
Lagu: Ku Mau
Artis: Aizat Amdan & Hanin Dhiya
Komposer & Lirik: Aizat Amdan / Anas Amdan / Elias Naslin / Melanie Wehbe / Yeshua Abraham
Produser: Anas Amdan / Lias
Fasa populariti “Sampai Ke Haru Tua” Aizat Amdan meraikan pasaran muzik Pop Light & Easy dalam beberapa single terbarunya. Setelah muncul dengan single duetnya bersama Bunga yang berjudul “DUP DUP”, Aizat melangkah ke tanah seberang meneruskan ilham muziknya menerusi lagu “Ku Mau”.
Single yang merupakan kolaborasi bersama sensasi Pop – Hanin Dhiya yang cukup dikenali dengan lagu popularnya seperti “Suatu Saat Nanti”, “Biar Waktu Hapus Sedihku” dan rakaman semula “Pupus” yang siap distrim lebih 40 juta di Spotify sahaja.
Hanin lebih awal dikenali dengan pesona vokalnya menerusi program pertandingan nyanyian “Rising Star Indonesia” berkata ini merupakan kali pertama dia menyanyikan lagu yang liriknya lari daripada kisah patah hati.
Kolaborasi dua suara bergabung menerusi sebuah nada cinta yang cukup membuai dalam pesona lirik yang manis-manis perasaannya. Vokal Aizat dan Hanin menyatu baik dalam melewati mood lagu yang santai dan romantis ini.
This one is definitely a radio friendly song namun idea keseluruhannya masih bukan baru dan terhasil original. Sekadar meneruskan kelangsungan lagu cinta muda-mudi yang sedia ada namun ia bukanlah naskhah yang harus ditolak sepenuhnya.
Bait-bait “Biar ku jadi yang satu satunya, Yang kamu damba sampai kau menua” akan memberi makna jika anda dalam fasa bercinta but musically lirik-lirik begini sudah terlalu banyak sebetulnya. But it’s a fun song untuk kita enjoy.
Jika anda mahukan sesuatu yang ringan tetapi datang produksi muzik yang berkualiti “Ku Mau” harus diletakkan dalam daily playlist anda.
6.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Lari Daripada Acuan Muzik TheOvertunes, Mikha Angelo Meniti Dewasa Menerusi Kerjaya Solonya