Lagu: Kangen Artis: Yura Yunita & Dewa 10 Komposer / Lirik: Dhani Ahmad Prasetyo Arranger / Produser: Dhani Ahmad Prasetyo
Setelah merealisasikan kolaborasi mega bersama Pamungkas bulan lalu, Ahmad Dhani bersama barisan pemuzik hebatnya di kugiran Dewa 19 meraikan vokalis serta pemuzik meningkat naik Yura Yunita menerusi rakaman semula lagu berjudul “Kangen”.
Lagu yang awal dirakam Dewa menerusi album yang beredar pada tahun 1992 itu disusun kembali dengan rakaman string yang cukup mewah di bawah kendalian Ahmad Dhani bersama Orkestra Guntur Pardjono Poetra.
Terhasil dalam ilham power Ballad yang menjual kredibiliti vokal mahal Yura Yunita dalam pelayaran emosi penceritaan liriknya, Lagu ini terhasil bagai sebuah naskhah baru yang tidak pernah terbayangkan sebelum ini akan terhasil seindah ini.
Menurt Yura, “Kolaborasi ini diproduksi oleh Mas Dhani dan Dewa19 tuh like a dream come true. Gak pernah nyangka dan bangga banget pastinya!” – Terhasil dalam jangka masa satu bulan, susunan muzik baru yang dihasilkan Ahmad Dhani ini meletakkan Yura sebagai aset membentuk kemasan muzik yang baru.
Ternyata setelah beberapa kali dirakam sebelum ini oleh Chrisye dan Sophia Latjuba pada tahun 2000 dan versi Once yang dimuatkan dalam album “Republik Cinta” – Yura membelah teks lagu ini dengan meletakkan perasaan yang lebih dalam penyampaiannya. Pilu dan resahnya rindu itu amat dirasai dengan bantuan iringan orkestra yang cukup mencantikkan struktur lagu ini.
Kolaborasi duo Lunadira dan Reddi Rocket yang terhasil menerusi penerbital EP “Tangerine” yang beredar tahun lalu memberi warna baru dalam kelangsungan pasaran muzik Urban Pop tempatan untuk bernafas lebih panjang lagi hayatnya dalam memberi variasi muzik tempatan. Terhasil dalam rangkaian lima lagu, “Tangerine” melalui fasa terbaru menikmati pengalaman muziknya dengan penghasilan rakaman langsung dalam bentuk visual.
“Tangerine (Peeled)” Merupakan sebuah persembahan visual meraikan EP ini dalam pengalaman berbeza buat penikmat muzik Lunadira dan Reddi Rocket dalam durasi 9 minit 30 saat yang hadir dalam 3 persembahan lagu keseluruhannya – “Mosquitos Bites” , “Please You” dan “Am I Gonna Die”.
Terhasil dalam kekangan kreativiti ketika perintah kawalan pergerakan, projek visual ini berjaya dihasilkan dalam sebuah rakaman muzik secara langsung yang diadun muziknya oleh produser muda Anuar Roslan yang sebelum ini menghasilkan hits “Ur Cute But Boring” yang dipersembahkan oleh Lunadira menerusi rilis solonya pada tahun 2019.
Projek rakaman langsung ini menurut Lunadira merupakan satu cara mentafsir “Tangerine” dalam pengalaman baru menikmati EP tersebut yang membentuk karakter bermuzik mereka berdua untuk dinikmati pendengar.
Dan menurut Reddi Rocket penghasilan persembahan visual rakaman langsung ini merupakan cara mereka untuk meraikan “Tangerine” dalam satu penghasilan visual yang menarik untuk dinikmati pendengar dalam situasi semasa yang membataskan. Rakaman 3 lagu ini boleh ditonton terus di saluran YouTube Lunadira.
Dominasi layar perak Ogy Ahmad Daud di era 80-an tidak hanya kerana lakonan hebatnya yang mengisi setiap slot susur masa tayangan filem-filem sepanjang era tersebut. Malah kehebatannya dalam berlagu, mengalunkan lagu-lagu tema dalam setiap filem yang dilakonkan turut memberi impak yang cukup tersendiri.
Bersama teman layarnya Ebby Saiful, mereka berdua antara pelakon filem yang cukup banyak diketengahkan sebagai penyanyi runut bunyi filem. Kebolehan kedua-dua bintang 80-an ini menyanyi dengan baik memberi kelebihan buat mereka terus dikenali di pasaran semasa.
Melewati album kompilasi Ogy & Ebby yang beredar padatahun 1986 ini jelas membuktikan kedua-dua mereka memiliki kelebihan buat bercerita dalam lagu yang dihasilkan. Album ini terhasil dengan rangkaian lagu-lagu ciptaan M.Nasir dan Adnan Abu Hassan yang bertindak sebagai produser.
Album berisi 12 lagu ini diambil daripada 3 filem iaitu “Suara Kekasih”, “Ali Setan” dan “Balik Kampung” yang menggabungkan dua nama superstar ini dalam satu filem.
Ogy hadir sangat meyakinkan dalam lagu-lagu malar segar yang pernah dirakamnya seperti “Bila Bunga-Bunga Berguuguran” ciptaan Ebby Ali. Feel Ogy dalam mentafsirkan naskhah cerita di lagu ini terhasil cukup tanpa perlu terlalu berlebihan dalan penyampaiannya.
Saya tertarik dengan beberapa lagu lain seperti “Senandung Duka” petikan lagu daripada filem Suara Kekasih yang begitu 80-an sekali sifatnya. Seperti terilham daripada karya-karya Datuk Ahmad Nawab, Ogy cemerlang dalam penyampaian vokalnya yang sederhana.
Ebby dan Ogy menerusi duet ciptaan M.Nasir dan Habsah Hassan berjudul “Hasrat Suci” hadir dalam kraf muzik unik M.Nasir yang cukup jarang saya dengarkan daripada sifu muzik tempatan ini. Struktur lagu ini mellow tetapi tidak tipikal dalam ilham Balada Melayu 80-an yang biasa kita dengar.
Sebuah lagu ciptaan M.Nasir yang cukuo malar segar oleh duo ini ada lagu berjudul “Kisah Cinta”. Sekali lagi ia sebuah kejutan bagi saya kerana saya tidak pernah tahu lagu ini adalah hasil ciptaan sifu dan terus terang tidak langsung boleh menangkap idea tersebut.
Ogy & Ebby di era 80-an saya kira sudah mencipta sesuatu yang not bad at all untuk karier muzik mereka yang hampir kesemuanya terhasil kerana lakonan dalam filem-filem hebat yang sudah menjadi naskhah malar segar sehingga hari ini. Lagu-lagu di album ini masih boleh didengari dan dinikmati tanpa rasa ia sebagai sebuah naskhah yang lapuk.
Saya awal mengenali Romantic Echoes ketika dia berkolaborasi bersama Noh Salleh dan Bilal Indrajaya menerusi single “Yang Tercinta” beredar tahun lalu sebagai single yang membuka laluan lebih luas untuknya dikenali di pasar besar muzik nusantara khususnya sebelum sempat melepas album solo perdananya “Persembahan Dari Masa Lalu” yang juga beredar Jun tahun lalu.
Terus produktif dalam penghasilan muziknya, Romantic Echoes awal tahun ini merilis single bersama Indonesia’s million streams artists – Pamungkas menerusi single “Im Down” yang turut dimuatkan di EP terbarunya yang berjudul “Gaung Romantis”.
Meneruskan ilham Synth dan Psikedelik Pop dalam alunan melodi yang lembut, Romantic Echoes melayari perasaannya dengan rangkuman 6 lagu yang membawa isi cerita yang cukup personal. Tentang kekhilafan, keikhlasan dan perjalanan umat menuju fasa lebih baik dalam hidup.
Hal-hal ini sangat jelas dalam lagu seperti “Amarah” yang disusun kata-katanya dengan cukup baik sekali. “Amarah sentuh hati yang merana, Dalam keraguan terlukis senyuman indah” sebelum menutup ceritanya dengan penyerahan menerusi bait “Kutitip rindu pada yang Kuasa.”
Saya enjoy membaca penulisan lirik di EP ini yang rata-ratanya menyisip pesan-pesan kemanusiaan seperti apa yang ditulis dalam lagu “Celaka” antaranya. “Celaka bila hatiku berdusta, Apabila ku berpaling dari cinta.”
EP ini ditutup dengan lagu “Malam Itu Adalah Malam Saya Dibunuh Oleh Keindahan Itu Sendiri” dalam durasi lebih lima minit membawa pendengar masuk ke dalam gaung sebenar bunyian Romantic Echoes yang sudah begitu pasti dan yakin dengan garapan muziknya yang tersendiri.
Lagu terbaik di EP ini saya sifatkan buat kolaborasi bersama Pamugkas menerusi lagu “I’m Down” yang iya mungkin cukup kuat pengaruh muzik Pamungkasnya tetapi tidak menutup ruang Romantic Echoes untuk menyatu baik bersama Pamungkas bagi menghasilkan sebuah naskhah yang lebih universal dengan penghasilan bunyi yang memberi variasi berbeza di EP ini.
Melewati kalendar Pop Rossa sepnjang dia bermuzik, ternyata bakat ini tidak pernah mahu berhenti menghasilkan lagu dalam acuan muziknya yang tersendiri. Tidak pernah mahu mencuba keluar dari ruang selesanya, Rossa konsisten memikat pendengar dengan kelembutan dalam persembahan vokalnya.
Sudah bergelar living legend dalam pasaran muzik nusantara, Rossa semakin selesa menyusun kembara muziknya dengan rangkaian lagu Balada yang cukup sinonim dengannya sejak awal bermuzik. Setelah kali terakhir muncul dengan single berjudul “Masih” dia kembali lagi dengan single terbaru.
Lagu berjudul “Wanita” hasil ciptaan Rian Ekky Pradipta ini terhasil dalam alunan lembut yang disatukan dengan kemerduan suara Rossa yang tidak pernah kalah dalam menawan pendengar.
Sebuah dedikasi Rossa buat semua untuk menghargai dan menjaga hatinya wanita. Hal-hal ini jelas dalam bait “Dengarkan pintaku ini, Jaga hatimu untuk wanita itu Wanita yang tak pernah lelah mengerti.”
Lagu ini saya kira tidak sukar untuk membuat kita senang dengan persembahan keseluruhannya, melodinya memikat dan tidak terasa memaksa untuk kita menyukainya. Mungkin jika ada hal yang kurang adalah originality pada melodinya yang terlalu “Rossa” sifatnya.
Namun kelembutan di lagu ini memadam kelemahan tersebut dan itulah kelebihan seorang Rossa untuk sentiasa membuat kita menyenangi karya-karyanya sejak dulu lagi.
Usai fasa menjuarai Indonesian Idol, Lyodra merilis beberapa single yang berawal dengan lagu kejayaannya di Idol, “Gemintang Hati” sehingga “Sabda Rindu” yang dirilis beberapa bulan lalu yang kedua-duanya diproduksi producer on demand, LaleIlmanNino selain single lain ciptaan Anji seperti “Tentang Kamu”
Di saat pesaing terdekatnya Tiara Andini sudah mengerdarkan EP duet bersama Arsy Widianto dan rangkaian solo tanpa henti, Lyodra menyusun kembara muziknya lebih berhati-hati sehingga terhasilnya album self-titled ini. Terhasil dalam 8 trak kesemuanya dengan 4 lagu baru yang belum dirilis sebagai single.
Pertaruhan album ini bermula dengan single “Kalau Bosan” (Ade Govinda) yang dibuka lembut dengan petikan gitar yang terhasil sebagai naskhah Pop yang cukup catchy. Korusnya menyatu baik dengan lirik yang ditulis. Vokal Lyodra juga in control, tiada lagi unnecessary vibrato yang berlebihan.
“Oe.. Oe..” (Dipha Barus / Monica Karina) lebih menarik perhatian saya. Spirit lagu ini mengeluarkan sisi muda Lyodra yang nyata sangat sesuau dengan usianya. Attitude nyanyiannya dapat, feel dan groove di lagu ini juga begitu menyatu cukup baik sekali. This one definitely a repeat mode.
Album ini terisi 2 lagu ballad iaitu “Dibanding Dia” (Ade Govinda) dan “Pesan Terakhir” (Mario G Klau) yang terhasil mengikut patern suara Lyodra. Saya begitu melayang melayani suara merdunya di lagu “Dibanding Dia” cukup lembut tanpa perlu terlalu overpower the molody.
Debut ini overall saya kira cukup baik untuk bakat seperti Lyodra. Keseimbangan antara penghasilan Balada dan Pop mid tempo itu terasa tanpa perlu terlalu bereksperimen dengan lagu-lagu yang terlalu kompleks.
Hal yang paling penting adalah kawalan vokal Lyodra sangat baik di album ini kerana saya sangat tidak menggemari konsep nyanyian vibrato Lyodra dalam kebanyakan persembahan nyanyian live tetapi diselamatkan produser berpengalaman di album ini.
Pasaran muzik Hip-Hop sentiasa berkembang besar dari era Rap KRU, Nico, 4U2C sehingga fenomena grup wanita seperti Elite yang menyatukan Pop dengan pengaruh muzik Rap sebelum dibesarkan sifat muzik Hip-Hop itu oleh duo Too Phat dan grup lain seperti Ahli Fiqir juga Ruffedge antaranya.
Dan tidak pernah terhenti nafasnya, Hip-Hop terus bernadi dengan kembara solo Joe Flizzow yang saya kira hari ini sudah boleh bergelar godfather of Malaysia Hip-Hop atas usaha kerasnya untuk sentiasa meletakkan muzik ini kekal relevan di pasaran muzik tempatan biar harus berganti generasi.
Maka dengan adanya pioneer dalam jaluran muzik ini lahirlah nama-nama baru yang tumbuh untuk meneruskan legasi muzik ini di ruang kecil pasaran muzik tempatan dengan eksperimentasi muzik yang pelbagai namun cukup menarik untuk didengari, didekati dan dikupas pengisiannya.
Luca Sickta dan Kmy Kmo antara nama pelapis legasi Hip-Hop yang berjaya mencuri perhatian label besar Universal Music untuk mengembangkan bakat muzik mereka dengan rangkaian hits yang berawal dengan “Gong Nekara” dan diikuti kolaborasi besar bersama bintang papan atas tempatan dari M.Nasir, Siti Nurhaliza dan yang terkini Jamal Abdillah dalam meneruskan ideologi muzik mereka untuk pasaran yang lebih besar.
Muzik Kita meluangkan sedikit masa berbicara soal muzik, pengaruh dan inspirasi di balik karya-karya mereka berdua.
MK: Boleh ceritakan sedikit pengaruh muzik anda berdua ketika membesar.
Luca Sickta: Kalau membesar dulu banyak terpengaruh dengan apa yang Mama dengar terutama lagu-lagu arwah Tan Sri S.M Salim, P.Ramlee, Pak Ngah. Kemudian bila masuk zaman persekolahan baru start masuk pengaruh Hip-Hop dalam diri. Kalau diingatkan balik masa itulah Luca mula dengar Tupac Shakur, The Notorious B.I.G. dan beberapa produser Hip-Hop seperti Dr. Dre, Timbaland, Scott Storch, Swizz Beatz dan Pharell Williams. Keunikan muzik mereka yang banyak memberi impak pada Luca dan membentuk diri Luca sekarang.
KmyKmo: Datang dari ayah dengan ibu sebab dari kecil memang sudah didedahkan dengan lagu-lagu Saloma, Ramlah Ram, Kopratasa, Kembara, Jamal Abdillah anatranya. So dari situ Kmy rasa minat muzik mula ada dan terserap dalam diri especially dulu kan bila kita balik kampung ramai-ramai satu family mesti dengar lagu-lagu ni semua.
MK: Menjadi pemuzik itu memang cita-cita atau ia datang dengan sendiri?
LS: Boleh dikatakan cita-cita juga sebab Luca mula minat muzik dari awal mula sekolah menengah. Dalam fasa orang kata mencari identiti diri dan masa tu juga sangat expose dengan macam-macam jenis muzik tapi Hip-Hop yang paling dekat dengan hati. Tak tahu kenapa tetapi ada cerita menarik dalam muzik Rap / Hip-Hop ini yang menarik minat Luca untuk explore lebih lagi. Start dari situ ada rasa nak jadi rapper, penulis lagu dan penggiat muzik.
KK: Memang cita-cita. Kmy minat dengan energy KRU dalam muzik mereka. Kalau dapat tengok mereka perform memang akan sentiasa teruja. Sama juga bila melihat Nico dan peralihan minat tu diteruskan dengan mendengar Too Phat. Since dari situlah tertanamnya minat untuk jadikan muzik ni sebagai karier.
MK: Kongsikan sedikit proses penulisan lirik itu sendiri bagaimana? Berapa lama sesuatu naskhah itu disiapkan?
LS: Kmy dia akan create satu jalan cerita dan Luca akan masuk untuk warnakan asas cerita yang ada. Selalunya ia akan berkait rapat dengan diri kami sendiri. Basically kalau macam “7 Nasihat” hanya ambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Chemistry kami berdua dah lama ada, jadi proses penulisan tu jadi lebih mudah sebab dah faham cara kerja masing-masing. Kmy dia jenis akan revise balik lirik yang ada 3-4 kali dari segi bahasa terutamanya dan Luca pulak jenis akan buat on the spot dan terus cantikkan dari situ.
KK: Bergantung pada topik yang ingin diketengahkan. Kalau ia jenis santai atau berbentuk hiburan mungkin tak lama dalam 10 ke 20 minit untuk disiapkan bagi satu lagu. Tapi kalau isunya lebih serius dan perlu fokus pada rangka cerita seperti ketuhanan, falsafah hidup – itu akan makan masa dalam 45 Minit ke satu dua jam. Selalunya selepas siap satu lagu Kmy akan revise balik keesokan harinya, kalau ada yang perlu tukar Kmy akan tukar sampai puas hati dengan hasilnya.
MK: Influence lagu-lagu Tradisional Melayu banyak diadaptasi dalam karya-karya anda berdua. Datang dari mana pengaruh tersebut sebetulnya?
LS: Pengalaman mendengar Pak Ngah dan S.M Salim banyak mempengaruhi sebenarnya. Terutama sekali album-album tradisional Datuk Siti dan Kak Ani. Namun turning point dalam penciptaan lagu dengan pengaruh muzik tradisional ini terhasil pabila Luca dengan Kmy banyak buat eksperimen dalam muzik.
Banyak percubaan dilakukan dan menemukan kami dengan bunyi kami sendiri iaitu Hip-Hop Nusantara. Luca sangat suka bunyi instrumen tradisional sebab ada jiwa yang besar dalamnya dan Hip-Hop itu sendiri dikenali sebagai muzik programming tapi bila dua elemen ini disatukan, ia menghasilkan satu jiwa yang lebih tersendiri. Penyatuan muzik tradisional dan Hip-Hop yang mewakili generasi sekarang membentuk Luca Sickta dan KmyKmo.
KK: Banyak datang daripada minat Kmy terhadap gubahan lagu Pak Ngah dan Tan Sri S.M Salim. Pengaruh datang daripada kakak-kakak Kmy yang gemar mendengarkan lagu-lagu Datuk Siti dan ayah Kmy yang memang mengidolakan Tan Sri SM Salim. Kmy sukakan bunyi-bunyi dan lenggok Melayu asli sebab macam ada satu semangat tersendiri yang disampaikan.
MK: What you both listen to now?
LS: Secara jujurnya library of song Luca tak banyak sangat lagu local tapi sekarang banyak dengar Kendrik Lamar dan J.Cole. Sebab karya mereka ada benda baru dan relevan dengan pasaran semasa. Pada masa yang sama masih mementingkan seni dalam penulisan yang berbaloi untuk Luca dengar dan belajar.
KK: Sekarang Kmy boleh dikatakan agak terbuka dan universal, tiada spesifik – Lo-Fi, Trip Hip-Hop, R&B Pop, Jazz, Ballad. Tapi kalau nak diikutkan lagi banyak dengar lagu sendiri sebab nak discover apa lagi benda yang boleh buat untuk karya-karya akan datang.
MK: Sudah berkolaborasi dengan nama-nama besar seperti Siti, Jamal dan M.Nasir. Who’s in your wish list next?
LS: Banyak lagi penyanyi yang kami nak feature dalam lagu-lagu kami, penyanyi yang memiliki kapasiti vokal yang buat orang dengar dan meremang. List tu ada tapi tak berani nak cakap lagi sebab Luca lagi suka benda dah jadi baru kita cerita.
KK: Kmy teringin nak buat sesuatu dengan Joe Flizzow dan Awie. Ada ramai lagi sebenarnya tapi dua tu memang ada dalam wishlist kalau ada peluang memang berbesar hati dapat berkolaborasi dengan mereka.
MK: Secara peribadi, karya mana yang sudah dirilis paling personal dan mengapa?
LS: Rasanya semua personal sebab kami tak limit apa yang kami boleh bagi. Semua lagu-lagu tu umpama reminder untuk diri sendiri pada masa mendatang untuk sentiasa lihat balik ke belakang atas karya-karya yang ditulis sebagai cerminan diri sendiri. Luca anggap karya-karya yang sedia ada sebagai pesanan untuk diri sendiri supaya tidak melampaui batas apa pun yang dilakukan dalam hidup.
KK: Semasa bersama Nukilan, under Qarma Music bersama Malique Ibrahim. Karya masa tu yang paling Kmy rasa sangat personal. Ada satu lagu tajuk dia “Bukan Mudah” – Penceritaan lagu tersebut memang terhasil daripada pengalaman Kmy. Tentang usaha, kepayahan sampai Kmy dapat apa yang Kmy target dalam bidang muzik tercapai. Dalam lagu tu ada semua cerita yang sangat personal.
MK: Pemuzik / Penulis yang sentiasa menjadi rujukan?
LS: Malique ketika bersama dengan Too Phat keluar dengan Hip-Hop berbahasa Melayu yang digayakan dengan cara luar yang best. Lagu macam Alhamdulillah, Aku Maafkan Kamu. Kalau dari segi penulisan Kmy suka gaya Kendrick Lamar, J.Cole dan Jay-Z.
KK: Arwah Pak Ngah sebab Kmy suka cara dia mewarnakan sesbuah melodi dengan dinamik yang kadang kita tak boleh nak duga. Lagu-lagu Pak Ngah jarang yang mendatar dia mesti ada switch dan berubah-ubah dengan drastik. Dari segi penulisan Kmy banyak refer Malique, M.Nasir dan juga Loloq.
MK: Apa Kesukaran terbesar sebagai pemuzik untuk berkarya dalam keadaan pandemik hari ini?
LS: Untuk berkarya kena sentiasa lapang dan bebas tapi bila pandemik terjadi hal-hal ini dah tak ada sebab dunia kita hanya dalam rumah. Tapi Luca cuba berkarya sebaik boleh dengan apa yang ada cuma mungkin tidak sebaik sebelum pandemik. Sebab kalau dulu kita nak cari sumber inspirasi boleh keluar rumah, lepak tepi pantai just untuk dapat inspirasi. Tapi yang baiknya tentang pandemik ini adalah kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang yang mungkin kita terlepas pandang sebelum ini.
KK: Bagi Kmy kesukaran tu dari segi menjana pendapatan itu sendiri. Dalam keadaan di mana persembahan pentas memang tak dibenarkan, benda tu memang sangat merisikokan semua yang terlibat. Hal ini memang memberi impak besar. Sesetengah karya kadang kena simpan lama sebab tak banyak benda yang kita boleh buat bila rilis lagu dalam masa pandemik terutama hal-hal promo, press conference, tour. Perkara macam ni dia agak menggangu fokus kita untuk menghasilkan karya-karya yang seterusnya.
MK: Menurut anda berdua, hal apa lagi yang diperlukan industri muzik tempatan hari ini untuk berkembang lebih produktif?
LS:Personally bagi Luca kita kena banggakan muzik bunyian kita sendiri. Banyak pemuzik yang dah mula create sesuatu yang fresh daripada bunyian tradisi dan hal ini sangat menggembirakan sebab ia sangat penting untuk meneruskan kelangsungan usaha orang-orang lama macam M.Nasir dan arwah Pak Ngah. Bayangkan kalau tak ada mereka Luca tak rasa adanya Luca Sickta dan Kmy Kmo. Mereka yang memberi inspirasi sebenarnya.
KK: Perlu ada pendekatan untuk meluaskan pasaran muzik tempatan ke peringkat antarabangsa seperti apa yang dilakukan di Thailand dan Indonesia misalnya. Kombinasi muzik tradisi dan muzik terkini mampu menghasilkan warna yang tersendiri dan keunikan itu yang boleh kita terapkan untuk membawa muzik tempatan ke peringkat lebih tinggi.
*Semua gambar diambil daripada Instagram Kmy Kmo dan Luca Sickta. Terima kasih buat Anne Mukhtar daripada Universal Music.
Salma penyanyi yang berbakat tetapi dia tidak ada pengurusan yang bagus untuk merencana kembara muziknya menjadi lebih baik dari masa ke masa. Single “Cinta Yang Abadi” ini satu saya kira percaturan yang salah untuk mengembangkan kembara muziknya. Lagu ini tak ada daya pemikat, melodinya lemah dan dated. Salma sangat-sangat memerlukan pengurus yang bagus jika dia tidak mahu bakatnya sekadar bakat sahaja.
Lagu: Sengsara Artis: Khai Bahar Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / John Jeeves / Omar K Verdik: 6/10
Khai Bahar saya kira evolve dalam rencana Pop nya yang semakin baik sejak dia merilis “Durja” komposisi bersama Iqie Hugh yang semakin kurang mendayunya tetapi menyuntik semangat Pop yang lebih moden. “Sengsara” meneruskan ilham “Durja” dengan cukup baik. Komposisi lagu ini kemas cuma liriknya agak lemah bagi saya, pemilihan kata-kata dan susunannya tidak menarik dengan penceritaan yang kurang jelas. Namun kelemahan di liriknya diselamatkan melodi juga persembahan vokal Khai.
Lagu: A Love Like Yours Artis: Crinkle Cut Komposer / Lirik: Crinkle Cut Verdik: 4.5/10
Grup R&B tempatan ini hadir lagi dengan naskhah dalam kitaran muzik berpengaruh Pop global. Setelah hadir dengan “Fascination” beberapa bulan lalu mereka menghadirkan “A Love Like Yours” yang seperti biasa lengkap dengan groove dan hook dalam melodi yang terhasil. Grup vokal wanita ini saya kira konsisten dalam memasarkan ilham muzik mereka cuma saya kira masih kurang komersil dalam mencuri perhatian penggemar muzik semasa.
Grup vokal harmoni wanita tempatan yang cukup dikenali dengan rangkaian lagu rakaman semula ini, menghadirkan versi baru “Kau Ilhamku” yang cukup popular dinyanyikan Man Bai lebih 2 dekad lalu. Kelebihan Bahiyya Haneesa adalah dalam menwarnakan nyanyian mereka. Melodi asal lagu ini dijaga tertibnya tanpa terlalu banyak mengubah struktur lagu asal dengan approach baru yang lebih moden dan kekinian. Rap di tengah lagu memberi justice yang baik untuk keseluruhan lagu.
Pretty Ugly menerusi single berjudul “Bongok” terhasil cukup dominan esen muzik Neves yang banyak terhasil dalam lagu-lagu yang dihasilkan sebelum ini. Dengan susunan lirik yang santai menyatu baik dalam melodi yang cukup catchy dan sing-a-long ini. Saya kira lagu ini tidak sukar untuk membuat kita senang dengan penghasilan keseluruhan lagu. A repeat mode.
Lagu: Saranghae Artis: Meer Nash Komposer / Lirik: Bella Irish / Meer Nash / Rafiq Zahri Verdik: 5.6/10
Seorang lagi bakat baru yang mencuri perhatian pendengar. Meer Nash pernah merilis beberapa lagu sebelum ini namun tbh saya tak notice langsung dengan bakat ini. Lagu ini ada korus yang baik. Melodinya catchy, kemasan muziknya juga kemas dan tidak sloppy. Berada dalam radar Pop semasa yang saya kira punya jalan mudah untuk memikat penggemar muzik yang lebih muda.
Keberagaman muzik di era 90-an membenarkan apa jua jaluran muzik diterima meluas tanpa sempadan. “Nuradee” satu daripadanya. Duo Pop berasal kota Singapura ini sempat singgah ke Malaysia menjual ilham muzik mereka menerusi sebuah album bersama EMI Music berjudul “Diam”.
Beredar pada tahun 1996 ketika Dangdut dan Nasyid begitu booming mencuri perhatian pendengar, Nuradee singgah dalam trend tersebut dengan mengembalikan ilham Puisi yang dilagukan menerusi album berisi 10 lagu keseluruhannya ini.
Membariskan nama produser yang cukup besar seperti Manan Ngah dan Eddie Marzuki, hampir kesemua lagu di album ini ditulis sendiri dua beradik ini. Kemasan muziknya dikomersilkan dua produser hebat ini dengan arah yang cukup mesra pendengaran.
“Diam” membuka album ini sebagai pengenalan yang cukup baik untuk kita dekat dengan ilham muzik duo ini. Lagu ini cukup kuat dalam penulisan liriknya yang cukup humanis. “Diam bukan bererti ku marah, bukam bererti ku resah, Hanya mencari ketenangan dalam keriuhan.”
Menikmati Nuradee saya kira lebih bermakna jika anda memahami teks lirik yang ditulis. Disulam kemas dalam melodi yang tercipta dalam persembahan vokal yang cukup sederhana. “Selagi Masih Ada” sebuah lagu yang menarik perhatian saya.
Penghasilan melodi di lagu ini cukup kuat pengaruh Pop Melayu 90-an namun dikemaskan dengan lirik yang cukup baik. Tentang pengharapan dan kehidupan. “Bangkitlah jiwa yang sering alpa, Membiarkan diri dilena, Oleh pesona dunia.” Cukup cantik sekali susunan bahasanya.
Nuradee bersama EMI hanya sempat hadir dengan sebuah album ini sahaja. Single “Diam” sempat berputaran di saluran radio tempatan ketika diedarkan namun masih belum mampu melawan kehangatan Dangdut, Nasyid dan gelombang Siti ketika album ini beredar.
Namun saya kira lagu-lagu mereka di album ini masih cukup menarik untuk didengari, dinikmati dan dikupas biar mendengarnya hari ini. “Mendung di Hati” dan “Tujuh” antara yang saya kira cukup kuat pengaruh M.Nasir dalam penghasilan melodinya.
Album ini saya kira cukup komersil jika mahu dilabelkan sebagai sebuah album puisi. Berbanding Kopratasa yang lebih berat pengisiannya baik melodi mahupun lirik. “Nuradee” menerusi album “Diam” kini boleh dinikmati sepenuhnya di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”
IDGITAF persona Pop terbaru kota Jakarta meraikan penggemar yang semakin ramai meyenangi kraf muziknya. Setelah cukup berjaya dengan dua single – “Hal Yang Indah Butuh Waktu” dan “Terpikat Senyummu”, dia kini tampil dengan single terbaru yang dicipta sepenuhnya sendiri.
“Berlagak Bahagia” menjadi pertaruhan terbaru yang berada di landasan mid-tempo Pop dengan pengaruh big band yang sedikit sebanyak mengingatkan saya pada lagu-lagu Tulus dan Yura Yunita di album perdana mereka.
Pengisian “Berlagak Bahagia” dalam penulisan lirik berlegar cerita kehidupan masyarakat hari ini hadir dalam cerita yang cukup menarik. Bait-bait ditulis bagaikan sebuah satira kritikan sosial yang pedih dalam fun melodi yang terhasil.
Hal-hal ini jelas dalam liriknya “Oh sepi, mengurungnya dalam jeruji besi, Jeruji pikirannya sendiri..” Sebelun diteruskan dengan bait “Sendiri, teriakan tenggelam dalam sunyi, Kecewa tak ada yang temani, Termakan oleh ekspektasi..”
IDGITAF menerusi lagu ini keluar dari kepompong ilham lagu cinta yang yang tipikal. Beranggapan muziknya ini sebagai landasan berkongsi cerita yang lebih terisi tanggungjawab sosial, “Berlagak Bahagia” saya kira cerminan terbaik untuk kita sebagai pendengar merefleksi diri dalam dunia yang semakin mencabar.
Naskhah ini terhasil cukup fun, ringkas dengan daya pemikat yang senang untuk kita sebagai pendengar enjoy dengan groove yang ada. IDGITAF saya kira sudah berada di jaluran yang tepat dalam berkarya untuk menjadi pelapis Pop Indonesia yang cemerlang.