
Lagu: Maling
Artis: Adrian Khalif
Komposer / Lirik: Adrian Khalif / Iqbal Siregar
Produser: S/EEK
Lebih lima tahun berkarier dalam bidang muzik “Sialan” benar-benar memberi tuah bagi Adrian Khalif benar-benar bersinar tahun ini. Momen penting ini memberi ruang untuknya menunjukkan kebolehan sebesarnya untuk dia berpentas dan menunjukkan muzik apa sebenarnya yang mahu dia diasosiasikan.
Dengan barisan hits lain yang tiba-tiba didengarkan kembali seperti “Menawan” dan “Sini” – Adrian semakin selesa meyusun langkahnya di bidang ini. Tanpa mahu membuang lebih banyak masa pertaruhan terbarunya berawal dua lagu “Maling” dan “Sekarang” diedarkan sebagai siren bahawa dia sudah cukup sedia bertumbuh lebih besar lagi.
Saya suka untuk mengulas “Maling” yang dihasilkan dengan cukup menawan sekali persembahan melodinya. Feel R&B Adrian Khalif di lagu benar-benar dimanfaatkan. Transisi verse ke korusnya sangat sedap dan catchy. Tanpa memaksa saya sebagai pendengar untuk suka pada penghasilan lagu ini, ia dicipta dalam ramuan yang cukup komersial.
Lagu ini punya potensi besar untuk sekali lagi menjadi lagu cari makan Adrian. Saya sukakan suntikan rap di bahagian verse kedua yang benar-benar membenarkan Adrian menjadi dirinya sendiri tanpa perlu terlalu hanya mengikut kehendak pasaran muzik semata.
Liriknya sekali lagi buat saya senang dengan penghasilannya. Kata-katanya disusun dengan cukup kemas dalam persembahan cerita yang cukup terikat ideanya dengan pendengar. Bait paling saya suka di lagu ini adalah “Mengendap bagai maling // Kau curi habis semua perhatian.” Sebelum pre-korusnya menjadi lebih menarik ceritanya.
“Semena-mena buat jatuh cinta
Kemana-mana yang ku ingat kau semata
Buat aku tergila-gila.”
Dengan terhasilnya single ini saya kira Adrian Khalif sudah menemukan formula muzik terbaik untuknya terus bernadi di pasaran muzik Nusantara setidaknya dalam jangka masa lima ke sepuluh tahun lagi. Saya tidak sabar menantikan apa lagi yang akan dia hasilkan di masa mendatang.
Album kedua yang bakal menyusul September mendatang akan menjadi kelangsungan akan babak-babak menarik kerjaya bakat solo yang satu ini.
8.9/10
ARTIKEL BERKAITAN