Highlight, Review, Terkini,

Perjalanan Baru Pop Rossa Dalam Idea Yang Terasa Lama & Membosankan

Rossa melewati pasaran Pop Indonesia dengan cemerlang sebagai seorang penyanyi Balada yang pengaruhnya tidak sahaja di Indonesia tetapi menempias di negara-negara jiran, Malaysia khususnya yang sentiasa menanti-nantikan lagu-lagu galau terbarunya.

Biar kadang formula muziknya sama sahaja antara satu dengan yang lainnya tetapi ia standard muziknya ditinggikan dengan kemasan muzik dengan instrumentasi yang cukup mewah lantas menghasilkan sound yang lebih grand pastinya. Hal ini sangat jelas dalam lagu-lagu yang terisi di album terbarunya Another Journey.

Terisi 10 trak dengan hanya lima lagu baru, selebihnya hanyalah lagu-lagu yang telah diedarkan lebih awal jadi saya tidak pasti ini dipanggil album penuh atau album kompilasi dengan empat lagu baru, but nevermind mari kita hanya berbicara tentang lagu-lagu baru yang ada di album ini jika boleh saya ungkapkan dengan satu frasa –  Ermm meh..

“Wanita”, “Masih”,”Terlalu Berharap” dan rakaman semula lagu asal Glenn Fredly “Sekali Ini Saja” juga korean version “Hati Yang Kau Sakiti” membuka album ini sebagai perjalanan yang lebih awal dijelaskan Rossa dalam trak “Intro” yang ideanya terlalu 2000-an. Remember pabila Siti buat intro dan outro di album “Prasasti Seni”? So do we still need to listen to this kind of idea di tahun 2023? NOPE.

Namun ada kemanisan di album ini yang membuat saya tersenyum menikmati dengan rasa senang dan lapang. “Bertengkar Manis” (Barsena / Bestandhi) kolaborasi Rossa bersama Barsena saya letakkan sebagai titik penting yang menjadikan album ini istimewa. Melodinya terhasil cukup menyenangkan seperti bait liriknya “Ku suka caramu //Membujukku, tenangkan hatiku.”

Melodi lagu ini saya kira harus menjadi arah sebenar muzik Rossa sekarang tanpa perlu terlalu bergantung pada Balada yang merintih-rintih. Saya sangat bahagia mendegarkan kolaborasi Rossa – Barsena di lagu ini yang cukup terhasil manis dan membahagiakan. Saya mengulang dengar dua tiga kali sebelum ke trak berikutnya

“Lupakan Cinta” (Mahalini / Martinus Layardo) berlegar idea Balada Indo yang biasa kita dengar. Kesinambungan lagu-lagu “Sisa Rasa” atau “Tak Ingin Usai” atau “Peri Cintaku” yang sedia popular hari ini. Lagu-lagu begini sebetulnya saya sudah semakin bosan tapi itulah saya percaya lagu inilah yang akan terus memberi populariti buat Rossa. Nothing much to say, just another Ballad dengan idea serupa.

Rossa meramu kembali hits Candra Darusman menerusi lagu “Kau” yang terhasil simple dan sekali lagi tanpa hadir dengan idea baru, sekadar menambah beat dan lirik hip-hop yang sudah dilakukan berkali-kali. Ia selamat sebab lagu Candra Darusman ini asalnya memang sudah tersedia sedap.

Saya mula jatuh bosan di dua lagu ini dan sedikit teruja pabila melihat kredit, Melly Goeslaw turut menghasilkan sebuah lagu di album ini berjudul “Akhirnya” yang ermm, what is this? 2001? Melodi, susunan muzik sehingga keseluruhan produksi lagu ini terlalu old fashion dan menghampakan.

Kalau anda pendengar Melly di era Potret anda mungkin faham maksud saya. Lagu begini tidak langsung memberi apa-apa evolusi untuk Rossa evolve sebagai pemuzik. Such a waste, saya kira Rossa patut bekerja dengan produser muda seperti S/EEK, Laleilmanino atau SOIN untuk meninggikan standard Popnya.

Sebagai pendengar (pembeli) Rossa sejak bertahun lamanya, saya kira saya berhak untuk demand a great music from her. Album ini tidak langsung membuatkan saya impress dengan penghasilan keseluruhan. Terlalu lame dan tipikal. Tiada apa yang baru dan memberi keturujaan untuk saya melekat menikmatinya selain lagu “Bertengkar Manis”. Tapi kalau korang jenis enjoy AJL album ni korang akan sukalah.

4/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Jalan Pulang” Bersama Pelayaran Emosi Yura Yunita

 

Highlight, Review, Terkini,

Kolaborasi Penuh Pesona Juicy Luicy & Adrian Khalif Lewat Single “Sialan”

Lagu: Sialan
Artis: Juicy Luicy & Adrian Khalif
Komposer / Lirik: Denis Ligia / Iqbal Siregar / Faishal M Fasya / Mohammed Kamga
Produser: SOIN

Juicy Luicy sudah cukup besar dalam legasi Pop senusantara dalam barisan hits seperti “Tanpa Tergesa”, “Lantas” dan “Tampar” yang membawa nama mereka disenangi dan diraikan.

Bersama Adrian Khalif yang cukup dikenali dengan pertaruhan muzik Urban Pop dengan style nyanyian R&B yang dia miliki mereka pertama kali berkolaborasi lewat single “Kembali Kesepian” yang dimuatkan dalam album “Sentimental” mili Juicy Luicy yang beredar di tahun 2020.

Chemistry yang ada diulang kembali penyatuannya dalam persembahan muzik terbaru kedua mereka menerusi single “Sialan” ciptaan bersama Denis Ligia, Iqbal Siregar, Faishal Fasya dan Mohammed Kamga. Penyatuan gagasan muzik muda Indonesia yang saya kira telah menghasilkan sound Juicy Luicy yang dominan.

“Sialan” terhasil lebih istimewa dan menarik struktur muziknya. Kolaborasi ini memberi percikkan mewah pada penghasilan melodi yang sebetulnya tipikal Juicy Luicy tetapi dipenuhkan dengan istrumentasi menarik, korus yang mengikat pendengaran dan penulisan lirik yang cukup smart.

Saya sukakan pemilihan istilah di lagu ini yang jarang mungkin kita dengar tetapi cukup menarik membaluti cerita dalam lagu yang dikisahkan. “Dari seribu jalan di dunia // Mengapa berpapasan bertemu dia?” – Pemilihan perkataan berpapasan yang membawa maksud berselisih cukup menarik dan jarang kita dengar.

Hal ini ditambah dalam bait Melesat tepat di titik kelemahanku.” yang sekali lagi membuatkan saya begitu enjoy menikmati cerita di lagu ini.

Hal ini yang membuatkan penulisan lirik Indonesia menarik untuk dilayani. Membuat kita mencari isi maknanya tanpa bergantung pada perkataan dengan istilah yang biasa digunakan seperti kebanyakan penulis tempatan. Itu belum lagi penggunaan istilah yang salah seperti “Air mata membisa.” yang diangkat sebagau Juara Lagu baru-baru ini. Tiada dalam istilah, lemah dan memalukan.

Okay back to this song, lagu ini saya kira tidak sukar  untuk kita enjoy dengan penghasilan melodi keseluruhannya. Cukup mudah dinikmati dan pastinya memberi ruang lebih untuk Juicy Luicy dan Adrian Khalif bersinar.

8.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Irama Diskoria Diteruskan Bersama Laleilmanino dan BCL

#RetrospektifMuzik,

Malayani Suara Klasik Biduanita Runut Bunyi – Nona Asia

Lahir dalam keluarga yang sudah didedahkan dalam persembahan bangsawan sejak kecil lagi, Asia Aman atau cukup dikenali dengan nama komersilnya Nona Asiah menjadi antara Biduanita muzik Klasik Melayu yang begitu diingati di era Jalan Ampas. Suaranya cukup banyak melatari filem-filem arahan P.Ramlee antaranya.

Bergelar playback singer atau penyanyi runut bunyi bagi kebanyak filem-filem Cathay Keris, suaranya pasti saja akan cukup diingati setiap kali kita menonton filem-filem di era hitam putih. Lahir di Singapura, Nona Asia banyak dipengaruhi ibunya yang cukup aktif dalam bidang seni hiburan.

Dilahirkan di Singapura pada tahun 1928, kerjayanya sebagai penyanyi aktif di era 50-an dan 70-an menyanyikan lagu-lagu dari filem Chinta, Hujan Panas, Rachun Dunia dan Nilam antara yang cukup diingati. Nona Asiah banyak berkolaborasi dengan bakat-bakat lain di eranya seperti Aziz Jaafar, R.Azmi, Ismail Kassim dan P.Ramlee menerusi lagu “Ingin Tahu” di filem Chinta.

“Manusia Miskin Kaya” menjadi antara lagu yang cukup popular persembahan Nona Asiah. Lagu yang diciptakan P.Ramlee ini merupakan salah satu lagu yang terisi sebagai runut bunyi filem “Salah Siapa” lakonan Noormadiah.

Kembara bermuziknya yang bermula di era pendudukan Jepun sebagai penyanyi dan penghibur memberi pengalaman buat Nona Asiah cukup on demand di era 60-an untuk merakamkan lagu-lagu petikan filem khususnya. Lagu “Bunga Kembang” bersama Aziz Jaafar antara salah satu lagu yang cukup diingati peminat filem hitam putih pastinya.

Sebelum bergelar playback singer untuk penerbitan filem, Nona Asiah terlebih dahulu menjadi penyanyi di Radio Malaya yang tugasnya menyanyikan lagu-lagu permintaa pendengar sekitar tahun 1946. Di sini beliau mengutip pengalaman menyanyikan lagu-lagu Indonesia dan lagu-lagu Barat.

Setiap persembahannya diiringi kugiran yang diberi nama Tiga Serumpun. Menerusi persembahan di Radio Malaya jugalah memabwa nama Nona Asiah mendapat peluang merakamkan lagu pertamanya untuk bergelar penyanyi rakaman. Lagu pertama yang dirakam adalah “Besame Mucho” yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu pada tahun 1949.

 

Tawaran bergelar penyanyi rakaman memberi rezeki yang lebih buatnya untuk mendapat lebih tawaran menyanyi. Antara kemuncak kerjayanya adalah untuk menyanyi di luar negara mengembara ke serata Asia bersama iringan orkestra mengadakan konsert serta tour sebagai seorang Biduanita yang disegani.

Nama Nona Asia di penghung 50-an begitu besar pengaruhnya. Banyak lagu-lagu yang dirakam mendapat sambutan luar biasa penggemar lagu Klasik Mleayu. Antara yang cukup memberi populariyi buat Nona Asiah adalah “Seia Sekata”, “Gelora Chinta” dan “Cempaka Biru”.

Sepanjang kariernya sebagai penyanyi, Nona Asia merakamkan dua buah LP berjudul “Dari Hati Sanubari” dan sebuah lagi album bersama Noormadiah, Julia dan A.Rahman.

Beliau juga sempat melibatkan diri dalam bidang lakonan menerusi filem “Pelangi” pada tahun 1951 dan “Abu Nawas” pada tahun 1954 menerusi produksi Malayan Film Unit.


ARTIKEL BERKAITAN

#GetaranNostalgia Junainah M. Amin “Air Mata Semalam”

Highlight, Review, Terkini,

Sisi Matang Bermuzik Rahmania Terserlah Di Single “Ground Zero”

Lagu: Ground Zero
Artis: Rahmania Astrini
Komposer / Lirik: Rahmania Astrini
Produser: Dila Sarah

Rahmania Astrini bakat muda muzik Indonesia yang mengendong ilham R&B dalam lagu-lagunya sebelum ini sudah cukup besar di lapangan muzik urban di sana. Rangkaian lagu-lagu Inggerisnya diterima meluas dengan feel dan soul tersendiri yang dibawa dalam persembahan sederhana.

Kembaranya ke Belanda tahun lalu untuk menyambung pengajian membuah ilham baru baginya untuk terus berkarya. Setela melepaskan “Pizza Pepperoni”, “I Dont Mind”, “I Feel Good” dan “Untitled” di tahun lalu Rahmania melanjutkan langkah bermuzinya dengan sebuah lagi single baru.

Lagu yang sekali dicipta sepenuhnya sosok manis ini diberi judul “Ground Zero” yang sekali lagi datang dengan ilha R&B yang dibaluti alunan vokalnya yang cukup soulful sekali. Dibuka dengan nyaman dengan petikan gitar yang minimal membuai yang sebelumnya disambut vokal merdu Rahmania.

“Ground Zero” membebaskan jiwa sebenar Rahmania dalam bermuzik. Penghasilan melodi dan kemasan muzik begini benar-benar menyerlahkan krebiliti bermuziknya. Terhasil cukup catchy, membuai rasa – Rahmania membuat pendengar benar-benar melayang dalam persembahan vokal cemerlangnya.

Rahmania menyusun langkah bermuziknya dengan cara berbeza. Di saat banyak rakan apenyanyi seusianya memilih Balada galau, dia utuh untuk menunjukkan kraf muziknya yang lebih jitu dan tersendiri. Suaranya semakin matang dan semakin sedap didengar dalam penyampaian yang lebih berisi.

7.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Jalan Pulang” Bersama Pelayaran Emosi Yura Yunita

Highlight, Review, Terkini,

Debut Album “Fabula” Sebuah Pesona Balada Mahalini

Lagu: Fabula
Artis: Mahalini
Produser/ Lirik: Kenny Gabriel / SEEK /  Tintin & Victor Kong / Adrian Rahmat Purwanto
Label: HITS Records

Mahalini menjadi satu daripada nama yang terhasil daripada pentas Indonesian Idol sebaris Lyodra, Tiara Andidi, Ziva Magnolya dan Keisya Levronka. Menitip populariti dengan jalannya tersendiri dalam penghasilan single yang cukup diterima meluas meletakkan nama Mahalini antara bakat cukup on demand hari ini.

Muziknya berteras Balada dengan lirik galau dekat dengan pendengar semasa lantas menzahirkan hits “Sisa Rasa”, “Kisah Sempurna” dan “Melawan Restu” sehingga rangkaian duet bersama Rizky Febian semuanya cukup menjadi.

Mengikut jejak langkah Lyodra, Tiara dan Ziva – Mahalini turut mahu menghasilkan album sebagai melengkapkan portfolio bermuziknya. Seperti apa yang dijangkakan, lagu-lagu galau mengisi hampir keseluruhan album ini tetapi yang menariknya adalah kemasan muziknya memberi rencah rasa yang baru dan segar tanpa galaunya terlalu merintih.

Dan kemasan muzik yang menarik ini tentu saja digerakkan nama-nama segar produser muzik Indonesia yang semakin disenangi dan on demand. S/EEK (Raisa, Afgan), Kenny Gabriel (Isyana Sarasvati), Adrian Rahmat Purwanto (Lyodra, Tiara Andini) meninggikan standard Pop Mahalini untuk sound dalam lagu-lagu ini kedengaran lebih grand pastinya.

Dibuka dengan “Ini Laguku” dan “Buru-Buru” kedua-kedua lagu ini diramu dalam persembahan easy listening yang terhidang dengan sebuah kelapangan tanpa lagi membiarkan pendengar galau di awal pembukaan album. Korus “Ini laguku” sedap didengar bergerak sebagai sebuah journey yang baik di album ini.

Pendengaran saya lebih tertari pada trak ketiga “Bawa Dia Kembali” (Andrew Darmoko) yang sebetulnya kuat esen Indo Pop yang biasa kita dengar tetapi susunan muziknya diberi dinamik yang memberikan nilai tambah oleh produser S/EEK. Momentum lagu benar-benar dirasai dengan cukup baik di korus kedua yang menyerlahkan emosi Mahalini dalam persembahan vokalnya yang sederhana namun masih mengikat rasa.

“Putar Waktu” menjadi permulaan kepada kegalauan album ini, melodinya agak predictable dan klise namun cukup menyatu baik dengan vokal Mahalini yang pasti sangat akan disenangi. Lagu ini tidak begitu mengikat pendengaran saya.

“Bohongi Hati” (Mahalini) ternayata menjadi racun utama di album ini untuk kita benar-benar larut dengan persembahan cemerlang Mahalini. Vokalnya sangat baik di lagu ini, melodi lagu ini benar-benar membenarkan Mahalini menyerlahkan kemampuannya untuk bercerita dengan sepenuh rasa yang tepat.

I would say this is one of the best Ballad yang pernah terhasil. Saat dibuka sahaja sudah memberikan kesayuan terdalam untuk kita sebagai pendengar menikmatinya. Susunan muzik Victor Kong & Tintin di lagu ini cukup kemas sekali.

Album ini terisi lagi dua lagu baru iaitu “Sial” (Andmesh / Mahalini / Kamga) yang sekali lagi meneruskan kelangsungan kehebatan dalam penghasilan sebuah melodi. Killer lagu in pada korusnya yang beggitu memikat dan mengikat. Such a powerful Ballad yang saya kira pasti akan meneruskan kelangsungan bermuzik Mahalini untuk kekal dalam radar popular.

“Pecahkan Hatiku” sebuah lagi Balada yang mengisi album ini sebegai pelengkap kepada tiga single terawal yang menaikkan nama Mahalini tidak hanya di pasaran muzik Indonesia malah pengaruhnya sampai ke tanah air Malaysia.

Penghasilan album ini pastinya memberi ruang untuk Mahalini bersinar sepanjang tahun. Mahalini saya kira bertuah kerana berjaya mendapatkan lagu-lagu yang cukup kuat di album ini. It’s a good Pop album yang citarasanya pasti saja mengikut paten penggemar semasa namun masih diberi ketelitian pada kemasan melodi juga produksi muzik yang cukup baik dibaluti sempurna kemerduan Mahalini.

8.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Review, Terkini,

Retro Vibes FLQ & Hullera Dalam “Penagih”

Lagu: Penagih
Artis: FLQ & Hullera
Komposer / Lirik: Faliq Mohd / Hullera
Produser: Faliq Mohd

Usai fasa Pestel Lite – Faliq mengubah haluan membawa jalan baru bermuziknya sendiri dengan kehaliran single “Menari Dalam Memeori” Disember lalu sebagai sebuah pengenalan dan perjalanan baru bermuziknya yang turt menampilkan kolaborasi bersama Acap Loko dan Dian.

Tanpa mahu mengambil masa terlalu lama dengan penampilan jenama baru sebagai FLQ, dia meneruskan langkah bermuzik dengan sebuah lagi single berjudul “Penagih” yang kali ini berkolaborasi bersama dengan sorang lagi bakat muda Hullera.

Lagu yang terhasil dalam sebuah pengalaman menikmati muzik Synth Pop dengan pengaruh 70’s Disco yang cukup menghiburkan. Melodinya terhasil cukup catchy dalam groove yang begitu smooth sekali perjalanannya.

Mendengarkan lagu ini membawa memori saya kembali era 70-an dan 80-an di mana nama-nama besar muzik tempatan seperti Carefree, Noorkumalasari, Anita Sarawak dan Aman Shah cukup dominan dalam membawa ilham muzik begini.

Attitude bermuzik FLQ di dua single yang diterbitkan nyata lebih mudah didekati dan menyenangkan. Saya kira ia tidak sukar dinikmati pelbagai lapisan pendengar kerana “Penagih” benar-benar mampu mengikat pendengaran biar hanya pada saat pertama kali mendengarnya.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Debut Internasional Lunadira Menerusi “Go Slow”

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Belagu II – Sebuah Ilham, Rekayasa & Penyatuan Dua Budaya Dalam Muzik

Muzik Kita bertemu Dayang Nurfaizah dan Aubrey Suwito di Cranky Studio Disember lalu dalam satu sesi pra-dengar eksklusif sambil berbual-bual penuh keterujaan mengapa album “Belagu II” ini menjadi projek yang cukup beremosi buat kedua mereka.


Belum sempat saya merasa bosan mengulang pasang “Dikirim Jangan Dipesan Jangan” dan “Jikalau Abang Merindu” – Perkhabaran Dayang mahu menghasilkan projek “Belagu II” membuah rasa bahagia saat berita dikirimkan. Dayang Nurfaizah terus mengemudi hasratnya dalam meneruskan kelangsungan merakam kembali lagu-lagu Melayu klasik dengan penghasilan “Belagu II”.

Projek “Belagu” yang pertama dirakam secara langsung memberi pengalaman berbeza pendengar muzik tempatan menikmati sebuah pelayaran bermuzik yang serba grandeur penghasilannya. Dan pabila mendapat tahu projek “Belagu II” ini akan beriring full string session daripada Budapest Scoring Orchestra, keterujaan penggemarnya pasti lebih lagi kali ini.

Kurang lebih setahun merangka dan merencana projek istimewa ini. Dayang sekali lagi bersama maestro muzik Aubrey Suwito mengepalai ilham besar impian Dayang yang menjadi satu lagi kenyataan. Muzik Kita bertemu dan berbicara panjang bersama dua persona ini.

MK: SETELAH 2 TAHUN “BELAGU” BEREDAR, HOW YOU BOTH SEE THE JOURNEY?

DN: Belagu berjalan tanpa Dayang terlalu merancang sebenarnya tapi once projek ni dah jalan semua pun jadi smooth. Dayang happy ramai yang boleh terima dengan apa yang kita dah hasilkan dalam “Belagu” dan kalau ingat balik proses nak buat Belagu tu memang banyak benda yang kelam-kabut sebab masa tu masih dalam fasa pandemik, tapi Dayang bersyukur sangat semuanya jadi macam apa yang kita rancang.

AS: It’s a dream come true for me. I always talk to my wife one day I nak buat this kind of project. But siapa yang nak initiate this kind of effort? So bila Dayang and team ask me to produce “Belagu” of course I say yes. Bila “Belagu” yang first tu jadi I think hajat dah ditunaikan kita pun dah happy. And now ada “Belagu II” pula, it’s like instead lightening strike once lightening strikes twice. And if you ask me now the journey was really great for me and along the way untuk produce this album I’ve learned a lot of things.

MK: PROJEK “BELAGU II” SUDAH MEMANG DIRANCANG AWAL ATAU IA DATANG SELEPAS KEJAYAAN “BELAGU”?

DN: Nak kata rancang tak juga tapi dia lebih pada hasrat. Kalau ada rezeki Dayang rasa why not. And bila Sharina (Pengurus) tanya Dayang nak apa kalau buat “Belagu II” Of course Dayang cakap Dayang nak orchestra. Tapi masa tu pun taklah sampai terfikir untuk dapatkan Budapest Scoring Orchestra. So projek ni sebenarnya bukanlah kita betul-betul plan yang dari awal tapi dia slowly menjadi dengan sangat smooth.

MK: AUBREY, APA YANG MEMBUAT YOU SAY YES TO “BALAGU II”?

AS: I always wanted to make this kind of music and project. As a Malaysian music producer especially, I love this kind of music and always wanted to explore more. I think Dayang and team pun memang tahu yang I really into this kind of project so yes why would I say no kan? Credits to Dayang and team juga sebab I rasa not many artiste willing to make this effort and they did it. Plus I percaya projek macam ni kita perlukan a singer with high caliber like Dayang if not dia takkan jadi juga.

MK: UNTUK DAYANG SENDIRI KENAPA MASIH MEMILIH AUBREY SUWITO?

DN: Aubrey dah berjaya realisasikan apa yang Dayang bayangkan bila nak buat projek “Belagu” yang first dulu. Dayang tak study muzik macam Aubrey jadi Dayang nak explain tu susah juga sebenarnya tapi Aubrey boleh faham dan hasilkan apa yang Dayang imagine tu. Jadi Dayang rasa tak perlu nak fikir cari produser lain sebab dia memang dah tahu apa yang Dayang nak. Dari semua segi, sound nya macam mana, susunan muziknya, feel – semua menjadi macam apa yang Dayang bayangkan.

MK: SAYA PERCAYA PROJEK BEGINI MEMAKAN KOS YANG SANGAT TINGGI & EFFORT YANG LEBIH. DAYANG BOLEH MEMILIH UNTUK MERAKAM ALBUM PENUH LAGU BARU BUAT PEMINAT TETAPI MENGAPA MAHU MENERUSKAN “BELAGU II”?

DN: Dayang sebenarnya tak terfikir pun pasal kos pembikinan album ni boleh buat album baru ke atau buat projek lain ke sebabnya bagi Dayang this is the right time. Bila “Belagu” keluar dan sambutannya baik Dayang rasa ia jadi jalan untuk menghasilkan “Belagu II”. Memang kos sangat tinggi tapi bila Dayang fikir balik kalau bukan sekarang bila lagi kan?

Satu lagi memang hasrat Dayang menghasilkan “Belagu II” ni sebagai sebuah album penghargaan kepada karya-karya terdahulu. Tanda Dayang appreciate pemuzik, penulis lirik dan juga penyanyi dahulu. Dayang rasa benda ni penting sebab cara orang dulu buat lagu sangat kemas dengan lirik puitis yang cantik sangat bagi Dayang. Pada masa yang sama Dayang pun belajar banyak benda baru. Rasa sayang kalau peluang yang ada sekarang Dayang tak gunakan untuk kenalkan lagu-lagu ini bagi generasi baru yang ada.

MK: BOLEH DAYANG KONGSIKAN PROSES PEMILIHAN LAGU DIBUAT?

DN: Ini proses paling susah bagi Dayang. Sebabnya kalau ikut wishlist banyak lagu Dayang nak pilih untuk rakamkan semula tapi kena fikir balik kesesuaian vokal Dayang. Lagu Melayu Klasik ni berat dan Dayang bukan penyanyi tradisional jadi Dayang tak boleh ambil risiko menyanyi lenggok-lenggok yang Dayang tak boleh nak buat. Pada masa yang sama Dayang kena dapatkan pandangan Aubrey juga sebab yang nak arrange balik semua lagu dia juga kan. Jadi banyak benda yang kita kena balance sampai dapat lapan lagu yang kita dah pilih.

MK: AUBREY KETIKA DITAWARKAN UNTUK SEKALI LAGI MENGEMUDI PROJEK BELAGU, ADA CERTAIN VISION?

AS: Belagu is Dayang’s dream, jadi bila Dayang datang dia bagitahu siap-siap this project macam mana. For me it’s not much about what to do but how to do it. Cabaran paling besar adalah cara untuk maintain sound of Malaysian heritage dengan European punya orkestra. Sebab the result cannot sounded European, yang kita nak tonjolkan adalah sound Melayu Asli it self and that’s the whole idea why she’s making Belagu. So my responsibility is to make sure how to use them (Budapest Scoring Orchestra) to make our sound richer.

MK: KALI INI DAYANG BEKERJA DALAM SKALA YANG LEBIH BESAR SAYA KIRA. BAGAIMANA IDEA UNTUK BEKERJASAMA DENGAN BUDAPEST SCORING ORCHESTRA ITU DATANG?

DN: Macam Dayang cakap tadi masa Sharina tanya kalau buat Belagu II Dayang cakap nak orkestra yang full orchestra tapi masa tu belum lagi lah terfikir untuk dapatkan khidmat Budapest tapi yang Dayang tahu Dayang nak orkestra. Budapest datang daripada Sharina, suruh dia jawab (Sambil tertawa)

SHARINA: Kita mula-mula berangan je. We do have a thought nak buat dekat sini (Malaysia) but from there after we have discussion with Aubrey we think macam why not kan kita try international orchestra.

DN: Go big Dayang cakap. Haha~~

AS: Like Sharina always cakap berangan is free, so the journey tu memang all the way we berangan je and make it work sampai jadi.

SHARINA: Tapi banyak pertimbangan jugalah kita buat, what was like the cost involve. That was it, so we compare if we’re doing 40 pcs of orchestra here kos berapa then if we buat international berapa banyak kita kena spend. So from there it became possible for us to do it with Budapest actually.

MK: UNTUK AUBREY SENDIRI BERAPA LAMA PROSES UNTUK MENYUSUN SEMULA LAGU-LAGU?

AS: Lama. I think it was from April or maybe earlier. The process sebenarnya start dengan workshop session with Dayang, kita cari tune, key yang betul for her then after that I dengar balik, study and improvise mana yang patut to make it more interesting. Almost the same process dengan Belagu I.

MK: CHALLENGE FOR YOU SENDIRI MACAM MANA?

AS: Definitely berbeza dengan yang first sebab this one full string orchestra, involve lagi banyak instrumen yang you need to think about. This time ada french horn and I have to think how to merge our ethnic instrument dengan orkestra which is very European thing. My worried is if tak buat betul-betul it will come out as European sound and we don’t want that. Kena betul-betul jaga bunyi Melayu Asli tu so that was the biggest challenge for me to find balance in between. How bunyi Malaysian heritage tu nak disatukan dengan European sound.

MK: DARI SEGI VOKAL MUDAH UNTUK DAYANG SINCE DAH ADA EXPERIENCE DI BELAGU I?

DN: Lagi susah ya (sambil tertawa). Sebabnya Dayang bukan penyanyi Melayu Asli so everytime nak kena nyanyi lagu macam ni Dayang kena betul-betul study dia punya flow dan etika. Dayang tak nak nanti kalau main nyanyi je dia jadi over do pulak. So sekali lagi untuk Belagu II , Dayang jumpa Bob untuk dapatkan advise macam mana lenggok yang betul, cara nak melembutkan nyanyian tu.

Dari segi delivery pula Dayang rasa feel dia lagi berat sebab lagu-lagu yang kita pilih kali ni lirik-lirik dia sangat deep so Dayang kena fahamkan betul-betul cerita dalam satu-satu lagu. Lirik orang dulu semua ada cerita sendiri, Dayang kena make sure ceritanya sampai bila orang dengar. Satu lagi menyanyi lagu Melayu Asli bukan macam kita nyanyi Ballad boleh all out jerit-jerit. Lirik sedih tapi still kena jaga kelembutan, part tu memang kena banyak control dalam nyanyian Dayang.

Lirik orang dulu semua ada cerita sendiri, Dayang kena make sure ceritanya sampai bila orang dengar.

Dayang nak bila orang dengar nanti boleh rasa macam Dayang nyanyi berbisik dekat telinga. So bila dalam studio Dayang kena keep that in mind. Dayang kena buat betul-betul sebab Dayang pun tak tahu bila lagi peluang macam ni akan datang. Banyak benda kena jaga – emosi, mental semua kena in control.

AS: You dengar Dayang cakap macam susah je kan, but for me as producer kalau dia student, she’s an A+ student. Dia masuk studio, from the first try dia dah bagus dah. Because you know what, me and my engineer masa dia habis nyanyi we both meremang tau. But Dayang pulak yang request boleh kita cuba lagi?.

And kebanyakan yang you dah dengar tadi is one take recording. That’s how good she is. Dayang ni dia macam kalau dekat sekolah ada student pandai yang tak payah study pun boleh score dalam exam. She’s just got the thing. And I remember masa dekat Budapest when she sing few songs with the orchestra, people in there thought it was on tape tapi dia memang tengah menyanyi on live mic. She’s really a Malaysian treasure lah for me.

MK: TADI KITA DENGAR LAGU BARU “RINDU MENYAPA” BOLEH AUBREY SHARE TENTANG LAGU NI?

AS: Rindu Menyapa was first concieved whilst I was working on my Master Degree. Penyatuan Jazz dengan Melayu klasik. So the idea adalah untuk gabungkan dua genre ini dalam satu lagu. Lepas melodi siap I tanya Kak Chah (Habsah Hassan) if dia willing to write the lyrics. So she came out with Rindu Menyapa then I try to convince Dayang and team to have this song in the album. I think this song paraphrases Maya Angelou’s quote – You can’t really know your music untill you appreciate the classic of yesteryear. Which I believe is the main sentiment behind the Belagu series.

MK: OKAY SEKARANG ALBUM DAH SIAP, APA PERASAAN YOU BOTH AFTER DENGAR?

DN: Kalau tanya Dayang as penyanyi bila dengar balik ada je yang Dayang rasa macam ermm boleh better lagi ni. Boleh improve lagi ni. Sebab Dayang jenis kalau dalam studio memang lambat sikit dapat feel tapi kalau on stage live Dayang lagi senang explore. Tapi dari segi muzik memang Dayang puas hati, Dayang terima kasih sangat-sangat dekat Aubrey sebab apa yang Dayang imagine tu semua menjadi.

AS: As a producer i really really happy. Puas and I hope once people dengar this album they will get the feel yang macam Dayang nyanyi personally for them. I hope we can achieve that. And I think what I feel, I don’t know if Dayang feel the same, ada rasa macam emotionally touch tau, rasa macam sayu like ala we finish this already. Ada one time I put aside I tak dengar tau the album just don’t want to have that sayu kinda feeling. But yeah that is how the “Belagu II” makes me feel.

“Belagu II” beredar Jumaat lalu, 27 Januari di semua gedung muzik digital, terisi 8 lagu rakaman semula dan satu lagu baru dalam sebuah pengalaman menikmati muzik Melayu Asli pada tahap yang tertinggi pernah kita semua rasai. Sejak pertama kali mendengar Disember lalu sehinggalah beredar, roh “Belagu II” meresapi dalam setiap ruang pengalaman pendengaran saya.

Mendengarnya mengundang kagum dan membuat kita semakin dekat dengan lagu-lagu Melayu terdahulu. Terima kasih buat Dayang dan Aubrey serta seluruh batalion muzik “Belagu II” yang sudah meninggikan standard lagu-lagu klasik Melayu sebagai sebuah kelangsungan yang baik untuk dinikmati generasi berganti.

Sehingga 11 Mac nanti kita semua belagu bersama di Dewan Filharmonik Orkestra untuk satu lagi pengalaman menikmati muzik klasik Melayu dengan penuh rasa bangga.

penulis bersama dayang dan aubrey di cranky studio


ARTIKEL BERKAITAN

Bicara Dayang Tentang Impian Manis Yang Tercapai Dalam Melestarikan Pop Klasik Melayu Menerusi “Belagu”

 

Highlight, Review, Terkini,

Debut Internasional Lunadira Menerusi “Go Slow”

Lagu: Go Slow
Artis: Lunadira
Komposer / Lirik: Nadirah Diah / Ahmed Nadzmi
Produser: 

Terakhir kali muncul bersama Reddirocket menerusi EP “Tangerine”, Lunadira dilihat lebih awal potensinya untuk bergereka sebagai R&B artiste tempatan yang punya masa depan baik untuk bersinar lama hayat bermuziknya. “ur cute but boring” dan “Forever Not Our Thing” sudah membuktikan jelas arah muziknya.

Beriring kraf muzik yang tersendiri ilham daripada apa yang jelas banyak dalam pasaran global hari ini membawa Lunadira bergerak sebagai salah seorang  barisan baru pemuzik tempatan yang harus kita banggakan hasil muzik yang telah dia hasilkan.

Terkini setelah tahun lalu vakum tanpa sebarang single baru, Lunadira datang dengan satu kejutan manis single terbaru berjudul “Go Slow” yang menjadi single perdana pasaran antarabangsanya yang diterbitkan COLORS – platform bagi pemuzik R&B seluruh dunia yang sebelum ini telah menampilkan nama-nama seperti Snoh Aalerga, Brandy, DEAN dan Masego.

Menerusi single ini Lunadira tampil penuh soulful dalam persembahan vokal yang begitu sophisticated. Keseluruhan melodinya terhasil catchy dengan hook yang mengikat pendengaran dengan cukup mudah dan melekakan. Attitude bermuziknya cukup terserlah baik di lagu ini. Lagu ini saya kira bergerak sebagai permulaan yang baik untuk Lunadira terus menghasilkan lebih lagi lagu-lagu baru tahun ini.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terlarut Dalam Persembahan Soulful Aina Abdul Menerusi “I Lost Me”

Highlight, Review, Terkini,

Andi Rianto Meramu Semula “Mengejar Matahari” Dalam Acuan Keisya Levronka

Lagu: Mengejar Matahari
Artis: Andi Rianto & Keisya Levronka
Komposer / Lirik: Andi Rianto / Ari Lasso
Produser: Andi Rianto

Usaha Andi Rianto menerbitkan kembali karya-karya terdahulu ciptaannya dalam nuansa baru bagi memikat pendengar muda berhasil sejak awal dia meramu kembali “Bahasa Kalbu” bersama Raisa dan “Sang Dewi” nyanyian semua Lyodra yang begitu booming sekali.

Meneruskan kerja kreatifnya, Andi Rianto kali ini mengendeng bakat muda, Keisya Levronka yang semakin menular titi populariti yang pengaruhnya tidak hanya di Indonesia malah menawan penggemar Malaysia menerusi sebuah lagi karya ciptaan Andi berjudul “Mengejar Matahari”.

Lagu yang semua sedia maklum asalnya dipersembahkan Ari Lasso bagi runut bunyi filem dengan judul yang sama ini diterbitkan pada tahun 2004 hadir dalam aliran Pop yang sifatnya cukup dirasuk roh Ari sebagai pelantun diramu kembali oleh Andi Rianto di versi baru dengan lebih membuai.

Bersama alunan vokal Keisya Levrinka, lagu ini disusun kemas dan menawan dalam persembahan full string iringan Budapest Scoring yang melatari lagu ini membuah hasil yang cukup mewah sekali. Kemasan muziknya kedengaran lebih current dengan pengaruh citarasa muzik semasa.

Vokal Keisya melayari lagu ini dengan saling melengkapi persembahan keseluruhan muzik yang terhasil. Saling membaluti dan mengisi keperluan menjadikan lagu ini sebagai sebuah naskhah rakaman semula yang berjaya meniggikan standard muzik lagu asal.

 8.5/10


ARTIKEL BERKAITAN

Keisya Levronka Melanjutkan Perjalanan Bermuzik Dengan Single “Hidup Tanpamu”

Highlight, Review, Terkini,

Irama Diskoria Diteruskan Bersama Laleilmanino dan BCL

Lagu: Badai Telah Berlalu
Artis: Diskoria / Laleilmanino / BCL
Komposer / Lirik: Laleimanino
Produser: Laleilmanino

Pasaran muzik Indonesia berjalan laju seperti biasa, belum berhujung bulan Januari sudah terlalu banyak rilis yang dipersembahkan dalam ramuan muzik yang pastinya terhasil menawan. Diskoria satu daripada pemuzik yang jalannya disusun kemas dengan barisan lagu-lagu yang sentiasa dinantikan.

Setelah cukup booming dengan kolaborasi bersama Dian Sastro (Serenata Jiwa Lara) dan C.H.R.I.S.Y.E bersama Eva Celia mereka meneruskan perjalanan bermuzik dengan sebuah lagi kolaborasi bersama produser Pop masa kini, Laleilmanino menerusi sebuah lagu berjudul “Badai Telah Berlalu”.

Kali ini mengendeng BCL sebagai vokalis utama, sakti di lagu ini sekali lagi masih pada ilham Disco, Synth dan City Pop yang menjadi nadi bermuzik mereka. Ramuan muzik Laleilmanino dalam menghasilkan melodi begini tidak harus dipertikaikan lagi, terhasil cukup catchy dan menghiburkan pastinya.

Pembukaan lagu ini saja sudah membuat saya tergoda dengan ilham muzik City Pop, J-Pop yang cukup dominan di era 80-an. Persembahan pebukaannya saja sudah buat saya mahu berdansa dalam iramanya.

Saya lebih tertarik dengan lagu ini pabila membaca teks liriknya yang cukup bercerita dengan gaya bahasa yang mempesona. “Selusin purnama berganti berikan cahaya // Menanti gulita kapan kau berlalu” juga di bait “Seribu baju pengantin malam kini // Menari di gantung lemari.” juga bait “

Korus lagu ini juga cukup cemerlang terhasil cukup catchy sekali.  “Dan kini ternyata ujung cerita bak kurnia dewataHatiku berseri senyum mentari datang kembali // Pilu yang dulu hilang // Badai tlah berlalu.”

“Badai Telah Berlalu” menjadi sebuah lagi lagu yang melengkapkan diskografi Diskoria sebagai duo yang cukup dinamik dalam memberikan sesuatu yang cukup mampu memeriahkan lagi pasaran muzik Indonesia.

8.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Jalan Pulang” Bersama Pelayaran Emosi Yura Yunita