
Lagu: Simfoni Hati Beradu
Artis: Aizat Amdan
Komposer / Lirik: Mel Ramlan / Izzy Musa / Aizat Amdan
Konsistensi bermuzik Aizat Amdan membawa pelayaran bermuzik jauh dan cukup panjang perjalanannya. 17 tahun menjual idea-idea yang ada menerusi persembahan muzik yang berlatr Pop dengan infusi ilham muzik semasa, Aizat masih belum lagi mahu memperlahankan rencanya bermuziknya.
Setelah fasa Ai.Z sejak setahun dua kebelakangan ini Aizat menemukan formula muzik yang baru dan segar menerusi single terbarunya “Simfoni Hati Beradu” – karya ciptanya bersama Mel Ramlan dan Izzy Musa.
Melodi Pop yang dihasilkan dengan elemen Synth Pop dan Retro membentuk sebuah lagi persembahan yang datang dengan idea serta state of mind seorang pemuzik. Aizat menerusi single ini meneroka pasaran muzik yang semakin komersil di Indonesia tetapi masih ‘indie’ di sini.
Melodinya sedap didengar denga korus yang memikat. Disatukan cukup baik dengan kemasan muzik Synth yang menjadi kekuatan Izzy Musa dalam karya-karyanya sebelum ini. Formula muzik begini cocok dengan karakter vokal Aizat yang cukup tenang.
Penulisan liriknya juga simple dan telus tanpa perlu terlalu komplek. Melodinya senang untuk mengisi masa-masa kita di hujung minggu – santai dan melapangkan fikiran.
Dalam persembahan yang cukup matang saya kira, “Sinfoni Hati Beradu” bakal meneruskan kelangsungan bermuzik Aizat sebagai established artiste dengan cukup baik.
7.6/10
ARTIKEL BERKAITAN