#PerspektifMuzik,

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Indie)

Gerakan muzik underground atau indie saya kira tidak akan berhenti selagi masih banyak darah muda yang berani meneruskan sesuatu yang menentang arus perdana sehingga mereka masuk ke arus perdana.

Apa yang dimulakan oleh legenda underground sekitar hujung 90-an dahulu – Cromok, Butterfingers, Sven Collar T-Shirt, Hujan, Bunkface dan lainnya akan sentiasa akan diteruskan. Corak muzik bagaimana yang menjadi percaturan atau apa lagi revolusi yang mahu diperkenalkan itu cabaran sebenar mereka.

Apa yang harus dilakukan anak-anak muda ini adalah untuk tidak mengalah dengan pasaran semasa. Pedulikan jauh tentang penerimaan radio – diorang tak nak main diorang punya hal. Apa yang pasti anak-anak muda ini akan sentiasa ada pengikut yang jujur menyokong dan faham akan visi yang dibawa.

Tahun ini nama-nama seperti Masdo dan Orkes A Hizadin di bawah kendalian AG Coco menempa kejayaan cukup luar biasa. Begitu jua dengan Sekumpulan Orang Gila. Selepas Ali Aiman muncul kira-kira 3 tahun lalu belum ada bakat solo yang sebaiknya. Berikut kami senarai pendek Produksi Muzik Idie Terbaik sepanjang tahun pilihan Muzik Kita.

ORKES A HIZADIN / KEJAYAAN / 2.5 BINTANG
Debut baru diedarkan kira-kira sebulan ini membawa nama Orkes A. Hizadin ke satu tahap yang saya kira sudah cukup untuk meyakinkan peminat muzik lokal. Ketelusan Amir dan rakan-rakan dalam penulisan terutamanya saya sangat sanjung tinggi. Banyak bakat baru yang baik dari segi muzik tetapi kurang arif di bahagian penulisan lirik. Kritikan sosial Amir tentang hidup, cinta dan cita-cita cukup realistik sekali. Tahniah Orkes!

SEKUMPULAN ORANG GILA / TERBANGLAH
Saya kira S.O.G antara indie band yang ad akelas tersendiri. Kraf muzik mereka nak kata terlalu original tidak juga tetapi ia punya satu struktur yang sangat tersendiri. Terbanglah bukan calang-calang lagu, ketelitian mereka pada muzik itu yang saya dapat saat mendengar lagu ini. Karya begini saya kira dalam masa 10 tahun akan datang akan jadi rujukan kugiran-kugiran baru yang lainnya.

MASDO / SELAMAT TINGGAL PUJAAN
Bunga yang beredar tahun lalu membawa jenama Masdo sebagai kugiran post agogo – pop yeh yeh ini antara yang cukup diterima baik. Saya sukakan idea mereka untuk mengembalikan segala feel era A.Ramlie, M.Shariff dan Jeffrydin dalam situasi muzik hari ini yang semakin meminggirkan elemen ini. Masdo harus diangkat lebih tinggi, ke pentas ke lebih besar dalam skala yang lebih luas.

MAD & RISSA / AMBIGUITAS
Feel Mad & Rissa saya kira perfect for the weekend. Citarasa indie, nusantara, retro dan pop yang raw tidak terlalu teknikal. Indonesia banyak kugiran begini Pandai Besi dan Efek Rumah Kaca umpamanya yang berada di jaluran muzik serupa. Debut Ambiguitas saya kira sudah cukup untuk menjadi platform bagi mereka terus berjalan.

PASTEL LITE / BALADA
Duo ini bergerak atas nuansa melodi yang saya kira mencedok penuh idea pemuzik indie luar yang dizahirkan dalam sebuah album penuh yang produksinya not bad at all. Originality mungkin sesuatu yang harus difikirkan untuk naskhah masa depan tetapi potensi sebagai pemuzik tidak boleh disangkalkan.

MADY HARMIDI / KAU DAN AKU

Lagu Kau dan Aku beri justifikasi pada bakat ini. Tidaklah terlalu bagus atau original tetapi punya potensi yang baik untuk dikembangkan since tak banyak sangat solo lelaki yang mahu bikin muzik begini. Kalau Indonesia bangga ada Rendy Pandugo then why not kita bagi lebih ruang untuk Mady evolve. Aizat dulu pun tidaklah terlalu bagus but tengok di mana Aizat sekarang.

#PerspektifMuzik,

#SeputarMuzik2017 Produksi Muzik Terbaik (Rock)

Pasaran muzik Rock sedikit perlahan berbanding Balada 90-an yang begitu mendapat tempat di kalangan pendengar muda khususnya. Spider sempat mengeluarkan album penghujung 2016 berjudul Ankabut dengan single Hidupku namun bagai kurang saktinya, album tersebut sedikit terpinggir biarpun menurut saya lagu Hidupku cukup baik penciptaannya.

Kita masih bertuah kerana legenda muzik seperti Search dan Ella tahun ini menghasilkan album yang saya kira sangat boleh dibanggakan. Peace, Love Rindu dan Katharsisbergerak atas esen muzik mereka dengan sentuhan terkini.

Saya paling tertarik dengan cara Ella menjual idea muziknya supaya kedengaran current dan segar. Search masih kental dengan identiti muzik mereka dan di bawah kendalian M.Nasir, Katharsis nyata sebuah lagi album yang akan dikenang penggemar mereka.

Monoloque tampil lebih nusantara dalam rock mereka. Kejutan manis mengakhiri tahun ini tentu sahaja kemunculan semula Seven Collar T-Shirt dengan single terbaru mereka yang baru diedarkan berjudul Lines. Lagu ini cukup solid sebagai sebuah naskhah rock yang cukup internasional bunyinya.

Berikut setelah ditimbang tara estetika seni muzik dan nilai komersilnya. Kami menyenarai lengkap Produksi Rock Terbaik 2017.

SIDANG KANGAROO / SEARCH
Komposer & Lirik: M.Nasir / Amy / Nasir Rockfather / Kid / Din / Pae / Ismail MS

Lagu ini saya kira sepatutnya menjadi benchmarkanak-anak muda yang mahu membikin rock muzik dengan bunyi lokal. Segala-sagala tentang lagu ini saya kira menzahirkan definisi rock itu sendiri. Seawal adlib Amy disambut riff gitar dan pembuka bait “Berapa kudeta mampu mewaraskan candu di fikiran membarah di badan…” – menjadikan Search masih lagi rujukan rock terbaik nusantara.

SUJUD / ELLA
Komposer & Lirik: Edrie Hashim

Saya mengulang putar lagu ini sejak kali pertama mendengar sehingga hari ini. Melodi Edrie saya kira dasyat dalam menterjermah rock corak Ella. Lagu ini sempurna untuk Ella, sempurna segala segi. Momentum lagu ini menderu laju dan baik seawal versa pertama sehingga korus sampailah penutupnya. Ok pergi dengar sekarang!

LINES / SEVEN COLLAR T-SHIRT

Pagi tadi saya bangun buka iTunes nak dengar Faith dan ternampak legendary kugiran underground ini ada single baru after so many years. This is a great surprise menutup kalendar muzik 2017. Lagu ini cukup solid sekali penghasilannya bukan selalu ada tapi bila ada we can never skip!

AKU YANG SEBENAR / HAZAMA
Komposer & Lirik: M.Nasir / Ad Samad

Hazama semakin matang menyusun karier seninya. Tidak lagi mahu berkompromi dengan naskhah biasa-biasa, Aku Yang Sebenar bukti keseriusan muzik Hazama. Dan sejujurnya saya meletakkan Aku Yang Sebenar sebagai lagu terbaik yang pernah dirakam sepanjang kariernya.

LAGU UNTUK LAILA / AKIM & THE MAJISTRET
Komposer & Lirik: Hang Nadim / Laq

Sejujurnya saya tidak pernah menyukai AKM sehingga mereka rilis lagu ini. Tiada lagi pop balada Potret dan Mewangi – AKM kali ini lebih solid dan matang dalam muzik mereka. Lagu ini benchmark terbaik untuk mereka meneruskan visi baru dalam muzik. The fact that lagu ini terlepas ruang ke final AJL masih buat saya bingung.

LULUH / PESAWAT
Komposer & Lirik: Pesawat / Jippie

Terlalu banyak potensi yang ada pada kugiran ini. Ketelitian dalam muzik mereka dengan baik kita boleh dengar menerusi penghasilan Luluh. Pada awalnya saya kira jika Pesawat mahu go mainstream secara total (seperti Nastia hari ini) mereka perlu cari formula itu namun saya kira kugiran ini tidak perlu itu semua. This is way too good sebetulnya.

KEMBALII / BUNKFACE
Komposer & Lirik: Sam

Saya kira Bunkface antara kugiran lokal yang sudah boleh cukup bangga dengan pencapaian mereka. Kembalii bergerak atas landasan citarasa muzik band ini yang tersendiri. Lagu ini bukanlah naskhah terbaik mereka atau terlalu original tetapi saya kira masih relevan dan tidaklah kedengaran mundur seperti lagu carta radio hari ini.

 

Uncategorized,

#Showcase Noryn Aziz Rise Up at Bobo KL

Terakhir saya menonton Noryn Aziz secara live di Alexis, Ampang sekitar Jun 2010 bersempena pelancaran album I’m Alright (Baca di sini: https://muzikkitamy.blogspot.my/2010/06/noryn-aziz-im-alright-showcase.html) dan saya kira itu yang terakhir persembahan terbuka Noryn yang paling intimate pernah saya tonton. Sebelum itu saya pernah menonton Noryn bersama Atilia di Alexis juga. Sejak itu, Noryn sudah menjadi favorite vocalist local yang kita ada.
Selepas fasa I’m Alright, Noryn senyap entah di mana dan ke mana hilangnya sehinggalah perkhabaran perkahwinannya diwar-warkan secara meluas di media cetak khususnya. Dan sejujurnya, saya sudah putus harapan untuk mengharapkan Noryn kembali aktif.
Biasalah bergelar penyanyi di Malaysia (wanita khususnya) fasa selepas perkahwinan akan membuatkan momentum kerjaya mereka sedikit perlahan. Hal ini terjadi pada nama-nama besar seperti Ziana, Liza Hanim dan Noryn sendiri.
Dan hari ini selepas tujuh tahun persembahan I’m Alright di Alexis itu, perkhabaran Noryn akan kembali aktif di instagramnya buat saya teruja tapi tidaklah begitu mengharap. Namun saya nyata silap, Noryn Aziz masih ada segala apa magis, keupayaan dan yang paling penting soul dalam nyanyiannya.
Malam minggu yang lalu berlangsung di Bobo KL, Bangsar – Noryn kembali dengan persembahan cukup intimate bersama pemuziknya – Wan Gigi (Gitar), Fly Bass (Bass) dan So Wei Li (Piano) di belakang Noryn menzahirkan segala nota-nota muzik di kertas menjadi satu nuansa Jazz yang sangat-sangat berjiwa malam tersebut.
Noryn malam itu menyampaikan rangkaian lagu-lagu popular seperti I Will Survive, For Once in My Life, Rapture, Summertime dan yang paling buat saya melayang adalah rendisi tersendirinya dalam Rolling In The Deep yang begitu soulful sekali. (Sampai lupa nak rekod and now menyesal lol)
Selain rangkaian lagu-lagu berat penyanyi barat Noryn tidak ketinggalan menyampaikan lagu daripada album terdahulunya Alam Maya seperti Kembalikan dan all time favorite saya Make It on My Own (yang saya boleh dengar bila-bila masa sahaja sebab lagu ni maha dasyat penciptaannya)
Saya pulang ke rumah senyum puas. Bukan apa dah lama sangat rasanya menanti dan penantian amatlah berbaloi. Noryn masih ramah di pentas, spontan dan saya ulang sekali lagi jiwa dalam nyanyiannya masih sama seperti tujuh tahun dulu ketika di Alexis.
It was a wonderful night, saya berharap Noryn akan full active sebab kita sangat memerlukan bakat yang serius dalam muzik seperti Noryn Aziz ini untuk tunjuk pada bakat baru khususnya what is singing and what is music.
Among the crowd malam tersebut Najwa Mahiaddin dan Aubrey Suwito dan reaksi Noryn ketika mempersembahkan lagu Make It On My Own dan ternampak Aubrey cukup lucu dan spontan. Komunikasi Noryn dengan crowd sangat baik.  She was born not just to sing but to perform and to entertain in a very good way, in a very soulful way. Okay I should stop #lol #brocuba #insidejoke 


Terkini,

#Showcase Noryn Aziz Rise Up at Bobo KL

Terakhir saya menonton Noryn Aziz secara live di Alexis, Ampang sekitar Jun 2010 bersempena pelancaran album I’m Alright (Baca di sini: https://muzikkitamy.blogspot.my/2010/06/noryn-aziz-im-alright-showcase.html) dan saya kira itu yang terakhir persembahan terbuka Noryn yang paling intimate pernah saya tonton. Sebelum itu saya pernah menonton Noryn bersama Atilia di Alexis juga. Sejak itu, Noryn sudah menjadi favorite vocalist local yang kita ada.

Selepas fasa I’m Alright, Noryn senyap entah di mana dan ke mana hilangnya sehinggalah perkhabaran perkahwinannya diwar-warkan secara meluas di media cetak khususnya. Dan sejujurnya, saya sudah putus harapan untuk mengharapkan Noryn kembali aktif.

Biasalah bergelar penyanyi di Malaysia (wanita khususnya) fasa selepas perkahwinan akan membuatkan momentum kerjaya mereka sedikit perlahan. Hal ini terjadi pada nama-nama besar seperti Ziana, Liza Hanim dan Noryn sendiri.

Dan hari ini selepas tujuh tahun persembahan I’m Alright di Alexis itu, perkhabaran Noryn akan kembali aktif di instagramnya buat saya teruja tapi tidaklah begitu mengharap. Namun saya nyata silap, Noryn Aziz masih ada segala apa magis, keupayaan dan yang paling penting soul dalam nyanyiannya.

Malam minggu yang lalu berlangsung di Bobo KL, Bangsar – Noryn kembali dengan persembahan cukup intimate bersama pemuziknya – Wan Gigi (Gitar), Fly Bass (Bass) dan So Wei Li (Piano) di belakang Noryn menzahirkan segala nota-nota muzik di kertas menjadi satu nuansa Jazz yang sangat-sangat berjiwa malam tersebut.

Noryn malam itu menyampaikan rangkaian lagu-lagu popular seperti I Will Survive, For Once in My Life, Rapture, Summertime dan yang paling buat saya melayang adalah rendisi tersendirinya dalam Rolling In The Deep yang begitu soulful sekali. (Sampai lupa nak rekod and now menyesal lol)

Selain rangkaian lagu-lagu berat penyanyi barat Noryn tidak ketinggalan menyampaikan lagu daripada album terdahulunya Alam Maya seperti Kembalikan dan all time favorite saya Make It on My Own (yang saya boleh dengar bila-bila masa sahaja sebab lagu ni maha dasyat penciptaannya)

Fly Halizor

Saya pulang ke rumah senyum puas. Bukan apa dah lama sangat rasanya menanti dan penantian amatlah berbaloi. Noryn masih ramah di pentas, spontan dan saya ulang sekali lagi jiwa dalam nyanyiannya masih sama seperti tujuh tahun dulu ketika di Alexis.

It was a wonderful night, saya berharap Noryn akan aktif sepenuhnya sebab kita sangat memerlukan bakat yang serius dalam muzik seperti Noryn Aziz ini untuk tunjuk pada bakat baru khususnya what is singing and what is music.

Among the crowd malam tersebut Najwa Mahiaddin dan Aubrey Suwito dan reaksi Noryn ketika mempersembahkan lagu Make It On My Own dan ternampak Aubrey cukup lucu dan spontan. Komunikasi Noryn dengan crowd sangat baik. She was born not just to sing but to perform and to entertain in a very good way, in a very soulful way. Okay I should stop #lol #brocuba #insidejoke

Review,

Orkes A. Hizadin – Politik Impian, Cita-Cinta, Rezeki & Korupsi Dalam Persembahan Muzik Paling Telus Sepanjang Tahun

Pertama kali saya mendengar Orkes A. Hizadin ketika mengemudi meja local content di JOOX tahun lalu. Saya bisik pada diri sendiri, kalau tak ada radio yang nak main lagu Kejayaan dan buat mereka jadi nombor satu, biar saya yang buat!

Jadi ceritanya dengan segala kuasa yang saya ada sebagai editor pengisian lokal ketika itu, saya naikkan banner dalam aplikasi, blast dekat WeChat dan saya masukkan Kejayaan dalam top 20 carta Hits Tempatan dan Hits Terbaru (Thank me later ) Saya juga sempat tulis artikel buat kugiran ini dalam aplikasi tersebut. Namun jodoh saya di JOOX tak lama dan saya tak mampu lagi mengekalkan Kejayaan dalam carta top 20.

Ceritanya bukan apa, saya terlalu seronok melihat anak muda seperti Amiruddin Hizadin dan rakan-rakan pemuziknya yang dikemudi AG Coco menghasilkan sesuatu yang buat saya senyum mendengar lagu berjudul Kejayaanini.

Kenapa saya senyum?
Let me ask you something, siapa yang boleh tulis lirik dengan segala nilai kemanusiaan, humanisme dan spiritual dalam persembahan Pop yang tidak kedengaran pretentious atau terlalu mencuba (Baca: Fynn Jamal) seperti yang dipersembahkan dalam lagu Kejayaan?

Baca betul-betul bait di bawah ini:

Kejayaan itu bermula dengan Bismillah
Pastikan nawaitu ikhlas kerana Allah
Pertengahan itu tawakkaltu ala Allah
Pasti di penghujungnya InsyaAllah
Kejayaan kau kan temu

Kalau ini corak dakwah mereka untuk kita percaya pada takdir dan terbuka redha dengan apa yang ditulis ketentuan-Nya – saya kira Orkes dah berjaya buat setidaknya saya untuk fikir tentang semua tarbiah dalam bait cukup jujur dan telus dalam Kejayaan. Atau setidaknya menginspirasi anak-anak muda hari ini dengan cara paling cool sekali.

Dan segala jenis pendekatan ‘dakwah’ duniwai ini diteruskan dalam lagu Rezeki yang kali ini bercerita tentang rejection – penolakan dalam cinta. Dan sekali lagi, dengan segala bait-bait innocent kugiran ini buat saya senyum.

Seawal bait “Aku tak pernah jatuh cinta / Pada wanita seperti dia / Dipandang aku sebelah mata / Aku yang hina…”  – Monyet jumpa bunga rare niat nak petik tapi tak dapat. Haa macam tu cerita dia. Tapi bait itu bukanlah segala-galanya tentang cinta monyet si Amir ni.

Saya cukup tertarik bila soal jodoh – cinta ini dikaitkan dengan rezeki. Diteruskan pula dengan kata-kata

“Jadi kuambil sedikit masa / Untuk buktikan aku juga mampu jadi manusia / hatiku yakin suatu masa / ku pasti berjaya / Rezeki ada di mana-mana / Rezeki-Nya pasti ada…”

Pendengaran saya seterusnya beralih pada lagu 2.6 Bintangyang sekali buat saya seronok sangat-sangat. Pertama kerana melodinya, kedua sebab arrangement AG dalam lagu ini dan yang ketiga sekali lagi sebab lirik lagu ini.e

Ini adalah lagu paling sinikal yang pernah saya dengar sepanjang tahun. Mana datang budak Amir ni saya tak tahu dan saya tak kisah yang penting dia adalah anak muda paling halus dan berani dalam memberi kritikan sosial dalam naskhah Pop. Saya tidak pernah mendengar lagu ini sebelum mendapatkan album ini tetapi dan setelah meng-google segala isi cerita 2.6 Bintang saya hanya nak salam dan peluk terima kasih kalau Amir ni depan mata saya sekarang.

Mungkin takkanku ke Kuala Lumpur
Nak bayar tol minyak, aku menggelupur
Duit belanja cukup makanku waktu sahur

Mungkin hidupku kegelapan
Nak bayar bil elektrik, tak kemampuan
Tapi tak apa, tunggu duit BR1M dan bantuan

Mana hilangnya 2.6 bintang bintang
Yang sepatutnya menerangi mimpi ngeri dan suram kita
Mana hilangnya 2.6 bintang bintang
Aku tanyakan pak mentari tapi masih lagi berdiam

Mungkin yang sakit akan terus uzur
Nak bayar ubat pun terus tersungkur
Oh, tapi PA, katanya baik untuk kita

Mungkin harga barang akan turun
Ada GST semua orang untung
Tapi mengapa makin ramai yang bermurung

Lagu ini dan lagu Kejayaan adalah segala-gala yang anda perlu dengar sekarang (Kalau belum dengar). Tinggalkan Tergantung Sepi, Havana atau mana-mana pun lagu yang reach dekat Spotify atau Youtube yang berjuta-juta tu.

Album ini ditutup dengan hidden track tak berjudul yang sekali lagi cukup sini dalam penulisan bersifat kritikan sosial.

“Terkejar-kejar lari ke tempat kerja / Cari rezeki untuk sisa yang ada/ Tetapi yang makin kaya semakin kaya…”

Bakat seperti Orkes A. Hizadin ini saya kira jika datang pada masa yang salah mereka hanya akan disia-siakan sahaja. Jadi saya fikir ini memang masa yang paling tepat untuk mereka keluarkan debut ini. Saya tak pasti macam mana anda nak dengar album ini selain membeli secara terus daripada mereka kerana album ini belum lagi beredar di saluran digital.

Cuma saya berharap pihak Orkes dapat rilis album ini di platform digital bukan apa, saya kira muzik itu lebih indah kalau dapat dinikmati lebih ramai yang mendengar dan semoga segala kemudahan mendengar di hujung jari ini dapat membuat lebih ramai menikmati karya yang mereka usahakan ini dan insya-allah di penghujungnya Kejayaan kau kan temu!

#RetrospektifMuzik,

20 Tahun Layar Lara: Penyatuan Estetika Seni Muzik & Filem


Filem Selubung (1992) arahan Shuhaimi Baba dengan lagu tema Suara Binasa dendangan Hattan menjadi antara all time fav soundtrack saya. Lagu tersebut benar-benar menggambarkan ilham keseluruhan di balik filem tersebut.

Dan tidak salah jika saya katakan hampir kesemua filem-filem awal arahan Shuhaimi Baba antara yang memiliki esen runut bunyi yang cukup tepat menggambarkan jalinan cerita yang ditulis ke layar lebar.

Contoh lain yang cukup tetap adalah lagu Indah Kassorga dalam dua versi Hattan dan Susan Lankester – benar-benar beri mood yang cukup baik untuk filem Ringgit Kassorga. Estetika seni muzik dan filem yang disatukan dengan tepat sekali.

Dalam entri kali ini saya ingin membawa nostalgia kita dalam runut bunyi Layar Lara yang diterbitkan Maman (Teachers Pet) pada tahun 1997. Sepertimana solidnya filem tersebut sebagai naskhah layar lebar yang terbaik sehingga hari ini, saya kira begitu juga dengan runut bunyinya.

Album ini saya kira diterbitkan dengan segala nilai estetika seni muzik yang cukup tinggi. Daripada penciptaan lagu, penulisan lirik puitis, susunan muzik, persembahan vokal dan kesinambungan antara satu trak ke trak yang lain dibikin cukup teliti dan kemas sekali.

Sesekali dialog dalam filem diselitkan menambah mood kita sebagai pendengar menikmati satu pengalaman muzik yang cukup mengkhayalkan.

Dibuka indah dengan prolog humming dalam anthem Layar Lara yang cukup membuai perasaan sekali diselang-selikan dialog utama Ena Manjalara – Malik – Daud dan Seniwati Zai.

“Tanah ini daging kami,
Air mengalir di sungai itu darah kami,
Akar-akar pokok ini urat kami,
Belum ada harga boleh ganti akar umbi dan keturunan…” – Seniwati Zai

Kehalusan melodi tulisan Maman diteruskan dalam dua lagu favoritesaya dalam album ini Kasihku Pinjam Wajahmu dan Manja Lara. Feel Maman dalam dua trak ini antara yang cukup bernyawa sekali. I mean dengar saja persembahan soulful Maman dalam lagu Manja Lara and all those piano repertoires! Cantik sekali susunannya.

Translara (Ida Nerina) antara yang memiliki penulisan cukup sinikal sekali. Bait berikut;

“Ada filem takde panggung, ada idea takde duit,
ada pentas takde pelakon, ada shooting goyang selalu.”

And the best part goes to these lines

“Ada bakat takde value,
Ada rupa tapi kayu…”

Saya kembali terbuai dalam instrumental Keroncong Lara di mana petikan gitar Maman dan seruling Mohar menyatu sempurna dalam trak berdurasi 58 saat ini sebelum disambung kemas lagu Kalau Mahu Kenal (Azean Irdawaty) yang begitu funsekali dan diakhiri dengan dialog Seniwati Zai sebelum disambung melodi indah Man Bai dalam Kau Ilhamku.

Album ini ditutup dengan cukup sentimental sekali. Dua trak terakhir runut bunyi ini cukup buat saya sayu sekali. Senandung Lara memuatkan dialog Ena dan Zeniwati Zai dalam latar seruling Mohar sebelum diteruskan akustik gitar Maman.

Transisi dari satu lagu ke satu lagu dalam album ini cukup konsisten sekali. Ia bergerak atas satu landasan perasaan yang disulam dengan cukup indah sekali.

Saya kira di sini indahnya menikmati sebuah runut bunyi, kita dibawa jauh melayang mendalami setiap cerita dan karater yang ditulis sutradara.

Tugas Maman saya kira dalam memberi justifikasi terhadap filem ini cukup berjaya sekali. Album ini akan sentiasa diingati sebagai rujukan terbaik dalam sejarah penghasilan album runut bunyi tempatan.

 

 

#PerspektifMuzik,

#PerspektifMuzik Menyelongkar Ilham Indie – Pasaran Muzik Inggeris, Cross Over Market & Cerita Kebangkitan Sub-Genre

Bercerita tentang kebangkitan muzik indie yang banyak digerakkan Positive Tone di pertengahan 90-an sehingga era millennium – muzik Malaysia bergerak atas landasan revolusi secara total dalam skala yang cukup besar.
Saat kemunculan nama-nama seperti Butterfingers, Too Phat, O@G, Jason Lo, Pete Teo, Juliet The Orange, Deanna Yusuf dan lain-lain memberi warna dalam pasaran muzik tempatan yang ketika itu agak stuck dengan kitaran ilham muzik Saari Amri, Adnan Abu Hassan dan rock-rock ala Search, Wings dan XPDC.
Hal ini memberi lebih ruang untuk artis yang bergerak secara sendiri mendapat saluran tepat memperkenalkan bakat mereka ke peringkat lebih komersil dan seterusnya dikenali untuk mendapat radio airplay, pendedahan media cetak juga elektronik.
Tidak sekadar itu, karya-karya artis alternatif ini juga mendominasi sebahagian pencalonan besar Anugerah Industri Muzik terutama bagi kategori teknikal seperti rakaman album, kulit album, susunan muzik, muzik video dan lain-lainnya. Ini kerana dominasi utama kategori vokal dan album masih lagi diberi pada naskhah Pop komersil yang punya value menjadi naskhah malar segar.
POSITIVE TONE, KENNY TAY, JEFF SIAH & MR.MAN – AHMAD IZHAM OMAR!
Dua nama ini Jeff Siah dan Kenny Taymembuka Positive Tone dengan memperkenalkan album solo Leonard Tan yang pertama dengan hit Bintang Bukannya Satu. Langkah awal Positive Tones tidaklah begitu mendapat perhatian apatah lagi album Leonard Tan ketika diedarkan agak dipandang sepi.
Hanya selapas Ahmad Izham Omar dan Paul Moss join PT barulah jalan cerita syarikat rakaman ini mendapat perhatian yang lebih lagi dengan idea yang lebih segar dan besar. Saya kira ketika pertengahan 90-an tiada siapa yang berani seperti mereka dalam menghasilkan album yang besar ambisinya.
Lihat saja bagaimana impak 60’s TV daripada O@G mendapat perhatian luar biasa ketika diedarkan pada tahun 2004 dan momentum kehebatan mereka tidak berhenti selepas itu. Single Name of the Game, Knocked Silly, Slumber, Biru, Permysuri dan Nowwhy2 menjadi lagu-lagu yang ikonik dan evergreensehingga hari ini.
Nyata Izham dan Paul Moss tidak mahu hanya terikat pada idea alternatif rock semata-mata selepas Butterfingers berjaya dengan gemilangnya, PT memperkenalkan pula hip-hip Too Phat yang mencipta fenomena luar biasa. Ya saya ulang fenomena luar biasa.
Betapa luar biasanya Too Phat, sehingga berjaya menarik pasaran muzik biduanita Sharifah Aini dalam duet berjudul You. Tanpa henti di situ Too Phat meneruskan segala idea kolaborasi hebat mereka bersama Inul dan penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza.

When Izham wanted to release OAG questions flew. “It’s in English?! What’s this thing called Alternative? And they are only 16? Who will play their music? Where can we stock their CDs in the shops?” There was no place or space for Malaysian artists making it in English. – (Juice, 2009)

Persoalan di atas diajukan Izham saat dia mahu memasarkan O@G dalam pasaran komersil. Dan dek kerana keyakinan yang tinggi dan pemikiran ‘smart’ Izham dalam menilik pasaran muzik Malaysia, ternaya O@G berjaya dipasarkan secara meluas melangkaui batasan juga kerisauan Bahasa yang didebatkan.
Selepas itu satu per satu percubaan PT dalam meperkenalkan bakat inggeris tempatan. Ada yang berjaya, ada yang tidak – lumrah dalam percaturan. Setidaknya ia satu usaha yang cukup bagus daripada mereka kerana jika tiada yang mahu memulakan maka tiadalah revolusi yang akan dicipta.
EKSPRESI & KREATIVITI DALAM BERKARYA
Saya kira Izham dan pasukannya telah lakukan sesuatu yang sangat besar untuk pasaran muzik indie khususnya. Banyak bakat-bakat underground tidak lagi duduk di kepompong serupa tetapi berani untuk explore jauh ke pasaran yang lebih luas.
Selepas PT dijual kepada syarikat rakaman antarabangsa EMI pada tahun 1998, pasaran muzik Inggeris terus bergerak baik. Mereka masih lagi bebas berkarya tanpa kekangan dalam kreativiti. Saya suka menyebut di sini album-album seperti 360 (Too Phat), FIX (Deanna Yusuf), Transcendence (Butterfingers), Opera Radhi-O Friendly (O@G), Innuendo, Tubed (Ferhad), Poetic Ammo dan Hati Ini (Liza Aziz)menjadi album-album yang mengubah pasaran muzik tempatan.
Selepas O@G memperkenalkan Slumber, album studio Bahasa Malaysia pertama mereka – ramai kugiran tempatan yang mahu membuat album dalam Bahasa ibunda. Lihat sahaja Flop Poppy yang juga bermula dengan album inggeris dan kemudian KRU memperkenalkan Pretty Ugly dengan single quirky Francis Ford Coppola yang ideanya diambil daripada keratan akhbar dan dijadikan lagu.
Izham mengundurkan diri daripada kerjasa EMI pada tahun 2003 selepas EMI mahu menghentikan terus Postive Tones dan menjadikan ia seratus peratus EMI. Bermakna tiada lagi penggunaan nama serta logo di setiap produk yang dihasilkan.  

Menerusi PT juga kita membuka ruang bakat-bakat R&B untuk berdiri sama hebat dengan bakat lain. Innuendo membawa pulang 6 trofi Anugerah Industri Muzik Ke-5 adalah satu revolusi dan sejarah yang akan sentiasa diingati. Begitu juga dengan Ferhad, Liza Aziz dan lain-lainnya.

Masih ingat Gerhana Ska Cinta? Ritma Ska dan Reggae disatukan dengan hip-hip dalam album The Bew Authentic (2004) memberi impak berbeza dan pada masa yang sama menambah keterujaan dalam senario muzik tempatan ketika itu.
Kolaborasi mereka bersama Radhi menerusi Senyuman Ragamu dan Too Phat menerusi lagu Shake Yer Body begitu baik sekali penghasilannya. Tidak salah jika saya katakan The New Authentic menjadi antara album paling penting dalam perkembangan muzik ska tempatan.
Bersama Clorkworks Records yang dinaungi WP Tang memperkenalkan kita dengan nama besar lapangan indie yang lain seperti The Officials, A.C.A.B dan The Times yang masing-masing punya momen tersendiri dalam pemasaran muzik mereka.
Saya kira detik era 2000 antara yang paling mengujakan sekali. Semua bakat-bakat muda ketika itu mendapat sokongan penuh baik orang industri, pengikut muzik dan mastarakat secara keseluruhannya.
Dan di sini jugalah wujudnya kelompok cross over market yang mampu menikmati pop radio dan pada masa yang sama terbuka menerima bunyian baru dan corak baru muzik tempatan ketika itu.  Jika mereka tidak faham sepenuhnya sekalipun akan muzik yang dibawa setidaknya mereka mula boleh menerima kemunculan bakat-bakat ini.
KEMUNCULAN SYARIKAT RAKAMAN INDIE
Masih ingat FatBoys Record dan Laguna Records? Dua label yang meneruskan kelangsungan perjuangan bakat-bakat indie tempatan. Nama-nama seperti Disagree, Love Me Butch, Seven Collar T-Shirt, Estrella dan Couple mungkin tidak berjaya menembusi pasaran semasa tetapi mereka adalah nama-nama penting dalam meneruskan apa yang dimulakan PT.
Kemudian barulah mucul Hujan, Bunkface, Estranged dan Meet Uncle Hussein yang kembali membawa nama bakat indie ke pasaran muzik yang lebih luas. Siapa saja pernah menyangka indie band akan bawa pulang trofi Anugerah Juara Lagu?

Estranged membuktikan dengan hit Itu Kamu yang mencipta sejarah yang cukup tersendiri.

Kemudian menyusul Bunkface, Monologue, Amir Jahari, Bo dan Noh di pentas AJL bersaing dengan nama-nama komersial ketika itu seperti Jaclyn Victor, Shila Amzah, Hafiz dan Alyah. Di sini tiada lagi istilah indie. Evolusi muzik tempatan tidak lagi berat sebelah pada naskhah-naskhah komersil semata-mata. Masih ada ruang untuk bakat indie ke depan dan diterima dengan meluas.
FENOMENA INDIE HARI INI – ANTARA IDEA ASLI, CEDOK & GUNA PAKAI
Kita ada banyak potensi besar dalam bidang muzik hari ini. Nama-nama seperti Masdo, Sekumpulan Orang Gila (S.O.G) dan paling dominan tahun ini, Nastiayang berjaya memasuki carta lagu popular hari ini dengan bantuan Faizah Tahir menerusi Faithful Music.
Bakat-bakat ini bukanlah serratus peratus original. SOG mengingatkan saya pada corak nusantara Butterfinger, Orkes A. Hizadin terlalu Hujan (mungkin kerana diproduksi AG Coco) dan Masdo punya pakej bagus secara menyeluruh untuk mendapat perhatian lebih meluas.
Mendapatkan yang asli seratus peratus mungkin sesuatu yang mustahil tetapi setidaknya kita masih ada bakat-bakat yang mahu meneruskan kelangsungan bunyi-bunyian pop tak masuk radio ini. Sokongan berterusan harus diberikan supaya kita tidak hanya didendangkan salinan muzik Saari Amri yang diulang pakai.
Namun apa yang saya kira kita boleh banggakan hari ini tentu saja melihat bagaimana Loque berkembang sebagai pemuzik yang solid bersama Monoloque menyelongkar khazanah muzik Melayu dengan evolusi yang mahu diciptanya. Atau lihat saja Noh Salleh hari ini yang lebih sleek, solid, dan berada di kelasnya yang tersendiri.

#BetariSeni, Highlight,

25 Tahun Ning Baizura – Soul Queen, Kes Saman, Fantasi Seks & Kisah Di Balik Natural Woman

Saya menghabiskan masa seminggu ini membaca, mendengar dan melihat 25 tahun perkembangan karier seni muzik Ning Baizura yang gelombangnya bukan calang-calang jalur cerita. Jujur, selepas melihat susur galur seni bintang ini saya kira dia masih antara yang cukup kuat dan teguh meneruskan apa yang dijuangkan seawal tahun 1992.

Debut Dekat Padamu yang diedarkan pada tahun 1993, punca segala kemasyuran, kehancuran dan kebangkitan semula Ning dalam arena showbiz tempatan. Dengan debut hebat yang menampilkan hit malar segar seperti Curiga dan Dugaanku itu Ning mengisi segala cerita pojok media baik cetak mahupun elektronik ketika.

Lagu-lagunya bukan sahaja mengisi frekuensi radio semasa ketika itu malah membuktikan dia antara yang terbaik, Anugerah Industri Muzik mengiktiraf Dekat Padamu sebagai naskhah Album Terbaik dan Ning diangkat sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik ketika itu.

Ning menjadi penyanyi wanita pertama yang mendapat dua trofi itu pada masa yang sama. Sejarah yang tidak mungkin dipadam sehingga hari ini. Ning cuma tewas bagi kategori vokal ditangan Shima menerusi album Shima 3 yang menampilkan hit, Teringin.

Segala magis-magis yang direncana Sony Music bersama JP Abdullah dan Jari ini begitu menjadi sekali. Saya kira antara faktor utamanya adalah kerana ketika itu bakat-bakat baru yang hadir semuanya berlegar idea serupa dan Ning hadir dengan satu corak suara dan balada yang sedikit berbeza.

Lihat sahaja lagu-lagu dalam dua album terawal seperti Kerana Fitnah, Mungkin, Izinkan, Penjara Kasih dan In Another Life yang semuanya punya feel international – baik daripada nyanyian Ning sehinggalah penciptaan serta produksi muziknya. All that sax dalam Penjara Kasih just a great masterpiece.

ning di awal pembabitan dalam bidang muzik. gambar: instagram ning baizura

BRANDING NING SEBAGAI PENYANYI POP YANG TERSENDIRI

Melengkapkan portfolio seni Ning sebagai penghibur Pop, album Teguh muncul dengan lebih solid, kemas dan hebat sekali. Dikemudi produser muzik Mark J. Feist (Individu yang juga produser Mary J Blige, Spice Girls, Kelly Rowland dan Emotion oleh Destiny’s Child)

Teguh adalah album terbaik Ning melangkaui mana-mana album sekali pun. Di bawah kendalian juga pengawasan Johari Teh sebagai penerbit eksekutif, album ini turut menampilkan lagu ciptaan Hari dan Boon Tan juga Ramli M.S sebagai arranger.

Album ini membawa standard muzik Ning lebih tinggi dan meninggalkan semua penyanyi Pop balada ketika itu (Ziana Zain, Fauziah Latif) yang masih menggunakan formula balada yang serupa dalam album-album mereka.

Teguh menjadi bukti kesungguhan juga keseriusan Ning dalam mencipta sesuatu yang berbeza dan lebih bersifat antarabangsa. Selepas Teguh Ning tampil dengan album Inggeris Always yang sekali lagi memberi impak luar biasa dalam kariernya. Lagu-lagu seperti Human, You Promised But You Lied dan You & I antara naskhah yang mendapat perhatian.

ANDRIAN HOBS, JUSTIN WILLIAM DAN PENIPUAN WANG 900K

Masih ingat dua nama ini? Kalau tidak, mereka berdua adalah pengurus yang dilantik oleh pihak Ning untuk merencana karier bintang ini ke peringkat antarabangsa namun kerana dua individu ini jugalah Ning hampir diisytihar sebagai bankrup.

Impian Ning untuk ke peringkat antarabangsa terkubur dengan begitu sahaja. Malah selepas itu, bak jatuh ditimpa tangga satu per satu kontroversi melanda bintang ini sehingga dia disisihkan kadang dikeji.

Bermula dengan kes cium Julio Iglesias selepas persembahan di Kuala Lumpur sehinggalah kes yang paling meninggalkan kesan sepanjang kariernya – fantasi seks dengan lima lelaki menerusi temu bual majalah FHM keluaran tahun 2000.

FANTASI SEKS LIMA LELAKI, BEST BUTT AWARDS – “After All Fantasy is Just a Fantasy..”

Masih ingat Miss Ribut menerusi pojok Mingguan Malaysia? Dialah individu pertama yang membesarkan isu fantasi seks Ning dalam majalah FHM ini dengan begitu meluas sekali. Ning ketika itu sehingga dilabel sebagai tidak bermoral.

Whats your biggest unfulfilled fantasy?

I know it’ll never happen but it involves five guys and me. All at the same time.

Dan nyata kenyataan ini dipandang berat masyarakat lalu menghentam Ning habis-habisan. Media semakin kurang menyokong dan memberi liputan serta album Pujaanku (1999) dipandang sepi. Namun begitu provokasi Miss Ribut seperti mahu melihat Ning dibenci atau mahukan akhbar mereka laris sehingga dia lupa untuk menyatakan ayat akhir Ning dalam temu bual tersebut;

After all fantasy is just a fantasy. Haha…

gambar: glam

“NATURAL WOMAN” PERTARUHAN YANG AMAT MEMBANGGAKAN

Ning bersama AMS Records yang dimiliki Masaki Ueda dan Chica Asamato mengambil masa setahun menerbitkan Natural Woman yang solid sound dance, Pop & R&B yang balance dalam kualiti rakaman yang cuku hebat sekali.

Empat lagu dicipta Ning menerusi album ini seperti No No dan Keep On Movin’ ditulis dalam studio di sana. Ning menghabiskan masa setahun menghasilkan Natural Woman untuk diedarkan di pasaran Jepun pada tahun 2001.

Natural Woman menampilkan sisi urban seorang Ning Baizura. Biar ketika itu tiada lagi media massa yang mempedulikan album tersebut, Saniboey Mohd Ismail – Editor Sentiasa Manja ketika itu memberi ruang untuk Ning kembali mengisi muka depan majalah.

Zurina Waji menerusi Sentiasa Manja isu November 2001 menemu bual Ning dalam satu temuramah yang cukup personal sekali. Tentang bagaimana dia menghadapi hidup selepas kontroversi, kekuatan dan obsesinya ketika itu – album Natural Woman.

No way Ning akan pergi International macam apa yang Ning cakap 10 tahun lalu. No way untuk record English album dan jual berjuta…

 Dan atas alasan itu dia mengembara ke Jepun sendiri untuk merakam Natural Woman to up lift the standard muziknya ke peringkat lebih baik. Jadi di sini Ning melalui satu lagi episod kehidupan yang lebih jelas akan arah muziknya.

Bersama AMS Records kembara Ning disusun kemas. Peluang baginya mempromosi bakat di Tokyo, Osaka dan Nagoya berjalan lancar. Dan dengan bantuan Chica juga Ning berjaya mendapat slot persembahan di kelab Jazz terkemuka Blue Note yang hanya menampilkan penghibur kelas satu dunia seperti Chaka Khan.

Sejujurnya fasa Natural Woman ini adalah fasa terbaik Ning dalam pengurusan kerjayanya di bawah kendalian Vernon. Ning mula terlibat dengan produksi-produksi yang lebih kecil skalanya tetapi berjiwa besar. Filem pendek Malaikat Di Jendela antara contoh terbaik.

KORDINASI KARIER BERSAMA VERNON KEDIT

Ning mula bangkit dalam rencan karier yang lebih terancang bersama Vernon. Ning dalam artikel Sentiasa Manja menyifatkan dia memerlukan tenaga muda yang punya drive untuk menggerakkan kerjayanya ke peringkat yang lebih matang dan baik. Oleh itu hadirlah Ning Inc yang ditubuhkan untuk pemasaran Ning yang baru.

Bersama Vernon, Ning menemukan formula baru serba segar dalam album terbitan Ajai berjudul Selagi Ada…Ning. Album ini menjadi comeback terbaik di pasaran semasa. Lagu-lagu seperti Kembali dan Selagi Ada Cinta meletakkan Ning kembali menguasai carta radio serta mengembalikannya ke pentas AIM juga Juara Lagu.

Dan selepas itu satu demi satu kejayaan dilakar. Selepas Selagi Ada Cinta dinobat sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik dan tahun berikutnya Awan Yang Terpilu mengulang kemenangan serupa. Malah album Erti Pertemuan mendapat liputan meluas media yang meletakkan album itu sebagai album terbaik Ning.

She’s back on track. Ning kembali disenangi mungkin juga kerana faktor penyatuan semula Ning bersama bapanya yang turut menjadi bahan cerita di sebalik pembikinan Erti Pertemuan. Lagu-lagu dalam Erti Pertemuan punya cerita personal Ning sebagai individu. Berjaya dengan single Awan Yang Terpilu, Bebaskan dan Senang Tari.

…DAN SIAPA LIGUI BOJANA?

Pernah dengar tak tentang kehadiran album East to West? I hate everything about this album. Daripada cover album, lagu-lagunya sehinggalah muzik video Age of Pollution. Semuanya kelihatan terlalu murah dan kedengaran murah.

Pertemuan Ligui Bojana bersama Ning dalam satu persembahan di Planet Hollywood bagi saya adalah bad idea. Projek album ini tidak membawa Ning ke mana-mana tahap yang boleh dibanggakan. Saya boleh katakan pelaburan Ning dalam Natural Woman jauh lebih membanggakan.

Bersama East to West, Ning mengembara ke Eropah dalam tour skala besar katanya namun tiada sebarang laporan media yang besar dilaporkan. Album ini bagi saya terlalu teruk dan tidak salah saya katakan ini album terburuk sepanjang karier Ning.

Namun bagaimanapun, pertemuan bersama Ligui Bojana ini setidaknya membuka peluang untuk Ning membuat persembahan di hadapan Prince Albert of Monaco. Tapi setakat itu sahajalah, pelaburan Ligui untuk rencana karier Ning tidak berterusan dan Ning kembali diam buat beberapa tahun.

ANOTHER COMEBACK, A BETTER ONE

Setelah sepi beberepa tahun selepas fasa East to West (2008) Ning mendirikan rumah tangga dan melalui kehidupan sebagai isteri. Jadi seperti kebiasaan artis-artis wanita yang lain, ini fasa bahagia yang mana fokus sudah berubah.

Sehinggalah tahun 2011, Ning dengan pengurusan baru di bawah Universal Music menghasilkan sebuah album solo dan album kolaborasi bersama Shila Amzah dan Jaclyn Victor. Maka terlahirlah Dewa (Audi Mok) dan 3 Suara (Kevin Chin) – dua album penting tahun tersebut.

Dewa mengembalikan Ning pada asas muzik R&B nya dengan sentuhan lebih moden dan personal. Lagu-lagu seperti Bila, Mama Papa dan Alhamdulillah mengembalikan Ning ke landasan yang betul. Dan kegemilangan Ning beterusan dengan kolaborasi 3 Suara menerusi hit Di Mana Di Mana dan Beribu Sesalan.

Kali terakhir, pada tahun 2013 tampil dengan album remake berjudul Kekal yang menampilkan lagu Bukan Wanita Sempurna. Sekadar itu, Ning selepas cerita-cerita kontroversi sana sini semakin matang menjalani kehidupannya bersama suami dan Ryan.

Ning hari ini saya kira lebih matang sebagai seorang individu / wanita yang bijak dalam merencana kehidupan serta karier. Sehingga itu tiada lagi khabar-khabar kurang enak kita dengar. She evolves as a person.

Saya kira di saat ini kita masih lagi teruja menanti apa lagi yang mahu ditawarkan Queen of Soul ini. Semoga aturannya lebih kemas, percaturannya lebih mengena dan kita sebagai pendengar lebih bersedia untuk menyokong kariernya. Saya mahu menutup artikel ini dengan kata-kata Ning yang paling mengesankan ini.

Being a young Malay singer means that the tabloid press is just waiting for you to make a mistake so that they can jump in and tear you to shreds…

…and that’s how strong she is!


ARTIKEL BERKAITAN

Aishah: 3 Dekad Ranjau & Gemilang Suara Seorang Biduanita

Uncategorized,

#RoadToAJL32 Daftar Lengkap 30 Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 32

Debaran makin dirasai, pentas semi final Muzik-Muzik 32 bakal menyaksikan 30 buah lagu bertanding bagi merebut gelaran Juara Lagu yang seterusnya selepas Lelaki Teragung tahun ini. Berikut 30 lagu yang layak bertanding. Bold pilihan Muzik Kita tapisan pertama. Full review menyusul dalam minggu ini.
29 Oktober 2017
Aishah – Projektor Band
Akhirnya Cinta – Salma
Bukan Propaganda – Mawi  
Sejati – Faizal Tahir
Bayang – Khai Bahar
Di Sana Cinta Di Sini Rindu – Tajul & Wany Hasrita
Mati – Ayda Jbat
Amboi – Altimet
Aku Yang Sebenar – Hazama
Segalanya – Haqiem Rusli
5 November 2017
Jangan Pernah Berdusta – Haiza & Aepul
Aku Sanggup – Sufi
Rempuh – Tomok & Black
Jangan Menangis – Aizat
Harus Aku – Sufian
Zalikha – Floor 88
Warkah Untukku – Ara
Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah
Permata Cinta – Aiman Tino
Terus Mencintai – Siti Nordiana
12 November 2017
Aku Cinta – Ernie Zakri & Syamel
Sedalam-Dalam Rindu – Tajul
Berakhirlah Sudah – Atmosfera
Menanti Janji – Ronnie Hussein
Tergantung Sepi – Haqiem Rusli
Lagu Untuk Laila – Akim & The Majistret
Jampi – Hael Hussaini
Menahan Rindu – Wany Hasrita
Lebih Sempurna – Syamel
Sabar – ismail Izzani

#BetariSeni,

Liza Hanim – Transisi Ratu Balada ke Pentas Teater

Maaf jika saya bias. Liza Hanim adalah favorite vocalist saya melebihi mana-mana pun penyanyi yang pernah dicipta di Malaysia. Dia punya feel, clarity dan projection hebat dalam penyampaian yang tiada tandingan. Saya akan sentiasa terbuai mendengar dendangannya dalam mana-mana trak sekalipun.

Gelisah Mimpi, Andainya Aku Bersuara, Ku Idamkan Rindu, Merawat Luka Terpendam, Getaran Cinta Di Jiwa sehinggalah magis yang dicipta ketika di pentas P.Ramlee The Musical sebagai Saloma. “You are the best Saloma. Saya boleh tonton anda pada bila-bila masa di YouTube”. Kata saya padanya.

“P.Ramlee The Musical merupakan satu fasa yang memberi impak berbeza sepanjang karier saya sebagai penghibur.” Katanya membuka bicara.

“Saya tak pernah bayangkan untuk terlibat dalam produksi teater muzikal sebesar itu tapi Alhamdulillah peluang itu datang pada masa yang betul di saat saya memerlukan sesuatu yang baru untuk dicuba.”

Sama seperti Dayang Nurfaizah bakat ini dicungkil daripada pertandingan nyanyian  Golden Teen Search. Biar gagal mendapat tempat teratas rezekinya sebagai penyanyi masih terbuka dengan peluang yang juga datang daripada Datuk Adnan Abu Hassan dan terlahirlah debut “Epilog” pada tahun 1997 yang menampilkan produser hebat seperti Azmeer, LY dan Adnan sendiri.

Ketika Getaran Cinta Di Jiwa memanjat carta radio, Liza harus siap bersaing dengan Siti Nurhaliza yang ketika itu mencipta fenomenanya sendiri. Biar begitu kehadirannya tidak langsung sepi – satu per satu album diterbitkan Suria Records sehingga yang terakhir Ku Teruskan pada tahun 2003 sebelum memutuskan untuk bergerak sendiri.

Selepas album Imagin dan P.Ramlee The Musical, kelibatnya dalam industri muzik semakin menjauh. Soal saya padanya adakah kerana fokus hidup sudah berubah atau sudah tiada lagi tawaran yang menarik perhatiannya.

“Ketika album Imagin diterbitkan saya baru menubuhkan syarikat sendiri yang fokusnya lebih kepada pengurusan majlis dan pengiklanan.  Slowly somehow I got immerse in this business yang membuatkan fokus saya beralih seketika. “

Biarpun begitu saya rasa peralihan ini sesuatu yang sangat baik kerana saya bermula sebagai front liner dan kurang arif tentang kerja belakang tabir. Jadi bila sudah berada di posisi berbeza saya belajar lebih banyak perkara tentang selok-belok produksi.”

Tambah Liza lagi “Selain fokus kerjaya berubah saya juga tidak mahu lepas peluang melihat anak-anak membesar. Satu hal harus dilepaskan demi menjaga satu lagi perihal yang harus diutamakan terlebih dahulu. Bukan berhenti terus dari menyanyi tetapi berehat seketika dalam kitaran hidup yang berubah.”

Tahun lalu dia kembali dengan single Egoismu untuk drama siri Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Menjadi bukti vokalnya masih antara yang terbaik dia dicalonkan dalam kategori Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik tahun lalu.

Bakat seperti ini tidak datang selalu jika datangnya pada masa yang salah dan tidak beriring tuah maka sekejap sahajalah datang menyinggah. Namun saya pasti biar sepuluh atau dua puluh tahun mendatang sekali pun nama Liza Hanim pasti akan kita ingat, kita sebut dan rindu bila disoal siapa penyanyi terbaik yang pernah kita ada sama seperti Dayang, Ella dan Misha.

Soalan akhir saya padanya – apakah momen terbaik  sepanjang kariernya?

The beginning of the journey is magical but Saloma is the best era of my journey. The feeling is out of this world.

Biar kita kunci ingatan itu di situ dahulu sebelum dia mencipta lebih lagi magis selepas bayi keempat yang dikandung ini melihat bumi. Dan semoga selepas itu impian menerbitkan album sepenuhnya bersama iringan lengkap orkestra mampu mengubat rindu yang datang bertamu.

DISKOGRAFI

Epilog (1997)
Di Manakan Ku Cari Ganti (1998)
Puteri Jelmaan (1999)
Istimewa (1999)
Isyarat Jiwa (2001)
Ku Teruskan (2003)
Imagin (2007)

*Artikel ini disiarkan dalam Majalah EH! Mei 2015


ARTIKEL BERKAITAN