
Lagu: Kamu Anggap Apa
Artis: Ghea Indrawari
Komposer / Lirik: Ghea Indrawari
Ghea Indrawari sosok Pop muda yang menawan perhatian penggemar muzik Indonesia sejak mula menjejakkan kaki di pentas Indonesian Idol 2018 (bersama Maria). Biar terkandas jalannya sebelum sempat ke pentas final nama Ghea setelah itu tidak senyap malah pantas menghasilkan single yang menjadi siulan.
Bearawal dengan lagu “Rinduku” yang dihasilkan sendiri, Ghea menyerlah dengan caranya tersendiri. Memilik kotak suara yang cukup dominan aura Pop dalam persembahan merdu yang serba sederhana, Ghea menyusun kembara bermuziknya dengan cukup cemerlang bersama HITS Records.
Terkini setelah merilis enam single sejak tahun 2018, dia melangkah semakin yakin dengan sebuah komposisi terbarunya menerusi lagu nerjudul “Kamu Anggap Apa”. Terhasil dalam ramuan R&B Ballad yang cukup indah penghasillan melodinya, Ghea keluar daripada Balada lembut yang ada di single “Keajaiban”.
“Kamu Anggap Apa” terhasil dengan attitude berbeza berbanding single sebelumnya. Melodinya sangat mudah menangkap pendengaran dengan penulisan lirik cinta yang tidak sukar untuk mendekati pendengar muda khususnya. Saya pasti jika anda belum pernah mendengar Ghea sekali pun, lagu ini tidak sukar untuk anda nikmati.
7.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Raisa Kembali Menawan Rasa Dengan Single “Someday” Bersama Sam Kim