Rizky Febian soloist seberang yang semakin kemas dalam rencana muziknya menghasilkan projek khusus “Garis Cinta” yang akan melibatkan 3 single yang akan terus dirilis sepanjang tahun ini.
Bermula dengan single berjudul “Cuek” yang menampilkan sekali lagi sisi Pop R&B Rizky yang cukup menyenangkan dalam lembut merdu suaranya. Lagu yang dicipta sendiri Rizky ini mendapat sentuhan kemasan muzik Ajier Effendy.
Rizky yang cukup dikenali dengan rangkaian lagu-lagu cinta membuai dalam kesederhanaan ini saya kira semakin bijak dalam pemasaran muziknya yang tidak terikat ilham menerbitkan lagu semata-mata tetapi meninggikan standard lagu tersebut dengan pemasaran visual yang mampu menarik lebih minat orang mendengar.
Sebuah lagu lagi lagu yang terhasil daripada projek ini adalah “Mantra Cinta” sebagai kesinambungan “Cuek” yang juga merupakan karya cipta Rizky sendiri bersama bersama Donne Maulana.
Kedua-dua lagu dari siri cinta ini boleh ditonton di laman YouTube rasmi Rizky Febian.
Lagu: GILA Artis: Kaka / Noki / Loca B Komposer & Lirik: Ezra Kong / Noki / Loca B Produser: Ezra Kong
Pasaran muzik Pop Kaka Azraff antara yang bergerak cemerlang sejak dia berawal memulakan langkah bermuzik. Cukup sinonim dengan hits ciptaan ALIF seperti Bukan Hal Aku, Kembali, Sibuk dan yang terakhir Diamond yang beredar tahun lalu.
Keluar daripada landskap Pop ALIF, Kaka bergerak dengan sebuah kolaborasi segar bersama dua rapper memingkat naik iaitu Noki dan Loca B dalam naskhah Pop terbaru Ezra Kong berjudul “Gila” yang beredar 31 Julai lalu.
Penghasilan melodi di lagu ini berlegar ilham Pop semasa seperti mana naskhah Ezra sebelumnya dan kelebihan lagu ini saya kira bergantung pada kehadiran Noki dan Loca B yang memberi warna pada penghasilan melodi yang terasa biasa dan hampir tiada klimaks.
Terasa sayang kerana di bahagian Kaka terlalu berulang dan anti-klimaks. Kolaborasi ini terasa diasing-asingkan tanpa satu continuity yang seiring but rather part by part yang terasa kurang chemistry dan momentum muzik yang maksima.
Bukan tidak bagus cuma terasa kurang punch dan seperti saya kata tadi seperti sebuah naskhah anti-klimaks yang tidak menyatu sebagai sebuah journey yang seiring atau mugkin expectation saya untuk Kaka agak tinggi sebetulnya. Overall masih sebuah lagu yang seronok didengar.
Lagu: AEWO Artis: Shiha Zikir & Noki Komposer & Lirik: Ezra Kong / Noki Produser: Ezra Kong
Shiha bukan nama baru dalam pasaran muzik tempatan, percubaan demi percubaan yang dia lakukan dalam rencana karier muziknya tidak begitu beriiring tuah untuk dia berada di papan atas pasaran muzik tempatan.
Bakat suara dan kebolehannya menyanyi secara live bukan hal yang perlu dipertikaikan cuma mungkin faktor pemilihan lagu dan rezeki tidak begitu memihak padanya membuatkan nama Shiha sebagai penyanyi tidaklah begitu dirasai.
Setelah percubaan Pop, Balada dan Dangdut dalam beberapa rilis sebelumnya seperti Jagakan Dia dan Pipiyama, Shiha tampil lebih meyakinkan, current dan segar menerusi lagu ciptaan Ezra Kong berjudul “AEWO”
Turut menampilkan kolaborasi Shiha bersama Noki menmpilkan sisi berbeza Shiha sebagai penyanyi yang saya kira mampu meniggikan standard muzik Shiha berbanding percubaan sebelum ini.
Ezra seperti biasa jarang gagal dalam menghasilkan lagu-lagu yang catchy dalam kemasan muzik yang current. Biarpun AEWO tidaklah lahir terlalu original penghasilan keseluruhannya namun ia baik untuk perkembangan karier Shiha.
Cuma di beberapa bahagian persembahan nyanyian Shiha masih kedengaran old fashion. Shiha harus lebih detail dalam styling nyanyian yang lebih terkini – pelafazan kata, ekspresi emosi dan penekanan bait lirik supaya kedengaran lebih current dan muda. Rujuk styling Dayang (Gerak Dulu) dan Sarah (Manis).
Pop star seberang Marion Jola yang semakin mencuri perhatian pendengar dengan rangkaian hitsnya seperti “Jangan”, “Rayu”, “So In love” dan lainnya hadir dalam kosmik Pop terkini yang cukup menghiburkan dengan garapan muzik catchy dan lirik yang senang diingati.
Biar tidak menjadi dua teratas di pentas Indonesian indonesia dua musim yang lalu, nama Marion ternyata lebih menyerah dari sang juara ketika itu – Maria. Kelibat Marion dengan hits berawal single “Jangan” memberi tuah buatnya bukan sahaja popular tetapi diangkat sebagai antara yang terbaik di Anugerah Musik Indonesia.
Bersama trio produser LaleIlmanNino, Marion Jola sekali lagi menghadirkan single bersama mereka menerusi lagu yang diberi judul “Aduh” yang beredar kurang sebulan daripada artikel ini ditulis.
Kali terakhir tampil dengan album penuhnya tahun lalu, menerusi single “Aduh” Marion sekali lagi mempesona dengan gelitik lincahnya serta suara seksi menggodanya dalam satu styling nyanyian yang cukup tersendiri.
Lagu begini hadir sempurna kerana attitude yang dimiliki Marion kerana jika sekadar mahu dinilai daripada sudut penghasilan melodi “Aduh” tidak terhasil terlalu segar atau datang dengan idea baru.
Namun skil persembahan Marion memberi nilai tambah dalam penghasilan “Aduh” yang bagi saya agak predictable dan kurang elemen surprisnya. Perhaps untuk single berikutnya Marion dapat berkolaborasi bersama produser muda lain seperti Dipha Barus atau Mikha Angelo untuk naskhah yang sedikit berbeza sound nya.
Lagu: Hoolala Artis: Yura Yunita Komposer & Lirik: Dipha Barus / Matter Mos / Yura Yunita Produser: Dipha Barus
Kelibat Yura Yunita dalam pasaran muzik nusantara memercik satu nuansa Pop segar sejak dia mula berawal dengan hits seperti Cinta dan Rahasia, Harus Bahagia, Takkan Apa, Buktikan dan lainnya yang menghidangkan sebuah Pop yang lebih segar penghasilannya.
Dengan dua album yang terhasil dengan cukup solid memberi definisi muzik Yura yang tersendiri dengan gabungan ilham Broadway, pop, Jazz dan Ballad. Dengan hampir 1 juta pendengar monthly di Spotify, Yura saya kira sudah mampu tersenyum bangga dengan penerimaan pendengar.
“Hoolala” single terbarunya bersama dua produser muda Dipha Barus dan Matter Mos menghasilkan sound baru Yura dengan ilham EDM Pop dan Jazz yang menjadi signature muziknya.
Penghasilan “Hoolala” meneruskan rencah rasa lagu-lagu Yura sebelum ini. Mungkin dari segi hook nya lagu ini tidak terasa seawal pertama kali mendengar but definitely worth for repeat mode.
Penulisan liriknya sekali lagi mengangkat tema positiviti seperti apa yang dia pernah tulis di lagu “Harus Bahagia”, “Merakit” yang meraikan kepelbagaian dalam masyarakat.
“Lagu ini menurut gue ceritanya mewakili banyak perasaan dan teman-teman yang ada. Hoolala itu artinya to save jadi mudah-mudahan lagu ini bisa save you from your insecurity, save you from negativity,” tutur Yura.
Lagu: 12 Tahun Terindah Artis: Bunga Citra Lestari Komposer & Lirik: Ifa Fachir / BCL Produser: Ifa Fachir / BCL
Pemergian Ashraf Sinclair awal tahun ini memberi kesan begitu mendalam buat Bunga Citra Lestari dalam melalui fasa baru hidupnya secara total. Kelahiran single “12 Tahun Terindah” sebagai sebuah dedikasi cintanya terlahir dalam sayu yang hanya dia sahaja dapat rasakan.
Menelusuri katalog muziknya, BCL antara penyanyi wanita Pop seberang yang konsisten dalam penghasilan lagu-lagu yang terhadir dalam konteks muzik segar tanpa perlu bergantung melodi terlalu galau.
Hitsnya seperti Wanita Terbahagia, Cinta Sejati, Aku & Dirimu, Cinta Pertama antara yang begitu sinonim dengan bakat Pop ini. Dan sepanjang karier muzinya BCL sudah hadir dengan tiga album penuh dan beberapa kompilasi.
“12 Tahun Terindah” hadir dalam kemasan melodi ciptaan Ifa Fachir bersama Bunga sendiri terhasil lembut dalam sayunya jiwa wanita yang sepi. Saya sukakan penulisan lirik lagu ini yang tidak terikat ilham merintih tetapi disalurkan dalam rasa terima kasih dan kuatnya Bunga sebagai seorang wanita.
Single pastinya akan menjadi lagu paling bermakna buka sahaja buat Bunga namun peminatnya dan tidak salah jika kita letakkan “12 Tahun Terindah” sebagai seriosa paling dalam maknanya tahun ini.
Meraikan lima tahun pembabitan dalam perkembangan muzik digital tempatan, JOOX Malaysia bakal mengumpulkan line-up A List performer untuk “Konsert Onilne High-5 JOOX” yang bakal dibahagikan dalam 3 sesi konsert berbeza.
Bakal bermula dengan sesi konsert pertama esok (25 Julai) menampilkan dua bakat muda meningkat naik, Ismail Izzani dan Naim Daniel diikuti minggu berikutnya pada 8 Ogos 202o menampilkan kugiran Pop Floor 88 yang bakal tampil dengan hits mereka.
Menutup acara sambutan konsert High-5 JOOX ini, Dayang Nurfaizah berkongsi pentas bersama Daiyan Trisha, Sophia Liana dan FML pada 15 Ogos 2020. Kesemua konsert ini berlangsung pada jam 9 malam di aplikaso JOOX.
“Kami di JOOX sangat gembira untuk memberikan yang terbaik daripada bintang muzik paling popular, paling menyerlah dan yang sedang meningkat naik. Acara ini adalah sebahagian daripada cara kami untuk menunjukkan komitmen dan dedikasi kami untuk membalas sokongan padu pengguna JOOX.” Angie Tan, Ketua JOOX Malaysia.
JOOX awal tahun ini memperkenalkan program JOOX Super Producer yang memberi suntikan segar pengalaman muzik terkini yang menampilkan kolaborasi bakat baru juga senior dalam menghasilkan naskhah Pop terkini.
Lagu: Angkara Artis: Siti Nordiana Komposer & Lirik: Sharon Paul / Fedtri Yahya / Nana Alias Produser: Sharon Paul
Kraf muzik Siti Nordiana dalam skala muzik Baladanya yang sudah menginjak usia dewasa bermuzik konsisten dalam memberi satu jenis hiburan galau buat penggemarnya.
Sejak berawal bermuzik dengan “Cinta Hanya Sandaran” (Adnan Abu Hassan) sehingga duet mega bersama Khai Bahar – “Satukan Rasa”, Nana jarang gagal dalam memberikan apa yang terbaik darinya tanpa perlu mencuba formula lain.
Kelebihan Nana dalam melantun Balada saya kira sempurna kerana kesederhanaannya dalam nyanyian. Jiwa dalam nyanyiannya tidak pernah melebih-lebih, semua dialun teratur mengikut acuan lagu dicipta.
Saya kira ini disiplin terbaik seorang penyanyi Balada. Sama seperti Liza Hanim yang saya letakkan sebagai penyanyi Balada gagasan 90-an yang berjiwa besar dalam nyanyian tanpa perlu berlebih-lebihan menunjul skil nyanyian.
Hal ini terbukti sekali lagi dalam single terbarunya “Angkara” naskhah Ballad Sharon Paul dengan tulisan lirik dari pena Fedtri Yahya dan Nana sendiri.
“Angkara” sebetulnya dari segi melodi tidak hadir dalam pesona yang penuh but again Balada Melayu nak bunyi macam mana lagi kan? Tapi lagu diselamatkan dengan konsistensi vokal dan feel Nana yang seperti saya katakan di awal tadi sempurna dalam kesederhanaannya.
Korus lagu ini benar-benar memberi kepuasan mendengar feel Nana yang cukup baik. Butir-butir lirik dialun dengan memaknakan pengisian ceritanya.
Jika hanya mahu mengukur dari segi penghasilan lagu semata saya kira “Angkara” tidak ubah seperti “Gundah” dan “Memoir Rindu” naskhah Sharon yang lebih awal beredar tetapi lebih kemas dari segi susunan muzik dan kualiti rakaman yang hadir dalam clarity yang cemerlang.
Hal yang sama dalam produksi muzik AG Coco di lagu “Satukan Rasa” yang mana rakamannya kedengaran jelas especially those guitar strumming dan di lagu “Angkara” hal-hal ini turut dititik beratkan sebagai detail yang menjadikan soundnya lebih mahal.
Lagu ini saya kira tidak sukar menembus pasaran popular dan Nana pastinya akan mengekalkan namanya dalam radar popular tahun ini dengan single ini. Unless anda sudah bosan dengan balada begini.
Lagu: Standing In The Eyes of the World Artis: Ella & Friends Komposer & Lirik: Wah Idris / David Gates / Habsah Hassan Produser: Helen Yap
Setelah 22 tahun usia Standing In The Eyes of the World yang awal diedarkan pada tahun 1998 bersempena Sukan Komanwel ke-16 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Lagu ini dipilih kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi menyambut Hari Kemerdekaan AS.
Lagu asal ciptaan Datuk Wah Idris yang dihasilkan bersama penyanyi dari AS, Bread iaitu David Gates dan Habsah Hassan ini diberi nafas baru oleh komposer Helen Yap.
Selain Ella, antara mereka yang terbabit ialah pemain gitar utama Guns N’ Roses, Ron Bumblefoot Thal; pemain gitar, Tony Memmel; vokalis Jazz, Gabrille Stravelli; kumpulan capella, Revoiced dan kumpulan muzik country yang dianggotai penyanyi wanita, Farewell Angelina.
Projek istimewa itu turut membabitkan pemain genderang dari Angkatan Tentera Udara AS, Band of the Pacific yang sekian lama menjadi teras utama dalam setiap sambutan 4 Julai anjuran kedutaan.
Kumpulan Band of the Pacific itu pernah membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Sarawak pada 2018 dan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 2019.
Sementara itu, Nick Lee, seorang graduan lulusan Berklee pula dipertanggungjawab menyusun lagu dan menyelaraskan artis dua negara dengan empat zon waktu yang berbeza. Selain proses mixing dan mastering lagu, Nick Lee membantu proses rakaman untuk bahagian di Malaysia.
Kreativiti pemasaran muzik seberang bagaikan tidak pernah sunyi dengan idea-idea baru dalam usaha melestarikan sesebuah naskhah muzik itu ke tahap yang lebih besar dan membanggakan.
Yovie Widianto, Pop maestro seberang meraikan tiga vokalis hebat Tiara, Lyodra dan Ziva – pelapis bintang Pop seberang dalam satu naskhah yang hadir dalam 3 versi genius yang terhasil cukup membanggakan.
Menerusi projek lagu #TerlanjurMencinta ini, Universal Music meraikan juara dan finalis Indonesia Idol dalam sebuah naskhah Pop Balada 3 judul 3 rendisi berbeza dalam satu feel yang membuai seperti apa yang biasa terhasil daripada sentuhan magis Yovie sebelum ini.
Lyodra, sang juara hadir dengan “Mengapa Kita” yang lebih mellow kemasan muziknya dengan belting vocal milik Lyodra yang memberi justifikasi baik pada versinya.
Tiara “Maafkan Aku” lebih Pop dengan pesona suara lembut miliknya yang saya secara peribadi merasakan lebih menyenangkan dalam kesederhanaan persembahan vokalnya. Ziva hadir lebih moderate dengan beat melatari lagu ini.
Projek genius ini saya kira salah satu cara terbaik membesarkan naskhah yang baik dalam satu jangka hayat yang lebih panjang sebetulnya. Selain satu cara pemasaran lagu yang lebih besar skala pendengarnya kerana setiap satu daripada mereka memiliki pengikut tersendiri.
Idea pemasaran muzik begini sebetulnya salah satu cara terbaik meninggikan standard sesebuah naskhah lagu untuk diangkat sebagai sebab mengapa ia dikenali melebihi daripada siapa yang mengalunkannya.