
Muzik Kita bertemu Dayang Nurfaizah dan Aubrey Suwito di Cranky Studio Disember lalu dalam satu sesi pra-dengar eksklusif sambil berbual-bual penuh keterujaan mengapa album “Belagu II” ini menjadi projek yang cukup beremosi buat kedua mereka.
Belum sempat saya merasa bosan mengulang pasang “Dikirim Jangan Dipesan Jangan” dan “Jikalau Abang Merindu” – Perkhabaran Dayang mahu menghasilkan projek “Belagu II” membuah rasa bahagia saat berita dikirimkan. Dayang Nurfaizah terus mengemudi hasratnya dalam meneruskan kelangsungan merakam kembali lagu-lagu Melayu klasik dengan penghasilan “Belagu II”.
Projek “Belagu” yang pertama dirakam secara langsung memberi pengalaman berbeza pendengar muzik tempatan menikmati sebuah pelayaran bermuzik yang serba grandeur penghasilannya. Dan pabila mendapat tahu projek “Belagu II” ini akan beriring full string session daripada Budapest Scoring Orchestra, keterujaan penggemarnya pasti lebih lagi kali ini.
Kurang lebih setahun merangka dan merencana projek istimewa ini. Dayang sekali lagi bersama maestro muzik Aubrey Suwito mengepalai ilham besar impian Dayang yang menjadi satu lagi kenyataan. Muzik Kita bertemu dan berbicara panjang bersama dua persona ini.

MK: SETELAH 2 TAHUN “BELAGU” BEREDAR, HOW YOU BOTH SEE THE JOURNEY?
DN: Belagu berjalan tanpa Dayang terlalu merancang sebenarnya tapi once projek ni dah jalan semua pun jadi smooth. Dayang happy ramai yang boleh terima dengan apa yang kita dah hasilkan dalam “Belagu” dan kalau ingat balik proses nak buat Belagu tu memang banyak benda yang kelam-kabut sebab masa tu masih dalam fasa pandemik, tapi Dayang bersyukur sangat semuanya jadi macam apa yang kita rancang.
AS: It’s a dream come true for me. I always talk to my wife one day I nak buat this kind of project. But siapa yang nak initiate this kind of effort? So bila Dayang and team ask me to produce “Belagu” of course I say yes. Bila “Belagu” yang first tu jadi I think hajat dah ditunaikan kita pun dah happy. And now ada “Belagu II” pula, it’s like instead lightening strike once lightening strikes twice. And if you ask me now the journey was really great for me and along the way untuk produce this album I’ve learned a lot of things.
MK: PROJEK “BELAGU II” SUDAH MEMANG DIRANCANG AWAL ATAU IA DATANG SELEPAS KEJAYAAN “BELAGU”?
DN: Nak kata rancang tak juga tapi dia lebih pada hasrat. Kalau ada rezeki Dayang rasa why not. And bila Sharina (Pengurus) tanya Dayang nak apa kalau buat “Belagu II” Of course Dayang cakap Dayang nak orchestra. Tapi masa tu pun taklah sampai terfikir untuk dapatkan Budapest Scoring Orchestra. So projek ni sebenarnya bukanlah kita betul-betul plan yang dari awal tapi dia slowly menjadi dengan sangat smooth.
MK: AUBREY, APA YANG MEMBUAT YOU SAY YES TO “BALAGU II”?
AS: I always wanted to make this kind of music and project. As a Malaysian music producer especially, I love this kind of music and always wanted to explore more. I think Dayang and team pun memang tahu yang I really into this kind of project so yes why would I say no kan? Credits to Dayang and team juga sebab I rasa not many artiste willing to make this effort and they did it. Plus I percaya projek macam ni kita perlukan a singer with high caliber like Dayang if not dia takkan jadi juga.

MK: UNTUK DAYANG SENDIRI KENAPA MASIH MEMILIH AUBREY SUWITO?
DN: Aubrey dah berjaya realisasikan apa yang Dayang bayangkan bila nak buat projek “Belagu” yang first dulu. Dayang tak study muzik macam Aubrey jadi Dayang nak explain tu susah juga sebenarnya tapi Aubrey boleh faham dan hasilkan apa yang Dayang imagine tu. Jadi Dayang rasa tak perlu nak fikir cari produser lain sebab dia memang dah tahu apa yang Dayang nak. Dari semua segi, sound nya macam mana, susunan muziknya, feel – semua menjadi macam apa yang Dayang bayangkan.
MK: SAYA PERCAYA PROJEK BEGINI MEMAKAN KOS YANG SANGAT TINGGI & EFFORT YANG LEBIH. DAYANG BOLEH MEMILIH UNTUK MERAKAM ALBUM PENUH LAGU BARU BUAT PEMINAT TETAPI MENGAPA MAHU MENERUSKAN “BELAGU II”?
DN: Dayang sebenarnya tak terfikir pun pasal kos pembikinan album ni boleh buat album baru ke atau buat projek lain ke sebabnya bagi Dayang this is the right time. Bila “Belagu” keluar dan sambutannya baik Dayang rasa ia jadi jalan untuk menghasilkan “Belagu II”. Memang kos sangat tinggi tapi bila Dayang fikir balik kalau bukan sekarang bila lagi kan?
Satu lagi memang hasrat Dayang menghasilkan “Belagu II” ni sebagai sebuah album penghargaan kepada karya-karya terdahulu. Tanda Dayang appreciate pemuzik, penulis lirik dan juga penyanyi dahulu. Dayang rasa benda ni penting sebab cara orang dulu buat lagu sangat kemas dengan lirik puitis yang cantik sangat bagi Dayang. Pada masa yang sama Dayang pun belajar banyak benda baru. Rasa sayang kalau peluang yang ada sekarang Dayang tak gunakan untuk kenalkan lagu-lagu ini bagi generasi baru yang ada.
MK: BOLEH DAYANG KONGSIKAN PROSES PEMILIHAN LAGU DIBUAT?
DN: Ini proses paling susah bagi Dayang. Sebabnya kalau ikut wishlist banyak lagu Dayang nak pilih untuk rakamkan semula tapi kena fikir balik kesesuaian vokal Dayang. Lagu Melayu Klasik ni berat dan Dayang bukan penyanyi tradisional jadi Dayang tak boleh ambil risiko menyanyi lenggok-lenggok yang Dayang tak boleh nak buat. Pada masa yang sama Dayang kena dapatkan pandangan Aubrey juga sebab yang nak arrange balik semua lagu dia juga kan. Jadi banyak benda yang kita kena balance sampai dapat lapan lagu yang kita dah pilih.

MK: AUBREY KETIKA DITAWARKAN UNTUK SEKALI LAGI MENGEMUDI PROJEK BELAGU, ADA CERTAIN VISION?
AS: Belagu is Dayang’s dream, jadi bila Dayang datang dia bagitahu siap-siap this project macam mana. For me it’s not much about what to do but how to do it. Cabaran paling besar adalah cara untuk maintain sound of Malaysian heritage dengan European punya orkestra. Sebab the result cannot sounded European, yang kita nak tonjolkan adalah sound Melayu Asli it self and that’s the whole idea why she’s making Belagu. So my responsibility is to make sure how to use them (Budapest Scoring Orchestra) to make our sound richer.
MK: KALI INI DAYANG BEKERJA DALAM SKALA YANG LEBIH BESAR SAYA KIRA. BAGAIMANA IDEA UNTUK BEKERJASAMA DENGAN BUDAPEST SCORING ORCHESTRA ITU DATANG?
DN: Macam Dayang cakap tadi masa Sharina tanya kalau buat Belagu II Dayang cakap nak orkestra yang full orchestra tapi masa tu belum lagi lah terfikir untuk dapatkan khidmat Budapest tapi yang Dayang tahu Dayang nak orkestra. Budapest datang daripada Sharina, suruh dia jawab (Sambil tertawa)
SHARINA: Kita mula-mula berangan je. We do have a thought nak buat dekat sini (Malaysia) but from there after we have discussion with Aubrey we think macam why not kan kita try international orchestra.
DN: Go big Dayang cakap. Haha~~
AS: Like Sharina always cakap berangan is free, so the journey tu memang all the way we berangan je and make it work sampai jadi.
SHARINA: Tapi banyak pertimbangan jugalah kita buat, what was like the cost involve. That was it, so we compare if we’re doing 40 pcs of orchestra here kos berapa then if we buat international berapa banyak kita kena spend. So from there it became possible for us to do it with Budapest actually.

MK: UNTUK AUBREY SENDIRI BERAPA LAMA PROSES UNTUK MENYUSUN SEMULA LAGU-LAGU?
AS: Lama. I think it was from April or maybe earlier. The process sebenarnya start dengan workshop session with Dayang, kita cari tune, key yang betul for her then after that I dengar balik, study and improvise mana yang patut to make it more interesting. Almost the same process dengan Belagu I.
MK: CHALLENGE FOR YOU SENDIRI MACAM MANA?
AS: Definitely berbeza dengan yang first sebab this one full string orchestra, involve lagi banyak instrumen yang you need to think about. This time ada french horn and I have to think how to merge our ethnic instrument dengan orkestra which is very European thing. My worried is if tak buat betul-betul it will come out as European sound and we don’t want that. Kena betul-betul jaga bunyi Melayu Asli tu so that was the biggest challenge for me to find balance in between. How bunyi Malaysian heritage tu nak disatukan dengan European sound.
MK: DARI SEGI VOKAL MUDAH UNTUK DAYANG SINCE DAH ADA EXPERIENCE DI BELAGU I?
DN: Lagi susah ya (sambil tertawa). Sebabnya Dayang bukan penyanyi Melayu Asli so everytime nak kena nyanyi lagu macam ni Dayang kena betul-betul study dia punya flow dan etika. Dayang tak nak nanti kalau main nyanyi je dia jadi over do pulak. So sekali lagi untuk Belagu II , Dayang jumpa Bob untuk dapatkan advise macam mana lenggok yang betul, cara nak melembutkan nyanyian tu.
Dari segi delivery pula Dayang rasa feel dia lagi berat sebab lagu-lagu yang kita pilih kali ni lirik-lirik dia sangat deep so Dayang kena fahamkan betul-betul cerita dalam satu-satu lagu. Lirik orang dulu semua ada cerita sendiri, Dayang kena make sure ceritanya sampai bila orang dengar. Satu lagi menyanyi lagu Melayu Asli bukan macam kita nyanyi Ballad boleh all out jerit-jerit. Lirik sedih tapi still kena jaga kelembutan, part tu memang kena banyak control dalam nyanyian Dayang.
Lirik orang dulu semua ada cerita sendiri, Dayang kena make sure ceritanya sampai bila orang dengar.
Dayang nak bila orang dengar nanti boleh rasa macam Dayang nyanyi berbisik dekat telinga. So bila dalam studio Dayang kena keep that in mind. Dayang kena buat betul-betul sebab Dayang pun tak tahu bila lagi peluang macam ni akan datang. Banyak benda kena jaga – emosi, mental semua kena in control.
AS: You dengar Dayang cakap macam susah je kan, but for me as producer kalau dia student, she’s an A+ student. Dia masuk studio, from the first try dia dah bagus dah. Because you know what, me and my engineer masa dia habis nyanyi we both meremang tau. But Dayang pulak yang request boleh kita cuba lagi?.
And kebanyakan yang you dah dengar tadi is one take recording. That’s how good she is. Dayang ni dia macam kalau dekat sekolah ada student pandai yang tak payah study pun boleh score dalam exam. She’s just got the thing. And I remember masa dekat Budapest when she sing few songs with the orchestra, people in there thought it was on tape tapi dia memang tengah menyanyi on live mic. She’s really a Malaysian treasure lah for me.

MK: TADI KITA DENGAR LAGU BARU “RINDU MENYAPA” BOLEH AUBREY SHARE TENTANG LAGU NI?
AS: Rindu Menyapa was first concieved whilst I was working on my Master Degree. Penyatuan Jazz dengan Melayu klasik. So the idea adalah untuk gabungkan dua genre ini dalam satu lagu. Lepas melodi siap I tanya Kak Chah (Habsah Hassan) if dia willing to write the lyrics. So she came out with Rindu Menyapa then I try to convince Dayang and team to have this song in the album. I think this song paraphrases Maya Angelou’s quote – You can’t really know your music untill you appreciate the classic of yesteryear. Which I believe is the main sentiment behind the Belagu series.
MK: OKAY SEKARANG ALBUM DAH SIAP, APA PERASAAN YOU BOTH AFTER DENGAR?
DN: Kalau tanya Dayang as penyanyi bila dengar balik ada je yang Dayang rasa macam ermm boleh better lagi ni. Boleh improve lagi ni. Sebab Dayang jenis kalau dalam studio memang lambat sikit dapat feel tapi kalau on stage live Dayang lagi senang explore. Tapi dari segi muzik memang Dayang puas hati, Dayang terima kasih sangat-sangat dekat Aubrey sebab apa yang Dayang imagine tu semua menjadi.
AS: As a producer i really really happy. Puas and I hope once people dengar this album they will get the feel yang macam Dayang nyanyi personally for them. I hope we can achieve that. And I think what I feel, I don’t know if Dayang feel the same, ada rasa macam emotionally touch tau, rasa macam sayu like ala we finish this already. Ada one time I put aside I tak dengar tau the album just don’t want to have that sayu kinda feeling. But yeah that is how the “Belagu II” makes me feel.
“Belagu II” beredar Jumaat lalu, 27 Januari di semua gedung muzik digital, terisi 8 lagu rakaman semula dan satu lagu baru dalam sebuah pengalaman menikmati muzik Melayu Asli pada tahap yang tertinggi pernah kita semua rasai. Sejak pertama kali mendengar Disember lalu sehinggalah beredar, roh “Belagu II” meresapi dalam setiap ruang pengalaman pendengaran saya.
Mendengarnya mengundang kagum dan membuat kita semakin dekat dengan lagu-lagu Melayu terdahulu. Terima kasih buat Dayang dan Aubrey serta seluruh batalion muzik “Belagu II” yang sudah meninggikan standard lagu-lagu klasik Melayu sebagai sebuah kelangsungan yang baik untuk dinikmati generasi berganti.
Sehingga 11 Mac nanti kita semua belagu bersama di Dewan Filharmonik Orkestra untuk satu lagi pengalaman menikmati muzik klasik Melayu dengan penuh rasa bangga.

penulis bersama dayang dan aubrey di cranky studio
ARTIKEL BERKAITAN