
Album “Mentor” yang beredar di tahun 1994 menjadi antara album rakaman semula terbaik yang pernah dihasilkan dalam sejarah muzik tempatan. Hattan meramu kembali lagu-lagu seperti “Sekuntum Merah”, “Gerhana” dan “Tiara” dalam acuan penuh soul penyampaian vokal terbaik Hattan.
Sehingga hari ini album tersebut menjadi album terpenting dalam kembara bermuzik Hattan. Dan bagi meraikan perjalanan bermuzik yang sudah berdekad lamanya itu, sebuah konsert kolaborasi dua Biduan M.Nasir dan Hattan akan dianjurkan pada Mei dan Jun nanti.
Konsert yang diberi nama “Sifu & Aku 38” ini akan dilangsungkan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 25 Mei dan di Sabah International Convention Centre pada 1 Jun nanti. “Sifu & Aku 38” adalah sebuah kesempatan emas buat penganjur, Westzone Entertainment (M) Sdn. Bhd dan rakan penganjur, GC Productions.
Peminat yang hadir akan dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu popular dua figura ini seperti Sahabat Gua, Mentera Semerah Padi, Hati Emas, Tanya Sama Itu Hud Hud, Memburu Rindu dan Mahligai Syahdu antaranya.
“M.Nasir dan Hattan mempunyai aura yang sangat kuat dan mampu membuatkan para penonton yang hadir kelak untuk sama-sama merasai aura yang sama. Jadi untuk memastikan kolaborasi ini sempurna, teknikal perlu sama hebat dengan penghiburnya,” Ujar Pengarah Westzone Entertainment,
Aiman.
ARTIKEL BERKAITAN