza dalam nafas Pop dan Hip-Hop tempatan itu sesuatu yang cukup meninggikan standard bermuziknya.
Hal ini sudah dibuktikan menerusi hits “Salahkah”, “Sakit”, “Kelabu” ,” Tak Sangka” dan beberapa lagi lagu-lagunya menjadikan Yonny sebagai future Pop star yang akan terus gemerlap sinar bintangnya yang setidaknya lima ke enam tahun mendatang.
Kemenagan dana di Anugerah Industri Muzik itu menghadirkan Yonny sebuah lagi naskhah album berjudul “PERSONA” yang beredar 22 September lalu dengan dua single yang lebih awal beredar “Sengkek” dan “Flash & Dance”.
Namun sebelum menilai keseluruhan album ini saya begitu tertarik untuk mengulik isi di balik focus track album ini iaitu “Dilamun” yang saya sifatkan sebagai naskhah Pop yang terhasil dalam persembahan muzik yang cukup komersil.
“Dilamun” memiliki struktur melodi yang lembut membuai. Seawal ia dibuka dengan petikan piano di intronya sebelum disambut vokal effortless Yonny lagu ini bergerak cemerlang dengan lirik berbentuk penceritaan daripada sudut pandang Yonny.
Lagu ini sesuatu yang berbeza daripada apa yang biasa kita dengar sebelum ini daripadanya yang ceritanya lebih terarah gejolak jiwa dan perasaan. Hal ini jelas dalam cerita bahagianya yang ditulis di lagu ini datangnya lewat fasa hidupnya sekarang. He’s state of mind and emotion.
Gaya bahasa Yonny seperti biasa santai, terus dan tidak kompleks. Yang terisi hanya perasaan yang polos dan jujur “Dan bila aku merenung // Terus ke dalam wajahmu // Ku rasa gembira sambil tersipu malu.”
Saya sukakan styling dalam nyanyian Yonny di lagu ini. Sebutan yang dipatahkan dengan disambut efek vokal di minit 2:17 saat dia melantun bait “Dan bila ku rasa Sendu // Perlu Kau disisiku selalu” saya kira detail yang mencantikkan feel lagu ini dengan cukup tepat sebelum disambut sepenuhnya korus yang semakin beremosi sehingga ke hujung.
Yonnboii saya kira a Pop genius, dia tahu bagaimana lagu yang simple boleh diwarnakan dengan style yang cantik tanpa perlu terlalu bereksperimen dengan hal-hal yang memberatkan isi lagu tersebut.
9.8/10
ARTIKEL BERKAITAN