
Lagu: All I Ask
Artis: Fairuz Hussein
Komposer / Lirik: Zul Nadzar / Fairuz Hussein
Produser: Zul Nadzar
For one artiste to stay true to their music itu sesuatu yang akan sentiasa diraikan di Muzik Kita dan satu dariapdanya ialah Fairuz Hussein yang cukup dikenali dengan alunan R&B dan Jazz sejak lewat 80-an sehingga hari ini. Biar momentum muziknya tidaklah sebesar Sheila Majid dengan barisan album dan hits, namun Fairuz satu antara seribu yang original kita ada.
Sejak awal mencuri perhatian dengan groove serta feel berbeza yang dia berika menerusi “Lagu Sambaria”, “Kali Pertama” dan “Ku Menyintai” di awal kemunculan sebagai penyanyi, Fairuz mengumpul peminat setia yang biar jumlahnya tidak banyak tetapi setia dan percaya pada karya-karyanya.
Kembalinya dia aktif menghasilkan lagu-lagu baru sejak “Without You” yang diedarkan pada tahun 2020 diukti single “Antara Seribu” mengubat rindu penggemarnya. Alunan Jazz masih kental dan tidak salah saya sifatkan semakin matang dan tasteful. Untuk meresapi dan memahami muzik begini sesuatu yang mengujakan saya sebagai pendengar muzik.
Tahun lalu Fairuz mengedarkan “All I Ask” karya ciptanya bersama Zul Nadzar yang meneruskan kelangsungan melodi dua single yang lebih awal beredar. Weight yang ada pada vokal Fairuz menjadi senjata utama untuk saya benar-benar enjoy dengan melodi yang membaluti.
Feelnya sangat baik, kemasan muziknya berkelas dan merasuk sekali. Saat korus dialun, Fairuz membuat saya melayang dengan alunan sensualnya. Simplicity dalam nyanyiannya menjadi kekuatan dalam persembahan keseluruhan lagu ini. Jazz tempatan saya kira masih bernadi di tangannya dan Zul Nadzar.
Semoga tahun ini akan beriring lebih lagi muzik baru daripadanya. Kolaborasi bersama bakat muda saya kira mampu menarik Fairuz ke pasaran lebih mainstream. My dream is always to see a collaboration antara NJWA (Najwa mahiadin) bersama Fairuz. It’s gonna be so lit!
7.9/10
ARTIKEL BERKAITAN