#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

#502019 Melewati Gelombang & Cahaya Terang Pasaran Muzik Indonesia Bersama 50 Rilis Terbaik 2019 (Indonesia)

Erti kebebasan dalam bermuzik begitu diraikan anak-anak muda Indonesia dalam lapisan pelbagai genre yang disatukan dengan kreativiti yang ada. Barisan papan atas dari Tulus, Raisa, Kunto Aji, Yura Yunita dan lainnya sudah siap membanggakan situasi sebenar pasaran muzik indonesia.


Tahun ini sahaja beberapa nama baru muncul memberi satu nuansa segar dan cukup menarik untuk dikupas muziknya. Sekadar menyebut beberapa nama yang cukup promising seperti Sal Priadi, Nadin Amizah, Hindia, Pamungkas dan Sivia antara yang tampil unik tersendiri.

Tulus di tahun ini biar hanya sekadar dengan penghasilan single kolaborasi “Adu Rayu” bersama Glenn Fredly dan Yovie Widianto, namanya masih utuh sebagai yang paling tinggi permintaan. Kehebatannya dengan beberapa siri konsert di Indonesia juga Malaysia yang diterima cukup meluas bukti nama Tulus akan terus menjadi sebutan sepanjang 2020.

Nama Andmesh tahun ini tiba-tiba meledak setelah hampir dua tahun kejuaraannya di pentas Rising Star Indonesia. Berbekal single yang mendunia hitnya, “Cinta Luar Biasa” – Andmesh memikat pendengar nusantara akan merdu gemersik suaranya.

Tidak hanya terhenti di situ Andmesh meneruskan pesonanya dengan lagu “Hanya Rindu” yang menjual sisi syahdunya dalam berlagu.

Selain Andmesh, Indonesia tentu sahaja mampu berbangga dengan beberapa nama segar lainnya yang menghasilkan naskhah cukup tersendiri juga berkualiti tinggi seperti “Amin Paling Serius” kolaborasi hebat Nadin Amizah dan Sal Priadi, selain kemunculan album perdana Marion Jola yang dikepalai trio muzik Lale Ilman Nino dalam acuan pop yang cukup terkini.

Dan di tahun ini juga kita diperkenalkan dengan lebih dekat lagi dengan bakat anak kepada legenda Pop Titi DJ yangg bergelar Stephanie Poetri yang tiba-tiba cukup booming dengan hits “I Love You 3000” yang siap distrim lebih 60 juta kali.

Kolaborasi Afgan, Isyana Sarasvati & Rendy Pandugo menerusi projek diberi nama AIR memberi nafas baru perkembangan karier ketiga-tiga mereka dalam satu rencana muzik yang lebih segar, beragam dan solid intipatinya.

Berbekal beberapa single yang cukup hits berawal tahun lalu menerusi “Heaven”, AIR mencuri perhatian lagi tahun ini dengan lagu “Feel So Right” yang cukup groove dan rakaman semula hits Dewa 19 berjudul “Lagu Cinta” yang cukup membuai rasa.

Isyana bagaimanapun tidak mahu berhenti di situ menghadirkan album “LEXICON” yang hadir ilham pop klasikal yang hadir dalam pesona berbeza seorang Isyana Sarasvati. Unik dan cukup tersendiri.

Solo wanita seperti Raisa (Kembali & You), Bunga Citra Lestari (Memilih Dia), Rossa (Tegar 2.0 & Karena Cinta Yang Memahami) , Brisia Jodi (Kisahku & Rekah), Yura Yunita (Repackage Merakit) dan Marion Jola (Rayu & Tak Ingin Pisah Lagi) antara yang masih utuh sebagai nama papan atas di samping barisan kugiran senior seperti Noah khususnya yang masih mencuri tumpuan dengan album penuh mereka tahun ini.

nadin amizah

Keberanian anak-anak muda Indonesia dalam menghasilkan sesuatu yang lebih segar dah terkini cukup dipuji. Hasil kerja mereka semakin baik dan membanggakan. Satu per satu nama baru tumbuh dengan ilham unik.

Hal-hal yang baik ini diraikan cukup terbuka penerimaan pendengar di sana yang pastinya siap untuk dicbar dengan bunyian yang segar, terkini pemuzik yang bereksperimen dengan melodi yang disatukan dengan penghasilan asas melodi yang baik.

Ardhito Pramono hadir dengan “A Letter To My 17 Years Old” hadir dalam pesona Jazz yang cukup memikat pendengaran. Keseriusannya sebagai pemuzik Jazz benar-benar diuji dalam produksi lima bintang EP tersebut.

Beberapa nama lain yang saya kira harus di highlight adalah KLAV (Lover), Blue Room Boys (U R), Petra Sihombing (Biji) dan Jugo Djarot (Busana) memberi satu nuansa cukup menarik untuk didengar dan dinantikan masa depan mereka.

Muzik Kita melewati katalog muzik Indonesia sepanjang tahun ini dan berikut disenaraikan 50 RILIS TERBAIK 2019 (INDONESIA).

1. Adu Rayu – Tulus / Glenn Fredly / Yovie Widianto
(Muhammad Tulus / Yovie Widianto)

Tulus dan Yovie menghasilkan sebuah naskhah yang kental jiwa Indonesianya tetapi tidak terasa lama. Muziknya cukup terkini, relevan dengan pasaran semasa dan begitu tinggi nilai estetika seni muziknya. Kolaborasi bersama Glenn Fredly menerusi lagu ini seperti satu kombinasi dua generasi soloist terbaik seberang yang disatukan dengan cukup melodious.

2. Senja Teduh Pelita – Maliq & D’Essentials
(Maliq & D’Essentials)

Setelah beberapa album terakhir mereka yang bereksperimen dengan synth pop revival pasaran muzik 80-an, grup vokal ini kembali mengembalikan esen muzik asal yang menjadi sebab mengapa kita suka pada Maliq . Senja Teduh Pelita cukup Maliq sekali sifatnya dengan sentuhan Pop yang cukup catchy tetapi tidak kedengaran cheesy. Kemasan muzik mereka antara yang paling baik dalam pasaran mainstream hari ini.

3. Amin Paling Serius – Sal Priadi & Nadin Amizah
(Nadin Amizah / Salamantyo Ashrizky Priadi)

Kolaborasi dua anjelik dalam muzik disatukan dengan cukup membuai sekali. Nadin Amizah dan Sal Priadi ternyata dua bakat baru yang paling cemerlang tahun ini. Kraf muzik Amin Paling Serius meletakkan standard muzik Indonesia lebih tinggi dan membanggakan sekali. Puitis lirik yang menjadi buah fikir utama penceritaan dalam lagu ini disatukan cukup sempurna melodi yang cukup indah penghasilannya ini.

4. Woosah – Matter Moss / Dipha Barus / Candra Darusman
(Matter Mos, Dipha Barus, Candra Darusman)

Matter Moss ternyata satu antara produser Hip-Hop terbaik seberang. Setelah kolaborasi bersama Dipha Barus, A.Nayaka dan Ramengvrl menerusi “Decide” sekitar 2017, kali ini Matter Mos sekali lagi bersama Dipha dan legendaris muzik seberang Candra Darusman menghasilkan satu sound Hip-Hop yang cukup baik menerusi single berjudul “Woosah” ini.

5. Kembali – Raisa
(Mikha Angelo / Raisa Andriana)

Usai fasa melahirkan permata sulungnya, Raisa menghadirkan sebuah Pop yang cukup menyenangkan. Kembali dihasilkan cukup sempurna komposisi muziknya bersama kemasan muzik Marco Steffiano yang memberi satu ambien yang cukup membuah rasa. Kembali sebuah lagi lagu yang kental jiwa Indonesianya dalam pasaran muzik hari ini.

6. Break It – Pamungkas
(Pamungkas Jr.)

Pamungkas satu antara soloist lelaki baru yang tampil cukup meyakinkan dengan karya-karya aslinya. Break It satu daripada karya cipta Pamungkas yang cukup tinggi sekali kualiti penghasilan muziknya. Cukup soulful dan berjiwa besar.

7. Utopia – Adrian Khalif
(Adrian Khalif / Muhammad Kamga)

Di pasaran Urban Pop, nama Adrian Khalif saya kira paling solid dalam penghasilannya. Utopia yang dimuatkan dalam debut “Embrace, Embrace” tampil cukup mempesona. Penghasilan melodi, lirik dan konsistensi vokal Adrian dalam memberi warna untuk lagu ini cukup hebat sekali penghasilannya.

8. Kala Senja – Eva Celia
(Eva Celia / Hon Lesmana / Matthew Sayersz)

Kala Senja menjadi titik matang Eva dalam bermuzik. Lagu ini bernadi Indo Jazz yang cukup mengingatkan saya pada penghasilan beberapa nada serupa di era 90-an yang hadir dalam lembut melodi dan puitis lirik yang menawan. Kala Senja saya kira menjadi satu daripadan anthem Pop terbaik Indonesia sepanjang tahun.

9. Tak Ingin Pisah Lagi – Marion Jola & Rizky Febian
(Anindo Baskoro / Arya Adhitya Ramadhya / Ilman Ibrahim Isa)

Lale Ilman Nino sememangnya Pop master Indonesia. Penghasilan lagu-lagu ciptaan mereka cukup mesra pendengaran dan melodious. Tak Ingin Pisah Lagi menjadi salah satu buktinya. Kolaborasi Marion Jola bersana Rizky Febian mengilhamkan nuansa romantis yang cukup sensual sekali penghasilannya.

10. Secukupnya – Hindia
(Adhe Arrio / Baskara Putra)

Hindia (Baskara Putra) menghadirkan nuansa yang cukup tinggi nilai humanisme nya menerusi single “Secukupnya” yang diciptakan bersama Adhe Arrio. Kekuatan melodi Hindia tentu saja pada pengalaman dia bermuzik bersama kugiran .Feast yang menghasilkan sesuatu yang luar biasa kosmik muziknya ini.

11. You Move Me / Dipha Barus & Monica Karina
12. Perih / Marcell
13. Kembali Ke Awal / Glenn Fredly
14. Everything Is Everything / Teddy Adhitya
15. Sorai / Nadin Amizah
16. Feel So Right / Air
17. Balada Insan Muda / Diskoria
18. Rayu / Marion Jola
19. Seperti Tulang / Nadin Amizah
20. Tak Terbaca / Juicy Luicy
21. Buat Apa Mencoba / Lalahuta
22. Superstar / Ardhito Pramono
23. Luluh / Isyana Sarasvati & Rara Sekar
24. Kamu & Kenangan / Maudy Ayunda
25. Musim Hujan / Hivi
26. Nyaman / Andmesh
27. Home / Duara
28. Lemigo / Blue Room Boys
29. Waktunya Sendiri / Hanin Dhiya
30. Why/ Rendy Pandugo & Mattermoss
31. Alibi / Adrian Khalif
32. Stolen / Prince Hussein
33. Somewhere In Tajikistan / Andien & Dekat
34. Busana / Jugo Djarot
35. Ragu Semesta / Isyana Sarasvati
36. Ruang Tanpa Rencana / Alya Zurayya
37. Storm / Sivia
38. Goodbye / Maudy Ayunda
39. Dua Insan / Ify Alyssa& Adhitya Sofyan
40. Tak Ku Takut / Theovertunes
41. Untuk Hati Yang Terluka / Isayana Sarasvati
42. I Love You 3000 / Stephanie Poetri
43. Primavera / Vira Talisa
44. Memilih Dia / Bunga Citra Lestari
45. I Want You Back – Vintonic
46. Hanya Mimpi / Fatin
47. Tak Lagi Sama / Rahmania Astrini
48. Perjalanan Berharga / Gisel
49. Whats Ur Problem / Ramengvrl
50. Wahai Tuan / Tiara Effendy


ARTIKEL BERKAITAN

#502018 Dominasi Pasaran Urban, Kebangkitan Jiwa Baru & 50 Rilis Terbaik 2018 (Indonesia)

Highlight, Terkini,

Spotify Wrappred 2019 – Tulus, K-Clique Paling Popular

Seperti biasa setiap penghujung tahun Spotify Wrapped menyenarai lengkap lagu serta artis dengan jumlah strim tertinggi seluruh dunia.

Mendahului senarai strim tertinggi artis tempatan, kumpulan Hip-Hop K-Clique seperti yang sudah dijangka mengungguli tangga satu dengan rangkaian hits sepanjang tahun seperti “Mimpi” klaborasi bersama Alif menerusi label Balck Hat Cat Records.

K-Clique meninggalkan pesaing jauhnya yang rata-ratanya senior muzik seperti Faizal Tahir, Siti Nurhaliza dan SonaOne serta nama baru Insomniacks yang tampil popular hanya berbekal single “Pulang” mereka yang beredar tahun lalu.

Pasar besar muzik Indonesia masih melihatkan nama-nama hebat seperti Tulus yang mendahului jumlah strim tertinggi. Tahun ini Tulus yang sibuk dengan siri konser Monokrom dan konsert Sewindu hadir bersama Glenn Fredly menerusi hits “Adu Rayu”.

Bagi menutup kalendar muzik 2019 Spotify menyenaraikan 5 Artis dengan jumlah strim tertinggi sepanjang tahun.

Malaysia
1. K-clique
2. Faizal Tahir
3. Siti Nurhaliza
4. SonaOne
5. Imsoniacks

Indonesia
1. Tulus
2. Fiersa Besari
3. Sheila On 7
4. Andmesh
5. Glenn Fredly

Review, Terkini,

Bakal Muncul Dengan Album Perdana, Amni Musfirah Hadir Membuai Rasa Di Single “Bukan Bahagiamu”

Nama Amni Musfirah mungkin masih di hijau di lapangan muzik semasa, namun bakat besar suara merdu serta kebolehan menghasilkan naskah muziknya sendiri harus diberi perhatian.


Berawal di tahun 2017 nama Amni Musfirah tampil meyakinkan dengan beberapa single seperti “New York High”, “Be Mine” dan “Bisik Cintamu”. Namun saya tertarik dengan pesona vokal Amni menerusi single “Goodbye” yang beredar awal tahun ini.

Muzik Amni berlegar ilham Pop dengan nuansa urban. Hal-hal ini terlihat pada beberapa lagu awalnya seperti “Be Mine” yang okey hasilnya namun tidaklah terlalu memberi keterujaan keranahasilnya tidaklah menawarkan sesuatu yang baru.

Namun menerusi “New York High” pesona vokalnya lebih terserlah dan seterusnya dia membuat saya melayang di single “Goodbye” yang ternyata menjadi antara Balada yang cukup baik terhasil tahun ini.

Terkini menerusi single Bahasa terbarunya, “Bukan Bahagiamu” Amni sekali lagi membuat saya terlarut dalam penyampaiannya. Amni punya karakter vokal yang sangat merdu dan gemersik untuk lagu ballad dan R&B khususnya.

Feel Amni begitu dirasai sekali dalam muzik dan vokal yang menyatu sangat-sangat baik. Feel lagu ini benar-benar buat saya melayang dalam penghasilannya.

Lagu “Bukan Bahagiamu” merupakan ciptaan Amni bersama Isabel Wongsosubakti mendapat sentuhan produksi muzik Rishanda Singgih  yang juga pernah terlibat dalam produksi muzik Raisa, Marcell  dan juga Afgan.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Amni Musfirah Tampil Penuh Soulful Dalam “Goodbye” And You Should Give It A Listen

Terkini,

Daftar Lengkap Pemenang AMI Awards 2019

Malam Anugerah Musik Indonesia (AMI) Awards ke-22 telah selesai digelar malam tadi dari studio RCTI, Jakarta dengan menyaksikan kemenangan pelbagai yang sepertinya bertindak adil untuk semua pemuzik yang bertanding. 53 kategoridipertandingkan tahun ini dan berikut senarai pemenangnya.


Karya Produksi Terbaik Terbaik: Adu Rayu – Yovie Widianto, Tulus, Glenn Fredly
Album Terbaik: Mantra Mantra – Kunto Aji
Album Pop Terbaik: Merakit – Yura Yunita
Artis Solo Wanita Pop Terbaik: Bunga Citra Lestari – Harga Berharga
Artis Solo Pria Pop Terbaik: Andmesh Kamaleng – Cinta Luar Biasa
Artis Jazz Vokal Terbaik: Ardhito Pramono – Superstar
Artis Solo/ Wanita Alternatif Terbaik: Kunto Aji – Topik Semalam
Pendatang Baru Terbaik: Nadin Amizah – Rumpang
Duo/Grup Pop Terbaik: Noah – Wanitaku
Duo/Grup/Grup Vokal/Kolaborasi Soul/R&B Terbaik: Raisa, Dipha Barus – My Kind of Crazy
Duo/Grup/Grup Vokal Urban Terbaik: Vidi Aldiano, Sheryl Sheinafia, Jevin Julian – I Dont Mind
Produser Rekaman Terbaik: Yovie Widianto – Adu Rayu
Tim Produksi Suara Terbaik: Ari Renaldi – Adu Rayu
Penata Musik Pop Terbaik: Yovie Widianto – Adu Rayu
Pencipta Lagu Pop Terbaik: Faisal Resi – Cinta Luar Biasa
Karya Produksi Rap/Hiphop Terbaik: Ramengvrl – Ca$hmere
Karya Produksi Folk/Country/Balada Terbaik: Nadin Amizah – Rumpang
Karya Produksi Grup Vokal Terbaik: Gamaliel Audrey Cantika – Lagu Hari Ini
Karya Produksi Dance/Electronic Dance Terbaik: Midnight Quickie, MatterMos – Summer Love
Legenda Musik Indonesia: Ebiet G. Ade dan Bimbo


ARTIKEL BERKAITAN:

Dipha Barus, Yura Yunita & Marion Jola Cemerlang di AMI Awards 2018

Highlight, Review, Terkini,

Intepretasi Rock N Roll “Jemson” Dalam Derum Deram “Balada Cinta Kosmos”

Pasaran muzik Rock tempatan sentiasa menawarkan satu kosmik pasaran muzik yang akan diwarisi biar bertukar generasi. Jemson hadir dengan riff gitar keras, listrik bahasa santai dan deraman bunyi yang menggegar.


Lewat kiranya sensasi rock terbaru “Jemson” ini mendapat perhatian untuk saya mendengar. Beredar sekitar Oktober lalu, EP berisi 5 lagu “Balada Cinta Kosmos” hadir dalam satu paten rock 80’s dan 90’s yang direvolusikan dalam produksi muzik Myo dan Najmi yang bunyinya lebih current, kemas namun masih sedap didengar.

Dibuka keras dengan lagu “Rock N Roll Sampai Mati” yang jika rujukan tempatannya cukup mengingatkan saya pada Search khususnya. Lirik mereka khususnya, biar santai namun tersusun kemas dan tidaklah tak berarah bahasanya (seperti kebanyakan lirik hari ini).

“Sakit Hati” lebih menarik. Intronya sahaja sudah buat saya teruja dalam bias feel “Sweet Child Of Mine” yang dilokalkan cukup baik. Korus lagu ini menjadi lebih baik dan sekali lagi saya cukup enjoy dengan teks lirik duo rock ini.

Dan keterujaan saya mendengar EP ini dilanjutkan dengan trak ketiga “Fanboy” yang saya ulang berkali-kali sebelum ke lagu seterusnya. Dan tak salah kiranya saya meletakkan lagu ini sebagai lagu terbaik album ini.

“Fanboy” sebuah rock cinta yang dekat dengan jiwa lokal sebetulnya dan saya berharap Jemson dapat push lagu ini lebih lagi sebab lagu ini cukup segala elemen untuk pasaran semasa. And its good for radio too.

“Pape Saje” kembali keras seperti dua lagu awal dan EP ini ditutup dengan “Lagu Paling Kecewa Di Dalam Dunia” yang sekali lagi tampil sedikit mellow tapi bukanlah lembik. Lagu-lagu begini banyak mengingatkan saya pada muzik XPDC dan feel Myo juga banyak mengingatkan saya pada Mail juga Ali.

EP ini sebuah hasil produksi muzik yang kemas. Lagu-lagunya bukan jenis rock yang susah untuk kita layan. Saya sangat percaya jika anda jenis suka rock lokal ala Search, Wings juga XPDC – “Jemson” adalah versi baru kepada tiga kugiran ini.

Rock mereka cukup rasa tempatan tanpa terlalu mahu menjadi luar biasa atau bereksperimen dengan sound pelik yang tak perlu. Saya bukan pendengar rock tetapi kalau saya dengar rock saya suka yang ada jiwa Melayunya seperti mana saya sukakan Projek Pistol dan juga Toko Kilat.

Setelah mendengar beberapa kali kali EP ini, saya kira Jemson bukan sekadar kugiran biasa yang mahu menjual another sound of rock. Album ini datang dengan pakej produksi muzik kelas satu dan hasilnya terdengar matang daripada individu yang tahu what it takes to make a good music. And please push “Fan Boy” mass market akan menyukainya.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Memicu Adrenalin Dalam Bermuzik Menerusi EP “Toko Kilat”

Highlight, Review, Terkini,

Menghayati Nota-Nota Nyaman Andmesh Yang Sepertinya Sudah Terlalu Biasa Didengar

Andmesh lebih awal mencuri perhatian saya ketika dia di pentas Rising Star Indonesia. Pesona vokal luar biasanya terlalu hebat untuk semua menolak dia daripada bergelar juara ketika itu.


Setelah usai fasa Rising Star, Andmesh tidak mengambil masa yang lama untuk tampil dengan single perdanaya, “Jangan Rubah Takdirku” (Doa Di Badai Holo) pada tahun 2017 dalam nuansa Balada yang okey sedap didengar tetapi terlalu biasa standard muziknya.

Andmesh selalu mengingatkan saya pada the late Mike Mohede yang tampil dalam paten vokal serupa dan pakej muzik yang terlalu sama. Dan disebabkan itu ketika dia hadir dengan “Cinta Luar Biasa” – Andmesh tidaklah terlalu memberi keterujaan.

Formula muzik serupanya buat saya sedikit kecewa sebetulnya. Maksud saya di sini, jika kita lihat bagaimana Tulus merencana muziknya yang kental jiwa Indonesianya juga tetapi hadir cukup original dan kreatif sekali ketika dia awal tampil dengan “Sewindu”.

Tulus boleh sahaja menghasilkan muzik seperti Mike, Glenn Fredly malah Marcell sekalipun tetapi saya kira dia pemuzik yang bervisi untuk ciptakan sesuatu yang lebih tersendiri. Maka terhasillah lagu-lagu hebat seperti Manusia Kuat, Ruang Sendiri, Labirin contohnya.

Back to percaturan muzik Andmesh, saya mendengar sahaja album debutnya ini dengan tanpa sebaran expectation yang tinggi memandangkan single-single yang awal beredar tidaklah terlalu asli penghasilannya.

Album dengan hits “Cinta Luar Biasa” yang sudah di strim lebih 52 Juta ini bukan calang-calang mendunia. Cuma terus terang melodinya terlalu klise sifatnya, liriknya apatah lagi. Tapi sesuatu yang bagus adalah setidaknya Andmesh tidak memilih untuk berteriak-teriakan dalam balada melengking seperti Judika.

Lagu-lagu di dalam album ini direncana dalam satu paten Easy Listening – “Jangan Lupakan Aku”, “Nyaman”, “Sampai Tua Nanti”dan “Senyumlah” semuanya hadir dalam jelmaan muzik Mike Mohede di album perdananya.

Saya hanya terpikat pada lagu “Nyaman” yang ya sekali lagi hadir ilham easy listening dengan lirikal cinta cinta yang melayang.

Album ini bukanlah album yang teruk tetapi macam saya kata di awal tadi originality nya hampir tiada but again soalnya pendengar peduli ke tentang originality? Mereka hanya mahu dibuai dengan angan-angan cinta sahaja.

Tetapi jika anda pendengar yang mahukan sesuatu yang segar, lebih asli dan bervisi muziknya – dengarkan debut album Adrian Khalif yang jumlah views dan strimnya mungkin tidak setinggi Andmesh tetapi visi dalam muziknya begitu jauh meninggalkan muzik Andmesh.

6.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Embrace, Embrace” Pertaruhan Cemerlang Adrian Khalif

Highlight, Review, Terkini,

“Embrace, Embrace” Pertaruhan Cemerlang Adrian Khalif

Adrian Khalif sudah berawal mencuri perhatian saya ketika dia melancarkan single “Made In Jakarta” bersama Dipha Barus. Feel urban Pop yang disatukan dengan elemen Hip-hop menyatu baik dalam persembahan muzik yang cemerlang.

Setelah itu Adrian bergerak semakin baik di beberapa single lain seperti “Flawless/Merona” dan kolaborasi hebatnya tahun lalu bersama Cantika menerusi lagu “Take Care”.

Tanpa mahu membuang banyak masa beberapa bulan lalu dia menghadirkan sebuah EP berisi tiga lagu berjudul “Feeling Under Construction” yang cukup solid sebagai pengenalan bagaimana muzik Adrian itu sebenarnya. Lagu seperti “Utopia” dihasilkan dengan cukup ramuan muzik semasa yang diproduksi kemas Marco Steffiano.

Dan kejutan manis minggu lalu, Adrian menghadirkan sebuah album penuh yang secara peribadi amat saya nantikan. Berisi 9 lagu keseluruhannya dengan beberapa rilis yang sudah beredar awal, album berjudul “Embrace, Embrace” ini bergerak sebagai permulaan karier yang cukup cemerlang.

Album ini dibuka dengan lagu “Get To You” (Adrian Khalif / Kenny Gabriel) dalam feel R&B Adrian yang sinonim dengan melodi seperti di single “Made In Jakarta” yang hadir bersama groove.

Groove ini diteruskan dengan lagu kedua “Morning Light” (Adrian Khalif / Ben Sihombing) dan “So Long Girl” (Adrian Khalif / Iqbal Siregar / Libra Akila) sebelum hadir cukup lembut membuai di lagu “Alibi” (Denis Ligia / Iqbal Siregar).

“Alibi” hadir sebagai sebuah lagu yang cukup kuat semangat Indo Pop yang disulam kemas keunikan suara Adrian dalam hamparan lagu cinta yang membuai rasa. This one definitely satu lagu yang cukup baik saya dengar tahun ini.

Feel Indo Pop ini diteruskan lagi dengan sebuah lagi lagu terbaik album ini berjudul “Utopia” (Adrian Khalif / Mohamed Kamga) yang cukup luar biasa kosmik Pop nya. “Utopia” terhasil sebagai sebuah ballad yang hadir dalam kemasan muzik yang bervisi dan berevolusi. Liriknya saja sudah buat saya terlarut dalam bahasanya.

“Where Have You Been” (Adrian Khalif) tampil lebih mellow dan deep perasaannya. Asyik saya dibuai sentuhan keys and beat yang minimal namun membuai namun saya lebih tertarik dengan kolaborasi Adrian bersama A.Nayaka menerusi lagu “WYD” (A.Nayaka / Adrian Khalif).

Album ini ditutup dengan dua lagu yang lebih awal beredar “Flawless/Merona” dan “Take Care” yang cukup solid memberi intepretasi muzik Adrian yang cukup kental nuansa urban Pop / R&B yang begitu cemerlang.

Berbanding beberapa nama baru lainnya yang lebih tinggi jumlah views serta strim seperti Andmesh antaranya, saya kira Adrian lebih original, kreatif dan berevolusi dalam persembahan muziknya.

Lagu Terbaik: Alibi, Utopia, WYD, Take Care & Flawless/Merona

9.4/10


ARTIKEL BERKAITAN:

Poetic, Romantisme & Melankolik “Juicy Luicy” Di EP “Sentimental: Side A”

Review, Terkini,

Mengembara Secara Solo “Baskara Putra” Sebagai “Hindia” Dalam Muzik Halus & Lirik Tajam Yang Melekakan

Vokalis asal kugiran .Feast – Baskara Putra melakukan projek solo perdananya tahun ini dengan merilis 7 lagu dalam masa kurang setahun.


Melakukan projek solo bagi vokalis berkumpulan itu bukan hal baru lagi. Ari Lasso (Dewwa 19), Armand Maulana (Gigi), Virgoun (Lastchild) antara nama cukup popular di belantara muzik Indonesia khususnya.

Memberi sebuah kejutan manis tahun ini, vokalis kugiran rock .Feast – Baskara Putra menghasilkan sebuah projek khusus tahun ini sebagai pemuzik solo dengan nama pentasnya “Hindia”. Tidak keluar secara terus kugiran tersebut, Hindia mahu mengekspresikan sisi artistiknya yang lain lewat Hindia.

“Hindia diciptakan karena saya menemukan mata air pribadi saya di sini; lebih besar dari oase, lebih ganas dari sungai, lebih dalam dari danau. Dalam mendengarkan, saya menjadi tahu bagian diri mana yang dapat saya buka luka dan ceritanya untuk membasuh orang lain.” Menurutnya dalam temu bual bersama portal Dhokudo.

Tambahnya lagi dalam berkongsi visi baru dalam karier muziknya, “Dalam prosesnya saya juga menemukan tujuan dan kebahagiaan. Pisces hidup di samudra. Mungkin hidup memang harus dilandasi dengan memberi dan memberi, memikirkan air yang kita miliki belakangan, tak sadar bahwa selama ini jawabannya sudah ada dalam diri sendiri, sama seperti bagaimana Hindia ada jauh sebelum semen dan besi berdiri di Indonesia.”

cover single hindia penuh artistik

Siap menghadirkan 7 single tahun ini berawal dengan Evaluasi, Secekupnya, Tinggal Di Sana, Jam Makan Siang, Belum Tidur, Membasuh dan Dehidrasi – semuanya hadir dalam ilham Folk yang disuntik elemen synth Pop.

“Secukupnya” (Adhe Ario / Baskara Putra) menjadi antara lagu terbaik yang dirilis tahun ini yang tampil dengan seni lirikal yang menyentuh sosio budaya masyarakat hari ini dalam kritikan sosial yang memedihkan.

Bait terbaiknya “Kita semua gagal, Angkat minumanmu, Bersedih bersama-sama.” menjadi antara penulisan lirik paling jujur dan menyentap rasa sepanjang tahun ini.

“Belum Tidur” kolaborasi bersama Sal Priadi juga menjadi antara lagu yang cukup berhasil dalam memikat pendengar Indonesia selain kolaborasi mendayu bersama Rara Sekar menerus lagu “Membasuh”.


ARTIKEL BERKAITAN

#Review Elephant Kind – The Greatest Ever

Highlight, Review, Terkini,

Menerawang Perasaan Dalam Rendisi Pop Terkini Glenn Fredly Menerusi “Romansa Ke Masa Depan”

menampilkan produser hebat seperti irwan simanjuntak, ifa fachir dan andi rianto antaranya.

Untuk kekal relevan dalam pasaran muzik semasa lebih 2 Dekad itu sesuatu yang magikal untuk seorang insan seni. Menghasilkan karya yang senang diterima generasi berbeza itu menuntut kreativiti dan kerja keras yang seutuhnya.


Dan daripada ramai-ramai soloist seberang yang berjaya untuk kekal relevan, Glenn Fredly satu daripadanya yang masih dikagumi, masih dinanti apa lagi yang mah dihasilkan untuk penggemar sedia ada dan pada masa yang sama memikat pendengar baru.

Lebih 9 album penuh pernah dihasilkan dalam jaluran Pop semasa yang sentiasa menuntut ilham-ilham baru dan segar, Glenn belum lagi gagal dalam membuat kita suka padanya.

“Tandamata” lagu yang beredar di tahun 2016 saya kira tanda aras muzik Pop Glenn berada di rendisi berbeza. Dan di tahun ini sahaja dia kembali mempesona dengan kolaborasi khusus bersama Tulus dan Yovie menerusi lagu “Adu Rayu” yang saya kira sebagai sebuah naskhah Pop genius tahun ini.

Meneruskan destinasi muzik yang nampaknya belum lagi mahu berhujung, Glenn tampil dengan sebuah album terkininya berjudul “Romansa Ke Masa Depan” lengkap 14 trak keseluruhannya dalam pesona vokal, melodi dan kemasan muzik yang membuai.

Album ini dibuka dengan lagu yang mengambil judul album ini dalam sentuhan muzik 80’s yang disegarkan dengan susunan muzik yang cukup baik sekali oleh Irwan Simanjuntak. Feel Glann dalam melodi lagu ini menyatu sangat-sangat sempurna. This new Glenn saya kira semakin melekakan pendengaran.

“Coklat” dan “Apa Khabarmu Nona” tampil lebih lembut. Namun saya lebih terbuai dengan “Selesai” yang begitu Glenn sekali sifat muzikalnya. Korusnya terlalu sedap dan meresap dengan perasaan yang membuai-buai.

Bait “Kangen kamu, sungguh hati bicara, Aku kangen kamu meski jauh…” Dilantun penuh rasa  yang menyeluruh sekali dengan lirik yang disempurnakan bait “Rasa ini tak pernah selesai…” 

“Stasiun Bundara Hi” dan “Gara-Gara Kamu” tidak begitu terkesan di pendengaran pertama tetapi masih menarik untuk didengar. Saya kembali bernostalgia bersama muzik Glenn di lagu “Rona” yang meneruskan pesona “Romansa Ke Masa Depan” dan “Selesai” – feel 80’s yang diilhamkan begitu segar sekali.

Saya sukakan suara-suara halus Glenn yang menjadi ciri khas nyanyiannya menerusi lagu ini.

Album diteruskan dalam perjalanan perasaan yang semakin baik di setiap trak yang seterusnya. Lagu-lagu seperti “Orang Biasa” dan “Pulang Kampung” bergerak cukup humanis sekali dengan lirik yang disusun dalam melodi nostalgik.

“Kembali Ke Awal” mengembalikan sisi big ballad Glenn yang meruntun. Lagu-lagu begini bukan lagi hal sukar untuk kita semakin senang mendengar album ini. Terlalu asyik sekali mendengarkan lagu yang cukup romantis diproduksi Ifa Fachir.

Album ini berisi signature muzik Glenn yang dimodenkan dengan feel semasa. Lagu seperti “Perempuanku” begitu Glenn sekali sifatnya mengingatkan saya pada lagu seperti “Kau” dan “Mobil Mama”.

Glenn cemerlang dalam menghasilkan sebuah album Pop yang bukan calang-calang hasilnya. Lagu seperti “Cokelat” antara yang cukup tinggi citarasa muziknya.

Saya bukan penggemar album panjang dengan 12 atau 13 lagu di dalamnya kerana bagi saya sebuah album penuh cukup sekadar 8 lagu dengan pengisian yang solid. Namun Glenn membuat perjalan panjang selama 58 minit menghayati album ini dengan cukup personal dan berbaloi sekali.

Lagu Terbaik: Selesai, Kembali Ke Awal, Romansa Ke Masa Depan, Perempuanku & Rona

8.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Siap Membuat Kita Jatuh Cinta Lagi, H!V! Tampil Album Ketiga Berjudul “Ceritera”

Highlight, Review, Terkini,

Merayakan Pasaran Muzik Pop Semasa Dalam 9 Lagu Terbaik “Daiyan Trisha The Album”

Pasaran muzik Pop semasa tempatan hari ini bergerak cukup bebas dan luas sifatnya dengan pengaruh muzik antarabangsa yang disuntik dalam semangat lokal yang sangat baik. Daiyan Trisha satu daripada bakat solo wanita yang patut kita raikan selain beberapa nama lain seperti Zamaera, Bil Musa, NJWA dan Lunadira.

Dan setelah bertahun penantian akhirnya diluncurkan sebuah album penuh perdana Daiyan dalam sembilan lapisan Pop yang mewakili segala rasa yang paling dekat dengan anak muda hari ini.

Daiyan tahun ini sahaja sudah memikat pendengaran saya menerusi dua single yang diproduksi trio muzik Pop masa depan – MFMF. menerusi single “If I” dan kolaborasi mereka berempat menerusi lagu “Passin’ Thru”.

Dan dengan kemunculan single “I Wanna See Ya” sebelum terbitnya album penuh ini, menambah rasa teruja apa lagi agaknya yang mahu disandarkan gadis muda yang semakin meniti usia dewasanya dengan penuh kematangan dalam menyusun rencana karier muziknya.

Sekitar 2014 ketika masih menulis secara sambilan di KKBOX dan sepenuh masa untuk majalah EH! saya pernah menemubualnya secara personal tentang passion, pengaruh dan impian besarnya untuk menjadi pemuzik yang serius (Baca di sini)  – Tentang Taylor Swift, lakonan dan muzik yang juga nyawanya.

Album ini dibarisi 9 lagu yang dibahagikan kepada 3 lapisan berbeza (Yang disebut Layer 1, 2 & 3) yang saya percaya juga adalah lapisan fasa hidup Daiyan dari seorang gadis remaja kepada seorang wanita yang matang.

Di layer pertama ini dibuka sangat personal saya kira buat Daiyan yang begitu mengidolakan Taylor Swift dalam proses matangnya dalam bermuzik. Feel Pop Tay Tay dalam lagu berjudul “Little Trouble Girl” (Audi Mok / Daiyan Trisha) ini begitu kuat sekali. Korusnya catchy yang senang bikin kita enjoy and sing-a-long.

“Brutal” (Audi Mok / Daiyan Trisha) juga begitu, tampil dalam idea EDM Pop yang cukup current penghasilannya. Bahagian korus lagu ini adalah bahagian terbaik keseluruhannya. Dan meneruskan kesinambungan muzik terkini begini di lagu “Play Pretend” (AJ Salvatore / Daiyan Trisha / SMLE) Daiyan menutup Layer pertama album ini dengan cukup membanggakan.

Dan di Layer 1 ini saya memilih “Play Pretend” lagu terbaiknya.

“Woman” (Daiyan trisha / John Jeeves) tampil dalm feel 90’s R&B yang dimodenkan melodinya menerusi susunan muzik yang lebih terkini. Pendengaran saya lebih terarah pada lagu “Bittersweet” (MFMF.) Yang lebih kemas penghasilannya.

Lagu ini buat saya terbuai dengan feel Daiyan yang saya kira tampil dengan melodi paling baik untuk diketengahkan sebagai single album ini sebelum ditutup dengan “I Wanna See Ya” (Daiyan Trisha / Juan Ariza) yang secara personal menjadi favorite saya setakat ini.

Di layer ketiga Daiyan menjadi semakin mellow dan deep dalam penulisan liriknya. Lagu-lagu cinta yang ditulis cukup berisi – “Thinking Bout Us” (Daiyan Trisha / Juan Ariza), “If I” (Daiyan Trisha / MFMF.) lengkap sebagai sebuah naskhah Pop semasa yang membuat muzik kita selangkah ke depan.

Album ini ditutup lembut dengan acoustic ballad, “Mediocre” yang dicipta sepenuhnya Daiyan bersama produksi muzik AG Coco dengan cukup kemas. “Daiyan Trisha The Album” saya kira sebuah naskhah yang cukup sifatnya sebagai sebuah Pop masa kini.

Mendengar album ini buat kali kedua dan ketiga setelah menulis review ini saya hanya berharap ini sebagai langkah awal Daiyan untuk melangkah lebih jauh lagi sebagai pemuzik wanita lokal yang matang dan mampu dibanggakan.

8.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

#NewMusicFriday Bil Musa Tampil Mempesona Menerusi Single “Pikachu – Aku Pilih Kamu”