
Headwind merupakan kugiran Pop yang menyinggah pasaran muzik di lewat 70-an sebelum cukup booming di era 80-an dengan rangkaian album seperti Headwind 86, Headwind 3 dan album berjudul Bisikkanmu yang menmpilkan hits sepanjang zaman seperti “Suraya”, “Kita Serupa”, Hanya di Radio” dan “Pelangi” antaranya.
Bersama saluran YouTube “Getaran Nostalgia”, Muzik Kita bernostalgia dengan rangkaian lagu-lagu cukup hits daripada kugiran ini yang menampilkan Zainal Abidin sebagai vokalis utama sebelum memutuskan meninggalkan kugiran ini pada tahun 1989.
Pelangi dimuatkan dalam album “Headwind 86” saya sifatkan sebagai lagu terbaik yang mereka pernah rakamkan sepanjang bermuzik. Lagu ini bergerak dalam alunan Pop yang penuh nostalgia yang terhadir dengan pengaruh Indo Pop di era serupa. Pelangi antara yang kerap dibawakan Sheila Majid dalam persembahan pentasnya.
Suraya merupakan satu daripada beberapa hits yang dimuatkan dalam album berjudul “III” selain “Kita Serupa” dan “Memori Luka”. Terhasil dalam feel Balada romantis memuja gadis bernama Suraya, lagu ini juga pernah dirakamkan semula kumpulan Indigo pada tahun 1997.
Kesyahduan melodi lagu ini benar-benar meresap roh muzik 80-an yang cukup dominan begini. “Segalanya Mungkin” satu antara Balada Headwind yang saya kira memiliki melodi yang cukup kuat untuk pasaran muzik ketika itu. Kesyahduannya terhasil dalam penulisan lirik yang bersifat penyerahan.
Kita Serupa” terhasil dalam penulisan paling puitis seperti sebuah puisi yang dilagukan dengan cukup menyentuh. Bait pembukanya sahaja sudah besar saya kira “Kalau dapat kupetik bintang di awan biru, Kan kusematkan ke dalam dadamu.” sebelum korusnya bercerita dengan penuh humanisme “Nasib kita serupa bercinta dan kecewa.”
“Debu Liar” pertama kali saya dengar dalam versi solo Zainal Abidin di album solo perdananya. Versi asal bersama Headwind ini saya kira lebih kuat semngat 80’s Pop yang ada feel Rock dan Nusantara pada masa yang sama. Cukup mewah dan kemas sekali produksi muziknya. Definitely one of the best sepanjang kembara muzik Headwind.
ARTIKEL BERKAITAN