Review,

Pastel Lite Pertaruhan ‘Balada’ Dalam All That Synth…

 

Gerakan muzik indie di Malaysia akhiran ini agak perlahan diperhatikan pasaran semasa. Masih ingat bagaimana kita seronok meraikan Butterfingers, Monoloque, Meet Uncle Hussein, O@G, Yuna dan Bunkface? Itu era yang saya kira sukar untuk mana-mana penggerak indie baru hari ini ulangi.

Sekadar beberapa nama yang ada difikiran saya – Masdo, Orkes A Hizadin, Sekumpulan Orang Gila, Bil Musa dan Pastel Lite. Mengamati muzik yang dicorak anak-anak muda ini saya kira ia sekadar mengulang guna formula sedia ada dengan rencah-rencah yang ditambah untuk kedengaran berbeza.

Pastel Lite yang mula saya kenali ketika menonton LoveLiFest yang berlangsung awal tahun ini antara bakat indie yang berjaya mencipta nama di kalangan kelompok indie hari ini. Muzik mereka punya asas elektronik, synth dan pop. Boleh bayangkan bukan bagaimana bunyinya?

Album yang berjudul Balada ini datang dalam 10 lagu kesemuanya dalam durasi 38 minit yang sedikit meguji pendengaran Pop Melayu saya. Namun peri pertama yang saya kagum dengan debut band ini adalah kualiti rakaman muzik yang cukup membanggakan.

Saya puas mendengar album ini kerana ia dibikin cukup kemas dan teliti sekali. Kesinambungan bunyi dari satu lagu ke satu lagu lainnya bergerak atas satu par rakaman yang baik. Kredit harus diberikan bagi individu yang menjalankan proses mixing juga mastering album ini.

Album ini jika saya tidak tahu ia milik bakat lokal, paling-paling saya akan ingat ia produk seberang (sebab vokal vokalisnya kuat bunyi Melayunya). Trak Sunny favorite saya dalam album ini. Karakter vokal Eff Hakim bagi saya begitu raw, mungkin juga sebab faktor muzik dibawanya Cuma kadang jujur saya terganggu dengan penyampaiannya yang seakan menyebut.

Aneh sebuah lagu yang saya kira okey. Groove dalam lagu ini and all that synth sound yang ada bagi saya cukup berjaya disatukan sebagai naskhah indie yang baik. Cuma liriknya terlalu biasa dan biasa sebetulnya boleh jadi bosan.

Overall saya kira Pastel Lite not bad at all tapi tidaklah terlalu bagus. Apa yang kurang adalah originality mereka sebagai pemuzik. Saya berharap akan ada lagu yang buat saya wow namun semuanya seperti apa yang dijangka. But again saya puas dengan kualiti rakaman album ini.

Bagi yang tidak biasa dengan muzik mereka anda mungkin perlu masa untuk hadam muzik begini dan fahamkan visi akan kraf pemuzik yang bergerak secara indie ini.

Review,

Rendy Pandugo (The Journey) Penemuan John Mayer Jakarta Dengan Formula Coldplay dan Jason Mraz

Keberagaman muzik Indonesia dengan skala muzik yang cukup luas atas faktor demografik yang luas saya kira membenarkan setiap pasaran muzik dalam genre berbeza diterima dengan cukup terbuka. Apa sahaja genre muzik yang ditawarkan di sana pasti datang dengan kelompok penggemar yang  cukup besar sekali dan ya situasi ini nyata berbeza dengan apa yang kita ada. Pasaran muzik Malaysia kecil jika boleh saya rangkumkan – kelompok Pop Radio, Indie dan Rock.
Pasaran R&B masih terlalu kecil dan nasib pejuang-pejuan irama Melayu tradisi masih kabur arahnya yang akhirnya hanya akan diangkat di festival-festival keraian anjuran kerajaan sahaja. Hal inilah yang membuatkan muzik kita stagnant.

Dalam entri kali ini saya ingin berbicara tentang bakat muda bernama Rendy Pandugo yang melahirkan album debut The Journey yang cukup kental feel Pop ala John Mayer, Jason Mraz dengan campuran brit Pop cara Coldplay.

Album ini dibuka lembut gitar Float in The Sky yang lantas mengingatkan saya pada beberapa trak Mumford & Sons. Liriknya baik sekali “I wanna fly and take me higher. I’ll take you full ride, float in the sky.” Saya sangat enjoy dengan korus lagu ini yang cukup catchy sekali.

Rendy mencorak Pop versinya dengan cukup baik sekali. Lagu-lagu seperti Won’t Let Me Down,  By My Side dan Silver Rain cukup relaxing sekali. Pendengaran saya teralih pada lagu seperti 7 Daysyang begitu John Mayer sekali dan Don’t Call Me Baby yang punya feel Jason Mraz.

Above all, lagu paling meninggalkan kesan pada saya adalah trak penutup album ini, I Know The Answer yang datang dengan feel soul pada rencah muziknya. Cuma saya kurang puas mendengar penyampaian Rendy menerusi lagu ini. Punch nya kurang dirasai namun ia bukanlah sebuah persembahan yang gagal.

The Journey saya kira sebuah album yang cukup personal sekali. Elemen muziknya bergerak atas prisma muzik yang komersil tetapi masih kental nilai estetika terutama di department rakaman dan susunan muziknya.

Bila mendengar keseluruhan album ini saya hanya mampu bertanya pada diri sendir, jika ada bakat tempatan (Malaysia) yang datang dalam pakej serupa, adakah pendengar kita bersedia memberi perhatian yang sama sepertimana masyarakat muzik Indonesia menyokong Rendy Pandugo?

 

 

Review,

“Peace Love Rindu” – Persembahan Maha Dahsyat 3 Dekad Seorang Diva Rock!

Penghujung 2016 dan 2017 tahun yang cukup seronok untuk saya sebagai pengikut tegar muzik lokal. Nama-nama besar seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Kopratasa, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Sheila Majid, Atilia, Monoloque, Noh Salleh masing-masing menghasilkan album penuh yang cukup solid sekali.

Hal ini penting dan sihat untuk perkembangan muzik tempatan. Album penuh masih penting kerana album adalah portfolio seseorang penyanyi – baik secara fizikal mahupun digital. Sense of belonging pada pembeli lebih tinggi dan dirasai berbanding single yang akan dilupakan.

Dan apa yang lebih menggembirakan saya apabila mengetahui Ella akhirnya muncul dengan album penuh setelah 10 tahun selepas produksi Rama-Rama. Bermula dengan single Istimewah yang diedarkan 2 tahun lalu ciptaan Sam Bunkface sehingga single terbaru Ku Sedia (Faizal Tahir / Omar K / Ezra Kong) Ella pakejkan dalam sebuah album yang cukup hebat berjudul Peace Love Rindu.

Album ini dibuka sempurna lagu ciptaan sifu M.Nasir dan lirik Keon berjudul Raguku. Terus terang melodi lagu ini sekali dengar kita dah boleh dengar signature melodi M.Nasir namun ada tapinya – susunan muzik Firdaus Mahmud memberikan satu suntikan yang cukup segar, moden dan ke depan.

Kalau dibiarkan sahaja melodi ini dengan corak tipikal M.Nasir saya kira lagu ini sekadar another songs yang kita pernah dengar but again cara Firdaus mencorakkan lagu ini cukup segar sekali. Saya sangat sukakan lirik tulisan Keon. Masih puitis sepertimana lagu-lagu yang pernah ditulis sebelum ini.

“Ilhamkan aku cinta,
Datangkan aku setia,
Bagai Juli ke Romi nya”

Kesempurnaan Raguku diteruskan dengan sebuah lagi lagu ciptaan M.Nasir lirik Buddhi Hekayat (gabungan serupa menulis Awan Nano – Hafiz) yang cukup dan penuh dengan energy. Persembahan vokal Ella dalam lagu ini cukup rasa. Spontan, raw dan santai.

Namun saya lebih tertarik dan tidak salah saya katakan lagu Sujud ciptaan sepenuhnya Edrie Hashim antara lagu terbaik dalam album ini.   Sempurna segala-galanya! Melodi yang baik, puitis lirik, susunan muzik hebat dan saya puas mendengar persembahan vokal Ella. Saya ulang saya puas!!!

Saya ulang dengar berkali-kali lagu ini! Ini contoh lagu yang sempurna untuk radio / pasaran semasa. Ini lagu terbaik untuk Ella push sebagai single seterusnya. Seni penulisan lirik Edrie yang mengangkat isu ketuhanan dan kemanusiaan dalam lagu ini membuatkan lagu ini bukan sekadar Pop yang biasa-biasa.

Comel (M.Nasir / Ad Samad) bermula dengan bait “Gincuku patah bila mendengar akan alasan yang kau beri.” Dan di korusnya “Walau sedap dipandang kau mudah jadi curang. Walaupun kau sedap dipandang ku tak rela dibaham.”

Saya jenis orang yang enjoy dengan penulisan lirik sebab itu saya suka beli album dan penulisan yang sebegini hanya Ad Samad sahaja yang tahu memberi justifikasi agar tidak kedengaran cheesy atau tidak kena dengan melodi.

Ku Sedia (Faizal Tahir / Omar K / Ezra Kong) saya sifatkan sebagai satu percaturan yang sangat bijak.

Pada saat lagu ini bermain di telinga saya, hati saya terdetik satu perkara – Ella nyata ada satu pasukan yang cukup smart untuk merencana Peace Love Rindu sebagai naskhah yang relevan, current, fresh dan moden tanpa menghilangkan segala esen muzik Ella sepanjang 32 tahun ini.

 

Ku Sedia adalah contoh terbaik dengan apa yang saya katakan. Konsep lagu ini sangat current yang ada esen lagu lagu-lagu popular hari ini tetapi tidak sedikit pun lari jauh meninggalkan corak muzik Ella. And to be frank awal mendengar lagu ini saya tak dapat tangkap langsung bayangan yang lagu ini ditulis trio Faithful Music. (Rujuk lagu Nastia “Rapuh” yang cukup kental soundFaizal Tahir).

Dan,
Ultimate song dalam album ini tentu sahaja Peace Love Rindu yang dicipta legendary rock tanah air Lord daripada kumpulan & The Boys yang turut bersama-sama Ella di awal penglibatan bintang rock ini. Lagu ini dikemudi AG Coco yang bertindak sebagai produser.

This is a love anthem! Lagu-lagu begini sememangnya sebab mengapa kita suka dan jatuh cinta dengan lagu-lagu Ella. Saya pantas teringat Gemilang, Pergilah Sayang, Demi, Pedih, Dua Insan Bercinta, Esok Lusa Selamanya dan Peace Love Rindu akan meneruskan kegemilangan lagu-lagu popular ini dengan rencah yang cukup moden dan sedap sekali.

Seawal bait

“Hello, Kuucap padamu, masa jauh berlalu terubat jua rinduku…”

sehingga korus

“I Wish you all the love I wish you happiness. Doaku untukmu sayang.”

Bikin saya melayang dengan persembahan cukup deep Ella. Saya kira ini lagu yang dicipta khusus untuk kotak suara Ella dan karakternya. Sejujurnya lagu sebegini kita tak dapat selalu dan tak semua orang tahu macam mana nak buat naskhah seperti ini. This is an evergreen piece yang kita akan selalu dengar macam kita masih dengar Pergilah Sayang.

Album ini sebuah album yang sangat solid. Setiap lagu memberi justifikasi pada karakter Ella dan paling penting sebagai ia disiapkan sebagai sebuah produksi yang bercitarasa tinggi dengan kualiti yang cukup hebat sekali.

Saya kira Peace Love Rindu sebuah naskhah yang cukup dahsyat dalam meneruskan kelangsungan 32 tahun penglibatan Ella dalam bidang muzik. Dan seperti posting saya di facebook tempoh hari, this album demands your good taste in music to enjoy it. Ya, ini album LIMA BINTANG!

 

#PerspektifMuzik,

#PerspektifMuzik Muzik Sekarang Mundur! – Bunkface

Saya tertarik dengan statement Bunkface dalam artikel Astro Gempak tentang fenomena banyak lagu popular hari ini mundur dan ke belakang. Biar awalnya saya kira fenomena anak muda dengan idea lama ini okey tetapi nampaknya lambakan muzik begini semakin memualkan.
Dan saya kira itulah yang dimaksudkan Bunkface – apabila terlalu banyak menggunakan formula serupa sebagai batu loncatan untuk popular maka tiada lagi perubahan atau peralihan dalam muzik. Dalam kata lain kita stagnant denga idea serupa.
Tapi saya kira itu realiti dunia muzik kita. Akar balada, jiwang, leleh, lentok, lunyai itulah jiwa kita. Pasaran muzik rock satu sisi cerita berbeza. Golongan ini saya kira tidak mementingkan lagi airplay kerana apa yang lebih penting adalah untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang kena dengan jiwa mereka.
Jika menoleh kepada perkembangan band indie pula tidak banya yang betul-betul menarik perhatian saya. SOG antara yang dominan but they don’t grip my soul. Idea mereka terlalu dekat dengan apa yang Butterfingers buat dulu jadi tiada kelainan.
Saya sukakan The Venopian Solitude tapi sinceHikayat Perawan Majnun tiada lagi naskhah menarik. Nastia dalam Rapuh karya komersil yang menonjol tahun ini dan saya boleh katakan itu antara lagu terbaik pernah dicipta tahun ini.
Masdo dan Orkes A. Hizadin juga antara yang menarik tapi masih jauh lagi perjalanan mereka untuk benar-benar sustain. Bakat baru wanita juga semakin membosankan. Semuanya bawa idea muzik serupa yang saya boleh bahagikan kepada dua iaitu kelompok muzik Balada (Wany Hasrita) dan urban yang lebih kecil pasarannya dan kurang originality seperti Nik Qistina.
Jadi,
Saya beralih kembali mendengar karya-karya Indonesia. Biar sebetulnya muzik Indo bukanlah baru untuk saya tapi saya cuba mencari sesuatu yang jarang atau sukar saya hadam kemudian saya fahamkan.
Sekitar tahun 2014 saya ke Jakarta untuk Java Jazz menemukan saya dengan beberapa nama segar seperti Yura Yunita dan sejujurnya bila ke Jakarta saya suka ke kedai-kedai CD kecil mencari album-album terpencil daripada bakat-bakat indie di sana.
Lately dengan bantuan carian Apple Music juga Spotify menemukan saya kembali dengan band-band hebat Indo. Yang paling saya suka Mondo Gascoro, Banda Niera, Bin Idris, Pandai Besi dan Tigapagi.
Estetika muzik mereka cukup tinggi. Tidak hanya sekadar bermain dengan idea mahu menjadi ‘berbeza’ tetapi sangat dekat dengan ilham muzik nusantara yang tidak terlalu dicampuraduk elemen semasa untuk kedengaran current.
Lagu-lagu seperti Alang-Alang (Tigapagi), Sampai Jadi Debu (Banda Neira), Senandung Lagu Lama (Mondo Gascaro), Akad (Payung Teduh) dan Rintik (Pandai Besi) jadi melodi on repeat. Mereka lari jauh daripada idea pop semasa Indonesia namun masih diterima cukup meluas kerana keterbukaan pendengar di sana.
Saya fikir kita cukup bertuah memiliki bakat serius seperti Monoloque, Noh Salleh dan Atilia yang masih mahu menghasilkan album penuh dengan kualiti yang bukan calang-calang. Saya berterima kasih kepada mereka kerana biar mereka sedar pasaran muzik mereka kecil tetapi atas nama seni muzik itu sendiri mereka laburkan jua sejumlah wang yang bukan kecil untuk menghasilkan sebuah album yang solid.
Saya berharap Nastia dapat mengeluarkan full album kedua mereka selepas single Rapuh yang semakin popular di radio. Langkah mereka bersama Faithful Music semakin tersusun dan perancangan mengkomersilkan muzik Nastia saya kira berada di landasan yang tepat.

Pada masa yang sama saya begitu teruja menantikan album terbaru Ella yang akan di pasaran 21 September ini. Seminggu lalu legenda muzik tanah air ini sudah mengeluarkan single pertama berjudul KUu Sedia karya Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong yang saya sifatkan cukup cemerlang penghasilannya. 
Uncategorized,

#PerspektifMuzik Let Us Be Honest About AF Megastar!

Sebetulnya saya tidak mahu terlalu mengambil serius tentang AF Megastar ini kerana akhirnya ia hanya menjual idea hiburan hujung minggu yang silih berganti. Tetapi saya terus terang pada masa yang sama saya tidak boleh pandang ringan pada AF kerana suka atau tidak ia akan menjadi bahan bual dan saya percaya daripada bahan bual ramai ia akan jadi satu sub budaya dalam showbiz tempatan.

Saya sejujurnya juga kurang berminat pabila melihat 24 calon finalis tanpa Kaer, Vince, Farah dan Farhan but again saya kira sebagai manusia mereka berempat evolve dan matang atau mungkin semakin realistik. AF bukan lagi platform yang baik untuk meneruskan kelangsungan minat dalam nyanyian.
Jadi Kaer semakin selesa sebagai pereka, Farhan dan Farah semakin bahagia sebagai isteri juga ibu. And yes, that’s how human evolve in life– bukan melepaskan minat dan bakat but more clear dengan tujuan hidup sebab minat doesn’t pay your bills. So, I am okaymereka tidak memilih untuk masuk AF Megastar.
MENYANYI ITU HARUS MERDU
Saya fikir ramai yang di atas pentas masih keliru tentang apa itu seni dalam nyanyian. Menyanyi WAJIB ada merdunya dan ini yang Indah tidak faham tentang nyanyian. Ada garis panduan sangat jelas antara nyanyian dan jeritan. A very thin fine line! Dua persembahan – Tergantung Sepi dan Tiada Lagi Tangisan sangat bingit dan terlalu nyaring.
Rujuk bagaimana Misha Omar menyanyikan lagu ini. Dia tidak menjerit dan dia sedaya mungkin tidak overdo nyanyiannya. Rujuk persembahan Anugerah Bintang Popular tahun lalu.
Adira seorang lagi penyanyi yang tidak faham apa perlunya menyanyi dengan merdu. And to be honest Adira adalah penyanyi yang tidak serius. Lirik ke laut, feel tak ada langsung dan main-main. Luckily, she’s out and to be frankpeluang yang dia ada malam semalam jika diberi pada Amylea akan lebih bermanfaat.
Dan apa masalah Azhar? Suara sedap, feel ada cuma masalah Azhar adalah dia tidak tahu apa yang dia mahu sebagai seorang penyanyi. Dalam Gerimis seperti kata Norman kedengaran awkwardatau kata saya – karaoke standard. Seriously ke masuk AF Megastar bagi nyanyian standard karaoke? Saya lebih senang melihat how cool Amir on stagemenyanyikan Hanya Kau Yang Mampu malam tadi.
PALING KEMAS, PALING SOLID
Markah penuh saya untuk Syamel. He’s a game changer dan dia tahu what it takes to entertain people to the next level. Syamel muda, full of energy, kreatif, bold, fun to watch and know how to be fun on stage! Dia tidak di pentas untuk tampilkan persembahan yang biasa-biasa dan ini yang tidak ada pada 11 yang lain.
Now the brutal truth! Let’s Talk about Bob. Ramli MS kata Bob is the only penyanyi yang pernah dapat knock daripada orchestra yang pernah dikendalikan. Okey, saya memang tak ada masalah dengan Bob dan sangat suka Bob. Terus terang dia memang penyanyi yang baik dan tak ada satu daripada kita menafikan fakta itu.
Tapi.
Soalan saya – how many of you would buy his song on iTunes?
Bob bukan penyanyi yang komersil not until he gets the right songs. Masalah Bob selain visual adalah dia tidak memiliki naskhah yang tepat. Through all the years dia dalam industri muzik, kenapa dia masih di level yang sama? Kerana dia tidak ada naskhah yang kuat.
Apa maksud saya dengan naskhah yang kuat? Pertama naskhah itu harus bagi justicepada vokal Bob tapi ini bukan masalahnya. Masalah utama adalah naskhah bagaimana yang boleh beri buying powerpada pendengar? Saya letak situasi begini. Jika anda ada wang RM20K would you pay Syamel to sings at your events or Bob? Hope anda faham apa yang cuba saya sampaikan.
Added value amat penting dalam pasaran semasa. Semua orang boleh menyanyi dan ramai yang boleh menyanyi dengan baik. Cuma kalau kita boleh bayar satu harga kreativiti luar biasa pada Syamel dengan added value yang lebih why would I pay for Bob? Ini persoalan yang Bob masih bertemu jawapannya. I ask you girls, kalau Afgan itu berwajah Bob would you pay for his concert tickets? Biar saya jawab, secara realistiknya tidak.
Saya agak kritikal tentang hal ini kerana saya tidak menilai apa yang di pentas sahaja. It has to be more and beyond. Saya setuju kata Tok Ram Bob harus double up talent dia which is means dia kena kerja lebih keras daripada orang lain.
Dan atas sebab itu people would pay for Syamel sebab dia faham tentang pasaran dan dia realistik. Jadi dia polish diri dia dengan skil muzik dan taste music yang dia ada untuk orang terus suka dengan dia. Syamel ada ilmu itu dan dia guna pakai sebaiknya untuk kekal relevan.
Jadi Bob harus lebih kritikal pada dirinya sendiri. Jika tidak, soalan yang dia tanya pada Tok Ram dua hari sebelum final AF 2 berbelas tahun yang lalu jawapannya adalah masih krik krik. Bob boleh menyanyikan apa sahaja lagu dengan baik. But what more? Sebagai pendengar we demand for more.
Dan bercakap tentang evolve as an artiste saya suka melihat Idayu mencorak rentaknya kali ini. Dia lebih rasional dalam memikat hati pendengar tempatan. Totally differentdaripada apa yang kita lihat di AF 3.  I bet you she won’t sing Ya Maulai masa AF dulu.
Jadi saya kira dia semakin bijak dalam percaturan mengkomersilkan namanya. A very good rebranding. Julat suaranya juga semakin baik, jelas dan matang. Idayu buat kita mahu melihat apa lagi yang boleh dia tawarkan.
YANG MASIH ADA HARAPAN
Malam tadi saya buat pertama kalinya suka dengan Ewal. Suara Ewal sebetulnya sangat bold dan lagu Bunga Pujaan itu beri justifikasi yang baik pada suaranya biar kadang kedengaran agak Jamal di beberapa bahagian tetapi feel Ewal sangat bagus. Cuma dia kena work harder untuk berada di standard Syamel dan Idayu. Nasihat saya pada Ewal dengar howMisha Omar ambil feel dalam nyanyiannya.
Amir Masdi seorang lagi yang get attention saya malam tadi. Tak sempurna tapi saya suka lihat penyanyi yang rileks on stage dan deliver it well. Amir Jahari terlalu predictable, Shahir is not important sebab kalau dia menang trust me dia akan hilang lagi. He’s not a serious talent and I reserve my comments on Marsha.
Review,

Atilia No.3 – “My Future Kids, This Album Is Made Out of Pure Love… It’s For You.”

Ketika Atilia mucul dengan Sangkar 10 tahun lalu, dia benar-benar membuka mata saya akan bakat seni muzik yang ada padanya. Dengan khidmat Roslan Aziz, Atilia bergerak melawan arus Pop semasa ketika itu yang banyak dimonopoli Audi Mok (Dayang, Ferhad, Liza Hanim, Nikki, Zahid, Ning).

Sangkar membawa pendengar jauh kepada idea muzikal yang bermain dengan odd melody yang saya kira sukar dihadam pendengar semasa. Namun itu adalah antara album terbaik yang dihasilkan pada tahun 2007. Even tidak tersenarai dalam top 5 Album Pop Terbaik AIM, saya kira Sangkar masih menjadi penting dalam sejarah muzik tempatan.

Selepas itu Atilia pada tahun 2010, Atilia muncul dengan Indah yang membuat saya sangat teruja kerana Sangkar terlalu bagus penghasilannya. Namun saya kecam teruk album ini kerana saya kurang faham arah Atilia ketika itu (Boleh baca di sini https://muzikkitamy.blogspot.my/2010/08/atilia-indah.html ).

Transisi Pop Indo dalam lagu-lagu seperti Indah, Harus Bagaimana dan Silly Little Thing bagi saya ketika itu bagai satu putaran 360 darjah yang nyata berbeza dengan apa yang ditawarkan dalam Sangkar. And to be frank I hate that album so much (tapi masa tu lah).

Now bila saya tahu Atilia akan keluar full album dengan judul No.3 ini saya buka fikiran juga emosi untuk faham corak muzik Indah. Ya, sound Indah terlalu Indo Pop bagi saya dan kenapa saya kena dengar Indah kalau saya boleh dengar Maliq & d’Essentials, Hivi, Monita Tahalea atau Bonita?

Tapi saya kira Atilia seorang artis yang faham akan kraf yang dia mahu diasosiasikan. Lihat sahaja bagaimana Maliq & d’Essentials evolvesebagai pengkarya. Bermula album Sriwedari mereka merencana satu rentak muzik yang nyata berbeza dengan tiga album terawal (1st, Free Your Mind dan The Beginning of a Beautiful Life). Maliq dalam Sriwedari, Musik Pop dan Senandung Senandika pergi jauh pada idea fusionnusantara dengan pengaruh muzik 70-an khususnya.

Jadi begitu dengan Atilia. Dia tahu dan mahu lakukan apa yang dia percaya baik untuknya. Ya, jika dia terus bergantung pada Roslan Aziz dan Mukhlis Nor album-albumnya akan jadi album yang cukup poetic namun saya kira Alitia hanya menemukan kepuasan sebenar dengan melakukannya sendiri bersama produsernya T.K, Jason Voo dan Adam Sofian.

Maka terlahirlah No.3 dengan single pertamanya Aku Curiga (saduran Salamiah Hassan), Segalanya (Duet Lokman Aslam) dan Bahagiaku (saduran Tiwu Rayi). Sembilan lagu dalam album ini kebanyakannya lagu saduran selain Aku Curiga dan Bahagiaku lagu lain adalah No Fruits For Today (Sore), Cintaku Mengatasi Segalanya (Salamiah Hassan) dan Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan (Payung Teduh).

Saya tiada masalah dengan trak-trak saduran tersebut cuma masalah saya adalah susunan trak keseluruhan album. Jadi untuk memuaskan telinga sendiri saya menyusun lain di akaun Apple Music dan Spotify mengikut continuitymuzik serta melodi yang saya kira lebih seronok untuk dilayan. Berikut susunan saya

Bahagiaku (Choky Naingolan)
Sandaranku (Atilia / Derek Jhingoree)
Segalanya (Lokman Aslam)
Cintaku Mengatasi Segalanya (Freddie Fernandez / Habsah Hassan)
No Fruits for Today (Ade Paloh / Mondo)
Aku Curiga (Simon Justin Leo / weizek)
Kurnia Syurgawi (Amirah Ali / Sulu Sarawak)
Perempuan (Is Payung Teduh)
Realize (Atilia / Jason Voo)

Okey, maka dengan itu review album No.3 bermula di sini (intro paling panjang pernah saya buat) dan dengan seronoknya jugalah saya melayan lagu Bahagiakuyang begitu indah sekali penciptaannya. Saya tidak pasti bila kali terakhir saya dengar lagu melayu yang happy (maklumlah budak-budak sekarang suka buat lagu GANTUNG dan MATI. I mean, seriously?)

I really really love this track. Seperti mana judulnya, sebegitulah perasaan saya mendengar lagu ini. Bahagiaku is a happy song (obviously) yang datang dengan melodi catchy, susunan muzik yang tidak terlalu complicated dan lirik yang cantik sekali tulisannya. Bait “Bahagiaku Cuma sama kamu, senang bila ada kamu, kuingin selalu bersamamu.”  Saya ulang berkali-kali mendengarnya.

Kemudian duet Sandaranku bersama Adibah meneruskan segala rasa bahagia yang ada dalam Bahagiaku. Tapi kali ini Atilia membawa idea persahabatan. Saya sangat sukakan kolaborasi ini, vokal kedua-dua mereka complete each other voices. Sangat lembut, sangat sweet dan saya tak pasti bila kali terakhir ada orang buat lagu macam ni. This song definitely one of the best dalam No.3.

Segalanya, satu lagu duet bersama Lokman Aslam yang diubah sikit susunan muziknya. Nak dengar rakaman awal boleh YouTube muzik video lagu ni. Saya prefer versionalbum sebab saya tak suka soundviolin dalam original recording. Cuma bahagian intro saya lebih suka versi asal. Segala happiness dalam Bahagiaku dan Sandaranku diteruskan dalam lagu ini. Korus lagu ni sangat sangat sedap dan jujur saya sangat terbuai dengan blend vokal Atilia dan Lokman dalam lagu ini. Sempurna!

Cintaku Mengatasi Segalanya sebuah saduran yang cukup indah. Bagusnya penyanyi seperti Atilia adalah dia tahu bagaimana mentafsirkan nyanyian pada lagu ballad dengan cara yang paling lembut dan soulful. Tanpa perlu struggle untuk capai nota tinggi (dalam erti kata lain berusaha keras get people attention – yes, I can hit the high note tapi sharp dan keras). Saya suka rendisi ini kerana segala kelembutan yang ada dalam lagu ini.

No Fruits For Today dan Aku Curiga meneruskan nota-nota gembira dalam melodi dan susunan muziknya. I can easily relate to both. Saya Cuma gagal dalam memahami rendisi Atilia menerusi lagu Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan. Especially bahagian hujung ada suara Is.

Realize ada esen susunan muzik dalam beberapa trak album Sangkar. Personally, saya suka melodi lagu ini cuma kurang suka dengan susunan muziknya sahaja. But not too bad overall sedap. Album ini ada satu lagi ballad berjudul Kurnia Syurgawi. Verse lagu ini sangat baik cuma koruusnya terlalu Melayu.

Saya sejujurnya gembira dengan kemunculan semula Atilia dengan album penuh No.3 ini. Seperti yang saya katakan awal tadi Atilia (sepertimana Maliq n d’Essentials) evolve sebagai pemuzik juga penyanyi yang tahu apa terbaik buatnya. No.3 bukan untuk pendengar radio semasa atau yang masih mengharapkan esen Sangkar. Saya kira saya sudah move on dari Sangkar dan mula menghargai Indah kerana album No.3 ini.

Buat Atilia, saya berharap anda tidak berhenti. Biar selama mana masa yang perlu diambil menghasilkan album studio keempat nanti kerana jika tidak banyak yang mahu mendengar setidaknya saya masih lagi mengharapkan penyanyi seperti anda terus berkarya (kerana saya semakin lelah dengan penyanyi yang hanya mahu mencapai high note tanpa faham apa itu itu seni nyanyian).

 

 

Review,

Isyana Sarasvati – Paradox: Nuansa Pop Moden Yang Menyenangkan

Saat awal saya mendengar Isyana pada single Keep Being You dengan feel R&B Mariah Carey yang kuat saya kira Isyana hanya sosok bakat baru yang biasa-biasa sahaja sehinggalah balada Tetap Dalam Jiwa menyusul sebagai single. Dan saat ini I have second thought pada bakat ini, Isyana bakal bersinar bisik hati saya.

Dan ya, nyata dia bersinar dengan cemerlang menerusi album debut Explore sehinggakan memanjat carta lagu-lagu popular di Malaysia hanya dengan single Tetap Dalam Jiwa itu sehingga menerbangkan Isyana ke pentas Anugerah Bintang Popular Malaysia 2016.

Tanpa membuang banyak masa Isyana terus bersinar dengan single Anganku Anganmu (duet Raisa) dan Sekali Lagi (OST Critical Eleven) yang terlebih awal diperdengarkan sebelum Paradox menyusul sebagai album penuh yang saya sifatkan cukup solid dalam mentafsir arah muzik Isyana.

Album ini masih berlegar idea Explore tetapi di-enhace dengan kualiti muzik, rakaman dan persembahan matang Isyana sebagai penyanyi. Lagu-lagu hebat dalam album ini seperti Lembaran Buku yang dibuka cukup cantik dengan iringan piano antara personal favourite saya.

Feel hebat Isyana diteruskan dalam lagu seperti Winter Song dan Nada Cinta. Sekali Lagi juga lagu balada yang sangat hebat bagi saya. Cuma apa yang kurang dalam Paradox adalah elemen kejutan – semua lagu-lagu dalam album ini agak predictable biar lagu di dalam album ini sedap-sedap semuanya.

Review,

Retorik Seni Muzikal Monoloque Dalam “Jangan Puja Sampai Kecewa”


Saya mula mendengar Butterfingers lambat sebetulnya. Muzik mereka hanya mampu saya hadam dan faham semasa Selamat Tinggal Dunia diedarkan. Dan hanya selepas itu saya perlahan-lahan belajar mendengar Transcendence juga Malayneum (Transcendence all time fav saya) untuk lebih memahami corak muzik mereka.

Biar tidak faham pada awalnya (sebelum Selamat Tinggal Dunia) saya tidak menafikan mereka antara genius muzik lokal yang kita ada. Eksperimental dalam Selamat Tinggal Dunia antara album paling hebat yang pernah dihasilkan dalam Bahasa Melayu – sehebat Gamal (Zainal Abidin) Sheila Majid (Ratu) KRU (Oh La! La!)

Selepas itu, saya mendengar Loque dalam satu gig menyanyikan lagu Cinta dan ya saya jatuh cinta. Lagu Cinta turut dimuatkan dalam album Hikayat Halimunan Abad ke-21 – Jejak Tanah yang sekali lagi membuka mata saya betapa kreatifnya Loque dalam memanipulasi melodi nusantara dengan apa jua influence barat yang ada dalam dirinya.

I mean, dengar saja kolaborasi maha hebat bersama Azlina Aziz dalam Batu Belah Batu Konkrit. Lagu itu sahaja sudah boleh jadi alasan mengapa saya tidak kisah untuk mengeluarkan wang untuk membeli CD. Antara fav lain adalah Kupu-Kupu Malam dan Gurindam Hutan Batu.

Okey sekarang saya nak bercakap fasal Jangan Puja Sampai Kecewa. Album ini terlebih dahulu diperkenalkan dengan lagu Ringgit few years back. Dan nasihat saya bagi yang sukar enjoy Monoloque cara terbaik adalah baca naskhah lirik yang ditulis sambil mendengar especially untuk pendengar tegar Pop Siti seperti saya (tapi SimetriSiti sucks).

Bait lirik Ringgit paling relevan dan mind blowing. Baca bait di bawah:

“Bila poket kosong
Ramai orang lekas tersinggung
Cari kertas gambar Agong
Kalau takde bungkus balik kampung”

Bila jatuh pokai
Semua rancangan terbengkalai
Borak pun dah tak berlagak pandai

Duit, nak cari duit
Kenapa kau tak jatuh dari langit
Hidup ini memang perit
Kalau kau hamba wang ringgit

Feel rock n roll dalam Badang Kotaraya sebuah lagi lagu hebat dalam album ini, saya fikir pada saat ini Loque tahu apa yang perlu ada untuk bikin sebuah lagu daripada formula sedia ada dengan eksperimentasi muzik nusantara yang cukup segar sekali.

Selagi Ada Waktu adalah lagu terbaik dalam album ini. Feel lagu ini luar biasa, penulisan Loque sekali buat saya kagum. Lagu ini ibarat satu kalam humanisme yang cukup religious digerakkan dengan penciptaan melodi yang bagus dan feel Loque yang baik dalam caranya tersendiri. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali sebelum ke trak seterusnya. Dan saya sifatkan ini lagu paling deep yang pernah dihasilkan MonolQue.

Masih Aku Terasa lagu saduran Gersang agak disturbing (atau saya anggap saya kurang faham rendisi ini). Intro Cikgu sedap  dan  bagus – overall lagu ini bagi flavour yang bagus untuk melengkapkan Jangan Puja Sampai Kecewa.

Album ini ditutup dengan Abah yang begitu emotional sekali. Ada feel lagu Cinta. Saya tak tahulah kalau korang dengar lagu ni dan tanpa ada rasa apa-apa korang ada masalah perasaan. Ini lagu yang saya ulang dengar berkali-kali-kali-kali.

 

 

Review,

“Angin Kencang” Pesona Kedewasaan Muzik Noh Salleh

Album studio perdana yang diedarkan pada tahun 2014, Angin Kencang membuka satu haluan baru arus muzik perdana. Noh Salleh yang asal bergerak sebagai penyanyi hip-hop kemudian menjadi indie rock star sekali lagi beralih pada satu genre yang lebih dewasa dan ‘berat’.

Saya tidak pasti jika ada pemuzik muda yang begitu berani selain Noh dalam menghasilkan sebuah album yang seberat ini. Jika di negara seberang pasaran muzik begini bukan sesuatu yang baru. Nama seperti Sore, Payung Teduh, Pandai Besi, White Shoes, Float atau Mondo Gascaro bukan nama asing dalam legasi muzik sebegini.

Feel jazz dan psychedelic pop dalam Angin Kencang cukup tebal dan saya kira album tersebut masih antara album terbaik dan paling yang pernah diterbitkan pada tahun 2014. Selepas itu, Noh diam tanpa sebarang rilis baru namun nyata diamnya bukan diam kosong.

Awal Ogos lalu Angin Kencang dilancarkan semula dengan kejutan 3 lagu baru yang saya sifatkan sebagai maha dahsyat. Tiga lagu tersebut adalah Mr. Polia (Noh Salleh / Sigit Pramudita), Sarawak (Noh Salleh) dan Renjana (Noh Salleh / Rahne Putri).

Apa yang menarik perhatian saya tentang 3 lagu terbaru ini adalah kualiti produksi yang bukan biasa-biasa. Noh buka mata saya untuk melihat dia sebagai pemuzik yang serius – tiada lagi “pagi yang gelap kini sudah terang” atau “waktu duka dulu kita lalui bersama”

Semuanya dibikin cukup puitis sekali. Bait-bait penulisan lirik dalam tiga lagu ini disusun begitu cantik sekali. Daripada romantisme Renjana – “oh renjana bergelora menyeduh hangatnya jiwa sepi air mata” sehingga bait-bait indah dalam Sarawak buat saya melayang.

Kemasan susunan string dalam album ini yang dikendali oleh Alvin Witarasa cukup hebat sekali. Dan album ini diproduksi bukan calang-calang produser. Andink Pratama (The Upstairs) dan Ramondo Gascaro (Mondo Gascaro).

Saya kira kita harus berterima kasih pada Noh, di saat terlalu banyak bakat baru yang tampil dalam idea “Pop Achik & Nana” dan bakat lama yang hanya selesa untuk diam di rumah, Noh setidaknya menjentik tidak banyak, sedikit sesuatu yang lebih serius dan solid.

 

#PerspektifMuzik,

#MERDEKA64 “POPTRIOTIK” Cara Kita

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Standing In The Eyes of The World yang ditulis Wah Idris bersama vokalis kugiran asal Amerika Syarikat, David Gates daripada kumpulan Bread mencipta satu impak sempurna dan ikonik Sukan Komanwel 1998. Ella dilihat sebagai pelantun paling sempurna mengalunkan melodi yang cukup hebat tersebut.

Selepas itu, kita masih berkira-kira dalam menghasilkan pop patriotik (saya sebut sebagai Poptriotik) untuk diketengahkan. Sama ada kita tidak punya material yang bagus untuk diketengahkan atau kurangnya minat terhadap lagu-lagu begini.

David Gates turut merakam lagu ini dalam versinya selain remake sempurna V.E bersama Ella, Too Phat, Ruffedge dan Sazzy. Susunan muzik diubah dengan feel gospel blues dan hip-hop dimasukkan unsur koir yang cukup harmoni.

APA YANG PERLU ADA DALAM SEBUAH ‘POPTRIOTIK’?
Bercerita tentang melodi Poptriotik, apa yang penting adalah penulisan lirik yang positif selain pemilihan melodi yang kuat daripada segi susunan muzik. Rujukan paling mudah adalah gospel blues dan pop dalam kebanyakan lagu-lagu barat.

Namun jika ingin dikatakan tiada melodi melayu yang mampu dibikin menjadi naskhah Poptriotik, Sudirman lebih awal menyulam jiwa melayu dalam Warisan begitu juga Aishah dalam Bahtera Merdeka yang menjadi lagu patriotik paling ikonik sehingga hari ini.

Tahun 2000, karya Azlan Abu Hassan berjudul Pengorbanan gabungan duo Liza Aziz dan Azlina Aziz mengisi runut bunyi filem Leftenan Adnan. Melodi sempurna Azlan ini hadir susunan string yang cukup hebat sekali dengan susunan bait lirik yang menyentuh.

Generasi baru seperti Altimet dan Faizal Tahir mencipta satu nuansa lebih moden dan seiring dengan pasaran semasa. Lagu berjudul Negaraku yang dirilis sekitar tahun lalu saya sifatkan sebagai lagu terbaik selepas era Standing In The Eyes of The World.

Gabungan FT bersama Altimet, Joe Flizzow dan SonaOne mencipta nuansa pop semangat yang cukup hebat sekali. Jujur saya goosebump setiap kali mendengarkan lagu ini. Semangat spiritual yang dicipta dalam lagu ini cukup bagus.

Adibah Noor dan Dina juga ada merilis single berjudul Malaysia Kau Ku Cinta dan tahun lalu gabungan Jaclyn Victor dan Hafiz Suip berjudul Aku Negaraku juga mendapat perhatian radio semasa. Melodi Pop up tempo begini saya kira cukup baik dalam menyemarakkan semangat patriotisme.