
Lama tidak mendengar perkhabaran Meet Uncle Hussain yang cukup dominan di pasaran muzik era 2000 dengan hits “Lagu Untukmu”, “Drama King” dan “Pokok”. Intepretasi muzik Rock moden yang dibawakan dalam persembahan muzik yang cukup tersendiri membawakan MUH sebagai kugiran yang cukup diraikan.
Bakal berpentas di Dewan Filharmonik Petronas buat pertama kali pada tanggal 2 Disember nanti, MUH bersama vokalis terbaru mereka Cliff Umar akan beraksi bersama Taja (gitar), Babab (gitar), Gfat (bass) dan Pitt (dram). Selain Cliff Umar sebagai vokal utama, MUH juga akan mengundang Hazama dalam persembahan ini.
Meet Uncle Hussain tidak perlu diperkenalkan lagi. Ditubuhkan pada tahun 2000, kumpulan ini dikenali dengan muzik yang tersendiri dipengaruhi dari beberapa genre dan diperkuatkan dengan gubahan yang segar. Mereka mengambil inspirasi dari band ikonik dari UK seperti The Dove dan The Killers.
Kumpulan ini telah membuat kejutan dalam arena muzik Malaysia pada tahun 2007 melalui lagu hit Lagu Untukmu yang telah memenangi beberapa anugerah. Lagu yang digemari golongan muda dan tua ini telah melangkau budaya, membuktikan keunggulan muzik mereka yang universal.
Bertemakan “A Homage To Our History”, konsert ini akan mempersembahkan lagu-lagu hit antaranya Halusinasi, Putihnya Lukisan, Lagu Untukmu, Drama King, Pokok, Milk In The Bottle, Pari Pari Di Bawah Angin, Hilang dan Ali Baba.
Harga Tiket
RM199, RM239, RM279, RM309 dan RM369* (Meet & Greet) Suite: RM199/239 seorang.
Waktu Operasi Box Office
Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)
Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)
Tempahan Telefon: 03-23317007
Tempahan Email: boxoffice@dfp.com.my
ARTIKEL BERKAITAN