Komposer / Lirik: Hanis Rafi / Shazriq Shazman
Produser: Hanis Rafi
Vedik: 6/10
Perserta wanita tunggal yang berjaya berjuang ke hujung pertandingan. Ranisha bukan wajah baru dalam pertandingan nyanyian. Bakat yang dia miliki sebetulnya menanti masa yang tepat sahaja untuk diraikan. Lewat “Andai”, Ranisha membebaskan hal-hal penyampaian vokal yang baik dia miliki. Lagu ini sederhana and to be honest agak forgettable, melodinya biasan dan kurang daya mengikat. Ranisha perlukan power Ballad mengikut template pendengar tempatan suka (Aina, Marsha, Ernie) untuk diraikan. Fasa pembuktian akan menjadi satu lagi jalan panjang buatnya.
Komposer / Lirik: Mas Dewangga / Jova Devito
Produser: Mas Dewangga
Vedik: 7/10
Formula lagu popular ada lewat persembahan “Perpisahan Ini”. Lagu sebegini sememangnya lagu-lagu yang biasa dirakamkan Daniel dan saya kira lagu ini mampu membawa satu jalan panjang yang baik untuk dia terus bermuzik. Korus ciptaan Mas dan Jova sentiasa ada hook yang menjerat pendengar Balada Melayu seperti apa yang mereka hasilkan lewat “Sayang Orang Sama”. Apa yang menjadikan saya senang dengan duo ini dalam berkarya adalah sound yang dicipta tidak kedengaran dated sekalipun asas melodinya Balada Melayu yang biasa kita dengar.
Komposer / Lirik: Johan John / Ahmad Faez
Produser: Johan John
Vedik: 4.5/10
Sebenarnya tiada apa-apa yang terlalu istimewa dengan suara Hussain. Identiti suaranya berubah-ubah dan sebetulnya dia masih dalam proses mencari siapa dia sebenarnya. Cuma ada manusia yang dilahirkan dengan tuah sama seperti Mawi dulu. Tapi seperti Mawi, tuah tak selamanya juga akan berpihak pada kita. Talent last forever. Lagu ini juga sebegitu jugalah, apalah sangat nak diperkatakan. Baladanya berpaksi jiwa Melayu tanpa infusi that makes it sounded current. Walau acuannya serupa dengan lagu “Perpisahan Ini” namun ia tidak memiliki produksi muzik yang current seperti magis milik Mas Dewangga dalam produksi lagu-lagunya.
Komposer / Lirik: Justin Seow / Mohsein Kush / Naki Zainal
Produser: Justin Seow
Vedik: 8.2/10
This is probably the best track dalam album ini. Penciptaan melodinya sangat baik, attitude Adam dan Nazmi dalam menyampaikan lagu ini dalam sebuah harmoni duo dapat secukupnya. Verse, korus dan bridge lagu ini bergerak pada satu struktur yang cukup dinamik dengan kemasan muzik yang cukup segar. Lagu ini harus diberi perhatian lebih oleh Rocketfuel untuk diketengahkan sejauhnya.
Komposer / Lirik: Mingaling / Azim Khan
Produser: Mingaling
Vedik: 7/10
Saya suka attitude suara Yad-Z dia memiliki satu karakter yang mudah untuk kita kenal dengan suaranya tanpa dibayangi mana-mana penyanyi. Tak seperti Hussain. Lagu ini sempurna membaluti vokalnya yang sangat baik dan berwarna. Tidak bosan dan ada satu kesungguhan dalam memberi satu karakter berbeza biar bergerak di atas nota yang sama. Groove di lagu ini membaluti sebaiknya jiwa nyanyian Yad-Z. Sederhana, chill dan menyanangkan.
Komposer / Lirik: Omar K / Joh Jeeves / Wan Raeez
Produser: Omar K
Vedik: 5.5/10
Melodi tipikal Omar K sebetulnya. Ini bukan jenis lagu yang tepat untuk Danny. Lagu bersama mimpi. sebelum ini berjudul “Virus” lebih baik dan mengena dengan persembahan nyanyiannya. Sayang sebab saya rasa lagu ini tidak akan membawa Danny jauh dalam perjalanan kariernya. Semoga “Virus” akan dapat Danny pursue somewhere.
Komposer / Lirik: Kuizz Shah / Adly Kiddy
Produser: Kuizz Shah
Verdik: 5/10
Persembahan lagu “Haruskah” dengan kemasan muzik baru yang dibawa Aliff dalam konsert minggu sebelum dia terkeluar seharusnya menjadi paksi muziknya. Pop yang ada weight tidak terlalu ringan tetapi masih beremosi tanpa perlu terlalu meleweh. “Bukan Namamu” okey cuma kurang nilai evergreen yang membolehkan ia menjadi naskhah kuat menjadi lagu cari makannya.
Komposer / Lirik: Eugene Lai / Pique
Produser: Eugene Lai
Verdik: 5.5/10
Lagu ini datang sebagai sebuah konsep yang baik buat Qilo. Ia naskhah yang bercerita dan kalau kena dengan rezeki boleh viral kerana sifat liriknya yang related dengan kebanyakan kita. Qilo ada suara yang baik untuk lagu-lagu sebegini namun untuk survive dalam satu perjalanan panjang Qilo perlu tebalkan jiwa Melayu dalam nyanyiannya. Ia penting sebagai kelangsungan yang baik dan sebagai satu keseimbangan yang akan memberi keberuntungan buatnya.
ARTIKEL BERKAITAN