Gerakan muzik Indie bergerak laju di musim pandemik. Muzik Kita melewati pasaran muzik Indie tempatan dengan barisan bakat muda yang mampu membentuk masa depan muzik yang lebih cemerlang.
Lagu: Apocalypse
Artis: SHN / TYDEL
Komposer / Lirik: SHN
Verdik: 7.8/10
TY:DEL antara band baru yang sangat menarik untuk dinikmati. Citarasa bermuzik mereka sangat moden, terkini namun masih hadir dengan kemasan muzik yang teliti. Selepas hits dengan “So In Love” mereka berkolaborasi bersama SHN seorang lagi bakat Indie Pop bagi menghasilkan “Apocalypse”. Sebuah lagu dalam feel Urban Pop yang cukup berjiwa muda seiring apa yang terhasil banyak dalam pasaran global hari ini. Kolaborasi ini banyak mengingatkan saya pada Talitha Tan, Lunadira dan Midnight Fusic.
Lagu: Soyuz Menuju Martin
Artis: Alchemist
Komposer / Lirik: Achiek Ashrin / Azrul Heidi / Dean Eiman
Verdik: 8/10
Intro lagu ini sahaja dah buat saya teruja. Esen muzik Synth Pop dan retro di lagu ini dasyat sebetulnya. Tidak hanya bergantung pada kemasan muzik, melodinya juga datang dengan daya pemikat yang sangat mudah masuk dan buat kita sebagai pendengar enjoy. Hook lagu ini benar-benar dirasai di bahagian korus yang addictive. Saya mengulang dengar berkali-kali lagu ini kerana mahu benar-benar meresap semangat muzik band ini. Saya sangat looking forward apa lagi yang mampu mereka tawarkan di masa mendatang
Lagu: Masa dan Rasa
Artis: Dewataraya
Komposer / Lirik: Ahmad Hakim / Ahmad Zahar Hazim / Faridiel Hakim / Aqmal Syah / Najmi Aiman / Nawi Zahrif Iman
Verdik: 8.2/10
Eargasm. Dewataraya buat saya melarut dalam melodi Folk mereka yang cukup kemas dan puas saya dengarkan isi bunyinya. Persembahan suara vokalisnya juga sangat berkarakter dalam mentafsir setiap kata dalam lirik dengan sempurna. Saya seronok melihat banyak pemuzik tempatan yang mampu menghasilkan sound begini. Cukup puitis dan keras pada masa yang sama – menyentuh dengan rasa yang tepat tanpa perlu terlalu kedengaran mencuba. Potensi sangat besar untuk bergerak jauh jika terus konsisten.
Lagu: Peluang Bersamamu
Artis: Banni Basyishar / Aini Mazalan
Komposer / Lirik: Banni Basyishar / Aini Mazalan
Verdik: 6/10
Banni Basyishar mengembalikan Feel good R&B dengan secukup rasa. Saya enjoy melayani keseluruhan produksi lagu ini yang dihasilkan cukup kemas dan melodious. Korusnya sangat baik, mudah menangkap pendengaran dan amat catchy sekali. Cuma bagi saya minus point lagu ini adalah ia kedengaran sedikit old fashion dan tidak current. Namun feel kolaborasi vokal Banni Basyishar dan Aini Mazalan saling melengkapi, mencukupi dan menyenangkan.
Lagu: Kangen
Artis: KidiDaNoto
Komposer / Lirik: Tam Cobain
Verdik: 5/10
Lagu ini sangat kuat feel Balada Melayu sebetulnya cuma diolah persembahannya kedengaran lebih ‘indie’ dengan feel Heidi yang tidak sukar untuk merasuk pendengaran kita dengan mudah. Namun secara keseluruhannya ia tidaklah datang dengan ilham baru atau approach baru yang menjadikan naskhah ini tersendiri. Ia sedap didengar namun masih ada banyak ruang untuk diperbaiki menjadikan ia kedengaran lebih original.
Lagu: Alive
Artis: Bihzhu
Komposer / Lirik: Foo BihZhu
Verdik: 6.5/10
Pengalaman bermuzik Bihzhu sangat membantu dia untuk menghasilkan karya yang cukup personal tanpa perlu terlalu bergantung mengikut apa yang trending di pasaran muzik semasa. Setelah membuat kita larut dengan rakaman semula ” Chendering” Bihzhu kembali dengan original track berjudul “Alive” dalam landasan Pop yang catchy, playful dan cukup fun untuk dinikmati. “Alive” ada ramuan komersial yang kuat cuma hanya memerlukan ruang sahaja untuk menjadi siulan.
Lagu: Fun Lust Love
Artis: Late Night Frequency
Komposer / Lirik: Moja
Verdik: 5.6/10
Synth Pop dan Rock n Roll di lagu ini terhasil sangat baik. Penciptaan muziknya current, moden dan segar – tidak kedengaran amatur tetapi solid sebagai naskhah yang banyak pendengar boleh relate, suka dan nikmati. Cuma yang kurang tentang lagu ini adalah dinamik melodi dalam kemasan muziknya yang saya pasti boleh diexplore lagi band ini di masa mendatang.
Lagu: Senja Temu Lelah
Artis: BER_ / Leaism
Komposer / Lirik: Ilyahida Ismail / Izhar Syazwan / Ruviyamin Ruslan
Verdik: 5.8/10
Dah lama saya tak dengar melodi begini, kali terakhir mungkin kolaborasi Reshmonu dan Noryn Aziz menerusi “Aku Punya Teman” yang terhasil lebih sedekad lalu. Progres lagu ini sangat baik daripada feel Bossa di awalnya bergerak dalam feel Jazz / Folk dalam persembahan Pop yang memikat. Lagu begini sangat menarik untuk dinikmati jika dipersembahkan secara langsung untuk kita benar-benar menangkap isi bunyinya.
Lagu: If You Dont Love Me Now
Artis: Steff Fleur
Komposer / Lirik: Farouk Kamil / Steffany Raymond Landong
Verdik: 4.5/10
Steff Fleur hadir dengan naskhah Urban Pop menerusi single “If You Don’t Love Me” yang menurut saya sudah banyak ilham serupa terhasil dalam muzik begini dan maaf mungkin saya saja tidak menemukan apa-apa yang istimewa tentang lagu ini. Sebuah naskhah Pop yang kita boleh layan tapi sekadar itu sahajalah.
Lagu: Koma
Artis: Hasha Roslan
Komposer / Lirik: Mohd Hazrol Syafiq
Verdik: 2.5/10
Semua tentang lagu ini bagi saya terlalu amateur dan sangat raw – It’s okay sebenarnya to sound amateur tapi this one almost like macam tak siap at time dan ada bahagian yang macam agak ambitious. To keep it simple dan kemas sahaja sudah memadai sebetulnya sebab melodi asas lagu ini sudah okey. Dan saya kurang berkenan dengan karater vokalnya yang sangat dry dan flat.
ARTIKEL BERKAITAN
Joyberry – Formula Indie Dalam Persembahan Paling Komersial Untuk Menjengah Pasaran Mainstream