Highlight, Review, Terkini,

Gurindam Moden The Venopian Solitude Dalam Derum Deram Bisingnya Sebuah Pelayaran Muzik Yang Melekakan

Album: Hikayat Gundik Berirama (2019)
Artis: The Venopian Solitude
Producer: The Venopian Solitude

Ketika awal mereka hadir dengan album “Hikayat Perawan Majnun” pada tahun 2014, saya melihat The Venopian Solitude (TVS) sebagai the westernized Kembara, M.Nasir dan Kopratasa yang hadir dalam landskap muzik nusantara yang dimodenkan, dibaratkan dengan satu idea muzik yang lebih eksperimental dan bercitarasa tinggi.

Lagu-lagu di album tersebut seperti “Mahar”, “Kembang Bunga” dan “Khilaf Ratna” sehingga hits nombor satu mereka “Tenangkan Bontot Anda” menzahirkan sesuatu yang begitu diperlukan pasaran muzik tempatan ketika itu yang stagnant dengan ilham lagu-lagu tema drama bersiri.

Album tersebut juga sempat memasuki senarai lima teratas Anugerah Industri Muzik tapi malangnya hanya dalam kategori Rakaman Album Terbaik sahaja sedangkan album ini sepatutnya menang Lagu Terbaik (Tenangkan Bontot Anda), Kulit Album Terbaik dan Album Terbaik.

Tapi itulah mungkin juri-jurinya ketika itu terlalu tua untuk idea muda mereka. Tak mengapa kerana apa yang penting mereka telah menghasilkan sesuatu yang cukup besar idea dan jiwanya. Setidaknya saya percaya untuk jangka masa sepuluh tahun mendatang album tersebut akan dijadikan wadah bicara intelektual muzik tempatan.

TVS tahun lalu muncul dengan album penuh terbaru mereka secara fizikal dan saya kira hanya baru-baru ini sahaja album berjudul “Hikayat Gundik Berirama” ini menjengah pasaran digital untuk kita menikmatinya secara berulang dan percuma.

Album ini dibuka dengan begitu progresif dengan lagu “Layar” (TakaharaSuiko ) yang seperti saya harapkan hadir dalam elemen “nusantara kebaratan” yang menjadi signature muzik mereka. Seperti biasa Takahara Suiko cemerlang dalam penulisan liriknya yang sarat dengan pemilihan kata yang cerdik-cerdik belaka.

“Ekoran fikiran bertasbih
Deras talian tak habis
Mulut berkumat-kamit menggamit
Sahutan makin lantang
Minda yang berkumandang..”

“Madhouse” (Mohd Shafiq Razak / Suiko Takahara) dan “Jauhari” (Mohd Shafiq Razaq / Riviyamin Ruslan / Suiko Takahara) hadir semakin bising dalam ilham psikedelik. It’s like watching early work of Michel Gondry. Kabut, serabut dalam pelayaran emosi yang sanga-sangat berkecamuk.

Saya cuba memasuki dunia mereka kali ini dalam adrenalin deras kopi pekat yang saya hirup, memejamkan mata seketika dengan menguatkan volum suara headphone yang akhirnya menemukan saya dengan satu nikmati khayalan tingkat berbeza dalam menghayati muzik.

 “Zigurat” menurut saya antara lagu terbaik di album ini. Mendengar pertama kali lagu ini membuatkan saya mahu mengulang dengarnya lagi dan di saat kali kedua saya mendengarnya saya membayangkan lagu ini sebuah kolaborasi TVS bersama Zainal Abidin. Semangat dan drive lagu ini benar-benar mengingatkan saya pada dua album Zainal iaitu “Gamal” dan “Terang…Sang” especially di bahagian:

“Hilang semua permata
Lalu hilang jiwa si nusa dan bangsa
Pertiwi tak mampu lagi
tegak berdiri
Dicemari tangan yang tiada jati”

“Run” (Suiko Takahara) kurang hook dalam melodinya, “Camaraderie” (Ahmad Khair / Danny On The Beat / Muariffah / Sabbala / Suiko Takahara) lebih berkesperimental dengan muzik Hip-Hop Lawa Nie Geng. Dasyatnya lagu ni dah macam dengar Kendrick Lamar. Bahagian Lawa Nie Geng benar-benar memberi warna dalam lagu ini. This one juga satu daripada lagu terbaik di album ini.

“Deras” (Suiko Takahara) sekali buat saya melayang dengan penulisan liriknya

“Suara gigih meraung
Sakit mimpi berdentum
Diseret celaka
Dihimpit gundah gulana
yang maya
Menetas ‘syurga’
Layu disiram racun
Sayu diperam taufan mendayu
Mencarik tiap
Naluri yang siap siaga
Berarak ke neraka dan Bertempik dengan iblis
yang terusik lalu menyeru…”

“Brace” (Eyza Bahra / Suiko Takahara) kembali hebat dalam sebuah kolaborasi dua suara berbeza yang menyatu baik menzahirkan sebuah roh yang begitu ‘haunted’ sekali penghasilannya. Saya terlalu suka dengan penampilan Eyza di lagu ini. Vokalnya memercik satu feel berbeza di album ini.

“Bubar” (Suiko Takahara) hadir dalam feel berbeza yang lebih psiko dan menakutkan rasanya. And this time saya tak tahu mengapa suara Noraniza Idris bergulir meliuk bermain di ilusi saya. Sedap gila lagu ni, semacam satu Gurindam moden yang hadir dalam persembahan muzik yang cukup cemerlang sekali.

Album ini ditutup dengan dua lagu yang meredakan laju adrenali saya mendengarnya “Dust” (Ruviyamin Ruslan / Suiko Takahara) dan “Phoenix” (Asmidar / Suiko Takahara). Saya sukakan attitude vokal Asmidar di lagu ini totally different vibe daripada apa yang sering dilakukannya di pasaran muzik Pop.

Saya menghela nafas lega dalam senyuman usai menikmati album ini. Ibarat sebuah perjalanan panjang yang berawal keliru apa arah tujuannya sehingga menemukan saya dengan sebuah destinasi muzik tempatan yang membanggakan. Tahniah buat semua warga kerja album “Hikayat Gundik Berirama” ini, anda semua hebat-hebat orangnya.

TVS sudah melakukan sesuatu yang cukup luar biasa untuk kita sebagai pendengar bangga dengan produk tempatan. Muziknya mungkin bukan santapan biasa halwa telinga anda tetapi sekali sekala untuk kita ubah citarasa itu sebetulnya mampu mengubah perspektif kita bahawa muzik Malaysia itu tidaklah ketinggalan cuma kena kurang-kurangkan dengar radio je dan cari galilah bakat-bakat hebat seperti ini untuk kita berasa bangganya menjadi penggemar muzik Malaysia.

9.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Gelapkan Sekitar, Pejam Mata dan Bersandarlah Melewati Kelembutan Seriosa Merdu EP “Hati-Hati”

Review, Terkini,

Melewati Dua Single Terbaru Ali Aiman Dalam Layang Rasa Yang Membuai Sanubari

Lagu: Bersamamu & Jangan Kau Pulang 
Artis: Ali Aiman
Komposer / Lirik: Ali Aiman
Produser: Ali Aiman

Nama Ali Aiman dalam pasar besar muzik komersil tempatan mungkin masih hijau memandangkan konsep muziknya yang sedikit asing daripada pendengaran pendengar lokal terutama yang masih senang melayan Balada kitar semula.

Sejak mula bermuzik sekitar 2014 dengan EP “Overture” yang menarik perhatian pendengar urban khususnya dengan hook memikat di lagu “Breathe”, nama Ali Aiman mula dilihat sebagai sosok yang bakal memberi warna berbeza pasaran muzik lokal.

Setelah EP tersebut dia muncul dalam album penuh “Circles” yang sekali lagi hadir dengan penuh citarasa muzik dalam standard yang cukup tinggi. Di saat ini kita dapat lihat betapa ada sebenarnya bakat muda lokal yang mampu meninggikan standard muzik tempatan ke tahap yang lebih baik

Terkini Ali Aiman muncul dengan dua single di tahun 2020. Bermula dengan lagu “Bersamamu” pertaruhan soulful ballad dalam ilham lo-fi yang membuai lembut dalam kemasan muzik yang cukup baik cuma saya kurang gemar dengan penulisan liriknya yang sejujurnya bosan dan tiada apa yang begitu memikat pilihan kata-katanya. Namun melodinya sangat-sangat baik

“Jangan Kau Pulang” sebuah lagi rilis Ali Aiman tahun ini. Lagu yang asalnya dihasilkan sekitar 2014 dengan feel Indo Pop ala Dewa 19 ini hadir dalam rendisi yang lebih memikat rasa. Ballad Jazz yang ditawarkan Ali Aiman menerusi rendisi terbaru ini begitu baik sekali penghasilannya.

Seawal petikan piano di awal lagu sudah cukup buat saya melayang dan feel penyampaian Ali menrusi lagu ini menerbitkan romantisme yang begitu jujur sekali hasilnya. “Jangan Kau Pulang” versi terbaru ini saya kira harus menjadi benchmark muzik Ali selepas ini.

Ali Aiman punya potensi besar untuk bergerak dalam skala besar di pasaran mainstream dengan penghasilan lagu dalam berbahasa Malaysia sebetulnya berbanding bahasa Inggeris yang mungkin sudah banyak di pasaran. We really hope Ali Aiman boleh menghasilkan full Malay EP soon.


ARTIKEL BERKAITAN

Pop Masa Depan – Cerita Tiga Bakat Ali Aiman, Kuizz Shah & Alif

Review, Terkini,

Ahmad Izham Omar Kembali Membuah Ilham Menerusi “Di Pagi Raya Ini” Persembahan Dayang Nurfaizah

 

Lagu: Di Pagi Raya Ini
Artis: Dayang Nurfaizah
Komposer / Lirik: Ahmad Izham Omar
Produser: Audi Mok

Pasaran Pop Raya tahun ini bergerak progresif dengan senarai rilis yang datang dengan cukup meriah sekali. Semakin banyak lagu baru dihasilkan dalam feel muzik semasa yang lebih current seperti apa yang ditawarkan kebanyakan penyanyi baru.

Satu antara lagu baru yang terhasil menarik adalah karya Ahmad Izham Omar yang sekian lama tidak menghadirkan sebarang naskhah terbaru hadir menghasilkan sebuah lagu raya istimewa berjudul “Di Pagi Raya Ini”.

Dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah, lagu ini merupakan sebuah ciptaan khusus untuk semua individu yang berada di barisan hadapan dalam mengharungi fasa pandemik Covid-19.

Dedikasi khas ini dihadirkan dalam melodi lembut dengan lirik sederhana menyentuh. Antara bait yang istimewa dalam penulisan lirik Ahmad Izham Omar Apa khabar semua sana? Harap kau berada di dalam Rahmat-Nya”

Ahmad Izham Omar yang cukup dikenali dengan karya R&B Pop menerusi hits seperti Akhirnya (Innuendo & Camelia), Tak Rela (Liza Aziz) memilih Audi Mok bertindak sebagai penerbit lagu ini yang memercik elemen Pop dalam persembahan merdu Dayang sepanjang lagu.

Semoga kolaborasi tiga bakat muzik ini akan diteruskan untuk sebuah lagi naskhah Pop R&B dalam feel 90’s vibe ala Anita Baker. Lets pray hard for it 😉

7.2/10

Highlight, Review, Terkini,

Esah & The Boys Membuah Ilham Segar Dalam Retrospektif Raya “Suasana Riang di Hari Raya”

Lagu: Suasana Riang di Hari Raya
Artis: Esah & The Boys
Komposer: Kassim Masdor
Produser: Kribo Records

Pasaran muzik Pop Raya dalam lima tahun kebelakangan ini masih belum ada yang benar-benar berjaya menghasilkan sesuatu yang segar atau terhasil dalam rendisi yang membanggakan.“Ikhlas” persembahan Siti bersama Taufik Batisah dan Nissa Sabyan tahun lalu antara naskhah baru yang cemerlang daripada komposisi muzik Omar K, John Jeeves dan Ikhwan Fatana.

Selain itu rakaman semula medley “Pulanglah, Ku Pohon Restu Ayah Bonda” antara yang hadir dalam kemasan muzik yang hebat sekali penghasilannya. Setelah itu masih tercari-cari ilham bagai mana yang membolehkan sama ada rakaman semula atau ciptaan baru itu benar-benar terhasil dalam sebuah seriosa penuh nostalgia.

Aisyah Aziz dalam jelmaan Esah & The Boys menghasilkan sebuah rendisi segar “Suasana Riang di Hari Raya” nyanyian asal Junainah dan karya cipta Kassim Masdor.

Kemasan muzik baru ini meninggikan standard muzik asal lagunya yang punya nilai nostalgia yang cukup tinggi. Produksi muzik lagu ini antara rakam semula Pop Raya yang cukup terhasil menghiburkan.

Vokal Aisyah begitu cocok dalam nada melodi retro begini yang mengalirkan rasa dalam lontaran senang dan merdunya runs yang dimiliki. This one definitely one of the best remake raya to date.

8/10

Review, Terkini,

“Adaptasi” Situasi Dalam Layangan Rasa Melodi Tulus


Lagu: Adaptasi
Penyanyi: Tulus
Komposer/ Lirik: Tulus / Petra Sihombing
Produser: Petra Sihombing

Kejutan manis Tulus buat penggemarnya, dia menghadirkan lagu terbaru dengan judul “Adaptasi” setelah kali terakhir muncul dengan “Labirin” juga kolaborasi bersama Glenn Fredly dan Yovie Widianto menerusi “Adu Rayu”.

Adaptasi merupakan kolaborasi tulisan muzik Tulus bersama Petra Sihombing yang juga bertindak sebagai produser di lagu ini.

Setelah terakhir muncul solo si tahun 2018 menerusi Labirin, single khusus pandemi ini hadir agak predictable biar masih santai untuk dinikmati.

Penulisan liriknya cukup baik berlegar situasi semasa cuma saya masih kurang kagum dengan layangan melodinya yang terlalu mudah tanpa sebarang kejutan.

Semoga akan ada sesuatu yang lebih mengundang kagum daripada Tulus setelah single ini. Namun hanya untuk menikmati tulisannya Tulus saya larut..

Kita di bawah atap lindungan yang sama
Menunggu tenangnya langit pagi
Sadari indah kerut wajahmu yang baru
Tenteram setia mengawalmu

Semakin banyak waktu bersamamu
Semakin mahir aku menata rindu
Semakin banyak waktu didekatmu
Semakin kupaham apa doamu

6/10

Review, Terkini,

Refleksi Masa & Situasi Zee Avi Menerusi Single “Good Things”

Lagu: Good Things
Artis: Zee Avi
Komposer / Lirik: David Hurwitz / Zee Avi
Produser: Andre De Santanna

Banyak pengkarya menghasilkan lagu-lagu berbuah ilham situasi Covid-19 yang melanda dunia hari ini. Dalam banyak karya-karya itu Zee Avi antara yang paling menarik dalam penghasilan single berjudul “Good Things” yang beredar secara digital Mac lalu.

“Good Things” hadir sempurna pada waktunya dalam bait-bait lirik kemanusiaan yang bercerita tentang situasi yang disebut sebagai “strange situation” Zee Avi mengajak pendengar bersabar dalam menghadapi masa-masa sukar ini.

Idea ini diilhamkan sempurna dalam penulisan liriknya:

Good things come to those who wait,
Don’t believe that it’s too late,
Love will conquer those who hate,
Good things come to those who wait.

Zee Avi mengzahirkan sesuatu yang cukup puitis dalam lambaian melodi folk pop dan feel segar penyampaian vokalnya yang begitu menyenangkan. Ilham begini saya kira cukup untuk setidaknya menghela nafas lega untuk menyenangkan rasa kita sebagai pendengar.

Kita keluar sekejap daripada ilham pop dan balada bagi memberi ruang lagu-lagu begini kembali disukai dan dihargai.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Hani & Zue Melepas Sebuah Rasa Lewat Single “Speak”

Highlight, Review, Terkini,

Gelapkan Sekitar, Pejam Mata dan Bersandarlah Melewati Kelembutan Seriosa Merdu EP “Hati-Hati”

Album: Hati-Hati (EP)
Artis: The Impatient Sisters
Producer: The Impatient Sisters

Pasaran muzik indie tempatan sering hadir dalam ilham berbeza merentasi idea tipikal mainstream Pop yang acapkali mengulang formula serupa. Dan inilah pentingnya bakat-bakat seperti The Impatient Sisters ini dalam memberi warna berbeza melewati halwa yang kadang lelah dengan dengan pop.

Soraya, Irena dan Nazreena tiga bersaudara yang sudah bermuzik lebih sekian lama secara indie masih utuh dalam ilham muzik indie folk yang menyenangkan. Cukup popular di kalangan pengikut mereka dengan lagu “Hey There Young Sailor” yang dimuatkan dalam album perdana yang beredar pada tahun 2014.

Tahun lalu mereka sempat menghadirkan sebuah melankolik pop berjudul “Hopeless” yang meletakkan standard muzik mereka lebih tinggi lagi.

Terkini dalam resah kita melewati fasa sukar mco, The Impatient Sisters melalui proses kreatif mereka hadir dengan sebuah EP berjudul “Hati-Hati” dalam rangkaian empat lagu yang membuai rasa.

Mari Menari, Paper Boat, Party Mama dan Seringkali menurut mereka adalah sebuah home made EP yang saya kira kualitinya tidak kalah dengan mana-mana produksi studio hebat lainnya.

Dibuka dengan feel good track “Mari Menari” yang cukup easy listening denga hook pada korusnya. Perfect for weekend road trip. “Paper Boat” lebih lembut sebelum mereka tampil lebih Pop di lagu “Party Mama” yang lebih catchy.

Pendengaran saya lebih terarah di lagu “Seringkali” yang menutup EP ini dengan sempurna sekali. Mendengar “Seringkali” mengingatkam saya pada banyak bakat indie folk seberang seperti Bandaneira, Daramuda dan Sandrayati Fay yang hadir dalam ilham membuai serupa.

Usai mendengar EP ini saya kira tiga bersaudara ini sudah sangat siap untuk menghadirkan sebuah album penuh berbahasa Malaysia kerana clarity suara, susunan kata mereka serta penyampaian mereka lebih dirasai keasliannya.

The Impatient Sisters saya kira sudah melakukan sesuatu yang baik untuk pasaran muzik lokal dalam sebuah persembahan yang menyuntik warna berbeza. Keterbukaan kita sebagai pendengar harus lebih luas untuk menerima jaluran muzik begini supaya mereka akan terus membikin muzik atas sokongan yang tidak henti.

Tenang, diam dan resapi muzik lembut mereka. Take your time dan nikmatilah.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!

Review, Terkini,

Hani & Zue Melepas Sebuah Rasa Lewat Single “Speak”


Lagu: Speak
Artis: Hani & Zue
Komposer / Lirik: Hani & Zue
Produser: Zue

Nama Hani & Zue sudah cukup ranum dalam pengalaman bermuzik secara indie yang sudah lebih lima tahun berlegar mencari keyakinan pasaran muzik lokal.

Biar perjalanan muzik mereka masih belum begitu diterima meluas pasaran semasa namun kelibat Hani & Zue sentiasa ada bagi mengisi kelompongan pasaran muzik lokal yang memerlukan warna berbeza seperti apa yang duo ini tawarkan.

Lagu-lagu seperti “Biar”, “Mulut Tempayan” sehingga lagu terbaik mereka “Aku dan Laguku” yang beredar tahun lalu sudah memperlihatkan kematangan duo ini bermuzik.

Awal tahun ini mereka hadir dengan sebuah lullaby album berjudul “The Piano Album” yang hadir membuai dalam 5 lagu yang rata-ratanya lagu popular mereka.

Dan terkini, tanpa membuang lebih banyak masa Hani & Zue melewati rasa dalam sebuah persembahan beremosi menerusi lagu “Speak”.

Speak” hasil ciptaan sepenuhnya duo ini beredar 10 Mei lalu di semua gedung muzik digital menjadi sebuah lagi naskhah yang cukup bagus dalam diakografi mereka

Lagu ini hadir dalam penghasilan melodi yang cukup mengusik emosi dalam gelora rasa penulisan liriknya yang sederhana.

Penghasilan melodinya mudah menangkap pendengaran tanpa memaksa pendengar larut dalam persembahan sederhana duo ini yang memberi justifikasi vokal yang secukupnya.

Hani & Zue saya kira mungkin tidak mempedulikan tanda aras populariti mereka sebagai pemuzik tetapi saya kira ia bukan alasan untuk kita sebagai pendengar, pengamal media, peminat muzik dan radio untuk meminggirkan naskhah yang sebagus ini.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Orkes A.Hizadin Melayangkan Rasa Syahdu Lewat Single “Menunggu”

 

Review, Terkini,

A Feel Good R&B Hasil Kolaborasi Abraham Kevin & Tarrarin Di Single “Emotion”

Lagu: Emotions
Artis: Abraham Kevin & Tarrarin
Komposer & Lirik: Tarrarin

Tarrarin ‘Svmmerdose’ dan Abraham Kevin ‘Idol 2018’ baru saja merilis single kolaborasi dengan Kegelisahart yang berjudul Emotions awal Mei 2020. Lagu ini digagas oleh I Made Suri Pandhu, selaku founder dari Kegelisahart yaitu, Sebuah wadah atau platform secara online yang ditujukan untuk teman-teman penyintas dan pejuang kegelisahan yang ingin menuangkan keresahannya melalui karya yang mereka ciptakan melalui media itu sendiri.  Tarrarin menulis lirik Emotions berdasarkan cerita nyata dari Kevin dan Pandhu yang berjuang menghadapi Anxiety Disorder (Kecemasan Berlebihan).

Harapan yang diinginkan oleh Kegelisahart setelah merilis lagu Emotions adalah meningkatkan kesadaraan masyarakat akan issue tersebut dan ajakan masyarakat banyak untuk melampiaskan kegelisahan gangguan mental nya, melalui medium seni seperti menyanyi, menggambar, membuat puisi dan karya seni lainnya. Lagu Emotions menjadi bukti bahwa penyintas gangguan mental mampu berkarya yang dapat dinikmati oleh masyarakat banyak.

 Rencananya nanti setelah pandemic selesai, akan diselenggarakan acara talkshow membahas Anxiety Disorder dengan ahli professional sekaligus mini showcase yang dimana Tarrarin dan Abraham Kevin akan menyanyikan lagu Emotions di depan publik dan akan banyak lagi project-project yang kami buat dan bagikan sebagai media pendukung untuk teman-teman penyintas kedepannya.

 Emotions sendiri mengangkat artwork bertemakan karya seni kolase (collage artwork) terinspirasi dari dadaism & abstrak ekspresionis. Warna didalam artwork ini sendiri mixed, untuk penggunaan warna merah cukup signifikan, merah berarti berani untuk melawan Anxiety dari dalam diri setiap individu, selagi harus bisa pergi dari blurry 
Warna lain merepresentasikan campuran dari emotions setiap individu disaat merasa terintimidasi oleh suatu keadaan atau peristiwa.

Highlight, Review, Terkini,

Keteguhan Bermuzik Noh Salleh Dalam EP 5 Lagu Berjudul “Bisikan”

Album: Bisikan
Artis: Noh Salleh
Produser: Noh Salleh
Label: Hujan Selaseh / Noh Phrofile

Nama Noh Salleh sebagai bakat solo muzik hadir cukup tersendiri yang berawal dengan lagu “Angin Kencang” yang dimuatkan dalam album studio pertamanya yang turut menampilkan lagu lain seperti “Sang Penikam” dan “Mr. Polia”.

Album perdananya itu juga menjadi semakin menarik dengan paket semula yang menampilkan lagu-lagu dalam produksi muzik kelas satu. Lagu “Sarawak” sehingga hari ini saya letakkan sebagai lagu terbaiknya sehingga hari ini.

Tahun lalu Noh sempat mengedarkan single melankolik berjudul “Debu Bercahaya” dalam persembahan melodi yang cukup membuai dan kemasan muzik yang begitu baik sekali penghasilannya. Berserta single itu Noh turut mengedarkan sebuah lagu lagu berjudul “Mahu Ke Mana”.

Terkini, Noh dalam rencana karier muziknya menghadirkan sebuah lagi naskhah EP digital terbaru berjudul “Bisikan” yang memuatkan 5 lagu keseluruhannya termasuk “Debu Bercahaya”.

EP ini dibuka sedikit keras dengan “Cinta Tak Lama” dalam ilham fusion retro dengan kemasan string yang merasuki baik keseluruhan melodi lagu ini. Korusnya mudah diingati dan melodi linear dalam cerita cinta remaja.

“Mau Ke Mana” lebih menarik pendengaran saya dengan kemasan string yang agak raw tetapi masuk dengan penampilan vokal Noh dan kemasan muziknya yang baik. Saya lebih gemarkan melodi ini di bahagian korusnya yang hadir dalam groove yang sederhana namun cukup terasa.

Momentum album ini menjadi lebih sederhana dan mellow di lagu “Jalur Dia” dan “Debu Bercahaya” sebelum ditutup begitu kemas dengan lagu berjudul “Bisikan” yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik di EP ini.

“Bisikan” hadir dalam spirit bermuzik yang cukup Noh Salleh sekali sifatnya. Melodinya begitu mellow membuai dalam rasa yang cukup buram dan hiba lirik yang cukup membuai rasa. Bait “Biarkan ku tunggu sebentar, usia ku dah tak lama, sampai akhir masa ku yakin kau pulang…” menghadirkan remang rasa yang begitu dalam sekali.

Melewati EP lima lagu yang dihasilkan sepenuh lagunya oleh Noh ini saya kira dia sudah siap siaga berdiri teguh sebagai seorang pemuzik yang akan dihormati.

Lagu-lagu Noh mungkin sukar untuk menembus carta lagu popular tetapi akan pasti dijadikan rujukan muzik pada masa mendatang oleh pelapis-pelapis muzik muda.

8.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Faizal Tahir Menawan Hati “Sumandak” Semalaysia Dalam Seriosa Penuh Humor