#RetrospektifMuzik,

Getaran Nostalgia: Rozita Rohaizad

Rozita Rohaizad muncul di pasaran muzik lewat era 70-an sebagai persona Pop terbaru Ahmad Nawab yang mengendong ilham muzik tipikal yang sudah lebih awal dibawa Anita Sarawak, Noorkumalasari, Uji Rashid dan Sharifah Aini antaranya.

Rozita menerusi debut “Hari Yang Kunantikan” ini diikat syarikat rakaman EMI ketika dibawa oleh Ahmad Nawab untuk bergelar artis rakaman. Menerusi perancangan Ahmad Nawab maka terhasillah album perdananya ini dengan garapan komposisi muzik maestro muzik tersebut juga beberapa rakaman lagu lama yang pernah dibawakan P.Ramlee antaranya.

“Hari Yang Ku Nantikan” sebuah Pop tipikal ciptaan Ahmad Nawab dengan pengaruh Dangdut dalam feel Melayu yang sangat kuat sekali. Saya terganggu dengan style nyanyia Rozita Rohaizad yang kedengaran agak sengau dan pengucapan yang tak kena dalam penyampaian ceritanya.

“Joget Budaya” mungkin antara lagu yang saya kira okey di album ini. Mengambil konteks standard lagu Joget ala Anita Sarawak dengan lirik cheeky and fun dalam latar cerita masyarakat Melay yang banyak kita dengar dalam lagu Sudirman antaranya. It was a fun track but sekali lagi saya gagal enjoy dengan penyampaian Rozita.

“Kini Aku Disampingmu” sebuah lagi lagu yang fun untuk diperdengarkan. Biarpun terhasil dalam ilham serupa yang banyak kita dengar namun setidaknya rakaman muzik live nya begitu membangkit untuk kita sama bergerak dalam momentum muziknya.

“Pergi Tak Akan Kembali” rakaman semula lagu Inggeris yang dialih bahasa yang sekali dibawa dengan gagal oleh Rozita. Vokalnya tiada weight dalam menyampaikan lagu-lagu Blues Ballad begini, kedengaran sangat tidak menarik dan canggung sekali.

Rozita Rohaizad sepanjang karier bermuzinya menghasilkan beberapa buah album yang sekadar angin lalu. Tidak begitu diperkatakan kehebatan bermuziknya dan tidaklah begitu diingati seperti bakat muzik yang seera dengannya.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

Poetic Pop “Langit Yang Sama” Persembahan Dalia Farhana

Lagu: Langit Yang Sama
Artis: Dalia Farhana
Komposer / Lirik: Dalia Farhana
Produser: Amir Firdaus

Suara generasi baru bermuzik tempatan yang beriring usaha memberikan sesuatu yang segar buat pasaran muzik Pop tempatan harus sentiasa diraikan. Biar sebahagiannya masih belum sempurna namun potensi yang ada sangat kuat untuk berjalan dalam jangka masa yang lama.

Dalia Farhana satu daripadanya yang semakin mencuri perhatian pendengar akhiran ini. Persembahan lembutnya menerusi lagu ciptaan sepenuhnya Dalia berjudul “Langit Yang Sama” ini terhasil dalam percaturan Balada dalam puitis lirik yang bagi saya terhasil dalam ilham penulisan yang baik.

Penghasilan melodinya begitu catchy dan sedap didengar, vokal Dalia sederhana belum ranum sedapnya namun masih pleasant didengar. Feel Dalia saya kira boleh jadi lebih baik dengan pengucapan yang lebih bermakna, namun masih ada ruang untuk diperbaiki di masa mendatang kerana potensinya sudah ada.

Mendengarkan lagu ini sambil membaca isi ceritanya saya kira lebih mudah meresap ruang rasa. Bait lirik tulisannya kemas dan puitis – “Ku ditemani bintang dan rintik rintik hujan // Kau ditemani dia yang mampu mengganti.” dan menjadi lebih baik di bait “Dalam angan aku terjatuh.”

Dalia ada potensi yang baik untuk berkembang sebagai pelapis Pop dalam feel Folk yang sederhana seperti apa yang ada di pasaran Indonesia seperti Feby Putri atau Hanin Dhiya jika dia konsisten melepas lagu-lagu begini di masa mendatang.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Review, Terkini,

Persembahan Terkini Suki Low Menerusi “Bahagia Yang Sebentar”

Lagu: Bahagia Yang Sebentar
Artis: Suki Low
Komposer / Lirik: Shila Amzah
Arranger: Lee Sze Wan

Pasaran muzik Pop tempatan yang disokong dengan cetusan idea program televisyen  “Gegar Vaganza” telah membuka ruang baru untuk penyanyi terdahulu menyusn kembali langkah bermuzik dengan landskap baru dan cara baru.

Maka terlihat di radar popular hari ini nama seperti Siti Nordiana, Allahyarham Sarah dan Nikki Palikat kembali bertaut di pasaran muzik Pop dengan sambutan baik penggemar mereka. Satu daripadanya juga adalah bakal yang lebih awal dicungkil menerusi program One In Million, Suki Low.

Usai usaha membuktikan kemampuan berpentasnya di Gegar Vaganza beberapa tahun sudah, memberi keyakinan buat Suki untuk kembali bernadi dalam pasaran muzik tempatan. Maka terzahirlah single “Nelangsa” yang beredar tahun lalu. Biar hasilnya tidaklah mengundang kagum tetapi it is still good to see Suki produced something for the fans.

Meneruskan langkah-langkah yang pastinya telah disusun awal, Suki tahun ini kembali merilis sebuah lagi lagu berjudul “Bahagia Yang Sebentar” karya cipta sepenuhnya Shila Amzah dengankemasan muzik Lee Sze Wan (Tanpa Rela – Misha Omar) sebagai pertaruhan terbarunya.

Lagu ini cukup kental idea komposisi Shila jika anda dekat dengan gaya penulisan Shila. Melodinya baik tetapi tidak terlalu mengikat dengan sekali pendengaran. Namun kemasan muzik Sze Wan menyelamatkan melodi asal lagu ini menjadi lebih baik hasil keseluruhannya.

Saya larut dalam kemasan muzik lagu ini yang disusun sangat baik, ideanya memberi lebih kesegaran untuk sebuah ciptaan Balada. Suki juga cukup baik dalam penyampaian keseluruhan, vokalnya terkawal baik dalam balutan emosi yang sederhana tanpa perlu berlenih-lebih.

6.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Persembahan Pop Terbaik Amir Masdi Menerusi “Sengaja”

Highlight, Review, Terkini,

Arus Adrenalin Dolla Bergerak Laju Lewat Single “Look At This”

Lagu: Look At This
Artis: Dolla
Komposer / Lirik: Laurell Barker / Josefin Glennmark / Johen Gustafsson / SYA
Produser: Johen Gustafsson

Dolla berjalan dalam landskap pemasaran muzik yang cukup grand dan bermodal besar saya kira. Pelaburan meletakkan mereka untuk tampil solid sebagai sebuah girl group tempatan yang boleh dibanggakan sesuatu yang harus dipelajari banyak pasukan pemasaran muzik lainnya.

Satu demi satu single diraikan penggemar mereka menjadikan perjalanan muzik Dolla cukup menarik sekaligus memberi satu warna menarik dalam pasaran muzik tempatan secara amnya. Hal ini tentu sahaja dilaksanakan sebaiknya pasukan di belakang empat gadis ini.

Setelah tahun lalu hadir dengan single “Bad”, kolaborasi Pop bersama Naim Daniel menerusi “Lagu Paling Sedih” dan “Sudi” bersama YonnyBoii. Dolla meneruskan langkah bermuzik di tahun baru ini dengan sebuah lagi momentum muzik yang dasyat menerusi “Look At This”.

Dolla cemerlang saya kira dalam persembahan lagu yang begitu baik membaluti tenaga mereka berempat. Lagu ini bergerak laju dalam percaturan mengekalkan Dolla dalam radar popular, dinamik, energy dan vibe nya sukar untuk kita tidak menyukai hasilnya.

Liriknya juga menarik, santai dalam frasa mudah dan dekat dengan pendengaran pendengar muda pasatinya. Bait “Kau pandang di sini // Mata memerhati // But I ain’t even worried about that.” dan ia menjadi lebih cool di bait rap “Notifikasi tak pernah diam / Ku takde masa nak layan dm.”

Dolla is a national treasure saya kira sebagai pelapis muzik yang harus diraikan persembahan muzik mereka. Mungkin ya belum sempurna tetapi ruang masih sentiasa ada kerana apa yang penting muzik yang mereka bawakan berjaya meninggikan standard Pop tempatan daripada terus dirasuk lemas muzik Balada mengilai.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Jatuh Cinta Dengar Pertama Bersama RADi Menerusi “Maybe?”

Highlight, Review, Terkini,

Pertaruhan Pop Semasa Amir Alif Menerusi “Happy & Sad”

Album: Happy & Sad
Artis: Amir Alif

Amir Alif bergerak secara independen menjual ilham muzik Pop yang rata-ratanya terhasil dalam sebuah acuan muzik semasa yang banyak di pasaran global hari ini. Lagu-lagu yang siap terhasil sebelum ini seperti “Not Okay” dan “Lover Boy” mentafsir idea muziknya.

Setelah beberapa tahun bermuzik secara sendiri Amir menzahirkan sebuah album penuh berjudul “Happy & Sad” yang menyatukan 9 trak keseluruhan dalam cerita cinta, sedih bahagia, ketidakpastian dan kedewasaan seperti mana judulnya, ia tentang apa yang Amir rasa sebagai remaja dan sebagai pemuzik.

Dibuka dengan prolog “Happy & Sad” sebelum diteruskan dengan dua single yang beredar awal “Lover Boy” yang menjadi pengenalan baik jika anda pendengar baru Amir Alif namun sejujurnya saya lebih enjoy dengan trak kedua “Let’s” yang terhasil catchy dan kemas sudut bunyiannya.

“I Wanna Love” berjaya menawan pendengaran saya, melodinya lembut dengan persembahan sederhana Amir yang saling menyatu baik. Cukup sifat untuk diketengahkan sebagai single, “I Wanna Love” terhasil dalam naskhah cukup komersil yang mampu minat pendengar.

Lagu yang membuat saya pejam mata dan terasa melayang dibuai rasa

Amir bermonolog sekali lagi di ruang “My Way” sebelum diteruskan dengan lagu “Siapa Perlu Tahu” yang menjadi satu-satunya single berbahasa Malaysia yang ada di album ini. Sebuah lagi lagu yang saya kira tidak sukar untuk kita enjoy dengan penghasilannya. Ada hook yang mengikat seawal ia dibuka. Saya paling suka bahagian “Dan ku bertanya sepi.” 

Album ini saya kira permulaan yang baik untuk Alif memperkenalkan namanya sebagai singer songwriter. Hasilnya sederhana, tidaklah terlalu memukau namun perjalanannya masih panjang dan saya pasti dalam perjalan panjang itu akan ada banyak ruang yang Amir Alif  mampu perbaiki lagi. Cuma saya kira dia perlu ketengahkan “I Wanna Love” sebagai single kerana potensinya besar.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kolaborasi Pop MFMF. & Yuji Menerusi “More Than Friends”

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Pop MFMF. & Yuji Menerusi “More Than Friends”

Lagu: More Than Friends
Artis: MFMF. / YUJI
Komposer / Lirik: MFMF. / YUJI
Produser: MFMF.

MFMF. bergerak laju dalam merangka perjalanan muzik mereka tanpa mahu terlalu mengambil masa dalam pengedaran lagu-lagu terbaru. Produktiviti begini saya kira sangat harus diraikan kerana muzik yang mereka hasilkan memberi flavor yang cukup kekinian.

Tahun lalu saja mereka menghasilkan 7 single kolaborasi bersama bakat muda lainnya dalam muzik seperti Adam Izzy, Anne Jacynta dan Ily Ruzana antaranya. Kelebihan mereka memanipulasi muzik Pop untuk kedengaran lebih segar memberi kelebihan untuk MFMF. didekati pendengar muda pastinya.

Ruang bermuzik yang dikongsi dengan bakat-bakat baru sangat harus diberi pujian, awal tahun ini mereka mengendeng Putri Dahlia dalam projek single “not sorry” yang cukup berpengaruh di platform muzik TikTok. Dan bagi meneruskan kelangsungan itu MFMF. terbaru ini berkolaborasi bersama anak muda berpotensi besar, Yuji.

Yuji yang cukup booming tahun lalu dengan single “Old Love” menjadi antara bakat yang saya look forward penghasilan lagu-lagu terbarunya. Kolaborasi bersama MFMF. menerusi single “More Than Friends” ini menjadi sebuah naskhah yang pastinya memberi lebih ruang untuknya dikenali.

Terhasil dalam ramuan muzik Pop dalam pengaruh R&B, “More Than Friends” hadir dalam melodi yang cukup catchy tanpa perlu terlalu lama untuk kita mengambil masa untuk larut dalam persembahan keseluruhannya. Chemistry Yuji dan tiga bersahabat ini juga menyatu baik kerana keduanya mampu memberikan warna dalam lagu begini.

Yuji antara bakat yang sangat harus diraikan hari ini, potensinya besar dan apa yang dilakukan MFMF. ini satu antara usaha yang harus dilakukan produser muzik lainnya.

7.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Jatuh Cinta Dengar Pertama Bersama RADi Menerusi “Maybe?”

#RetrospektifMuzik,

70’s Quirky Pop

70-an dipenuhi warna menari penulisan lagu dan lirik yang quirky. Berlatarkan cerita dan masa yang dibaluti pesan sosial masyarakat, Muzik Kita menghimpunkan irama menarik sepanjang 70-an


NOORKUMALASARI / PRAMUGARI

Kisah pramugari diangkat sebagai isi cerita yang unik sekali.  Muzik 70’s yang melatari bait-bait “Tugas aku pramugari // Di atas awanan tinggi // Bersama penumpang kusayangi // Mana saja nak pergi.” Persembahan vokal Noor sebetulnya tak sedap to be honest but it’s a fun track.

BLACK DOG BONE / AJEM TAKEPEK

Saya tidak pasti dialek apa yang dipersembahkan keseluruhan lirik lagu ini. Muziknya cukup kuat elemen 70-an yang banyak di pasaran muzik ketika itu. Sama seperti “Ayam Den Lapeh” yang ada elemen Joget yang disulam Pop era tersebut. Lagu ini antara yang baru saya discover dan antara yang saya kira cukup fun and quirky sekali.

MOHAMED M.N / PELUKIS

M.Nasir menghasilkan melodi ini dengan lirik tulisan S.Amin Sahab dalam sebuah cerita seniman yang menghabiskan masa mencari rezeki sebagai “Pelukis”. Keseluruhan cerita di lagu ini dihasilkan sebagai satira kehidupan wakil jiwa yang struggle hidup di kota. Melodinya kuat pengaruh 70-an, agak mellow tetapi terisi dengan pengisian yang baik.

ANITA SARAWAK / PEMAIN PIANO

Satu lagi lagu yang cukup dengan latar cerita kerjaya. “Pemain Piano” jika dibaca liriknya seperti satu conversation atau monolog dalam diri yang tertanya-tanya. Pengaruh muzik Country di lagu ini dengan lirik seperti “Pemain piano sederhana // Siang malam aku terbayang wajahnya // Pemain piano”. Uniknya 70-an kerana adanya lagu-lagu begini. People wont do it anymore plus tak relevan dah.

SUDIRMAN / JALI-JALI

Jali-Jali rakaman semula yang dibikin Sudirman di album penuh perdananya. Menariknya versi Sudirman adalah kerana penyampaiannya yang bersahaja dan kedengaran muda dan moden ketika diedarkan.

M. DAUD KILAU / GILA JUDI

Antara yang cukup popular dan quirky. So much fun menikmati M.Daud Kilau dalam setiap karya-karyanya yang berlatar cerita masyarakt sekelilingnya. Muziknya sahaja sudah cukup tersendiri dengan lirik yang entah siapa saja boleh fikir idea begini. Original and definitely one of the best.


ARTIKEL BERKAITAN

Datuk M.Daud Kilau Sebuah Satira Pop Cult Melayu Dalam Pelayaran Yang Ternokhtahkan

 

Review, Terkini,

Rakaman Ulang “Barcelona” Persembahan Maliq & d’Essentials

Lagu: Barcelona
Artis: Maliq & d’Essential & Fariz RM
Komposer / Lirik: Fariz RM
Produser: 

Maliq & d’Essentials akhiran ini cukup aktif dalam pemasaran lagu-lagu ramuan semula yang dizahirkan dalam rencah baru yang pastinya datang dengan tujuan memikat pendengar muda pastinya. Setelah kolaborasi bersama Dewa 19 begitu menjadi serta rakaman semula lagu Reza berjudul “Pertama”, mereka laju melangkah menghasilkan lebih rakaman lain.

Kolaborasi bersama Rahmania Astrini dan Eclat Story menerusi rakaman semula “Dia” dan “Untitled” antara yang berjalan dalam rencana bermuzik mereka. Selain cukup sibuk di pentas persembahan mereka juga aktif di studio dengan rakaman demi rakaman muzik.

Terkini, Maliq & d’Essentials meramu kembali sebuah lagu yang dirakam Fariz RM pada era 80-an berjudul “Barcelona” yang cukup kuat pengaruh City Pop dan Synth Pop dalam mood fiesta yang kedengaran cukup meriah sekali.

Pernah lebih awal dirakam Fairuz Hussein di lewat 80-an dengan judul “Nights In Barcelona”, Maliq & D’Essentials meramu kembali pesona City Pop dalam citarasa baru bermuzik.Terhasil dalam ramuan muzik yang begitu fun and festive, “Barcelona” di tangan Maliq begitu bernyawa sekali penghasilannya.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Irama Diskoria Diteruskan Bersama Laleilmanino dan BCL

Highlight, Review, Terkini,

Lembut & Syahdu Lyodra Lewat Single “Ego”

Lagu: Ego
Artis: Lyodra
Komposer / Lirik: Mario G Klau
Produser: Tohpati

Lyodra cemerlang sepanjang tempoh 2021 dan 2022 sebagai penyanyi wanita papan atas yang sangat diraikan setiap karya muzik yang dihasilkan. Setelah menerbitkan album perdananya dengan hits “Pesan Terakhir”, tahun lalu dia menawan seluruh raga pendengar dengan hits rakaman semula “Sang Dewi”.

Dengan lebih 4 Juta pendengaran harian di Spotify, Lyodra menenuskan langkah bermuziknya dengan single terbaru ciptaan Mario G Klau menerusi single Balada berjudul “Ego”. Mendapat sentuhan muzik Tohpati, lagu ini mengulang kolaborasi kedua-dua komposer produser ini yang menghasilkan hits “Tak ingin Usai” tahun lalu.

Persembahan keseluruhan di lagu ini disusun cantik sekali Tohpati dalam tempo perlahan yang benar-benar membenarkan pendengar terlarut dalam balutan emosi Lyodra yang berkisah dalam lagu dengan cukup sempurna. Momentum lagu ini perlahan-lahan menaik tinggi di pertengahan lagu.

Saya sangat sukakan kawalan suara Lyodra yang tidak berlebih-lebihan dalam penyampaiannya. Emosinya benar-benar dijaga baik agar tidak over power the melody dan memberi justifikasi yang sebaiknya untuk menyempurnakan melodi galau ini.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Keisya Levronka Melanjutkan Perjalanan Bermuzik Dengan Single “Hidup Tanpamu”

Highlight, Review, Terkini,

Jatuh Cinta Dengar Pertama Bersama RADi Menerusi “Maybe?”

Lagu: Maybe?
Artis: RADi
Komposer / Lirik: RADi / Zain / Tasya
Produser: RADi / Zain / Tasya

Kelahiran bakat-bakat muda yang hadir dalam ilham Pop semasa seperti Yuji, Putri Dahlia dan Aisha Retno menzahirkan ilham baru menikmati muzik tempatan dengan citarasa yang lebih current dan memikat.

RADi, seorang lagi bakat muzik dalam barisan baru yang harus diraikan. Hadir dengan single solo perdana berjudul “Maybe?” – menjual ilham brand new R&B yang banyak di pasaran global hari ini dalam rencah muzik yang diadun sendiri.

“Maybe?” hadir cukup promising dengan penghasilan melodi yang mengikat dengan sekali pendengaran, pesona lagu ini benar-benar dirasai dalam balutan vokal RADi yang menyenangkan. Liriknya yang dekat dengan latar cerita anak muda hari ini memberi kelebihan buatnya menyinar di kalangan pendengar muda pastinya. Such a fun, young and cool yang dia hadirkan menerusi single ini.

Bait “Wait a minute this is too fast // I just met you // a couple weeks ago” cukup memikat dalam menjerit realiti dan menjadi pengikat utama di single ini sebelum RADi menjadi lebih manis di bait Lets just skip all the intro //  Angel got me sing in harmonies.”

Style R&B dalam nyanyiannya cukup menawan sekali, RADi ada jalan yang baik untuk menyerlah sebagai singer songwriter jika dia konsisten dengan jaluran sebegini tanpa perlu terlalu mengikut template Pop tempatan. I mean if you can fly high kenapa perlu fokus di negara sendiri kan? Saya mengharapkan setidaknya 2 lagi single daripada RADi tahun ini. This is a great start.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Retro Vibes FLQ & Hullera Dalam “Penagih”