Gerakan muzik underground atau indie saya kira tidak akan berhenti selagi masih banyak darah muda yang berani meneruskan sesuatu yang menentang arus perdana sehingga mereka masuk ke arus perdana.
Apa yang dimulakan oleh legenda underground sekitar hujung 90-an dahulu – Cromok, Butterfingers, Sven Collar T-Shirt, Hujan, Bunkface dan lainnya akan sentiasa akan diteruskan. Corak muzik bagaimana yang menjadi percaturan atau apa lagi revolusi yang mahu diperkenalkan itu cabaran sebenar mereka.
Apa yang harus dilakukan anak-anak muda ini adalah untuk tidak mengalah dengan pasaran semasa. Pedulikan jauh tentang penerimaan radio – diorang tak nak main diorang punya hal. Apa yang pasti anak-anak muda ini akan sentiasa ada pengikut yang jujur menyokong dan faham akan visi yang dibawa.
Tahun ini nama-nama seperti Masdo dan Orkes A Hizadin di bawah kendalian AG Coco menempa kejayaan cukup luar biasa. Begitu jua dengan Sekumpulan Orang Gila. Selepas Ali Aiman muncul kira-kira 3 tahun lalu belum ada bakat solo yang sebaiknya. Berikut kami senarai pendek Produksi Muzik Idie Terbaik sepanjang tahun pilihan Muzik Kita.
ORKES A HIZADIN / KEJAYAAN / 2.5 BINTANG
Debut baru diedarkan kira-kira sebulan ini membawa nama Orkes A. Hizadin ke satu tahap yang saya kira sudah cukup untuk meyakinkan peminat muzik lokal. Ketelusan Amir dan rakan-rakan dalam penulisan terutamanya saya sangat sanjung tinggi. Banyak bakat baru yang baik dari segi muzik tetapi kurang arif di bahagian penulisan lirik. Kritikan sosial Amir tentang hidup, cinta dan cita-cita cukup realistik sekali. Tahniah Orkes!
SEKUMPULAN ORANG GILA / TERBANGLAH
Saya kira S.O.G antara indie band yang ad akelas tersendiri. Kraf muzik mereka nak kata terlalu original tidak juga tetapi ia punya satu struktur yang sangat tersendiri. Terbanglah bukan calang-calang lagu, ketelitian mereka pada muzik itu yang saya dapat saat mendengar lagu ini. Karya begini saya kira dalam masa 10 tahun akan datang akan jadi rujukan kugiran-kugiran baru yang lainnya.
MASDO / SELAMAT TINGGAL PUJAAN
Bunga yang beredar tahun lalu membawa jenama Masdo sebagai kugiran post agogo – pop yeh yeh ini antara yang cukup diterima baik. Saya sukakan idea mereka untuk mengembalikan segala feel era A.Ramlie, M.Shariff dan Jeffrydin dalam situasi muzik hari ini yang semakin meminggirkan elemen ini. Masdo harus diangkat lebih tinggi, ke pentas ke lebih besar dalam skala yang lebih luas.
MAD & RISSA / AMBIGUITAS
Feel Mad & Rissa saya kira perfect for the weekend. Citarasa indie, nusantara, retro dan pop yang raw tidak terlalu teknikal. Indonesia banyak kugiran begini Pandai Besi dan Efek Rumah Kaca umpamanya yang berada di jaluran muzik serupa. Debut Ambiguitas saya kira sudah cukup untuk menjadi platform bagi mereka terus berjalan.
PASTEL LITE / BALADA
Duo ini bergerak atas nuansa melodi yang saya kira mencedok penuh idea pemuzik indie luar yang dizahirkan dalam sebuah album penuh yang produksinya not bad at all. Originality mungkin sesuatu yang harus difikirkan untuk naskhah masa depan tetapi potensi sebagai pemuzik tidak boleh disangkalkan.
MADY HARMIDI / KAU DAN AKU
Lagu Kau dan Aku beri justifikasi pada bakat ini. Tidaklah terlalu bagus atau original tetapi punya potensi yang baik untuk dikembangkan since tak banyak sangat solo lelaki yang mahu bikin muzik begini. Kalau Indonesia bangga ada Rendy Pandugo then why not kita bagi lebih ruang untuk Mady evolve. Aizat dulu pun tidaklah terlalu bagus but tengok di mana Aizat sekarang.