
Album: Hati Ini (1995)
Artis: Liza Aziz
Arranger / Produser: Ahmad Izham Omar / Azlan Abu Hassan / Azman Abu Hassan / Kenny Tay / Paul Moss / Illegal
Liza Aziz saya sifatkan penyanyi handalan yang cukup dikenali dengan kelantangan vokalnya yang cukup memukau dalam feel R&B Soul yang dibawa dalam dua album solonya – Liza (1992) dan Hati Ini (1995). Hanya berbekal dua album ini Liza sehingga hari masih dihormati sebagai vokalis hebat baik rakaman mahupun live.
Hati Ini (1995) menjengah pasaran muzik tempatan ketika ledakan “Pop Komersil” mendahului kebanyakan album-album penyanyi ketika itu. Nora, Ziana Zain, Fauziah Latiff antara yang mengendong idea Pop Komersil ini sebelum diteruskan Siti Nurhaliza dan lainnya.
Tanpa mempedulikan apa yang pasaran muzik mahukan, Liza bersama batalion muziknya yang terdiri daripada nama penting gerakan R&B tempatan seperti Ahmad Izham Omar, Azlan Abu Hassan, Paul Moss, Kenny Tay dan Illegal menzahirkan sebuah album yang cukup solid kualiti rakamannya, vokalnya dan pemilihan lagu yang terhasil cemerlang.
“Masa” menjadi pertaruhan perdana album ini menjadi langkah berani Liza dan Positive Tones ketika itu menolak Balada sebagai single pertama. Dan menariknya, “Masa” diterima cukup baik. Lagu ini kerap dimainkan di radio dan wajah Liza kerap juga di kaca TV menyanyian lagu ini.
Komposisi muzik Azlan Abu Hassan ini mempertaruhkan sebuah ritma R&B Pop dengan elemen dance yang bergerak cukup moden, forward dalam ilham muzik global yang banyak dibawakan penyanyi luar dalam pengaruh muzik Shanice antaranya.
“Tak Rela” (Ahmad Izham Omar) menjadi lagu kedua yang dipertaruhkan di album ini. Melodi lagu ini terhasil cukup original sebagai sebuah R&B Ballad yang cukup berbeza berbandin g apa yang ada di pasaran muzik tempatan ketika itu. Liza cukup memukau dengan kemasan vokalnya yang dipersembahkan dengan cukup baik sekali.
Segala keasyikan menikmati vokal Liza Aziz diteruskan dengan lagu duetnya bersama Remy (Innuendo) menerusi lagu berjudul “Bisikan Rindu” yang saya sifatkan antara duet terbaik pernah terhasil di era 90-an selain kolaborasi Ning bersama Hedy Yunus menerusi lagu “Antara Kita”. Kolaborasi Remy dan Liza sempurna dalam persembahan power vocal Ballad yang digalas sempurna feel serta power dalam nyanyian mereka berdua.
Sebuah lagi lagu yang cukup membuat saya larut dengan emosi Liza adalah di lagu “Air Mata Cinta” (Kenny Tay). Kemasan muzik Ahmad Izham Omar di lagu ini memberi satu nyawa yang menyatu baik dengan vokal Liza.
“Rintihan Anak Kota” menjadi nafas baru menimati feel Melayu Asli dengan infusi Soul yang jelas datangnya daripada kemasan muzik Azman Abu Hassan dan jiwa besar Liza Aziz sendiri sebagai vokalis lagu ini. Kekuatan Liza dalam mewarnakan lagu-lagu rancak sesuatu yang jelas. Hal in terbukti di lagu “Dahaga”, “Kini Pasti” dan “Pergilah”.
Album ini saya sifatkan sebagai sebuah naskhah yang cukup bagus untuk dijadikan rujukan biar sehingga hari ini. Muziknya masih kedengaran segar biar usianya sudah lebih 20 tahun dalam pasaran muzik tempatan.
Ahmad Izham Omar, Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan, Paul Moss dan Illegal ternyata antara music genius yang harus kita sentiasa raikan. Buktinya ada di album ini dengan persembahan vokal terbaik dalam album sepanjang zaman dalam sejarah muzik tempatan.
Liza Aziz saya sifatkan sebagai Chaka Khan dan Shanice Malaysia. Keupayaannya dalam menyanyikan lagu-lagu R&B Soul khususnya sesuatu yang luar biasa dan takkan tertandingkan. Such a beautiful soul.
Saya tidak pasti jika anda pernah mendengarkan album perdananya “Liza” yang beredar di tahun 1992, lagu seperti “Semalam Ku Tolak ke Tepi” dan “Seribu Janji” itu satu nikmat mendengarkan sebuah persembahan vokal terbaik sepanjang zaman.
Tracklist
| 1 | Masa
Composed By, Arranged By – Azlan Abu Hassan
Lyrics By – Hawa Junaidi, Latifah Y
|
4:10 | |
| 2 | Tak Rela
Arranged By [Vocals] – Innuendo (4)
Backing Vocals – LA*
Composed By, Lyrics By, Arranged By [Vocals], Arranged By – Ahmad Izham Omar
Lyrics By – Hawa Junaidi
|
5:05 | |
| 3 | Bisikan Rindu | 4:23 | |
| 4 | Aku
Arranged By [Percussions] – Paul Moss
Arranged By, Composed By, Arranged By [Percussions] – Ahmad Izham Omar
Backing Vocals – LA*
Lyrics By – Hawa Junaidi
|
4:43 | |
| 5 | Rintihan Anak Kota
Composed By, Lyrics By, Arranged By – Azman Abu Hassan
Lyrics By, Percussion, Backing Vocals – Hawa Junaidi
Percussion – Azlan Abu Hassan
Percussion, Backing Vocals – LA*
|
4:35 | |
| 6 | Pergilah
Composed By, Arranged By – Azlan Abu Hassan
Composed By, Backing Vocals – Azlina Aziz
Composed By, Backing Vocals, Voice Actor – LA*
Lyrics By, Backing Vocals – Hawa Junaidi
Voice Actor – Azman Abu Hassan
|
3:48 | |
| 7 | Hati Ini | 4:51 | |
| 8 | Airmata Cinta | 4:35 | |
| 9 | Kini Pasti
Arranged By – Ahmad Izham Omar
Backing Vocals – Azlina Aziz
Composed By – Kenny Tay
Composed By, Arranged By – Paul Moss
Lyrics By, Backing Vocals – Hawa Junaidi, LA*
|
5:13 | |
| 10 | Dahaga
Arranged By – Illegal (5)
Backing Vocals – Innuendo (4), LA*
Composed By, Arranged By, Arranged By [Vocals] – Paul Moss
Lyrics By, Arranged By [Vocals] – Amran Omar
|
4:06 | |
| 11 | There Will Always Be You
Arranged By – Paul Moss
Composed By, Arranged By, Lyrics By – Ahmad Izham Omar
Guitar – Kenny Tay
|
4:23 |
*Kesemua lagu-lagu Liza Aziz dari album Hati Ini boleh didengari di saluran YouTube Getaran nostalgia
ARTIKEL BERKAITAN
Sarimah – From Screen to Pop Sensation, Sebuah Perspektif Pop One Hit Wonder