
Lagu: Rumah
Persembahan: NAKI
Komposer / Lirik: Ahmad
Produser: Irina Taib
City Pop, Disko dan Synth Pop yang banyak berlegar di era 70-80-an menjadi paksi keberagaman muzik yang sangat luar di era itu. Bayangkan dalam lambakan melodi mendayu Ahmad Nawab dan ledakan Rock masih ada ruang untuk Synth Pop mengecap momen istimewanya. Dan keberagaman muzik itu benar-benar diraikan.
Produser muzik seperti Michael Veerapan, Susan Goh dan The Booty Boys antara yang dominan dalam produksi muzik yang kelaur daripada jiwa ‘Melayu’ yang membentuk satu dimensi segar muzik tempatan di era tersebut. Sehingga hari ini karya-karya mereka terus diraikan.
Hari ini dengan beberapa bakat baru yang datang dengan membelah kembali idea tersebut dengan idea baru menjelmankan FLQ dengan sebuah album solid sound Synth Pop dengan pengaruh City Pop dan Disko selain Ramayan juga yang semakin ke depan dengan idea serupa.
Terkini, Jemput Dengar seorang persona DJ yang tidak malu memutar dan mengadun lagu-lagu tempatan dan menjadikan ia begitu cool. Matahari (Maya) dan Bila Resah (Anuar Zain) antara yang kerap bermain di senarai lagunya. Adunannya begitu baik dengan kesinambungan yang vibes nya seiring. Saya beberapa kali ke acara melihat Jemput Dengar memutar senarai lagunya termasuk di konsert Sheila Majid yang lepas.
Meneruskan ilhamnya dalam berkarya pemuzik ini menhasilkan terus single original-nya tanpa perlu lagi terikat dengan lagu-lagu orang lain. Kolaborasi bersama The Impatient Sisters menerusi “Gembira Cinta” sebuah pertaruhan yang sangat mengena. Vibes kedua-dua mereka menyatu baik, dinamik lagu ini benar-benar berarah pada pengaruh Disco Pop ala Noorkumalasari (Mata), Azlina Aziz (Duniaku) dan Fauziah Ahmad Daud (Gerhana).
It’s a super fun track terutama sekali di bahagian korus “Gembira cinta memancar disko berkelip-kelip // Di dalam hati yang berdebar // Kita melukiskan kisah indah.” Lagu ini memiliki segala hook yang membuat kita sebagai pendengar terikat dengan penghasilannya. Sepertimana judulnya “Gembira Cinta” sebegitulah penghasilan lagu ini yang saya kira membuat saya senang dan gembira menikmatinya. Perfect for weekend dan sempurna untuk mengurai ketegangan long drive.
8.2/10
ARTIKEL BERKAITAN