
Ketika Belaian Jiwa pertama diperkenalkan pada halwa massa sekitar 1998, saya baru menginjak masuk usia 13 tahun. Kiranya baru nak masuk form 1 dan sejujurnya saya tidak kenal apa itu muzik R&B kecuali mendengar beberapa lagu daripada Boyz II Men atau Mariah Carey (itupun kerana lagu mereka popular di radio).
Jadi dengan kemunculan Innuendo sebetulnya buat saya makin dekat dengan genre muzik ini. Selepas itu barulah saya kembali mengorek balik kewujudan muzik R&B tempatan dengan bahan bacaan (esp. daripada Saniboey Ismail) dan mendengar kembali semua album-album awal Sheila Majid, Ning dan Fairuz Hussein.
Menerusi dua album penuh (Innuendo & BrandNuendo) dan sebuah album remix (Enhanced) Grup ini cukup cemerlang meyakinkan pasaran muzik semasa dengan muzik R&B yang sebelumnya agak sukar menembusi pasaran luas terutama penerimaan radio. Dan remake kejayaan Belaian Jiwa maka lahirlah pejuang R&B yang lainnya membuat remake lagu-lagu lama dengan sentuhan lebih moden dan segar.
Ferhad dengan Kasih Berubah, Ruffedge menyusul dengan Khayalan dan sebelum itu KRU memperkenalkan Indigo dengan single rakaman semula Suraya.
HARMONI VOKAL TERBAIK
Back to cerita Innuendo, tahun ini debut yang dihasilkan sepenuhnya kreativiti Ahmad Izham Omar bersama pemuzik hebat lainnya menjadikan Innuendo sebagai benchmark baru hala Pop tempatan ketika itu.
Biar muzik mereka agak ke depan berbanding pemuzik yang lain dan dianggap sebagai terlalu berani – tiada siapa yang menyangkal Belaian Jiwa adalah remake terbaik yang pernah dihasilkan.
Saya masih ingat kali pertama mendengan If I Could yang pantas mengingatkan saya pada lagu Boyz II Men. Harmoni vocal mereka begitu hebat sekali, dengarkan saja lagu-lagu seperti Selamanya, So Good Inside, Just For You, Until End of Time dan tentu saja Belaian Jiwa.
Saya fikir jika tiada Innuendo sebagai penggerak utama kumpulan vokal yang berani mempertaruhkan R&B sebagai percaturan, nama-nama seperti Rufffedge dan V.E belum tentu ada untuk mengisi demad yang dicipta.

Kegemilangan Belaian Jiwa Membawa Tuah Buat Innuendo Mencuri Perhatian Pendengar Muzik Tempatan.
REKOD ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-5
Debut ini tidak hanya membuka mata pendengar muzik semasa ketika itu, namun perhatian diberi ke peringkat lebih tinggi. Percaturan album ini nyata bukan sesuatu yang sia-sia apabila Innuendo mencipta sejarah tersendiri dengan membawa pulang 6 anugerah utama AIM ke-5.
Mereka membawa pulang trofi bagi kategori Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik, Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Belaian Jiwa) dan Lagu Terbaik (Selamanya) ciptaan Azlan Abu Hassan.
Dan sehingga hari ini saya kira rekod anugerah terbanyak dalam satu majlis masih lagi dipegang oleh mereka.
Hari ini tiada lagi Innuendo, atau tidak salah jika saya katakan tidak akan ada lagi Innuendo. Namun apa yang mereka tinggalkan buat perkembangan industry muzik tempatan sudah tercatat dalam sejarah yang takkan mungkin dapat dipadam dan akan sentiasa diingat SELAMANYA.
ARTIKEL BERKAITAN
#PerspektifMuzik Menelusuri 3 Dekad Susur Galur Perkembangan Muzik R&B Tempatan