Highlight, Review, Terkini,

Feby Putri Membuai Perasaan Lewat Single “Liar Angin”

Lagu: Liar Angin
Artis: Feby Putri
Komposer / Lirik: Feby Putri

Nama Feby Putri ketika dia menarik perhatian pendengar Indonesia dengan hits “Halu” pada tahun 2019 tidak begitu menarik perhatian saya kerana antara faktornya ilham muziknya yang dekat dengan Nadin Amizah membuatkan dia sedikit tewas dalam estetika muziknnya.

Namun tanpa mahu menidakkan bahawa dia juga bakat yang memiliki sesuatu yang valuable untuk dinikmati, Feby tanpa putus merilis rangkaian lagu-lagu barunya seperti “Usik” dan “Cahaya” tahun lalu.

Terkini bagi meneruskan ilham bermuziknya, Feby Putri terus menawan perhatian pendengar muzik Indonesia dengan single berjudul “Liar Angin” yang dicipta sepenuhnya sendiri.

Masih terhasil dalam ilham Folk Pop, “Liar Aingin” hadir cukup puitis dengan layangan melodi membuai rasa berserta penulisan yang cukup bersifat humanis. Vokal lembutnya menyatu baik dengan feel dalam melodi yang terhasil namun saya kira lagu ini tidak terhasil terlalu asli.

Sifatnya sudah banyak di pasar besar muzik Indonesia yang menjual ilham muzik serupa. Namun masih berbaloi untuk didengar dan menjadi sebahagian daripada playlist Folk Pop anda.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Maliq & d’Essentials Memberi Rasa Baru Dalam 3 Lagu Popular Dewa 19

Highlight, Review, Terkini,

Tarikan Komersial Dayang & Zynakal Menerusi “Sayang Aku Tanya Apa Khabar”

Lagu: Sayang Aku Tanya Apa Khabar
Artis: Dayang Nurfaizah & Zynakal
Komposer / Lirik: Zynakal / Chaan / Suneo
Produser Bersama: Chaan / Giant / Irena Taib

Dayang ketika merilis “X Missing U” tahun lalu kolaborasi hebat bersama Faizal Tahir, YonnyBoii dan Tuju telah memberi siren bahawa itu akan menjadi landskap Pop terbaru yang akan dibawanya setelah usai fasa merilis barisan Balada yang berawal Di Pintu Syurga beberapa tahun lalu.

Dan sehingga hari ini “XMU” saya letakkan sebagai Pop terbaik yang terhasil dalam masa setahun dua ini. Originality pada melodi, kolaborasi genius dua generasi muzik sehingga kemasan muziknya yang bertaraf global itu amat membantu dalam meninggikan standard Pop tempatan ke tahap yang cukup membanggakan.

Dan dengan terhasilnya juga sebuah single istimewa berjudul “Gerak Dulu” bersama MFMF. dan Faizal Tahir, Dayang semakin yakin untuk bersinar dengan arah baru R&B Pop yang dibawanya.

Usai melepas album tribute adikarya “Belagu” Februari lalu, Dayang kembali meraikan pasaran muzik R&B nya dengan satu lagi kolaborasi bersama generasi baru dalam muzik tempatan, Zynakal yang cukup booming dengan lagu “Sakit” bersama YonnyBoii tahun lalu.

Single yang diberi berjudul “Sayang Aku Tanya Apa Khabar” beredar minggu lalu sebagai sebuah lagi kelangsungan Pop Dayang dalam mencuri perhatian pendengar muda pastinya. Terlahir dalam ilham R&B dengan kemasan muzik Lofi dan ada feel KRNB, “SATAK” dihasilkan Zynakal bersama dua nama baru Chaan dan Suneo dalam garapan muzik yang cukup current.

Lagu ini terhasil dalam konteks Pop yang cukup komersial untuk didekati pendengar muda hari ini. Melodinya simple mudah menangkap pendengaran dengan bait lirik gaya bual yang relatable buat young couples di musim cinta pkp ini. Sasaran pasarannya jelas sekali buat pendengar muda.

Cuma saya kira melodi begini bukan sesuatu yang baru untuk Dayang. Ilham serupa sudah kita dengar dalam beberapa rilis tidak popular seperti “Lagu Cinta” (daripada album Dayang Sayang Kamu) dan “Life With You” (Sayang & Cahaya) yang saya percaya jika disusun kembali muziknya akan menghadirkan feel serupa. But to cater younger audience saya kira “SATAK” sebuah naskhah yang okey.

Melodi lagu yang simple tetapi ditinggikan standard Pop nya dengan kemasan muzik yang tastefully produced. Ringan, membuai dan moden. Saya mengharapkan lebih kolaborasi Dayang bersama Faithful Music selepas ini kerana chemistry yang mereka ada sangat baik dalam menghasilkan lagu-lagu yang cukup  forward sepertimana yang telah terhasil dalam “Sebentar”, “XMU” dan “Gerak Dulu”.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!

Highlight, Review, Terkini,

Maliq & d’Essentials Memberi Rasa Baru Dalam 3 Lagu Popular Dewa 19

Projek kolaborasi Ahmad Dhani dengan barisan bandmate Dewa 19 bersama pemuzik Indonesia diteruskan lagi bersama jazz band Maliq & d’Essentials setelah sebelum ini menghadirkan Pamungkas dan Yura Yunita dalam versi baru ” Risalah Hati”, “Kangen” dan “Cintakan Membawamu Kembali”.

Kali ini tampil dengan feel yang ternyata berbeza dengan versi asal, Maliq & d’Essentials memberi warna baru bagi 3 lagu rakaman semula “Kamulah Satu-Satunya”, “Aku Cinta Kau & Dia” serta “Aku Di Sini Untukmu” dengan rasa yang cukup berbeza seperti mendengar lagu baru.

Maliq & d’Essentials yang cukup dikenali dengan jaluran muzik Jazz dengan pengaruh Synth dan City Pop ini mencipta kosmik Pop berbeza pada ketiga-tiga lagu yang disusun kembali mengikut acuan muzik mereka.

“Kamulah Satu-Satunya” antara yang terbaik dihasilkan dalam memberi tafsiran muzik mereka yang tersendiri. Lagu ini saya kira keluar daripada acuan Pop Rock tanpa mengubah melodi asal tetapi memberi satu feel yang lebih segar dengan sound yang lebih current sekali. Lagu ini antara repeat mode saya kolabobarasi dua genius muzik ini.

Ahmad Dhani dalam kenyataan media berkata “Ternyata MALIQ bisa mengubah lagu-lagu Dewa 19 menjadi sesuatu yang berbeda daripada lagu aslinya. Sehingga tidak hanya menjadi lagu cover biasa karena yang dihindari menjadi lagu cover biasa. Alhamdulillah sampai saat ini artis-artis yang kami pilih artis yang kreatif sehingga lagu yang dinyanyikan menjadi cover tak biasa”.

Ketiga-tiga lagu ini siap beredar di gedung muzik digital.


ARTIKEL BERKAITAN

Kelangsungan Pop Judika Menerusi “Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja”

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Ella Demi: Sebuah Rakaman Live & Kompilasi Terbaik Ella

Album: Demi (1996)
Artis: Ella
Produser: Kyoji Yamamato / Ella

Ketika Ella merilis album rakaman langsung dan kompilasi di tahun 1996 ini saya masih di bangku sekolah rendah dan mendengarkan lagu “Demi” (M.Nasir / Eric Moon / Ella / Loloq) ia menjadi satu turning point buat saya yang sering terdedah dengan Pop Melayu. Muzik begini yang saya begitu mahu dengar dan jujur saya terlalu suka dengan lagu “Demi” yang menjadi lagu yang begitu saya ulang dengar sepanjang proses membesar.

Ella menerusi album ini mengumpulkan 11 lagu terbaik yang pernah dirakam sepanjang dia bermuzik sejak 80-an. Beberapa lagu rakaman langsung konsert “Ella Ten Years” yang diadakan pada tahun 1995 itu saya kira kemuncak karier muzik Ella yang akan diingati bukan sahaja penggemarnya tapi juga antara momen penting kembara muzik tempatan.

Album ini menampilkan antaranya lagu-lagu personal favorite saya iaitu “Cinta Selembut Sutera” (M.Nasir) yang dimedleykan bersama “Aku, Kau, Dia” dan “Esok, Lusa Selamanya”. Juga sebuah lagi rakaman live yang saya masih dengar sehingga hari ini adalah “Rindu” yang dimuatkan dalam album “Ella U.S.A”.

Album konsert ini antara yang menampilkan otai-otai hebat industri muzik seperti Jennifer Thompson yang bertindak sebagai kordinator konsert, dijuruterakan oleh Peter Chong (Wings, Hattan, Nora) dengan proses produksi di studio legend, King Studio PJ menghasilkan sound yang cukup solid, clear tanpa gangguan noise pada rakaman livenya.

Ella meletakkan rangkaian lagu-lagu yang saya pasti adalah kegemaran peribadinya. Lagu-lagu di album ini bukanlah yang begitu hits tetapi saya kira cukup mentafsir sound Ella yang lebih moden dalam definisi Rock yang dibawa.

Pemilihan lagu seperti “Menanti”, “Rindu” dan “Gemilang” menjadi satu arah jelas dalam muzik Ella yang ternyata lebih tastefully produced. Bukanlah menidakkan apa yang sudah dilakukan dalam Balada Rock seperti “Sepi Sekuntum Mawar Merah” itu tidak bagus tetapi Ella menawarkan sesuatu yang lebih fresh dan forward menerusi lagu-lagu ini.

Setelah lebih 20 tahun beredar, “Demi” masih lagi menjadi album favorite saya daripada Ella yang boleh saya mainkan pada bila-bila masa. Penghasilannya sangat baik dan cukup timeless. Mendengar rangkaian lagu di album ini tidak terasa tua usianya malah boleh saya katakan lebih baik daripada apa yang ada di carta muzik hari ini.

Album ini saya kira sangat dekat dengan penghasilan album Sheila Majid “Gemilang” yang merupakan intro kepada album “Ratu” dan “Demi” bergerak sebagai sebuah siren untuk pendengar bersiap sedia dengan sound baru Ella yang seterusnya diterjermah cemerlang menerusi album “EL” (1998).

Ella saya kira sudah menjadi living legend yang cukup dihormai sehingga hari ini. Rangkaian lagu-lagunya sudah bertaraf malar segar yang pasti akan didengar generasi berganti generasi tanpa ada putusnya. Sepertimana P.Ramlee, Sudirman juga Sharifah Aini.

Kesemua lagu-lagu yang dimuatkan di album ini boleh dinikmati di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”


ARTIKEL BERKAITAN

30 Tahun “Legenda” – Sebuah Tribute, Satu Repertoire Muzik Terbaik Dalam Sejarah Rakaman Muzik Malaysia

Highlight, Review, Terkini,

Kelangsungan Pop Judika Menerusi “Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja”

Lagu: Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja
Artis: Judika
Komposer / Lirik: Judika / Tiroy Sihotang

Judika sejak kembali booming dengan “Putus Atau Terus” yang beredar tahun lalu cukup aktif dalam menghadirkan lagu-lagu baru dengan acuan Pop yang cukup komersil. Awal tahun ini di merilis sebuah lagi lagu baru berjudul “Hilang Tapi Ada” yang sekali lagi cukup mendapat perhatian generasi muda dalam melodi galau yang menjadi acuan muziknya.

Meneruskan perjalanan bermuziknya dengan sebuah lagi lagu dalam jaluran muzik Balada, Judika hadir dengan komposisi muzik Tiroy Sihotang yang dicipta bersamanya. “Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja” hadir sekali lagi dengan mudah mencuri pendengaran penggemarnya.

Lagu ini begitu tinggi nilai komersilnya untuk digemari. Bait lirik yang tidak sukar untuk ramai relate dengan penghasilan melodi yang mudah menangkap pendengaran akan memberi lebih tuah buat Judika terus bersinar sebagai bintang Pop papan atas Indonesia.

Judika saya kira jelas mahu menghasilkan sesuatu yang mudah disenangi pendengar tanpa mahu bereksperimentasi dengan muzik yang lain. Perjalanan kariernya saya kira antara konsisten dan stagnat dengan idea serupa. Penghasilan 3 single termasuk yang terbaru ini membuktikan Judika selesa dengan apa yang dia sedang jalani sekarang.

To please mass market dengan lagu-lagu patah hati saya kira memang modal yang mudah mencuri perhatian pendengar dan sebetulnya sudah lebih sedekad bermuzik graf muzik Judika itu dari segi perkembangannya agak mendatar dengan ilham serupa yang berulang. Namun ya bunyi yang macam mana lagi yang sesuai buatnya bukan?

“Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja” sudah pasti akan memberi jutaan views dan strim buat Judika, malah sudah pasti akan menjadi material yang akan di cover anak-anak muda hari ini di platform media sosial.  It’s not a bad song cuma tiada apa yang baru untuk diperkatakan.

5.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Diganding Bersama Dewa 19, Yura Yunita Menzahirkan Rendisi Baru “Kangen” Dengan Cukup Berkelas

Highlight, Review, Terkini,

Kesayuan Mayabayu Melepas Galau Lewat Single “Masih”

Lagu: Masih
Artis: Mayabayu
Komposer / Lirik: Beverly Matujal 
Produser: Angie Farr

Mayabayu yang lebih awal bergerlar Beverly Matujal ketika dia merilis rangkaian lagu di EP “Echoes” dan single “Goldmine” bergerak atas landasan muzik Folk yang menyatu dalam alunan Pop sangat memikat pendengaran saya kerana keunikan muzik yang dipersembahkan selain kagum dengan keberaniannya menghasilkan sesuatu yang keluar daripada konteks muzik komersil tempatan.

Penjenamaan semula yang dia lakukan menerusi transisi Beverly Matujal ke Mayabayu itu tercipta dalam sebuah imej dan arah yang lebih jelas hala tujunya. Maka terhasillah lagu seperti “Predator” dan “O Sayang” yang beredar tahun lalu.

Setelah lebih setahun saya kira bekerja untuk album perdananya yang baru beredar dengan judul “Promised Land” , Mayabayu meneruskan ilham Folk, Indie dan Pop di albumnya ini. Saya masih masih sedang menghadam dan menikmati keseluruhan album, namun pendengaran saya sangat terarah pada satu lagu di album ini berjudul “Masih”.

Lagu yang dicipta sepenuhnya Mayabayu ini hadir lebih melankolis dalam penulisan lirik yang berlegar kisah cinta kali ini memberi kejutan manis buat deria pendnegaran saya terhadap melodinya, kemasan muziknya sehingga dalamnya penyampaian Mayabayu di lagu ini.

“Masih” terhasil sebagai sebuah percaturan paling komersil yang pernah dihasilkan Mayabayu sepanjang dia bermuzik. Lagu ini begitu menyentuh tanpa terlalu memaksa pendengar untuk merasa kepedihan dan galau yang ada.

Saya begitu menyengangi cara lagu ini disusun muziknya, bergerak cukup dinamik dalam mentafsir kesayuan melodi dan lirik dengan pendekatan yang cukup moden sekali. String melatari lagu ini tidak over do dalam menambah kesedihan yang ada malah bergerak seiring dengan feel Mayabayu.

Melewati bait liriknya saja sudah buat saya larut “Lepaskan segala rasa benci, Aku kan mencuba. Mimpi-mimpi dipegang di hati kita lupakan. Walau masih sayang.”  That was beautifully written dan begitu strong sekali frasa dan kata-kata yang dipilih dalam mentafsir rasa pilu di lagu ini.

Mayabayu menerusi lagu ini saya kira sudah siap untuk didendangkan di ruang yang lebih besar, luas dan komersil. Saya punya harapan besar lagu ini mampu menarik minat ramai pendengar kita untuk menghargai kraf muzik yang baik seperti ini.

Jika ia masih gagal mencuri perhatian pendengar, saya kira yang tidak evolve itu bukan Mayabayu tetapi pendengar kita yang masih mahu idea lagu sedih yang tipikal. Mayabayu menerusi lagu ini saya kira memberi satu pengalaman baru menikmati sebuah naskhah melankolik dengan rasa yang lebih baru.

8.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mengenali Penyanyi Bersuara Manis, Wanda Omar Menerusi Single “Rindu”

Highlight, Review, Terkini,

Mendekati Cerita Si Luncai Dan Labu-Labunya Menerusi Single “Labu” Budak Nakal Hujung Simpang

Lagu: Labu
Artis: Budak Nakal Hujung Simpang
Komposer / Lirik: Amirul Hakim / John Bear

Saya mula mengenali Budak Nakal Hujung Simpang (BNHS) ketika berlegar-legar di laman YouTube Kamar Seni dan menemukan saya dengan rakaman langsung “Terbang” yang  di muatkan di EP 2018 berjudul “Bumantara” yang pantas mengingatkan saya pada Salammusik.

Percaturan Raggae , Ska dalam lagu-lagu mereka dengan perincian instrumen all those sax yang diselitkan dalam setiap lagu mereka menghasilkan feel yang berbeza untuk pendengar Pop seperti saya.

Melewati kalendar muzik tempatan pasaran muzik Raggae, Ska begini sudah tentu saja dibesarkan secara meluas oleh Gerhana Ska Cinta dan Spider di era 2000-an dulu sebelum perlahan-lahan pengaruhnya terhenti dan disambung Salammusik. Sehingga menghadirkan nama BNHS ini sebagai pelapisnya.

“Labu” menjadi pertaruhan terbaru mereka dalam menawan hati pendengar muzik tempatan. Terhasil dalam acuan muzik yang sinonim dengan apa yang sudah mereka hasilkan sebelum ini, “Labu” terhasil sebagai sebuah naskhah kritikan sosial dalam penulisan liriknya yang tajam menegur.

Melodinya baik, ada  daya pemikat untuk kita mendengar ke hujung lagu. Intronya sahaja sudah buat saya senang dengan lagu ini yang mencedok ilham Jazz di awalnya sebelum Raggae itu mendominasi keseluruhan lagu.

Susunan kata-kata di bahagian liriknya menarik untuk dihayati, dominasi kapitalis dan kleptokrat memanipulasi orang tak berkuasa menjadi isi cerita yang relevan dengan apa yang terjadi hari ini. Hal ini jelas dalam bait “Lembutnya jari kau atur, Alih buah catur, Hingga mereka tersungkur.”

Effort band ini untuk memberi satu warna berbeza cukup baik. Tidaklah kita stagnant dengan ilham Pop serupa. Cuma kebimbangan saya terhadap behavior pendengar muda hari ini adalah dominasi mereka memilih apa yang mereka suka sahaja akan membuat muzik begini sedikit terpinggir.

Keterbukaan mendengar muzik yang bermacam-macam itu sudah tiada lagi hari ini. They chose what they want to hear dan meminggirkan apa yang tidak sedap di pendengaran mereka. Saya sangat berharap muzik begini akan dapat lebih exposure media-media besar untuk menghebahkan dan pada masa yang sama mendidik pendengar kita.

Tapi itulah, kita semakin hilang quality control itu dan media juga hanya menurut apa  yang trending untuk berkongsi trafik. “Labu” sudah tersedia di semua gedung muzik digital – boleh didengar secara percuma. Dan jika anda membaca artikel ini ke hujung, go stream now.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Producer Talks: Kmy Kmo & Luca Sickta

 

Review, Terkini,

#SepekanMuzik Ulasan Lagu Baru Usop, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Sufian Suhaimi, Fattah Amin & Firdhaus

Lagu: Berakhirlah Pencarianku
Artis: Hafiz Suip & Ernie Zakri
Komposer / Lirik: Ikhwan Fatana / Wan Salleh / A.Aida
Produser: Ikhwan Fatana / Wan Salleh
Verdik: 6.2/10

Sebuah sweet Ballad yang cukup lembut dan menyentuh. Ada beberapa bahagian yang punya momen cukup baik di lagu ini. Feel Hafiz dan Ernie menyatu sangat baik, melengkapi keperluan teks lagu yang siap disusun. No doubt this will be another hits daripada kedua-dua penyanyi hebat ini.

Lagu: Lenyap
Artis: Usop
Komposer / Lirik: Ja’a / Karim Karam / Mike Chan / Romal
Produser: Ja’a / Mike Chan
Verdik: 6.5/10

Sebuah Pop yang cukup baik untuk perkembangan karier muzik Usop. Sentuhan muziknya lebih moden dan cukup current berbanding apa yang pernah Usop perdengarkan buat kita sebelum ini. Cuma saya berharap penyampaian Usop boleh lebih dikemaskan di beberapa bahagian agar kedengaran lebih matang.

Lagu: Cinta Tak Bertepi
Artis: Sufian Suhaimi
Komposer / Lirik: Ikhwan Fatana / Wan Salleh
Verdik: 5.6/10

Ikhwan Fatana dan Wan Salleh saya kira semakin mendapat perhatian dengan penghasilan Pop mereka yang cukup menepati citarasa pasaran mass. Cinta Tak Bertepi persembahan Sufian Suhaimi ini hadir cukup lembut dan menyenangkan berbanding ciptaan mereka berdua sebelum ini yang terlalu kuat feel Melayunya. Persembahan Sufian sederhana tapi semakin baik sebab sudah semakin kurang sengaunya.

Lagu: XSempurna
Artis: Nuha
Komposer / Lirik: A.Ramlee / Ezra Kong
Produser: Amir Arshad
Verdik: 1/10

Saya boleh bagi markah penuh untuk lagu ini kerana penghasilan melodi dan kemasan muziknya sangat baik, moden dan terhasil dalam kosmik Pop Balada yang memiliki hook yang tersendiri. Namun, ia sangat dimatikan dengan vokal suku masak penyanyinya ini. Sekalipun sudah dicantik kemaskan vokalnya, saya masih boleh bayangkan betapa buruknya versi raw. Too bad lagu ini dapat pada penyanyi yang teruk.

Lagu: Aku Gila Kamu (Remix)
Artis: MFMF. / Firdhaus
Komposer / Lirik: Firdhaus / Luke
Produser: MFMF.
Verdik: 4.3/10

Persembahan Pop masa kini yang saya tidak jangkakan datang daripada Firdhaus yang saya kenali dengan Acoustic Pop menerusi lagu-lagu Mandarinnya seperti Gulf of Alaska. Penghasilannya not bad at all, since ia cukup trending di Tik Tok saya memandang lagu ini sebagai targeted marketing material yang pastinya terhasil untuk generasi muda. Catchy dan menghiburkan cuma tiada elemen evergreen,sekadar hits semasa.

Lagu: Hamba
Artis: Fattah Amin / Kmy Kmo
Komposer / Lirik: Hafiz Hamidun / Kmy Kmo
Produser: Hafiz Hamidun
Verdik: -/10

Lame giler lagu ni. Baik melodi, lirik, vokal apatah lagi.


ARTIKEL BERKAITAN

#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Salammusik, TY:DEL, Kyoto Protocol, Masya Masyitah & Muna Shahirah

Highlight, Review, Terkini,

Mengenali Penyanyi Bersuara Manis, Wanda Omar Menerusi Single “Rindu”

Lagu: Rindu
Artis: Wanda Omar
Komposer / Lirik: Wanda Omar
Arranger / Produser: Andre Dinuth

Cukup hijau dalam lapangan muzik Indonesia, Wanda Omar mula memperkenalkan dirinya dengan lagu berjudul “Pretty” pada tahun 2017 dengan feel Pop R&B sebelum merilis sebuah lagi lagu tahun lalu berjudul “Routine” yang kedua-duanya ditulis Wanda sendiri.

Namun sejujurnya dua single ini tidaklah begitu menarik minat banyak pendengar untuk menikmati muziknya Wanda. Barangkali atas kesederhanaan dalam penghasilan lagu yang kurang daya pemikat membuatkan nama Wanda Omar tidak disedari banyak pihak.

Terkini dia hadir dengan naskhah terbaru berjudul “Rindu” yang terhasil lebih menarik dalam feel R&B / Lo-fi menerusi penghasilan Balada pada asa melodinya. Wanda sekali menulis lagu ini sendiri bersama produser Andre Dinuth.

Berbeza dengan dua single yang beredar lebih awal, “Rindu” ternyata memberi satu warna berbeza dalam muzik Wanda kali ini yang menurut saya lebih cocok dengan karakter vokal dan feel yang dia miliki.

Saduran feel Jazz di lagu ini menyatu baik dengan penjiwaan Wanda menerusi warna vokalnya yang saya kira lebih menyerlah di lagu ini berbanding dua lagu yang diedarkan sebelum ini.

“Rindu” pertaruhan yang baik untuk Wanda Omar lebih dikenali. Kemasan muzik di lagu ini cukup current, daya pemikatnya tentu saja pada korus lagu ini yang melaung “Rindu ini tak dapat ku bendung lagi…”  yang saya mampu mebuat kita sebagai pendengar melayang dengan punch pada muziknya.

Menerusi single ini saya kira Wanda sudah menemukan satu jaluran muzik yang begitu sesuai dengannya untuk diteruskan dalam penghasilan lagu-lagu di masa mendatang.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terbuai Dengan Kelembutan Rossa Menerusi Single “Wanita”

Highlight, Review, Terkini,

Pertaruhan Perdana Alif Satar & The Locos Menerusi “Anugerah Terindah”

Lagu: Anugerah Terindah
Komposer / Lirik: Alif Satar / Efry Arwis / Romeo / Shah Shamsiri / Tam Cobain
Produser: Alif Satar / Efry Arwis / Tam Cobain

Ketika Alif merilis “I Want You To Love Me” saya kira dia sudah menemukan formula terbaik dalam memberi tafsiran baru muzik Alif Satar itu sendiri yang sebelum ini banyak menghasilkan Pop yang ringan dalam lagu-lagu yang banyak menaikkan namanya seperti “Akhiri Penantian”, “Jangan Nakal” dan “Cukup Indah”. Dan saya kira transisi ini juga seiring kematangan dia bermuzik tahun demi tahun.

Namun nak cakap Alif tidak pernah cuba untuk keluar daripada zon Pop ringannya itu tidak juga. Beberapa lagu di album “Definisi” terutama karya ciptaan Azlan Abu Hassan menerusi “Kerna Dia” dan “Kesempatan Kedua” terhasil dalam nafas Balada yang cukup bagus penciptaannya cuma saya kira penggemar Alif maybe belum siap untuk heavy Ballad begitu.

Lantas dalam beberapa single setelah tiada lagi penghasilan album bersama Sony Music Alif bergerak dalam merangka arah muziknya yang lebih baru, lebih current sound nya tetapi masih ada esen muzik Alif itu sendiri. Hal-hal ini jelas dalam beberapa single seperti “Sesungguhnya Aku”, “Sebenarnya” dan tentu sekali “I Want You To Love Me” selain duet bersama Shila Amzah dan rakaman Pop Nasyid bersama Raihan.

Tidak mahu menghentikan langkahnya dalam bermuzik, Alif merencana kraf muziknya dengan menubuhkan Alif & The Locos yang merupakan band mate sesi persembahan live nya beberapa tahun kebelakangan ini dengan penghasilan single perdana mereka berjudul “Anugerah Terindah”.

Lagu yang terhasil daripada kolaborasi ciptaan bersama Alif, Efry Arwis, Romeo dan Tam Cobain  dengan lirik Shah Shmasiri bersama Alif ini meneruskan ilham serupa “I Want You to Love Me” – sebagai pertaruhan perdana yang saya kira okey untuk pasaran Pop semasa.

Korus di lagu ini saya kira hook utama melodi ini yang meramu R&B dalam persembahan Pop secara keseluruhan. Beberapa bahagian di lagu ini saya kira begitu denkat dengan feel 2000’s R&B yang banyak dalam lagu-lagu R.Kelly dan Mariah Carey (We Belong Together) terutama di bahagian “Takkan terganti semua yang kau berikan padaku..”

Ilham Alif & The Locos dalam memberi perincian pada instrumen muzik saya kira menarik. Bunyian saxophone menyatu baik dalam melodi. Cuma ia agak kedengaran old fashion dan tidak current sifatnya. Saya melihat apa yang mahu dilakukan Alif & The Locos ini dekat dengan ilham Juicy Luicy dari Jakarta cuma yang membezakan adalah feel JL lebih current dan tidak kedengaran backward.

“Anugerah Terindah” bukanlah lagu yang gagal cuma masih kurang ranum. Ada banyak bahagian di sana sininya itu boleh lebih dikemaskan, dimodenkan dan dimewahkan penghasilannya. Namun masih berbaloi untuk dinikmati, melodinya sedap, ada hook dan masih boleh diulang dengar. Kemanisan cintanya masih dirasai even saya kira penulisan liriknya agak konvensional. Alif Satar & The Locos akan menjadi bakat muzik yang akan saya nantikan hasil yang bakal mendatang.

6.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kesinambungan Pop Ismail Izzani Menerusi Single “Contact”