Highlight, Review, Terkini,

#TheFutureIsBright Sentimental Pop Daniesh Suffian Menerusi “Simpan”

Lagu: Simpan
Artis: Daniesh Suffian
Produser, Komposer & Lirik: Mas Dewangga / Firdaus Rahmat
Label: WP Entertainment

Dalam ramai-ramai bakat baru yang hadir dalam pasaran Pop semasa hari ini, nama Danieh Suffian antara yang menarik perhatian dengan karakter vokal serta feel dalam nyanyian yang cukup baik.

Bermula dengan single “Terabadi” Daniesh mencuri perhatian dengan pesona vokalnya yang baik namun sayangnya lagu tersebut tidak begitu memberi justice buat karier muziknya, nama Daniesh mungkin agak perlahan mencuri perhatian penggemar Pop anak muda dalam skala besar.

Namun saya kira itu bukan alasan untuk Daniesh memperlahankan kembara muziknya yang baru bermula. Beberapa single lain seperti “Jodoh” dan “Pilihlah Aku” terhasil dalam komposisi muzik yang dan menyerlahkan merdua suara miliknya.

Terkini Daniesh bersama produser muda Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga menghasilkan naskhah Pop yang saya kira mampu menjadi titik mula kembali Daniesh untuk dikenali lebih ramai penggemar muzik lokal.

“Simpan” menjadi pertaruhan terkini hadir dalam penghasilan melodi yang cukup baik sekali. Komposisi Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat saya kira dalam beberapa lagu lain ciptaan mereka seperti “Nobody” dan “Sad To Cry” (Faizal Tahir)telah membentuk satu prisma baru Pop lokal yang lebih tastefully produced.

“Simpan” meneruskan ilham Pop tersebut dalam kemasan muzik, melodi dan lirik yang menyatu baik sebagai sebuah nashkah pop masa kini. Dan tentu sekali saya puas mendengar vokal juga emosi Daniesh yang semakin baik dan sentiasa in control.

Lagu ini saya kira jika masih belum mampu menarik minat pendengar terhadap Daniesh yang bermasalah bukan lagi Daniesh dan pasukan muziknya tetapi maybe pendengar kita yang belum ready untuk pure talent begini yang come clean tanpa gimik atau sensasi peribadi.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

#TheFutureIsBright Semak Siapa 10 Breakthrough Artist Pilihan MK

Highlight, Review, Terkini,

Andi Bernadee Melepas Lelah Lewat Single “Penat”

PENAT
Artis: Andi Bernadee
Komposer & Lirik: YonnyBoii / Andi Bernadee / Efry Arwis
Produser: YonnyBoii / Andi Bernadee / Efry Arwis

Pertaruhan raggaeton karya Alif memberi tuah buat Andi Bernadee bernafas dalam pasaran muzik lokal dengan penerimaan yang cukup baik dengan beberapa single seperti “Satu Peluang”, “Donde” dan “Shimmy”

Berserta single kolaborasi bersama Ismail Izzani berjudul “Hello” meletakkan nama Andi sebagai salah satu bakat muda yang punya potensi besar untuk bertahan lama di pasaran muzik tempatan pastinya.

Melepas single terbarunya bersama karya ciptaan Andi sendiri bersama YonnyBoii dan Efry Arwis, single berjudul “Penat” lahir dalam ilham Pop Ballad yang lari daripada ilham muzik raggaeton tang dikendong sebelum ini.

Lagu ini terhasil dengan melodi yang cukup current seperti apa yang ada di pasaran hari ini dengan kemasan muzik yang disusun mengikut radar Pop hari ini. Saya sukakan styling vokal di lagu ini dalam beberapa sebutan yang dipendekkan dan diubah gaya sebutannya.

Signature ini saya kira ada di mana-mana lagu ciptaan YonnyBoii sebelum ini. The current way untuk create a different feelings dalam penyampaian sesorang penyanyi.

“Penat” saya kira terhasil sebagai sebuah naskhah Pop / Ballad yang sangat baik. Tidak terikat idea lama dalam penghasilan melodi juga lirik yang ditulis dengan santai tanpa perlambangan yang terlalu opl fashion sifatnya.

8.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

A Very Underwhelming Collaboration – Kaka, Noki & Loca B Bergabung Menghasilkan “Gila”

#RetrospektifMuzik, Review,

2 Dekad Deanna “FIX” Sebagai Sebuah Naskhah Sound of The Future Muzik Tempatan

Album: FIX (2000)
Artis: Deanna Yusuff
Produced & Engineered: Deanna / Luke Mason / Paul Moss

Tahun 2000 saya kira tahun yang cukup cemerlang bagi perkembangan muzik lokal dengan kehadiran begitu ramai bakat-bakat muda dan baru yang berani mempertaruhkan naskhah muzik yang current dan ke depan.

Nama-nama seperti Juliet The Orange, Pete Teo, Poetic Ammo, Innuendo, Ferhad dan Rabbit antara yang cukup ke depan dengan penghasilan album berbahasa Inggeris dalam citarasa global dalam kemasan muzik lokal yang begitu berani.

Satu daripada nama yang begitu mencuri perhatian adalah aktress terkemuka Deanna Yusuf atau lebih dekat dengan stage name sebagai penyanyi sebagai Deanna menghasilkan album keduanya berjudul “FIX” yang lari daripada tempo alternatif pop yang dihidangkan menerusi debut “Devide & Continue” (1995).

Bersama barisan pemuzik handalan seperti Paul Moss dan Luke Mason, Deanna merangka FIX sebagai sebuah album dengan pengaruh EDM Pop, Dance juga Fusion Pop yang cukup kemas dalam persembahan kualiti rakaman yang cukup membanggakan.

Album ini terhasil sebagai sebuah naskhah electronic Pop yang mencedok ilham muzik popular Madonna juga Kylie Minoque yang cukup popular ketika itu dengan konsep album begini. Lagu-lagu seperti “Blonde” dan “Queen” yang menjadi hits perdana album ini membuktikan hal-hal tersebut.

Deanna sebagai pemuzik wanita saya kira cukup berani dalam memberi satu warna berbeza pasaran muzik lokal ketika album ini diterbitkan 20 tahun lalu. Mendengarkan kembali lagu-lagu seperti “Beautiful” dan “Blindfold” membuatkan hati saya terdetik betapa tingginya standard muzik yang diberikan Deanna dan batalion muziknya menerusi album ini.

Mendengarkan kembali FIX setelah 2 dekad beredar di pasaran muzik tempatan, saya kira album terlalu advance dalam memikat pendengaran tempatan sehingga dipinggirkan pendengar juga pengamal muzik lokal ketika itu.

Dan saya juga tidak pelik jika ada antara anda yang tidak aware dengan bakat Deanna sebagai pemuzik juga penyanyi kerana begitu kurangnya exposure untuk album ini ketika diedarkan.

Namun masih belum terlambat saya kira kerana muzik tidak pernah ada tarikh luputnya. Anda kini boleh menikmati FIX dan dengar dengan minda serta hati terbuka bagi memahami muzik yang dibawakan Deanna menerusi FIX.

9/10

Credits


ARTIKEL BERKAITAN

10 Album Rare Ini Kini Boleh Anda Dengar Secara Eksklusif di YouTube Channel “Getaran Nostalgia”

Highlight, Review, Terkini,

Lah Ahmad Kembali Membuai Rasa di Single “Selalu Denganku”

SELALU DENGANKU
Artis: Lah Ahmad
Komposer & Lirik: Lah Ahmad
Produser: Lah Ahmad / Shahwal / Don

Lama kiranya menantikan single Pop Lah Ahmad yang kali terakhir mungkin di lagu “Adinda” yang beredar pada tahun 2014 sebelum dia memberi fokus dalam rakaman lagu-lagu berkonsepkan Pop kerohanian menerusi dua album penuh “Jalan Untuk Kembali” dan “Sempurna & Terbaik”.

Transisi Lah sebagai pemuzik juga penyanyi sebetulnya tidaklah berubah 360 darjah daripada apa yang pernah dia lakukan sebelum ini bersama grup V.E. Harmoni vokal dalam alunan R&B, Soul & Pop masih menjadi jalur muzik dalam kembara solonya.

Cuma peralihan itu berlaku saya kira kerana transisi hidup ke arah yang lebih spirtual secara amnya. Jadi keberadaan Lah sebagai soloist kurang dirasai di pasaran semasa kerana lagu-lagunya tidak lagi menjual idea cinta dalam khayalan juga imaginasi.

Tahun ini dia memberi kejutan manis dengan merilis sebuah video rakaman semula “Di Pintu Syurga” nyanyian asal Dayang Nurfaizah dalam rendisi yang lebih lembut menyentuh. Lah seperti biasa jarang gagal dalam memberi nyawa dalam apa jua lagu yang dia persembahkan.

Terkini, bagi meneruskan kelangsungan dalam bermuzik, Lah tampil dengan single Pop terbarunya “Selalu Denganku” yang beredar video liriknya baru-baru ini.

Dengan ilham Old Skool Ballad dalam kemasn muzik Soul membuai, “Selalu Denganku” diberi kesungguhan dalam nyanyian Lah yang seperti kita harap dan mahu, indah membuai halwa yang mendengar.

Lagu ciptaan sepenuhnya Lah ini saya kira tidaklah hadir dengan idea baru, kemasan saxophone di lagu ini terhasil baik cuma saya kira jika ia diberi satu susunan muzik yang lebih current ia akan menyuntik satu kemasan yang lebih terkini sound nya secara keseluruhan

Rujukan terbaik yang boleh saya beri contoh adalah single Alif Satar “I Want You To Love Me” yang hadir dalam ilham serupa dengan “Selalu Denganku” tetapi diberi punch berbeza dalam susuna muzik yang lebih segar, terkini dan tidak terikat ilham lama lagu-lagu Sax Ballad begini.

Namun overall “Selalu Denganku” bukanlah lagu yang gagal ia masih sebuah lagu yang baik dan saya pasti di versi live Lah akan mampu memberi lebih dengan live music (bukan minus one) yang akan membesarkan lagi sifat lagu ini seiring kemampuan luar biasa Lah sebagai penyanyi.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Nobody” Pertaruhan The Brand New Ballad Faizal Tahir

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik,

10 Album Rare Ini Kini Boleh Anda Dengar Secara Eksklusif di YouTube Channel “Getaran Nostalgia”

Meneruskan kelangsungan lestarinya lagu-lagu terdahulu, Saluran YouTube “Getaran Nostalgia” menyediakan salinan digital puluhan album yang telah dirakam di era 70-an, 80-an, 90-an sehingga penghujung tahun 2000.

Beberapa nama yang jarang kita temui lagu-lagu mereka di platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan lain-lainnya, tersedia di lama YouTube “Getaran Nostalgia”. Antara album yang cukup membuatkan kami teruja adalah barisan nama hebat pasaran muzik urban seperti Deanna Yusuf, Seha, Poetic Ammo dan Liza Aziz.

Beberapa playlist disedikan mengikut genre dan era zaman pasaran muzik disedikan lengkap mengikut susunan album yang tersedia. Jika anda melewati muka depan akaun “Getaran Nostalgia” ini akan terlihat beberapa playlist seperti “Bintang Legenda”, “Bintang Sukma Rindu”,  “Pesona Primadona”, “Hot R&B & Jazz” dan “Nu Gals Hot Chicks” antaranya,

Menerusi artikel ini MK membawakan anda menyemak katalog muzik Getaran Nostalgia dan berikut 10 Album Rare yang boleh anda layan di YouTube “Getaran Nostalgia” Universal Music Malaysia.

DEANNA – FIX (2000)

Tracklist:
Queen
Kakakishie
Dream
Dark
Beautiful
You’re In My Life
New York 1954
Blindfold
Sweet Child
Flower Angel
Mistakes
Blonde
La Vie En Rose

SEHA – ENIGMA (1993)

Tracklist:
Kabus Kemansah
Titi Meniti
Mendung Pagi
Kembali Berseri
Sendirian
Teman Bicara
Jauh Di Mata Dekat Dihati
Tarian Bebas
Kata Mereka
Kembali
Bersembang Tak Sudah

MAZUIN – TERBANGLAH KAU BURUNG (1983)

Tracklist:
Aku Ingin Dekat Padamu
Terbanglah Kau Burung
Kisah Kisah Luka
Dari Pengelaman Ini
Kenalan Pertama
Dikau
Aku Yang Bukan Pilihan
Wajah Senjakala
Aku Belum Sedia
Dirimu

MAC RUHAYU – DITAKDIR KITA BERSAMA (1996)

Tracklist:
Ditakdir Kita Bersama
Kehadiran Mu
Keraguanku
Cinta Yang Terlerai
Untuk Seketika
Segalanya Pasti… Pasti
Kiasan
Emosi Rindu
Lembayung Sepi
Kekadangnya Terkabur (Wajahmu Di Mata)

ARIS ARIWATAN – KAYA (1996)

Tracklist:
Cinta Tak Kenal Siapa
Lafaz Kasmaran
Kamus Hidup
Kata Kata Berharga
Antara Marah Dan Tawa
Kurnia Hidayat
Padang Rindu
Maya Romantika
Anak Malaysia
Kaya

UJI RASHID – BUKAN TERPAKSA (1998)

Tracklist:
Bukan Terpaksa
Pertemuan
Selimut Asmara
Inang Rodat
Muhasabah
Joget Berbalas-Balas
Jalan Hakikat
Nandong Malinja
Teman
Seruan Kasih

LELA MANJA – SHARIFAH AINI & HAMZAH DOLMAT (1979)

Tracklist:
Lela Manja
Serampang Laut
Sri Tambak
Sri Sarawak
Dodoi Si Dodoi 3:00
Mega Mendung
Bentan Telani
Gambus Palembang
Damak Ku Sayang

SEARCH – RAMPAGE (1996)

Tracklist:
Neo Romantik
Asli Dan Tulus
Berbagai Wajah
Metropolitan
Analogi 0.1
Feel The Pain
Nigina
Sederhana
Bertopeng Cinta
Nirmala

CAREFREE – KEBEBASAN II (1979)
Tracklist:
Kini Baru Kau Sedar
Tiada Lagu Airmata
Superstar
Esok Masih Ada
Sahabat Pena
Joget Teruna Dara
Si Baju Hijau
Belaian Jiwa
Pejamkan Matamu ( Mimpikan Wajahku)
Bayangan Mesra
Petang Sabtu ( Kau Jadi Temanku )
Tahniah Dan Ucap Selamat

KRISYA – GEMERSIK (1995)

Tracklist:
Cinta Kasih
Syair Cinta
Alam
Demi Masa
Selagi Masih Ada
Luahan Rasa
Disuatu Waktu
Bukan Salah Siapa
Gemersik
Renungan Kita Bersama

 

Highlight, Review, Terkini,

Raisa & Andi Rianto Melestarikan Pop Malar Segar “Bahasa Kalbu” Dalam Rendisi Hebat Berjiwa Besar

Lagu: Bahasa Kalbu
Artis: Raisa
Komposer & Lirik: Titi DJ / Andi Rianto / Dorie Kalmas
Produser: Andi Rianto

Dalam usaha melestarikan lagu-lagu berkualiti daripada terbitan terdahulu, Raisa bersama produser muzik Andi Rianto mengilhamkan semula lagu “Bahasa Kalbu” yang merupakan rakaman asal diva seberang, Titi DJ yang turut menghasilkan lagu ini bersama Andi Rianto dan Dorie Kalmas.

“Bahasa Kalbu” yang awal diedarkan pada tahun 1999 menjadi antara album terpenting sepanjang karier muzik diva ulung ini. Lagu serupa pernah dirakamkan oleh Marcell menerusi album “Platinum Hits”.

Terkini, Raisa diberi kepercayaan membawakan melodi indah yang dikemas kini muziknya dalam pesona orkestra yang disusun kembali oleh Andi Rianto dalam skala perasaan yang lebih besar dalam memberi apresiasi terbaik buat naskhah Balada ini.

Selain menyusun kembali lagu ini, Andi turut mengepalai kemasan orkestra Magenta Orchestra. Vokal Raisa sekali lagi tidak mengecewakan dalam memberi justifikasi terbaik buat lagu yang cukup indah ini menjadi lebih merdu dan senang sekali untuk dinikmati.

Tanpa perlu memaksa dalam latunan suara yang lebut membuai, Raisa cukup bijak dalam penyampaian yang cukup fokus dan in control tanpa perlu berlebih-lebih.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Melewati 12 Tahun Terindah Sebagai Dedikasi Cinta Bunga Citra Lestari

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Universal Music Malaysia Perkenal Saluran YouTube “Getaran Nostalgia”

Pasaran muzik tempatan dari era 70-an sehingga awal 2000 sentiasa diraikan bakat-bakat hebat yang hadir dalam portfolio muzik yang bukan calang-calang. Kekangan mendapatkan lagu-lagu lama ini dalam bentuk digital hari ini menzahirkan ilham buat Universal Music Malaysia dengan memperkenalkan saluran YouTube khas untuk pemasaran semula album-album lama ini.

Saluran yang diberi nama “GETARAN NOSTALGIA” ini mengumpulkan sebahagian katalog muzik EMI Music yang kini dimiliki Universal Music Malaysia. Perkhabaran ini tentu saja memberi berita gembira to all the 90’s kids khususnya yang membesar di zaman radio, CD dan Kaset masih menjadi medium utama menikmati muzik.

Saluran YouTube yang baru saja diperkenalkan lima bulan lalul ini mengumpulkan khazanah muzik tempatan merentas era, jaluran muzik dan bakat berbeza yang pernah menjadi penggerak pasaran muzik lokal.

Antaranya yang teragam di katalog muzik “Getaran Nostalgia” di era 70-an dan 80-an ialah Puan Sri Saloma, Sharifah Aini, Uji Rashid, Sudirman, Alleycats dan lainnya. Manakala asaran muzik 90-an yang cukup rancak dengan penghasilan album menampilkan nama-nama popular seperti Fauziah Latiff, Ella, Rahim Maarof, Fotograf, Aris Ariwatan antaranya.

Melewati senarai lagu yang dimuat naik di platform muzik “Getaran Nostalgia” ini mampu membuat anda lihat bagaimana perkembangan muzik tempatan yang berubah dalam satu jaluran muzik ke jaluran muzik lainnya mengikut perubahan trend muzik semasa.

Era 2000 menampilkan senarai yang lebih menarik lagi. Nama-nama seperti Butterfingers, O@G, Too Phat, Ruffedge, V.E dan Innuendo menjadi nama dominan ketika itu dalam memberi satu revolusi dalam skala besar buat pasaran muzik Malaysia.

Menurut wakil Universal Music Malaysia, saluran YouTube ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha melestarikan kegemilangan lagu-lagu daripada pelbagai era yang masih lagi memiliki penggemar tersendiri.

Semua katalog muzik Universal Music dan EMI akan dimuatnaik secara berperingkat di saluran “Getaran Nostalgia”. Sehingga artikel ini ditulis, lebih 4000 video audio sudah boleh anda nikmati dan subscribe di saluran ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Menelusuri 4 Dekad Kolaborasi Hamzah Dolmat & Sharifah Aini – Lela Manja Sebagai Naskhah Magnum Opus Muzik Melayu Asli

Highlight, Review, Terkini,

“Nobody” Pertaruhan The Brand New Ballad Faizal Tahir

Lagu: Nobody
Artis: Faizal Tahir
Komposer & Lirik: Masdewangga / Firdaus Rahmat / Faizal Tahir / Faizal Tahir / Mage / Mike Chan
Produser: Adib Sin / Faizal Tahir /Mike Chan

Kraf muzik Faizal Tahir bergerak laju tahun ini dengan penghasilan beberapa single seperti “Sumandak”, “Sad To Cry” juga kolaborasi hebat tahun ini bersama Dayang, Tuju dan YonnyBoii menerusi hits “X Missing U”.

Modern Pop yang mengembangkan citarasa muzik lokal terhasil atas kolaborasi Faiza Tahir bersama batalion muziknya di Faithful Music bersama dua produser muda yang cukup berpotensi besar – Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat.

Kolaborasi pertama mereka menerusi “Sad To  Cry” yang beredar beberapa bulan lepas diteruskan dengan single “Nobody” yang sekali lagi terhasil dalam sebuah ilham Pop + Ballad yang dikemaskan dengan melodi yang baik dan kemasan produksi muzik kelas satu FT dan rakan-rakan muziknya.

Kekuatan”Nobody” sebagai naskhah Pop tentu saja kerana catchy melodi dan lirik sing-a-long di ruang korus yang menjadi signature muzik FT di kebanyakan lagu-lagunya.

Rencana muzik Faizal Tahir sepanjang tahun ini membuatkan saya kira dia sudah berjaya memecahkan tembok muzik Balada meleleh dan menggantikan dengan sound yang lebih current dan moden.

Dan kepercayaan yang ada pada Faizal Tahir untuk berkolaborasi bersama produser muda Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat adalah cara terbaik untuk bakat senior seperti FT nourish new talent dalam muzik yang datang dengan potensi cukup besar mengubah landskap Pop lokal ke tahap yang lebih baik.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Hadir Dengan Single Solo Kedua Tahun Ini, Faizal Tahir Berkolaborasi Bersama Produser Muda Bagi Single “Sad To Cry”

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik,

Formula Evergreen Saari Amri Dalam Mencuri Perhatian Pendengar

Ledakan Pop jiwang tempatan dengan formula yang dicipta Saari Amri antara yang paling berjaya sehingga hari ini. Suka atau tidak lagu-lagu ciptaan maestro Pop dan Balada ini telah mencorakkan seni muzik lokal khususnya yang sinonim dengan tema cinta.

Tanpa sebarang pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari Amri saya kira tahu apa yang dekat dengan jiwa pendengar tempatan – mendalami jiwa lembut, sensitive dan emosi pendengar Melayu khususnya.

Lagu-lagu popular seperti Seksa, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Ramalanku Benar Belaka, Pelamin Anganku Musnah, Hajat dan ratusan lagu lainnya menceritakan sisi kecil jiwa anak-anak Melayu ini yang kecewa kerana cinta, putus harapan berkasih dan gelora emosi.

Saari Amri komposer yang bijak dalam hal ini. Dia menyelam perasaan individu dalam percintaan pada sudut paling dalam. Lihat sahaja lagu Hajat (Haida) dia berbicara tentang niat / kehendak seorang wanita dalam percintaan. Isu-isu feminisme ini diteruskan lagi dalan hit malar segar Pelamin Anganku Musnah (Azie) selain kisah darjat (Kekasih ku Di Menara) dan cinta tiga segi dalam lagu Di Sana Menanti Di Sini menuggu.

Ini isu-isu yang kita orang Melayu hadapi. Saya sebut hal remeh tetapi ini kita – suka bercinta, mengharap dan suka kecewa. Ya, suka kecewa. Kalau kecewa tu kira macam one of achievements dalam percintaan. Cinta dalam konteks Saari Amri tiada yang bahagia. Semuanya berakhir duka dengan tragedi yang bermacam cara.

Dan melodi-melodi balada Melayu ini ditulis liriknya sama ada Saari sendiri atau Mama Juwie, Aznida dan lain-lain penulis yang melengkapkan lagi naskhah Saari Amri dalam satu pengaruh yang cukup tersendiri.

Sejujurnya saya bukan penggemar tegar lagu-lagu Saari tapi tidak saya nafikan dia seorang komposer yang cukup original dalam menghasilkan melodi sebegini.” 

Penciptaan lagunya berteras jiwa Melayu dan beberapa lagu ciptaannya saya cukup sanjung tinggi akan keaslian penciptaannya.

Apa yang penting hamper ratusan lagu-lagu ciptaannya bersifat evergreen. Tidak ramai composer yang mampu mampu menghasilkan lagu bersifat evergreen sekali pun lagu-lagu mereka popular kerana belum tentu ia akan diputarkan atau mahu didengarkan pada masa lima atau sepuluh tahun akan datang.

Saya menghabiskan berminggu-minggu mendengar dan menganalisa lagu-lagu ciptaan Saari Amri dan berikut 10 Lagu Terbaik Ciptaan Saari Amri yang saya senarai pendekkan dan mengapa lagu-lagu ini saya sifatkan sebagai sentuhan emas komposer ini.

 

CINTA TAK KENAL SIAPA Aris Ariwatan
Saya sukakan suntikan elemen muzik Melayu dalam lagu ini. Penyatuan melodi, lirik dan feel Aris Ariwatan menjadikan naskhah ini cukup sempurna sekali. Ini antara all-time favourite saya sepanjang membesar dengan lagu-lagu melayu. Lagu ini asli dalam mentafsir lagu melayu asli dengan sentuhan balada yang cukup cemerlang produksinya.

GERIMIS MENGUNDANG Slam
Saya letakkan Gerimis Mengundang sebagai lagu evergreen terbaik yang pernah kita ada dalam sejarah penciptaan lagu-lagu pop balada tempatan. Sentuhan gitar akustik lembut di intro lagu ini sehingga killer chorus “Bukan sekejap denganmu, bukan mainan hasratku” cukup membuai sekali. Lagu ini sentiasa kedengaran sedap tanpa mengira peredaran zaman.

SEKSA U.K’s
Strumming gitar akustik dibalik vokal Amir pada intro lagu ini cukup haunting. Seksa sebuah lagi lagu ciptaan Saari yang mengambil ilham lagu melayu asli dalam balada 90-an. Penulisan lirik cukup puitis dan ikonik sekali. “Walaupun lena ku panjang, tiada mimpi bertandang. Menghitung hari berlalu seksanya aku.”

PUTUS TERPAKSA Ziana Zain
Ziana bukan nama asing dalam merakamkan lagu-lagu ciptaan Saari Amri. Madah Berhelah, Kekal dan Kemelut Di Muara Kasih antara yang paling dominan juga paling popular. Dan sehingga hari ini lagu-lagu ini masih mendapat high-rotation di corong-corong radio. Itulah magis melodi seorang Saari Amri.

KAU DIPAKSA AKU TERPAKSA Scan
Sejujurnya saya penggemar suara vokalis Scan, Azzan. Ada kemerduan dalam setiap bait lirik yang dinyanyikan. Bagi saya Azzan penyanyi yang faham teks lirik dan works well dengan melodi Saari berbanding Amir (U.K’S) yang agak bingit. Lagu ini antara yang paling sedap sekali.

SUCI May
Ilham balada dengan lirik humanisme dan ketuhanan ini cukup bagus sekali penciptaannya. Dibawa cemerlang vokalis May yang ketika itu Yantzen dengan persembahan vokal yang cukup memberi justifikasi pada teks lirik yang ditulis.

DITAKDIR KITA BERSAMA Mac Rahayu
Lagu ini ada esen Kemelut Di Muara Kasih sikit. Cukup leleh yang amat leleh tapi saya kira verse lagu ini is a killer! A very very good verse. Saya sangat sukakan transisi verse ke korus lagu ini. Flow yang disusun Saari sangat cantik sekali dalam bercerita menerusi melodi.

SEMBILU Ella
Antara lagu evergreen Ella dan Saari Amri. Sembilu bergerak dalam rock balada acuan Ella yang sedikit berbeza dengan apa yang kerap dibikin Saari. Lagu ini lengkap sebagai sebuah naskhah evergreen yang akan sentiasa segar buat pendengaran tempatan.

PELAMIN ANGANKU MUSNAH Azie
Azie one hit wonder yang paling hebat saya kira. Pelamin Anganku Musnah sebuah karya yang cukup ikonik sekali. Kisah impian cinta yang tidak sampai ke jinjang pelamin hanya Saari Amri dan Lukman S sahaja yang pandai buat. This is a masterpiece tak kisah la korang suka ke tidak – the fact is semua orang tahu akan kewujudan lagu ini.

MASIH TERSERLAH AYUMU Exists
Intro gitar dalam lagu ini is a killer. Vokal Ezad beri justifikasi terbaik untuk melodi Saari yang cukup hebat ini. Lagu ini punya paten muzik Exists dan di sini bijaknya Saari dalam setiap produksi lagunya kerana lagu sebegini anda tidak akan dapat dalam mana-mana lagu U.K’s atau Slam. Fundemental-nya serupa tetapi finishing keseluruhan lagu bikin ia berbeza antara satu dan lainnya.

Highlight, Review, Terkini,

Rossa Mengimbau Galau “Hati Yang Kau Sakiti” Di Versi Korea

Lagu: The Heart You Hurt
Artis: Rossa
Komposer & Lirik: Enda Ungu / Geunhyung / Vita
Arranger / Produser: Ivan Alidyan

Penangan drama bersiri “The World of The Married” membawa Rossa mengilhamkan kembali single “Hati Yang Kau Sakiti” yang awal diterbitkan pada tahun 2009 itu dalam versi Korea yang lebih meruntun resah jiwa yang mendengar.

Lagu karya asal Enda daripada kumpulan Ungu tersebut cukup ikonik dalam perkembangan karier Rossa sepanjang dia bermuzik di samping balada lain yang meruntun jiwa.

“Sangcheo Badeun Maeum” dipilih menjadi judul lagu ini saya sifatkan tidak kedengaran canggung dalam versi Korea yang ternyata bersesuaian dengan lunak lembut suara milik Rossa.

Sebagai sebuah lagu rakaman semula, saya kira Rossa sudah berjaya melestarikan “Hati Yang Kau Sakiti” sebagai sebuah Balada evergreen yang akan terus didengar dalam jangka masa yang lebih panjang.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Melewati 12 Tahun Terindah Sebagai Dedikasi Cinta Bunga Citra Lestari