
Pasaran muzik Nasyid yang digerakkan Raihan di pertengahan 90-an menjadi satu sejarah penting muzik temptan dalam meraikan kepelbagaian dalam bermuzik. Nasyid diterima cukup meluas di pasaran komersil dengan terbuka dan disenangi semua.
Berilham daripada mengangkat kisah juga kepentingan Islam dalam penulisan liriknya yang disulami penuh kasih sayang antara tuhan – manusia dan manusia sesama manusia, Nasyid dijadikan lembaran nasihat yang dilagukan dengan cukup catchy.
Naskhah-naskhah Raihan seprerti “Senyum” antara yang percaturan Nasyid dan Pop yang cukup berjaya dalam memberi pesan-pesan manusiawi dalam lagu. Selain mengangkat kisa-kisah nabi, sifat-sifat Allah dalam lagu-lagu mereka.
Evolusi dalam Pop Nasyid diberi langkah cukup berani ketika Rabbani menghadirkan “Pergi Tak Kembali” dan “Intifada” karya genius KRU dalam memberi suntikan moden muzik Nasyid ketika itu.
Namun dalam keterujaan perjalanan Nasyid dalam pasaran muzik tempatan, satu gerakan baru mengangkat tema cinta sesama manusia (Dalam hal ini lelaki – wannita) secara sah dan alami dibicarakan dalam pengaruh Nasyid Jiwang yang ermm agak memualkan.
“Kasih Kekasih” sebuah album nasyid perdana kumpulan InTeam beredar lebih dua dekad lalu menjadi satu transisi baru muzik nasyid tempatan yang diterima cukup meluas. Peralihan lagu-lagu berunsur ketuhanan ke teks cinta ‘halal’ menurut Islam diraikan dalam lagu dengan cukup meluas.
Lagu ciptaan Isman Hijjaz dan lirik oleh Ito Lara dan Isman ini menjadi single penting gerakan InTeam dalam pasaran muzik tempatan. Bait-bait lagu cinta yang berarah kebenaran ini ditulis jelas –
Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku…Oh…Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan…Oh..Kasih
Lagu ini menjadi benchmark baru Nasyid yang sedikit-sedikit meneggelamkan karya-karya hebat Raihan juga Rabbani ketika yang masih mahu memperjuangkan cerita ketuhanan, sejarah Islam dan berbuat baik sesama manusia.
Kebanjiran lagu-lagu Nasyid Jiwang ini tidak berhenti di lagu-lagu InTeam. Masih ingat UNIC dengan hits “Hanya Tuhan Yang Tahu” dalam bait “Aku rindu padamu, Tulus sanubari menantikan hadirmu, Hanyalah kau gadis pilihanku.” Yang tidak kurang memualkan dan kedengaran canggung sekali untuk sebuah naskhah Pop Nasyid.
Tidak berhenti di album pertama, InTeam meneruskan ilham serupa yang diterima cukup meluas itu dengan album seterusnya “Impian Kasih” yang masih berlegar cerita menyunting gadis menjadi isteri. Baca sajalah liriknya
Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami
InTeam saya kira ketika itu memberi satu kecelaruan muzik Nasyid, anak-anak muda remaja tidak lagi melihat Nasyid sebagai sebuah naskhah ketuhanan tetapi melihat ia sebagai satu wadah dalam mencari satu perhubungan yang halal, direstui, diredhai.
Kecelaruan inilah bagi saya yang telah mematikan authenticity muzik Nasyid itu sendiri. Karya-karya Raihan semakin dipandang sepi dan kebanjiran Nasyid Jiwang ini berlambak dalam pasaran muzik dengan idea serupa dan tidak memberi nilai tambah langsung dalam perkembangan muzik.
Namun seperti muzik Pop itu sendiri, Balada meleweh masih disenangi dan situasi ini jugalah yang terjadi pada muzik Nasyid tempatan yang menemukan kecelaruan arah dan rawan muzik Nasyid itu sendiri.
Apa yang telah dilakukan Al-Jawaher, Al-Mizan dalam puitis lirik mereka sehingga era gemilang Raihan dan evolusi Rabbani saya kira harus sentiasa diingati sebagai sebuah perjalanan muzik Nasyid yang harus sentiasa diraikan.
*Kesemua lagu-lagu InTeam kini boleh didengarkan di saluran YouTube Getaran Nostalgia. Artikel ini hanyalah pandangan peribadi penulis.
ARTIKEL BERKAITAN