Lagu: Aku Ubatinya Lagi
Artis: Ramlah Ram
Komposer / Lirik: Ajai
Produser: Ajai
Verdik: 5.6/10
Lagu ini memiliki ciri khusus komposisi Ajai yang saya kira tidak sukar untuk pendengar setia Ramlah Ram khususnya dan penggemar muzik 90-an menyukainya. Lirik lagu ini ditulis dalam sebuah cerita yang cukup sayu tentang pencarian bahagia yang tidak berhujung. Vokal Ramlah Ram seperti biasa memukau dan kedengaran sama seperti lontarannya ketika di era 80-an dan 90-an. Ramlah Ram sudah melewati kembari bermuzik yang panjang hampir 4 dekad lamanya dan dengan kemunculan single ini saya pasti dia masih belum mahu memperlahakan kembara muziknya buat peminat.
Lagu: Sepertiga
Artis: FML
Komposer / Lirik: Fahmi Rahmat / Firdaus Rahmat / Glow Rush / Mal Hamka / Nick Arif
Verdik: 6.8/10
Duo Pop FML yang awal diperkenalkan menerusi projek JOOX Super Producer ini hadir konsisten dengan rangkaian Pop masa kini yang dekat dengan apa yang digemari anak muda hari ini. Menerusi “Sepertiga” mereka hadir lebih melankolik berbanding single sebelum ini “Payun Terjun”. Melodi lagu ini terhasil catchy dan hook nya juga ada di bahagian korus yang memikat. Cuma saya tidak pasti this is a repeat mode material.
Lagu: Andaikan
Artis: Sarah Suhairi
Komposer / Lirik: Sharon Paul / Shah Shamsiri
Verdik: 4.8/10
Sarah Suhairi ketika di pentas Big Stage cukup promising untuk dibentuk sebagai Pop star yang memiliki imej yang moden dengan ilham muzik Pop yang current. Namun perlahan-lahan idea itu dimatikan dengan barisan lagu-lagu Balada yang tak putus. She can sing, she can move mengapa keep bagi dia lagu begini? Saya mengharapkan lebih fast number atau moderate Pop selepas dia hadir dengan “Nyawa dan Raga” dulu. Lagu Balada begini tidak beri apa-apa kelebihan pun buat Sarah. To be honest “Pedih” adalah kind of Ballad yang lebih baik untuk Sarah.
Lagu: Mereng
Artis: Bunga
Komposer / Lirik: Bunga / Ezra Kong / John Jeeves / Karim Karam / Romal Melvyn
Produser: Ezra Kong / John Jeeves
Verdik: 6/10
Bunga rapper yang sophisticated. Saya suka styling dalam pengucapannya, bersahaja tetapi masih menjaga clarity. “Mereng” menjadi sebuah lagi naskhah yang saya kira cukup baik menterjermah definisi muziknya. Lagu ini terhasil cukup catchy dan sangat mudah untuk kita enjoy dengan hanya sekali pendengaran. Selepas kolaborasi bersama Noraniza Idris menerusi “Intan Payung” – “Mereng” sekali lagi menyuntik elemen muzik Pop Tradisional. Saya berharap Bunga dapat mengeluarkan EP atau album penuh dalam masa terdekat.
ARTIKEL BERKAITAN
#SepekanMuzik Lagu Baru Minggu Ini: Ara Johari, Megat Rahim, A.Nayaka, Sezairi & Marsha Milan