Lagu: Sutera
Artis: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Aisha Retno / MFMF.
Produser:MFMF.
Tiga tahun usia bermuziknya sejak “Mengikat Jiwa” menjengah pasaran dengan beberapa lagi rilis lain dan satu per satu program berbentuk pertandingan nyanyian disertainya sudah membuatkan Aisha Retno sudah diperakui bakat dan kebolehannya.
Tahun lalu menjadi tahun terbaik buatnya dengan meledaknya populariti “W.H.U.T” yang cukup booming di landasan muzik digital sehingga pengaruhnya membesar di Indonesia, Aisha Retno tidak salah jika saya letakkan sebagai harapan baru muzik tempatan yang boleh dibanggakan.
Bagi meneruskan lagi keyakinan kita buatnya, Aisha melepaskan sebuah single baru berjudul “Sutera” yang hadir dalam rasa berbeza daripada apa yang dia sajikan tahun ini menerusi “Pencarianku” serta Balada lain sebelumnya seperti “Nukilanku” dan “Cinta Denganmu”.
“Sutera” hadir dengan kemasan muzik EDM yang sememangnya menjadi kelebihan MFMF. yang bertindak sebagai produser lagu ini. Menyerlahkan sisi berbeza Aisha di lagu ini, saya senang dengan persembahan keseluruhan “Sutera”.
Lagu ini hadir dengan satu kesegaran berbeza buat Aisha biar ilhamnya terlalu dekat dengan penghasilan “Lathi” ia masih bergerak dalam landasan Pop yang baik terutama di bahagia pre chorusnya “Mindaku mengembara di awang-awangan // Macam merpati sejoli dah berterbangan // Realitinya Si Putri keseorangan” the best part of the song.
Kemasan muzik MFMF. seperti biasa tidak gagal membuat saya kagum dengan kualiti rakaman yang mereka hasilkan. Saya juga sangat sukakan penulisan lirik Aisha yang bermain dengan cerita berbeza yang lari dari klise kisah cinta yang biasa.
Pemilihan kata-kata dan bahasanya menunjukkan Aisha begitu terperinci dalam mempersembahkan karyanya. Masih belum sempurna tetapi cukup berpotensi.
Atas segala potensi yang ada saya kira Aisha sangat harus diraikan dan disokong perjalanan kariernya. Semoga kolaborasi dua future pop tempatan ini akan berterusan untuk single mendatang.
7.2/10
ARTIKEL BERKAITAN